Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Isnin, 24 Disember 2012

Aurah;Aib;Maruah




"Awak dulu sekolah agama ye?"


"Tak."

"Awak belajar di maahad ke?"

"Tak."

"Habis tu?"

"Saya sekolah sekular. Sekolah menengah kebangsaan."

"Haaa!" Dari atas ke bawah dia pandang ana.

"Kenapa?"

Seorang ukhti di sebelah ana sudah terkebil-kebil, dia yang tadinya rancak bercerita terus terdiam.

"Sekolah biasa?!" Nadanya ada ketegasan.

"Iya kak, saya sekolah biasa." Semua mata tepat memandang ana. Serba salah dibuatnya.

Dalam hati bermonolog sendiri, "Eh, aku ada buat salah ke?"

Seorang muslimah bersuara.

"Alhamdulillah, awak mampu pakai macam ni. Akak dulu sekolah agama pun dah tak pakai tudung labuh, inikan pula nak pakai macam awak."

Dalam hati, Allah saja yang tahu. Jalan yang dilalui tidak semudah pandangan orang, jalan yang dipilih tidak dihiasi mutiara dan permata tetapi penuh dengan duri-duri tajam yang menyakitkan, tetapi ia adalah pilihanku... perjuanganku, mujahadahku.

Dua muslimah yang tadinya melipat baju kurung sehingga menampakkan lengan cepat-cepat menarik dan membetulkan bajunya.

"Pakai macammana pun tak pe kak, as long as we covered our aurat." Sengaja ana tekankan nada pada kalimah our aurat.

Nak pakai baju kurung, jubah, , t-shirt (alhamdulillah sekarang dah ada t-shirt labuh muslimah paras lutut) mahupun kebaya (fikir sendiri adakah ia menepati syara'). Ana takkan lupa satu peristiwa ummi sangat berkenan sepasang Baju Kurung Pahang. Ya, ada cutting di bahagian pinggang. Disebabkan ummi berkenan, ana menimbang tara. Antara ummi dan syara', akhirnya ana setuju asalkan baju tu jauh lebih besar dari saiz ana. Maksudnya walaupun baju ada cutting tetapi apabila ana pakai tidak nampak bentuk badan.

"Adik, saiz ni dah cukup untuk adik. Kalau ambil yang ini, besar sangat lah."

"Saya nak yang ini juga!"

Customer always right! Kita sentiasa ada jalan keluar dari masalah, insya Allah. Akhirnya kedua-duanya ana dapat. Memenuhi permintaan ummi, pakaian yang menepati syara'. Akhirnya baju elok digantung dalam almari berbulan lamanya, sehingga terasa nak pakai. Yuhuuuu! :)

"Mak oi, besaqnya baju hang...! Ni boleh pakai sampai lepas kahwin ni."

"Awat akak cakap macam tu?"

"Ye lah, kalau dah ghuper ini besornye, orang mengandung pun boleh pakai..." Hahaha...

"Akak, kenapa akak suka pakai baju macam orang mengandung?" Sepupuku, masih kecil.

Terbeliak mata ana, soalan apakah ini.

Hati-hati ibu bapa sekalian, bakal ibu bakal bapa... Anak-anak ni mencetak segala apa yang dibuat oleh ibubapa, pertuturan dan juga perbuatan. Bahkan apa saja yang dihidangkan pada mereka, itulah yang diambil sebiji-sebiji.

Pandangan si kecil itu, jubah itu baju untuk orang mengandung. Tidak salah juga si kecil itu kerana itu yang selalu dilihatnya.

"Cuba akak pakai baju kebaya, nampak seksi sikit. Baru ada orang nak mengorat."

Huh, bayangkan ni budak-budak yang bercakap dengan ana. Kecil lagi dah tahu apa itu seksi, apa itu mengorat. Eh, ana bercakap ni dengan budak-budak yang ana kira belum tahap lelaki yang bernafsu. Bayangkan! Bayangkan sejenak apa pula yang difikirkan oleh lelaki yang sudah baligh dan bernafsu. Astaghfirullah hal azhim.

Sahabat-sahabat ku sekalian, jagalah aurat dengan baik. Sebaik-baiknya! Sesungguhnya pandangan mata itu laksana anak panah beracun dari iblis. Jangan salahkan lelaki kerana memandang ke arahmu, memuja kecantikanmu, itu adalah keinginan mereka. Salahkan diri kalian yang sengaja mengundang pandangan-pandangan keji itu... Kalian bukan barang perhiasan, tetapi hiasan keindahan dari Tuhan yang dianugerahkan kepada lelaki pilihan. Iya, ku ulang sekali lagi, lelaki pilihan kerana dirimu itu terlalu mahal harganya.

Satu hari, teman ummi terkejut gorilla nampak ana.

"Ya Allah, kurusnya kamu! Sakit ye?"

Oh tolong la... Bila kurus mestikah dikaitkan dengan sakit. Ni yang tak suka nak controlmakan ni, biar tembam macam kuih apam baru orang cakap ana sihat.

"Tak lah."

"Kurusnya kamu."

Rasanya tidak berdiet. Tidak juga terasa kurus.

"Cuba pusing sikit."

Ha sudah, nak suruh jadi model pula ke. Mujur masa tu tak ada sesiapa, hanya ana, sahabat ummi dan pembantu indonesia juga anaknya yang baru umur setahun.

"Baru perasan, hari ni kamu pakai seluar patut nampak kurus. First time achik tengok kamu pakai seluar, selalu kamu pakai jubah je."

Gurlp! Kadang-kadang meterial jubah dari kain yang jarang mewajibkan ana memakai baju kurung di dalamnya. Tidak semua material jubah dari kain yang berat dan tebal. Selalunya, kain yang tebal dan berat tetapi tidak panas harganya sedikit mahal.

"Budak sekolah agama je pakai tudung labuh... Budak sekolah agama bla bla bla."

Habis semua orang bercakap. Baru ana buka mulut.

"Bukan budak sekolah agama atau budak sekolah maahad atau seumpama dengannya saja yang nak masuk syurga. Saya pun nak masuk syurga juga! Saya juga sayangkan ayah saya, abang-abang saya, adik lelaki saya dan kaum kerabat saya. Saya tidak mahu kerana mengikut hawa nafsu yang mencintai dunia akan menghumban mereka yang saya sayangi dalam neraka. Dosa seorang wanita itu dipikul oleh 4 lelaki sebab itu logiknya lelaki cepat mati sebab tak tahan tanggung dosa perempuan."

Ya muslimah, jangan dikhianati cinta lelaki. Usah dihumban dalam neraka, apinya sangat panas tak tertanggung rasanya! Balaslah kecintaan kasih sayang mereka dengan haruman kasturi syurga, kerana itu nilainya cinta sejati. Bahagia di dunia, sejahtera di akhirat.

Di saat lain, semasa mereka bertanya pendapat tentang niqab. Satu saja...

"Istikharahlah... Minta Allah berikan jalan Nya untuk kamu, moga Dia memberikan jalan terbaik untuk mendekatkan dirimu kepada Allah."

Bila kamu bertekad, bersiaplah menghadapi tribulasi dan ujian untuk menguji kesungguhanmu. Sesuatu yang sukar diperolehi itu akan selalu disayangi, dijaga dan dipelihara sebaiknya. Dan semua muslimah berhak mempertahankan maruah dirinya tidak kira dia sekolah agama, maahad atau sekular.

Wallahua'lam.

Ayuh semua para mujahid
Ayuh semua para mujahidah
Mari bersama kita nyalakan
Bara perjuangan di dalam diri
Agar tertegak kalimah Ilahi

Sumber ; http://www.facebook.com/photo.php?fbid=249061551867155&set=pb.100002899352852.-2207520000.1356357059&type=3&src=http%3A%2F%2Fsphotos-h.ak.fbcdn.net%2Fhphotos-ak-ash3%2F601191_249061551867155_2048383247_n.jpg&size=99%2C210

Kisah Cinta Salman Al-Farisi


Pernah dengar nama Salman al-Farisi?? 
Salah seorang sahabat Rasulullah. Mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mencari agama yang benar, agama Islam. Sebagaimana kisah beliau dalam mencari kebenaran dalam agama, kesungguhan dan ketabahan beliau, sehinggalah menemukan agama Islam sebagai agama benar. Begitu jugalah hebatnya kisah cinta Salman al-Farisi.
Inilah kisah cinta Salman al-Farisi.
Kisahnya begini, di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama. Dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah. Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi. Penuh warna dan cinta.
Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.
“Subhanallah. Alhamdulillah..” 
Terpancul kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.
Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.
“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya..” Berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.
“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang utama. Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.
“Silakan tuan...” balas Abu Darda’.
Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.
“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan”
“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua. Sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur.” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.
Subhanallah. Jelaslah wanita solehah itu hanya memilih Abu Darda’ sebagai pasangan hidupnya berbanding hajat asal datang daripada Salman al-Farisi. Bayangkan andai kita berada di posisi Salman al-Farisi, mungkin kita telah menyalahkan diri kerana telah tersilap membawa pendamping, teman bicara. Namun lain pula jawapan Salman al-Farisi;
“Allahu Akbar... Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.
“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.
Begitulah jawapan Salman al-Farisi. Subhanallah, begitu kagum dan ta'ajubnya saya ketika membaca kisah cinta beliau. Reaksinya yang begitu bersahaja sudah menunjukkan yg beliau adalah pencinta sejati. Akur akan ketentuan Allah swt. Sejatinya bkn kerana beliau adalah sahabat Rasulullah, tetapi rahmat dan kasih sayang Ilahi yg sentiasa menemani sekeping hatinya untuk terus MEMBERI. Teringat saya akan satu ayat ini. MEMBERI itu tidak bererti mengurangi apa yang ada, tapi bersyukur dengan apa yang dimiliki, tidak haloba dengan apa yang tiada.
Salman al-Farisi yang begitu setia dan utama disisi Rasulullah juga diuji sedemikian hebat apabila cintanya ditolak oleh gadis solehah idamannnya. Dan yang lebih mengejutkan lagi, sahabat baiknya yang pada mulanya dijadikan 'teman bicara' utk meminang pula yg menjadi pilihan si gadis solehah.
Dan bagaimana pula reaksi jika kita meletakkan diri kita ditempat dan situasi Salman al-Farisi? Mampukah kita memberi dan membenarkan segalanya dengan keikhlasan?? Sudah pasti akan timbul sedikit rasa marah pada mulanya dan diikuti rasa terkilan. Tapi berbezanya dengan Salman al-Farisi. Beliau begitu kuat menerima setiap ketentuan Illahi dengan penuh rasa syukur dan redha. Baginya, satu pekerjaan yang besar lagi mulia adalah dgn MEMBERI.
Kisah beliau mengajar kita bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.
Yang Maha mngetahui tentang sesuatu yg tidak kita ketahui.

sumber ; http://bukansekadarkhayalan.blogspot.com/2011/06/kisah-cinta-salman-al-farisi.html

Ahad, 23 Disember 2012

Jika Benar Cintakan DIA Dan Rasul-NYA, Apa buktinya?

Ya. Jika benar cintakan DIA dan Rasul-NYA, apa buktinya? Bibir sering mengungkapkan ''aku rindu pada Rasul-NYA, aku cintakan DIA" namun, dihati? Masih ada lagi rindu yang bertandang di hati? Masih sibuk memikirkan 'jodoh' yang tidak pasti? Oh. Bukan ingin menakutkan diri, namun ini hanya peringatan yang lahir dari hati. 'Jodoh' yang pasti kita 'kahwini' adalah KEMATIAN. Kita tahu mati itu pasti. Jodoh manusia? Pasti ke tidak? Namun, cinta Allah itu tidak pernah mengecewakan. Bukankah DIA sering membelai kita dengan cinta-NYA? Bukti? Selama ini kita hidup, siapa yang bagi nyawa? Selama ini kita makan siapa yang beri rezeki? Nikmat Allah yang manakah yang ingin kamu dustakan? Apa yang terucap pada bibir harus seiring dengan hati. Mengucapkan kata rindu dan cinta pada DIA dan Rasul-NYA sedangkan di hati masih ada 'virus' yang tidak halal sering bertandang dan bertamu di sanubari. Sering menungkapkan rasa rindu dan cinta pada DIA dan Rasul-NYA sedangkan diri masih lagi bergelumang dengan maksiat dan dosa yang sudah nyata haram hukumnya. Aku bukan mahu memprovok diri kalian atau sesiapa. Bahkan hanya mahu mengigatkan diri sendiri juga orang lain. Tepuk dada, tanya iman. Ikhlaskah kita mengucapkan kata rindu dan cinta itu? Sungguh. Aku tidak mampu menebak atau meneka apa yang ada dalam hatimu. Kerana aku hanyalah hamba. Yang tahu, hanya kamu dan DIA. Muhasabah diri. Andai benar cintakan DIA dan Rasul-NYA, apa buktinya? Sekali lagi, biarkan imanmu berbicara. Bisukan nafsumu buat seketika, bahkan kalau mampu, buat selama-lamanya.

Khamis, 20 Disember 2012

AKU DEKAT, KAU DEKAT. AKU JAUH, KAU TETAP DEKAT.

"Semakin jauh ku dari-Mu,
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku.
Oh Tuhan Yang Maha Pengasih.
Siapalah diriku di pandangan-Mu.
Semakin cuba ku dekati,
Semakin kuat pula Kau mendugai aku.
Oh Tuhan Yang Maha Sempurna.
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu."
Pernah dengar bait-bait lirik lagu nih? Benar kan? Makin jauh kita dari-NYA, makin dekat DIA hampiri kita. Mengapa? Sebab DIA sayangkan kita. Sayang sangat-sangat. Ujian demi ujian yang diberikan, memberikan pengajaran yang berterusan. Pengajaran yang akan membawa kesejahteraan dalam kehidupan seseorang insan. Ujian itu tarbiyah diri. Untuk menyedarkan diri daripada terus hanyut dalam lakonan duniawi. Baik kan Allah? DIA lah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. DIA tidak pernah menjauh dari kita. Bahkan, DIA berada terlalu hampir dengan kita. Lebih hampir dari urat nadi dan halkum kita. Betapa sayangnya Allah pada kita. Jadi, mengapa terus-terusan menjauh dari-NYA? Mengapa terlalu angkuh pada-NYA? Siapa kita? Kita hanyalah hamba. Seorang hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa. Kalau kamu kata kamu hebat dan kuat, aku sama sekali tidak percaya. Mengapa? Kerana aku tahu, kita pasti mati. Diuji dengan perpisahan cinta manusia saja kau sudah menangis teresak-esak dan mengadu-domba. Itu kah yang dinamakan hebat dan kuat? Muhasabah diri. Kalau tahu diri ini lemah, sudah lah. Kembali pada-NYA. Kepada DIA yang berhak. Sebenarnya kita hanya mampu MENGEMIS secebis cinta-NYA. Kerana apa? Kerana kita ini terlalu banyak dosa dan noda. Kita tidak layak untuk cinta-NYA. Namun, harus di ingat. Allah itu Maha Pengampun. Selagi ajal tidak menjemput roh dan jasad, selagi itulah kita mampu bertaubat. Kembali pada-NYA. Cari sinar hidayah-NYA. Bukan tunggu. Aku tahu dirimu bukanlah jahil tentang ilmu. Aku tahu, dirimu sebenarnya sedar akan hakikat hukum menutup aurat, 'couple' dan sebagainya. Tidak mengapa. Ambil masa untuk muhasabah diri masing-masing. Jika sudah nampak jalan kembali pada-NYA, teruskanlah melangkah walaupun langkahmu tempang dan dirimu menerima cacian serta hinaan. Pedulikan mereka yang berkata lantang! Yang penting dirimu kini sedang menuju ke arah cinta Al-Rahman. Jangan gentar pada pandangan manusia. Tapi, gentarlah pada pandangan Allah. Aku tahu.
"Semakin cuba kita dekati-NYA,
Semakin kuat DIA mendugai kita."
Mengapa? Kerana DIA juga sayangkan kita. DIA sengaja mahu mengangkat darjat kita di sisi-NYA.
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman."-(Ali-Imran;139)
Wahai ikhwan dan akhowat.
Memang. Bila kita 'berhijrah', banyak mulut yang akan mengeluarkan bicara. Biarkan mereka. Bukan semua mencemuhmu. Ingat. Bila mana kita mahu kembali pada jalan-NYA, Allah akan hantarkan orang yang soleh dan solehah untuk menemani kita dalam perjalanan menuju-NYA. Sabarlah. Memang manusia tidak akan pernah lari daripada hakikat suka mengkritik.
La ta'issu min rowhillah.
Jangan berputus asa dari rahmat Allah. Teruskan berdoa pada-NYA. Tauhid pada-NYA. Hanya DIA yang mampu memberi kamu kekuatan. Kekuatan hati. Kekuatan jiwa. Kekuatan iman. Biarkan mereka mencaci. Berdoalah semoga suatu hari nanti, dia juga mendapat hidayah dari Ilahi. Menemani kamu dalam perjalanan yang hakiki.
Wahai saudaraku yang ku kasihi.
Aku tahu ada soleh dan solehah dalam dirimu. Kuatlah. Kuatlah demi cinta-NYA. Lawan nafsumu yang melata!
Andai cinta-NYA sudah mampir, bukakanlah pintu hatimu untuk cinta-NYA. Terimalah lamaran cinta-NYA. Suatu hari, dirimu akan mengerti betapa nikmatnya cinta-NYA. Semoga kuat melawan godaan dunia. Moga istiqomah dalam berjuang kerana-NYA.

Rabu, 19 Disember 2012

Kisah Penghijrahan Seorang Hamba

Bismillahirrahmanirrahim. 
Hamba Allah ini punya nama, namun biarlah ia menjadi rahsia antara dia dan DIA. Andai dirimu mengenali dia, tidak mengapa. Ini kisah penghijrahannya. Kisah yang penuh dengan ranjau dan duri berbisa. Semoga sama-sama beroleh manfaatnya. 


Dulu dirinya sopan. Malu itulah perisai dirinya. Namun, lantaran dia tidak betah dengan godaan dunia, akhirnya dia tewas. Tewas dalam arus yang menghanyutkan. Hampir sahaja dia lemas. Ya. Hampir. Dia sebenarnya tahu hukum hakam agama. Dia faham. Dia arif. Namun, demi keseronokan yang sementara, dia sanggup membutakan matanya. Mentulikan telinganya dari segala hukum agama. Berkali-kali dinasihatkan, namun dia buat tidak endah. Berapa ramai yang cuba menegurnya. Berapa ramai yang cuba menasihatinya. Namun, apa yang mereka dapat? Hanya jelingan maut dan kata-kata yang kesat. Sehinggalah suatu saat, sedang dia leka dengan keseronokan dunia yang sementara, Allah mengujinya. Dia jatuh sakit. Sakit yang berpanjangan. Sakit yang tiada berkesudahan. Berulang-alik ke hospital mencari penawar. Apa yang dia peroleh? Tiada apa. Malah, doktor juga hampir berputus asa. Penyakitnya tidak dapat diketahui puncanya. 

Bukan itu sahaja. Dia juga diuji dengan fitnah yang mendatang. Fitnah yang disebarkan hingga akhirnya dia akui keagungan dan kekuasaan Al-Rahman. Dia akui dia tewas. Dia akui dia lemah. Di mana kawan-kawannya yang mengatakan mereka begitu setia dengannya dahulu? Di mana? Tidak ada! Bahkan yang dikatakan 'kawan' itulah yang mengkhianatinya. Dia tidak punya sesiapa waktu itu. Mujur sahaja ibu bapanya ada bersamanya. Waktu itu, dia merasakan dia begitu berdosa terhadap orang tuanya. Mana tidaknya? Dek kerana 'kawan', dia menjadi kurang ajar terhadap orang tuanya. Sanggup membelakangkan nasihat orang tuanya demi kawan yang menjadi penemannya. Waktu itu, dia cuba mengenali siapa Rabb nya. Ibu ayahnya tidak pernah berhenti daripada memberikan sokongan padanya. Dia akur pada kebesaran Ilahi. Dia tahu apa maknanya cinta sejati. Saat dia hampir mati, tiba-tiba Tuhan memberi nyawanya kembali. Sungguh! Dia bersyukur pada Ilahi! Bagaimana tidak? Saat kematian menghampiri, Allah memberikannya peluang untuk kembali bernafas di bumi! Waktu itu, dia berjanji. Tidak akan mempersiakan 'peluang kedua' yang diperoleh dari Rabbi. Namun, lumrah manusia. Janji hanya tinggal janji. Dia tidak pernah cuba untuk menepati.
Saat 'kawan-kawannya' kembali di sisi, dia alpa lagi. Dia leka lagi. Dia tewas lagi. 
Kali ini, dia cuba untuk bercinta. Ya. Bercinta dengan manusia yang cintanya tidak pasti. Sungguh. Waktu itu indah sekali. Bermesej. Ungkap kata-kata cinta. Terasa bahagia. Sering tersenyum. Ke mana-mana handphone setia di sisi. Dia solat. Dia baca Al-Quran. Namun, dia tidak bersedia untuk meninggalkan. Meninggalkan apa yang dia akui haram di sisi Islam. Ya. Dia tahu, hakikatnya 'couple' itu haram. Dia tahu, walaupun dia sering nasihat-menasihati bab agama, ia tetap salah! Mana ada istilah 'couple islamic'! Semua itu sebenarnya karut! Namun, imannya menidakkan! Nafsunya mengiyakan! Apa yang haram di halalkan! Waktu itu dia tidak kisah semua itu! Yang dia tahu, dia sayang lelaki itu. Sangat sayang. Kerana dia sedar, lelaki itu terlalu baik untuknya. Namun, hidayah Allah itu terus-terusan menyapa. Makin lama dia 'bercouple' makin dia rasakan, ada sesuatu yang tidak kena. Bagai ada sesuatu yang mencengkam hati dan jiwanya. Bagai ada sesuatu yang merotan qalbu dan atmanya. Dia tahu itu dosa! Dia tahu! Namun, dia tetap cuba membutakan matanya! Mentulikan telinganya! Arghhh! Dia tidak peduli semua itu! Tapi, Allah itu tetap sayangkan dirinya. Cinta-NYA terus-terusan menyapa hingga dirinya akur. Dia tidak mampu menolak cinta Ilahi yang mampir dalam hati dan jiwanya. Cinta Ilahi terus-terusan mengasaknya hingga dia tersungkur di sejadah cinta. Ya. Benar. Dia memang sayangkan lelaki itu. Namun, dia lagi sayangkan agamanya. Maruahnya. Rasulnya. Keluarganya. Dan yang lebih utama Illah nya. Dia sedar, dia tidak mampu menolak lamaran Tuhannya. Lamarannya begitu telus. Begitu tulus hingga dia terbuai-buai dalam dakapan cinta-NYA. Demi cinta-NYA pada Ilahi, dia sanggup melepaskan si lelaki itu pergi. Biarlah. Memang. Sakit hatinya saat perpisahan itu berlaku. Bagai disiat-siat dengan sesuatu. Sesuatu yang amat tajam, hingga hatinya dirobek dengan kejam. Namun, dia cuba. Cuba untuk mendamaikan hatinya dengan pujukan-pujukan dari-NYA. Berkali-kali dia tersungkur rebah. Berkali-kali dia luka berdarah. Hingga dia akhirnya lemah dan menyerah. Namun, Tuhannya memujuknya dengan kalimah ; La tai'ssu min rowhillah!
Lantas dia sedar! Dia punya Allah! Terus-terusan dia memujuk hatinya. Sudah banyak mana airmata yang mengalir di pipinya. Dia lemah. Sungguh lemah. Hingga akhirnya dia kembali sakit. Ibu ayahnya menangis dek melihat dirinya yang terlantar kesakitan. Sudah banyak mana doktor yang dicari, namun tiada penawar yang ditemui. Pelajarannya juga merosot sama sekali. Dia menangis sendiri dek melihat airmata ibu ayahnya berjuraian lagi. Dia cuba bangkit. Bangkit daripada terus menjadi hamba kepada cinta yang tidak pasti! Arghh! Kekecewaan ini perlu diubati! Andai rebah kerana cinta manusia, bangkitlah demi cinta Allah! Terkadang, cinta manusia itu menyakitkan! Namun, cinta Allah itu tidak pernah mengecewakan, malah mengasyikkan. Sedikit demi sedikit, dia cuba untuk bangkit berdiri. Mula-mula dia tersungkur lagi. Namun Allah itu Maha Mengasihi dan Maha Menyayangi. DIA membantunya untuk berdiri. Didakap dirinya dalam cinta-NYA. Dibelai jiwanya dengan ayat-ayat cinta-NYA. Diusap dirinya dengan pujukan-pujukan dari-NYA. Akhirnya dia harus akui. Cinta-NYA memang mengasyikkan. Perlahan-lahan, dia menerima hidayah dan cinta Ilahi dengan dada yang lapang. Dia cuba mencari. Mencari dirinya yang telah lama hilang. Akhirnya dia bermuhasabah diri. Untuk apa sebenarnya dia diciptakan di bumi ini? Apa tanggungjawabnya di sini? Mengapa dia diberikan ujian yang tidak pernah berkesudahan dan tidak pernah menyepi? Akhirnya dia temui jawapan. Jawapan yang sangat pasti dari DIA Sang Ilahi.

''Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku..''-(Adz Dzriyat;56)

Firman Allah SWT:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَة[3]ً
Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".

Firman Allah SWT dalam ayat yang lain:

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلاَئِفَ الأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ[4]
Maksudnya:
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja  mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."  ( al-Ankabut: 2 - 3)

Mengalir airmatanya tatkala pujukan demi pujukan Ilahi meyapa dirinya. Betapa berdosanya dia selama ini. Betapa alpanya dirinya selama ini. Betapa jahilnya dirinya selama ini. Akhirnya dia sedar. Kali ini dia nekad! Dia tidak mahu kembali ke masa lalu! Dengan kalimah Allah S.W.T, dia melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Melangkah dan terus melangkah. Kadangkala, langkahnya hampir tersungkur jua dek ujian yang terus-terusan melanda dan menguji keimanan serta cintanya terhadap Tuhannya. Namun, demi meraih cinta-NYA dia rela! Dia rela menempuhi segala mehnah ujian yang penuh ranjau dan onak berduri. Dia memujuk hatinya dengan cinta Ilahi. Tidak mahu dia akui tewas. Biar menggunung badai menghempas. Tidak mahu dia terus-terusan menangis. Lantaran pujukan-NYA terlalu manis.

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman."-(Ali-Imran;139)


Langkah demi langkah cuba dia atur. Berkali-kali dia tersungkur. Langkahnya juga tempang.

Namun, dia cuba untuk tidak mengalah demi meraih cinta Al-Rahman!
Kini dari seorang yang jahil, dia cuba mencari ilmu hanya kerana-NYA. Dia cuba mencari DIA melalui ayat-ayat cinta-NYA. Apa? Itulah dia Al-Quran Nul-Karim. Dia kini bercita-cita untuk mejadi Hamilatul Quran. Dia sedar. Amanah itu payah. Susah. Nama pun amanah. Amanah apa yang tidak susah? Amanah apa yang tidak payah? Namun, demi meraih cinta-NYA, apa pun sanggup dihadapinya. Kini, daripada seorang perempuan, dia cuba untuk menjadi muslimah. Kalau dahulu, bajunya ketat, kini dia longgarkan demi syariat. Kalau dahulu tudungnya singkat, kini dia cuba untuk berniqab. Kalau dahulu, dia selalu keluar rumah tanpa arah, kini hidupnya hanya sujud kepada Allah. Dia tidak punya apa-apa lagi. Segala-galanya sudah dia tinggalkan. Hidupnya dulu penuh kepalsuan. Penuh dengan lakonan. Penuh dengan sandiwara yang tiada berkesudahan. Namun, setelah lamaran cinta-NYA dia terima, Subhanallah, hanya DIA Yang Maha Mengetahui betapa dirinya bersyukur dan sujud pada Ilahi. Indah saat cinta-NYA menyapa diri. Dia tidak perlukan cinta manusiawi. Cukuplah cinta-NYA yang sudah subur dalam diri. Kalau dulu airmatanya jatuh kerana cinta yang tidak pasti, kini airmatanya jatuh kerana dia menginsafi diri. Kalau dulu dirinya memikirkan jodoh yang akan ke mari, kini dirinya resah memikirkan kematian yang semakin menghampiri. Kalau dahulu dia tidak ambil peduli tentang dosa yang membelenggu diri, kini dia menangis di sejadah demi meraih keampunan Ilahi. Cukuplah! Dia sudah tidak mahu hidup jauh dari-NYA. Dia sudah tidak mahu bergelumang dengan dosa. Dosanya yang dulu sudah cukup banyak! Tidak tertanggung rasanya. 
Dia sedar kini. Dia akan mati. Dunia itu hanya persinggahan. Yang kekal abadi hanyalah Hari Kemudian. Ya. Dia akan mati dan akan dibangkitkan. Dia akan dihisab dan diberi ganjaran. Ke mana akhirnya arah tujuannya? Syurga? Atau neraka? Dia tidak tahu. Sungguh dia tidak tahu. Yang dia tahu kini dia hanya mampu mengemis secebis kasih dari Ilahi. Dia hanya mampu sujud dan menangis di sejadah cinta Al-Rahim. Dia hanya mampu berdoa agar dia istiqomah dalam perjuangan ini. Perjuangan dalam menentang nafsu dalam dunia yang penuh lakonan dan ranjau berduri. Andai goyah imannya, maka lemaslah dia dalam dakapan dunia. Andai dia berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah -NYA, Insya-Allah dia akan selamat.
Dia perlu dibimbing. Dan bimbingan yang hakiki adalah DIA, Rabbi.


Cuba renung dalam diri. Apakah dirimu sudah cukup bersedia untuk mati? Apakah dirimu sudah cukup mencintai Ilahi? Aku tahu. Sakit rasanya berpisah dengan kekasih. Namun, yakinlah. Lagi sakit sekiranya cinta-NYA tidak kau peroleh. Yang mana satu pilihanmu? Mahu kehilangan dia atau mahu kehilangan DIA?

Mahu tinggalkan dunia, atau mahu timbanganmu diakhirat diberatkan-NYA? Tepuk dada. Pejamkan mata. Biarkan imanmu berkata-kata. Biarkan kesoleh dan kesolehanmu berbicara. Aku tahu. Cinta itu fitrah. Dunia itu indah. Tapi, yakinlah. Cinta-NYA itu juga fitrah. Fitrah yang sangat indah. Dan syurga itu sudah pastinya indah. Sangat indah hingga suatu saat nanti, dirimu akan menyesal di atas apa yang telah kau lakukan. Aku tidak mampu untuk membuat pilihan untukmu. Hanya mampu menyeru dan berdoa. Selebihnya itu hakmu. Biarkan imanmu berbicara. Bisukan nafsumu buat seketika. Aku hanyalah hamba. DIA Yang Maha Kuasa. 
Moga kisah penghijrahan dia, mampu memberikan dirimu sedikit rasa. Rasa untuk mengenali siapa DIA Yang Maha Berkuasa. Semoga aku, kamu, dia dan mereka sentiasa dalam rahmat dan cinta-NYA.
Jika cinta-NYA menyapa, aku mohon, jangan menolak lamaran-NYA. Kerana sesungguhnya begitu indah berada dalam pelukan cinta-NYA.

Selasa, 18 Disember 2012

Mengapa Allah Menggunakan Perkataan KAMI Untuk Mewakilkan Diri-NYA?


Kami telah menciptakan mereka dan menguatkan persendian tubuh mereka, apabila Kami menghendaki, Kami sungguh-sungguh mengganti (mereka) dengan orang-orang yang serupa dengan mereka. [al Insan, 76:28]

Mengapakah Allah menggunakan perkataan 'KAMI' untuk mewakili Diri-Nya?

jawapannya adalah;

Dalam tata bahasa Arab, ada kata ganti pertama singular (ana), dan ada kata ganti pertama plural (nahnu). Ia sama dengan tata bahasa lainnya. Akan tetapi dalam bahasa Arab, kata ganti pertama plural dapat dan sering, difungsikan sebagai singular. Dalam gramer (nahu atau saraf) Arab hal ini disebut “al-Mutakallim al-Mu’adzdzim li Nafsih-i”, kata ganti pertama yang mengagungkan dirinya sendiri. Ini kerana dhamir ‘NAHNU’ ialah dalam bentuk jamak yang berarti kita atau kami tetapi dalam ilmu NAHU, maknanya tak cuma kami, tapi aku, saya dan lainnya.

Permasalahannya terjadi setelah al-Quran yang berbahasa Arab, dengan kekhususan gramer atau nahunya diterjemahkan ke dalam bahasa lain termasuk Indonesia, yang tak mengenal “al-Mutakallim al-Mu’adzdzim li Nafsih-i” tersebut. Akan tetapi, setelah mengetahui perbedaan gramer ini, masalah kejanggalan ini segera dapat dimengerti dan dimaklumi.

Bagaimana mungkin aqidah Islam yang sangat logis dan kuat itu mau ditumbangkan cuma dengan bekal logika bahasa yang setengah-setengah. Ertinya jika memang “KAMI” dalam Qur’an diartikan sebagai lebih dari satu, lalu mengapa orang arab yg jauh lagi faham akan bahasa arab tidak menyembah lebih dari satu ALLAH? Seharusnya merekalah terlebih dahulu meninggalkan Islam dan al-Quran. Namun ini tidak berlaku kerana mereka memang mengetahui istilah KAMI ini adalah hanya perbezaan “al-Mutakallim al-Mu’adzdzim li Nafsih-i” ini. Ya memang al-Quran itu bahasa mereka sendiri.

Selain kata ‘Nahnu”, ada juga kata ‘antum’ yang sering digunakan untuk menyapa lawan bicara meski hanya satu orang. Padahal makna `antum` adalah kalian (jamak). Secara rasa bahasa, bila kita menyapa lawan bicara kita dengan panggilan ‘antum’, maka ada kesan sopan dan ramah serta penghormatan ketimbang menggunakan sapaan ‘anta’.

Kata 'Nahnu' tidak selalu bermakna banyak, tetapi menunjukkan keagungan Allah SWT. Ini dipelajari dalam ilmu balaghah. Contoh: Dalam bahasa kita ada juga penggunaan kata “Kami” tapi bermakna tunggal. Misalnya seorang Kepala Sekolah dalam pidato sambutan berkata,”Kami sebagai kepala sekolah berpesan" padahal Kepala Sekolah hanya dia sendiri dan tidak banyak, tapi dia bilang “Kami”. Lalu apakah kalimat itu bermakna bahwa Kepala Sekolah sebenarnya ada banyak, atau hanya satu?

Kata “kami” dalam hal ini digunakan sebagai sebuah rasa bahasa dengan tujuan nilai kesopananTapi rasa bahasa ini mungkin tidak bisa diserap atau dihayati oleh orang asing yang tidak mengerti rasa bahasa. Atau mungkin juga karena di barat tidak lazim digunakan kata-kata seperti itu.

Maka kesimpulannya;

Penggunaan perkataan 'KAMI' yang merujuk kepada ALLAH di dalam al-Quran berkaitan dengan seni tatabahasa Bahasa Arab itu sendiri. Ia bukanlah bermaksud jamak atau ramai. 'KAMI' itu tetap merujuk kepada ALLAH yang Satu.

Inilah hikmah al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab. Nabi Muhammad SAW adalah orang arab, dan masyarakat di sekeliling baginda adalah orang arab, mereka sangat arif dengan bahasa mereka, dan mereka faham apa yang diturunkan dalam bahasa mereka. Masalah berkaitan perkataan KAMI ini tidak timbul ketika itu, kerana mereka faham bahasa mereka, bahawa KAMI yang dimaksudkan bukanlah bermaksud jamak, tetapi membawa erti satu penghormatan dan keagungan, dan ia tetap merujuk kepada Yang Satu.
wallahu a'lam, semoga bermanfaat.



sumber ; http://imanulhassan.blogspot.com/2011/03/kenapa-allah-guna-kami-dalam-al-quran.html

Jumaat, 7 Disember 2012

Gaza, Kau Dihatiku

Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Aku tahu aku adalah hamba-Mu yang hina lagi daif. Diriku terpalit penuh dengan dosa yang noda yang tidak tertanggung tingginya langit. Aku tahu terlalu banyak dosa dan khilaf yang telah aku lakukan hingga syaitan bersorak riang melihat diriku jauh dari-Mu. Namun, kini aku sedar akan suatu perkara Ya Allah. Tiada kuasa agung selain-Mu. Tiada cinta lain yang lebih utuh dan kekal selain cinta-Mu Ya Rabb. Ya Allah, pilu hati ini tatkala melihat saudaraku yang masih kecil syahid di jalan-Mu. Aku tahu. Itu kehendak-Mu. Mana mungkin aku, dia dan mereka mampu melawan takdir-Mu. Kerana sesungguhnya kamilah hamba-Mu, yang Engkau ciptakan untuk menjadi khalifah dan beribadah kepada-Mu. 
Ya Allah, Ya Qawiy. Sungguh tiada kekuatan lain selain kekuatan-Mu. Aku tahu, ujian yang Engkau timpakan di bumi Palestin adalah ujian buat diri mereka, diriku dan diri hamba2-Mu demi menguji sejauh mana tauhid kami terhadap-Mu. Ya Allah, aku tahu Islam akan menang akhirnya. Aku yakin, kemenangan semakin menghampiri. Ssesungguhnya ujian yang hebat adalah untuk orang yang hebat. Subhanallah. Maha Suci-Mu Ya Allah yang memiliki arasy yang agung. Yang Mentadbir seluruh semesta alam. 
Ku percaya pada kalimah ''kunfayakun''! Ku percaya suatu hari umat Islam akan bersorak gembira kerana agama-Mu akan menang! Aku tahu dan mereka tahu kami diberi amanah untuk menjaga agama suci-Mu Ya Allah. Aku tahu rejim zionis sebenarnya gentar pada agama-Mu! Kerana sesungguhnya di bumi Gaza terlalu ramai mujahid dan mujahidah kecil yang percaya dan tauhid pada-Mu! Terlalu ramai mujahid dan mujahidah kecil yang menghafaz kitab suci-Mu Al Quran! Allahurabbi! Ternyata diriku kerdil berbanding mujahid dan mujahidah kecil yang sanggup merelakan diri syahid di jalan-Mu. Bedilan demi bedilan menghujani bumi Gaza. Darah bersemburan bagai air hujan yang melimpah merata. Cebisan-cebisan diri hancur dek letupan yang ngeri. Jeritan demi jeritan yang menghiasi bumi barakah ini. Allahuakbar! Demi agama-Mu yang suci, mereka tidak pernah menyerah kalah malah sanggup ''menyerah diri'' dan syahid demi-Mu Ya Rabbi!
Sungguh kuat tauhid mereka terhadap-Mu. Sungguh utuh pegangan mereka pada janji-Mu! 
Kerana merekalah penghuni-penghuni syurgamu! Yang rela berjuang di jalan-Mu walau mereka tahu tiap masa tiap ketika maut bakal menjemput.Sungguh hebat penangan cinta-Mu Ya Allah hingga aku sendiri menyerah kalah. Engkaulah Tuhan Yang Berhak Disembah. 
Ya Allah, Ya Wali, Ya Muta'ali. Dengarlah doaku Ya Allah.
Engkau kuatkanlah saudaraku di sana. 
Izinkanlah aku untuk berjuang bersama-sama mereka. 
Aku tahu aku tidak setanding mereka.
Aku tidak secekal mereka.
Kerana itulah Engkau tidak memilihku untuk bersama-sama mereka.
Hanya doa yang mampu aku titipkan untuk mereka Ya Allah.
Tiada yang lain yang mampu aku lakukan.
Pandanglah airmataku ini Ya Allah.
Pandanglah hatiku ini.
Tiada yang lain yang ku pinta.
Hanya satu yang ku damba.
Peganglah kami pada-Mu.
Jadikanlah kami sebenar-benar hamba-Mu.
Bantulah kami untuk terus berjihad di jalan-Mu.
Bukan Jannah-Mu yang kami damba.
Hanya redha-Mu yang kami pinta.
ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

Wahai saudaraku di Bumi Malaysia,
Gaza kini bermandi darah.
Apa kau masih mahu terus hanyut tiada arah?
Atau kau mahu berhijrah dan berubah?
Sama-sama menyerah pada Illah?
Jika kau sudah sedar akan hakikat uhuwahfillah,
Ayuh.
Peganglah tanganku.
Sama-sama menggapai mardhotillah.
Aku bukanlah pendakwah.
Tapi aku adalah umat Rasullah.
Yang menyeru dan pantang meyerah kalah!
Kerana akulah mujahidah yang akan terus berpegang pada ALLAH!
Ayuh!
Kibarkan panji ISLAM!
LAUNGKAN KALIMAH SYAHADAH!
ASH HADU ANLA ILAHAILLALLAH!
WA ASH HADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH!
ALLAHUAKBAR!
KEMENANGAN MAKIN HAMPIR!

 


Khamis, 6 Disember 2012

Cinta Maut

Seringkali memikirkan soal hati.
Ya.
Aku tahu sebagai manusia kita tidak dapat lari dari fitrah insani.
Tapi, sebagai manusia juga, kita juga tidak dapat lari dari maut yang sentiasa menghampiri.
Setiap saat, tiap ketika, pasti Malaikat Maut menjenguk kita tiap hari.
Sudah bersediakah kita untuk mati?
Atau mungkin kita akan terus leka dengan duniawi?
Aku hanya insani.
Masih banyak dosa dan noda yang terpalit pada diri.
Ya Allah,
Sudikah Engkau mengampuni?
Hanya kepada-MU aku berserah diri.
Moga aku dapat mencium harumnya bau syurgawi.

Rabu, 5 Disember 2012

Debu-debu Dosa


Ke arah mana halanya bagi insan yang terleka mengejar nikmat dunia bagaikan hidup selamanya.
Tak peduli dosa noda, seksa azab neraka, hidup jauh dari rahmat-NYA.
Terpedaya pada dunia, pentas ciptaan manusia.
Terlupa pada segala, mengikut nafsu semata, membiar syaitan beraja, di hati dan juga jiwa, mengejar dunia penuh debu dosa.
Teguhkanlah iman dalam diri, moga dikau merasai betapa indah nikmat Ilahi dan yakin, kau akan dirahmati.
Harus kau percaya dengan pasti, dunia tidak kekal abadi.
Hanya menguji cekalnya hati, sebagai khalifah yang sejati.
Tak perlu kau meragui andai teguh keimananmu.

Pasti bahagia menanti, di akhirat yang abadi.

Rabu, 28 November 2012

Kecewa. Dikecewakan. Mengecewakan.


Dalam hidup, selagi bergelar manusia, kita tidak mampu lari dari kesilapan dan kesalahan. Kita tidak mampu lari dari kecewa, dikecewakan dan mengecewakan. Sedih bukan? Sakit bukan? Perit bukan? Lalu apa yang perlu kita lakukan? Terus-terusan berduka dan melayani perasaan? Atau pun mahu terus bangkit dan berjuang habis-habisan? Yang mana satu menjadi pilihan? Seandainya hati dikecewakan, apa yang perlu dilakukan? Menangis? Meratap pilu segala yang telah berlaku? Atau pun mahu tajdid niat dan bertabah dalam menghadapi liku? Tanya hati dan akalmu. Biarkan hati dan akalmu berbicara. Biarkan imanmu yang meluahkan rasa. Aku tahu. Semangatmu hilang, terbang entah ke mana saat diri berasa lemah dan kecewa. Aku tahu, dirimu tidak berdaya saat semua yang kau damba dan kau impi, tidak menjadi nyata. Aku tahu kadangkala dirimu hampir berputus asa bukan? Sabar saudaraku. Jangan tergopoh-gapah. Aku juga manusia. Aku juga pernah melaluinya. Ya. Lantaran terlalu kecewa dengan manusia dan hidup, aku lupa tentang DIA Yang Maha Esa yang tidak pernah mengecewakanku. Ya. Memang benar, ada saat dan ketikanya, kita mendambakan sesuatu, DIA tidak mengizinkan kita untuk memilikinya. Tapi, ayuh berfikir sejenak wahai saudaraku. Apakah nikmat yang selama ini dikurniakan padamu tidak mencukupi? Jangan jadi tamak wahai saudaraku. Jangan sombong. Ayuh berfikir lagi. Apakah DIA tidak menggantikan sesuatu yang lebih baik bagimu setelah DIA tidak mengizinkan dirimu memiliki apa yang kau pinta? Jangan menipu imanmu. 
Jadi, ingatlah. Saat dirimu berasa kecewa, berzikirlah pada-NYA. Yakni, ingatlah DIA. DIA tidak akan pernah mengecewakan. Pohonlah kekuatan dari-NYA. Berdoalah agar DIA memberikanmu yang terbaik. 
Kecewa. Mengecewakan. Dikecewakan.
Itulah lumrah dunia.
Apa yang penting, kepada siapa kamu bergantung. Kepada siapa kamu berharap. Muhasabah diri. Semoga imanmu menemui jawapannya.


Jumaat, 16 November 2012

Kalah Sebelum Berjuang?


Ya Allah.
Entah apa yang aku rasakan. 
Mengalah sebelum diisytiharkan kalah.
Kalah sebelum berjuang.
Allahurabbi.
Ampuni diri ini.
Sungguh.
Memang benar kalam-Mu.
Manusia ini memang lemah.
Tiada daya dan upaya lain selain-Mu.
Aku tahu mengapa Engkau tidak memilih aku untuk berjuang bersama saudaraku di Gaza, Palestin, Syria.
Kerana aku tidak sekuat mereka!
Kerana aku hamba-Mu yang lemah!
Kerana aku terlebih dahulu mengalah sebelum kalah!
Ya Allah!
Ampunilah hamba-Mu yang lemah dan khilaf ini.
Tiupkanlah kekuatan-Mu ke dalam diriku, jiwaku dan hatiku.
Izinkanlah aku untuk berjihad Ya Allah.
Berjihad menentang hawa nafsuku sendiri!
Aku mohon.
Berikanlah aku kekuatan.


Bicara Bumi Cinta


Tatkala angin menyapa lembut pipi ini,
Tatkala seluruh alam memuji kebesaran Ilahi,
Ada sesuatu yang ku rasakan jauh di sudut hati.
Ingatanku terpateri pada mereka yang tiada di sisi.

Ya.
Mereka yang kini sedang berjuang demi agama Islam yang suci.
Darah insan tidak berdosa membasahi bumi.
Tangisan anak kecil meruntunkan hati.
Bedilan demi bedilan menghujani bumi Ilahi.

Ya Allah.
Mereka kini sedang berjuang demi agama-Mu.
Pinjamkanlah mereka kekuatan-Mu.
Tiada penolong lain selain-Mu.
Aku kasihkan mereka kerana-Mu.

Ya Allah.
Aku tahu ini ujian-Mu buat mereka.
Aku tahu Engkau mahu mengangkat darjat mereka.
Aku tahu Islam akan menang akhirnya.
Aku tahu waktu itu akan tiba.

Wahai saudaraku,
Bertabahlah dirimu.
Dunia kini bersamamu.
Doa kami mengiringimu.
Maafkan aku kerana tidak mampu berjuang bersamamu.
Mungkin Allah belum lagi memilihku.
Mungkin sahaja diriku tidak sekuat dirimu.
Namun,
Apapun yang berlaku,
Aku tetap mencintaimu.
Doaku sentiasa bersamamu.

Wahai saudaraku,
Bersyukurlah.
Kerana kalian mampu syahid jalan-NYA.
Hanya ada dua pilihan.
Menang atau syahid.
Kedua-duanya di jalan-NYA.
Dan kalian tetap akan mati dalam Islam.
Dalam perjuangan.
Semoga JANNAH milikmu.
Semoga dirimu diredhai-NYA.

#PrayForPalestine #PrayForGaza #PrayForSyria #PrayForMuslim #PrayForIslam

Isnin, 12 November 2012

Khalifah;Hamba


 

''Lailahailallah..''
Kalimah tauhid yang mengagungkan kekuasaan-NYA. Tiada Tuhan lain selain-NYA. Hanya DIA yang berhak dan wajib disembah. Subhanallah, Maha Suci Allah Yang Maha Agung. Bermulanya penciptaan Nabi Adam AS, maka bermulalah keturunan manusia yang diciptakan untuk menjadi hamba-NYA dan memegang amanah sebagai khalifah di muka bumi-NYA. Di dalam mushaf suci Al-Quran ada diriwayatkan dan diceritakan tentang bagaimana keturunan manusia yang bermula daripada Nabi Adam AS dicipta. Allah SWT memberitahukan kepada para malaikat tentang penciptaan Adam AS. Dia berfirman:

“Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” (Terj. Al Baqarah: 30)
Yakni makhluk yang satu dengan yang lain saling menggantikan. Demikianlah Allah SWT memberitahu kepada para malaikat tentang penciptaan Adam sebagaimana DIA memberitahu perkara besar sebelum terwujud.
Menurut para malaikat, jika hikmah diciptakannya manusia adalah untuk beribadah kepada Allah, maka sesungguhnya mereka telah beribadah kepada-Nya, mereka berkata,
“Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”
Allah Subhaanahu wa Ta’aala berfirman,
“Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” (Terj. Al Baqarah: 30)
Benar. Allah menciptakan Adam AS dan kita untuk beribadah dan menjadi hamba-NYA serta khalifah di bumi-NYA. 
Dan Tidaklah Aku Menciptakan Jin dan Manusia Kecuali untuk Beribadah Kepada-Ku (Adz Dzariyat : 56)
Begitulah tugas kita sebagai hamba-NYA. Untuk beribadah kepada-NYA. Beribadah? Bagaimana? Jangan sempitkan fikiran dengan mengatakan bahawa beribadah itu hanya solat semata-mata. Hanya perlu berada di masjid dan memegang tasbih setiap masa. Tidak. Ibadah ini luas. Segala-gala yang kita lakukan LILLAHITAALA iaitu HANYA KERANA-NYA, itu dikira ibadah. Menuntut ilmu, bekerja, menulis, makan dan sebagainya merupakan ibadah jika ia disandarkan pada-NYA. 
Ya, memang benar. Untuk menjadi hamba dan khalifah-NYA, pelbagai mehnah ujian yang harus ditempuhi. Terkadang, kita sebagai manusia biasa cepat menyerah kalah sebelum berjuang berhabisan. Bertabahlah. 
 ''Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(Al-Insyirah:5-6)
Percaya dan yakinlah akan janji-NYA. Ujian yang diberi bukan sekadar suka-suka. Ianya merupakan wadah untuk kita mengenali Sang Pencipta. Ia diberi untuk menguji keimanan kita terhadap-NYA. Seandainya lemah, seandainya kecundang, seandainya luka berdarah, kuatlah demi Tuhanmu! Kuatlah demi janji-NYA terhadap hamba2-NYA yang beriman! Matlamat hidup kita adalah untuk mencari keredhaan-NYA. Jangan lupa. Jangan alpa. DIA yang memiliki segala-galanya. KITA? Kita hanyalah hamba-NYA. Namun, ALLAH itu Maha Adil, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Ada ganjaran syurga untuk hamba2-NYA yang terus beriman kepada-NYA walaupun telah diuji dengan pelbagai ujian yang memeritkan. Berkali-kali telah tersungkur. Namun, cinta yang tiada ragu pada-NYA sentiasa memberi kekuatan. Dan DIA tidak akan sekali-kali meninggalkan hamba2-NYA yang berpegang pada-NYA. Berdoalah kepada-NYA. Teruskan melangkah. Teruskan berjuang demi mencari redha-NYA. Hanya DIA Yang Maha Mengetahui. 


Sabtu, 10 November 2012

Ketika Cinta Memanggil


Dia menangis lagi untuk kesekian kalinya. Sungguh dia tidak pernah menyangka perkara itu akan terjadi. Lelaki yang ditunggunya selama lima tahun dengan setianya sanggup meninggalkannya begitu sahaja. Dia tertanya-tanya dimana salahnya. Sudah puas dia meminta maaf meskipun tidak tahu dimana silapnya, tidak rela melepaskan lelaki itu pergi. Dulu dia pernah melepaskan lelaki itu kerana dia tahu waktu itu usia terlalu muda dan perjalanan mereka masih jauh. Namun begitu, dia setia menunggu lelaki itu selama lima tahun atas janji setia mereka. Tiada lelaki lain dihatinya, tiada yang lain dipandangannya. Bukan tidak ada lelaki lain yang mahu mendekati, cuma dia sahaja yang tidak sudi. Setelah lima tahun, lelaki itu hadir lagi dalam hidupnya membawa cinta. Betapa bahagianya dia menyambut kehadiran itu, mengharap impian cintanya berakhir dengan kebahagiaan. Bahkan dia masih ingat bila lelaki itu mengakui pernah menduakannya dalam lima tahun itu; namun kerana sayangnya, dia memaafkan khilaf itu. Bukan dia ingin mengungkit, cuma tertanya-tanya besar sungguhkah salahnya sehingga tiada peluang kedua untuknya? Jauh lebih besarkah daripada khilaf menduakan yang pernah dilakukan lelaki itu? Hanya air mata yang mampu mengumbarkan segala persoalan dihatinya. Tiada kata-kata yang mampu diucapkan dari bibirnya tika ini.

Seketika dia membuka matanya, masih ada air mata yang bersisa dipelupuknya. Dia memandang jam di sisinya, masih belum masuk waktu subuh lagi. Dia bangun menuju ke bilik air untuk berwudhu’. Usai solat sunat, dia duduk di atas sejadahnya. Air mata mengalir lagi dan kali ini lebih laju. Seingatnya, sudah lama dia tidak bertahajjud begini. Setiap malamnya dia tidur lewat kerana asyik bertelefon dengan lelaki itu. Setiap solatnya menjadi ringkas kerana bergegas untuk membalas sms lelaki itu. Alquran di tangannya sudah lama tidak ditatapnya. Air matanya masih belum mahu berhenti mengalir. Di sebalik kesedihan itu, ada sebuah perasaan tenang yang menyerbu benaknya. Ketenangan yang sukar digambarkan. Benar kataNya:”…hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang”(ArRa’d: 28). Sudah terlalu lama dia menjauh dariNya. Kerana cinta manusia, dia lupa cintaNya. Cinta kekasih agung yang tidak pernah hilang meskipun kita lalai, yang tidak pernah pergi meski kita lari, dan yang tidak pernah padam meski kita abaikan. Sesekali tangannya menyapu air mata yang masih mengalir tiada henti. Benar kata-kata yang pernah didengarnya, ketika satu pintu kebahagiaan ditutup ada pintu kebahagiaan lain yang terbuka, cuma manusia selalunya memandang pintu yang tertutup itu terlalu lama sehinggakan tidak nampak pintu lain yang terbuka.  Di saat dia kehilangan cinta manusia, dia dapat kembali nikmat cintaNya. Barangkali Allah mengambil orang yang kita sayang dari sisi kita kerana tidak mahu kasih kita terkurang buatNya. Sejenak itu senyumannya terkuntum. Terima kasih Allah, atas kasihMu yang tiada henti untukku. Terima kasih kerana memanggil aku kembali ke sisi cintaMu setelah jauhnya aku kelana. Aku tidak mahu jauh dariMu lagi ya Allah, desis hatinya.
*                               *                                      *                                       *                                 *

Petang itu, dia ke bandar untuk membeli beberapa keperluan sambil ‘mencuci mata’ di kompleks membeli-belah bersama sahabatnya. Setelah beberapa bulan sibuk bekerja, masa luang begini tidak disia-siakannya. “Ain!” Dia memandang sekelilingnya, mencari sang pemilik suara. Tiba-tiba dia terlihat seseorang  tidak jauh darinya.  “Apa khabar? Sudah lama saya cari Ain…” lelaki itu bersuara. “Kenapa cari saya?”soalnya tenang. “Nurul Ain, maafkan saya…Saya menyesal atas semua yang saya lakukan pada Ain. Saya sedar saya tak akan jumpa perempuan yang lebih baik untuk saya selain awak” suara lelaki itu kedengaran sedikit bergetar. “Saya sudah lama maafkan awak…saya harap awak pun maafkan semua kesalahan saya pada awak” katanya dengan suara sedikit bergetar, mengenang dosa silamnya melalaikan seorang lelaki. Lelaki itu mengangkat wajahnya memandang Ain, “sudikah awak menerima saya lagi?” Ain tahu hari seperti ini akan tiba suatu hari nanti, hari dimana lelaki itu menyesali kesilapannya. Cuma dia tidak menyangka bahawa hari itu adalah hari ini. “Tapi awak silap, hanya Dia sahaja yang menentukan siapa yang lebih baik untuk kita, bukan diri kita sendiri. Bila Allah ambil sesuatu yang kita sayang, sebenarnya Dia nak berikan kita sesuatu yang lebih baik,” katanya lembut. Lalu dia menghulurkan sesuatu kepada lelaki itu sebelum berlalu.

Lebih kurang dua minggu lagi dia akan melangsungkan perkahwinannya bersama seorang lelaki. Seorang lelaki yang dia tahu mampu membawanya kepada cintaNya. Seorang lelaki yang mahu menjadikannya seorang isteri, bukan teman wanita. Seorang lelaki yang menemui ibu bapanya untuk menyuntingnya, bukan menemui dia untuk mengemis cintanya. Seorang lelaki yang mengajaknya bernikah, bukan bercinta. Sesungguhnya kita merancang, Tuhan juga merancang; tetapi Dialah sebaik-baik perancang. Sesungguhnya Allah telah memberikan ganti kepadanya seseorang yang jauh lebih baik. Seseorang yang tidak pernah dibayangkannya. Segala puji buatMu diatas segala nikmat yang terhingga. Sesungguhnya bahagia itu dariNya, dan hanya dengan redhaNya bahagia itu bersama kita... :) 


karya ; http://nurhabibi-bingkisanseoranghamba.blogspot.com/