Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Ahad, 21 Oktober 2012

Warkah Buatmu ; Bidadariku


Assalamualaikum...
Apa khabar bidadariku? Semoga bakal isteriku ini sentiasa tenang berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal alamin..
Bidadariku,
Tahukah dikau yang aku sentiasa merinduimu? Aku sentiasa berdoa agar dipertemukan denganmu kelak dan sesunggunhnya Allah itu maha adil lagi maha mengetahui. Dia telah menemukan aku denganmu.. Sesungguhnya tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini, namun aku dapat merasakan bahawa engkaulah gadis solehah yang aku cari-cari selama ini.
Sayangku,
Sesungguhnya aku amat tertarik akan keindahan akhlak peribadimu dan itu amat membuatkan hatiku berdebar saat bertemu denganmu walaupun kau sentiasa menundukkan pandangan mata. Aku masih dapat melihat terpancarnya sinar nur dari wajahmu. Aku tidak memandang pada kejelitaan.. walau kurangnya paras rupamu, aku tetap bertekad ingin menyuntingmu buat menjadi isteriku dunia dan akhirat.
Wahai bidadariku,
Aku tidak sabar untuk menjadi suamimu.. merawat luka dan menghiburkan hatimu agar dikau sentiasa bahagia dalam mencari redha Ilahi, ku juga ingin merasa belaian mesra dari mu. Kerna itu aku sentiasa berdoa agar dikau menjadi pendampingku.
Kekasihku,
Aku ingin sentiasa membisikkan kalimah-kalimah suci di telingamu.. agar dikau dapat merasakan besarnya keagungan Allah s.w.t. Ku ingin mengejutkanmu saat malam yang dingin untuk sujud menyembah Ilahi.. Aku ingin membimbingmu dan aku juga mahu agar dikau sentiasa bersedia untuk menegur segala kekhilafanku.
Buat bakal isteriku,
Redha dan terimalah atas apa-apa sahaja ketentuan-Nya. Kerana Dia lebih mengetahui.. Jika benar kau adalah jodohku dan bakal calon bidadariku, aku memohon pada Ilahi agar dipercepatkan ijab dan kabul ini agar aku sah menjadi suami yang dapat mengimamkan solatmu..
Sekian sahaja warkahku ini..
Hanya satu pesananku. Jika kau mencintaiku, cintailah aku kerana Ilahi. Kerana aku hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa melainkan sekeping hati yang ikhlas mencintaimu kerana Allah..
Ikhlas daripada bakal suamimu..

Sabtu, 20 Oktober 2012

Sudah, Jangan bersedih lagi. Gapai Tanganku.

Masihkah dirimu menangis? Kenapa wahai ukhty yang ana kasihi? 
''Dia'' mengecewakanmu lagi?
Rasa sakit dan kecewa itu masih berbekas di hati?
Bersabarlah wahai ukhty yang ana kasihi.
Usahlah bersedih lagi.
Cinta DIA sentiasa bersamamu.
DIA sentiasa menantimu.
Tabahkanlah hatimu wahai ukhty.
Hapuskanlah airmatamu itu.
Terlalu mahal harganya bagiku.
Ukhty,
Sesungguhnya perjalanan hidup ini memang sukar dijangka.
Apapun yang menjengah kita,
Biar apa dan bagaimana bentuknya,
Qalbu yang sentiasa dibelai dengan keimanan terhadap-NYA,
Pasti sentiasa tenang dan damai.
Lumrah kehidupan juga,
Bukan semua yang kita ingini akan tercapai.
Andai semuanya dapat,
Kita akan takabbur.
Kadangkala,
Sekuat mana kita usaha,
Andai DIA tidak mengizinkan ianya terjadi,
Ianya tidak akan terjadi.
Maka,jika perlu menangis,
Menagislah.
Tapi,
Usah terlalu lama wahai ukhty.
Kerana pintu kebahagiaan yang baru sedang menantimu di sana.
Yakinlah wahai ukhty,
Ketentuan-NYA telah sedia tersimpan,
Jauh terlebih dahulu daripada kewujudan kita.
Kita hanyalah makhluk penyempurna apa-apa yang telah ditentukan-NYA.
Belailah qalbu dan damaikanlah hati.
Moga rahmat dan redha-NYA akan sentiasa memayungi hidup kita.
Sudah,
Usah bersedih dan menangis lagi.
Ayuh,
Hulurkan tanganmu dan genggamlah tanganku.
Semoga kita sama-sama memperoleh redha-NYA dan menuju syurga-NYA.




Seikhlas Cinta Ali


Berita itu sampai kepada Ali. 
Berita tentang gadis yang sungguh mempesonakannya, baik kesantunannya, ibadahnya, parasnya.
Gadis yang sungguh mengagumkan!
Khabar itu sangat mengejutkan. Puteri kesayangan sepupunya itu dilamar oleh sahabat yang paling akrab dengan Rasulullah. Lelaki yang berjuang dengan seluruh harta dan jiwanya. Lelaki yang menginfakkan seluruh hartanya pada perang badar. Lelaki yang pada hari pertamanya sebagai seorang muslim sahaja sudah berjaya menarik 6 orang untuk bersyahadah! Adakah iman dan akhlaqnya diragui? Tentu tidak!
Dari sisi ekonomi, Abu Bakar seorang saudagar, insyaAllah lebih layak membahagiakan Fatimah. Ali hanyalah pemuda miskin daripada keluarga miskin.
"Inilah persaudaraan dan cinta," gumam Ali. "Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku."
*****
Namun takdir Allah terus mengatasi segalanya. Lamaran Abu Bakar ditolak dan Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri.
Tetapi ujian itu itu rupanya belum berakhir. Datang pula seorang sahabat melamar Fatimah selepas Abu Bakar. Lelaki yang gagah dan perkasa, yang mendapat hidayah selepas didoakan oleh Rasulullah.  Al-Farouq, Umar Ibn Al-Khattab.
Umar adalah lelaki yang berani. Pembela yang gagah. Beliau pasti menjaga Fatimah dengan baik. Umar lebih bersedia daripadanya. Jika dinilai dari semua segi dalam pandangan orang ramai, Ali hanyalah pemuda yang belum bersedia untuk menikah. Umar jauh lebih layak daripadanya. Maka Ali redha.
*****
Walaubagaimanapun, Allah masih punya rancangan lain. Umar juga ditolak. Ali bingung. Menantu seperti apakah yang diinginkan Rasulullah? Apakah yang kaya juga, seperti Uthman? Ali sungguh berbeza dengannya.
"Mengapa bukan engkau yang mencuba, kawan?" kalimat teman-teman ansharnya itu membangunkan lamunan. "Mengapa engkau tidak mencuba melamar Fatimah? Aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu baginda Nabi SAW.
"Aku?" tanyanya, tidak yakin.
"Ya, engkau wahai saudaraku!"
"Aku hanya pemuda miskin. Apa yang bisa kuandalkan?"
"Kami di belakangmu, kawan! Semoga Allah menolongmu!"
Ali pun menghadap Rasulullah SAW, menyampaikan hajatnya untuk menikahi Fatimah. Ya, menikahi. Meskipun beliau sedia maklum, secara ekonominya sangat tidak menjanjikan apa-apa pada dirinya. Di rumahnya, hanya ada satu set baju besi serta persediaan tepung kasar untuk makanannya.
Namun untuk meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersedia? Itu memalukan! Meminta Fatimah menantinya sehingga dia bersedia? Itu sangat keanak-anakan!
Namun Ali bersedia bertanggungjawab atas rasa cintanya. Beliau yakin, Allah Maha Kaya.
"Ahlan Wasahlan!" jawab Rasulullah beserta senyuman.
Ali bingung.
Apakah maksudnya? Ucapan selamat datang sukar ditafsirkan sebagai satu penerimaan atau penolakan.
*****
"Bagaimana jawapan Nabi, kawan? Bagaimana lamaranmu?"
"Entahlah..."
"Apa maksudmu?"
"Menurut kalian, apakah 'Ahlan Wasahlan' bermaksud sebuah jawapan?"
"Satu sahaja sudah mencukupi dan kau mendapat dua!" Ahlan sahaja sudah bererti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan 'Ahlan Wasahlan'. Dua-duanya bererti ya!"
*****
Maka dalam usia 18 tahun, Ali menikahi Fatimah. Dengan menggadaikan baju besi. Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan oleh kawan-kawannya, tapi Rasulullah berkeras agar ia membayar cicilannya. Itu hutang. Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu Bakar, Umar, dan Fatimah. Dengan keberanian untuk menikah. Waktu itu juga. Bukan janji-janji, bukan nanti-nanti.

*****
Ali adalah gentlemen sejati. Tidak hairanlah pemuda arab memiliki jeritan, "La Fatan Illa Alliyan!" Tiada pemuda selain Ali!
Adakah Ali pergi menemui Fatimah kemudian menyatakan, "Aku cinta padamu, Bolehkah kamu menungguku?" tidak! Beliau berjumpa walinya, menyatakan perasaannya, kemahuannnya, kesanggupannya.
Itulah gentlemen sejati. Lelaki yang walaupun mungkin menurut orang ramai masih belum siap untuk menikah, tidak pergi mencabul hak walinya dengan ber'couple', bahkan tidak pula memintanya menunggu. Kerana dia tahu, Fatimah milik Allah, bukan milik dirinya.
Ali tetap berusaha mematuhi syariat walau risikonya tinggi. Dia percaya. Malah lebih lagi. Dia yakin. Yakin bahawa Allah maha berkuasa atas segala sesuatu.
*****

Lelaki yang layak dijadikan suami
Lelaki idaman setiap wanita solehah.
Lelaki yang akan membawa keluarganya ke syurga yang kekal abadi.
Lelaki yang cintanya, sampai ke syurga.

Jadilah gentlemen sejati.
Mencintailah seperti gentlemen sejati.
Mencintailah seikhlas Ali!
Itulah gentlemen sejati
BY : Megat Shahrul Imran :)

Hati, Rindu dan Cinta Itu :)

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Entry kali ini dan yang sebelumnya lebih menjurus ke arah hati bukan? Maafkan saya jika entry kali ini banyak menyentuh soal hati. Allahurabbi. Segala puji bagi Allah kerana masih memberi rasa kasih, sayang dan cinta dalam hati ini. Cinta kepada-Nya,cinta kepada Rasul-Nya,cinta kepada umi dan abi dan cinta sesama muslim dan juga makhluk-Nya.Di sebalik ''cinta'' itu tersembunyi satu ''cinta'' yang bergelodak di jiwa terutama remaja ketika ini. Tanya kepada diri, apakah ''cinta'' yang ada dalam hati ini halal dipandangan-Nya?Ataupun sekadar nafsu semata?Kita sememangnya tidak dapat lari bahkan tidak mampu lari daripada realiti ''cinta'' dan itu sendiri.Namun, perlu ditanya dan di soal juga pada diri,apakah ''cinta'' itu yang kita cari?Maha Suci Allah yang mengetahui segala-galanya.Semalam,diri ini sempat ''berkicau'' ; bertweet dengan seorang adik yang tidak diri ini kenali tetapi atas dasar ''ukhuwahfillah'' diri ini cuba bertanya mengapa dia bersedih.Katanya dia sedih kerana sahabat-sahabat yang dia kasihi ''bercouple''.Subhanallah!Dia baru berumur 12tahun.Bagiku, usia sebegitu masih mentah,namun fahamannya terhadap agama dan syariat DIA Yang Maha Esa, dia mengerti akan batasan syariat-Nya.Allahurabbi, terbukti benar hadis rasul-Nya.
''Jika Allah menginginkan seseorang itu menjadi baik,maka DIA akan memberi kefahaman mengenai agama-Nya ..''

Sahabat, usah salah faham.Islam itu indah.Islam itu mudah.Islam itu relevan.
Sahabat, tahukah dirimu mengapa Allah melarang hamba2-Nya untuk ''bercouple''?
Iya.Bercinta itu tidak salah, yang salahnya adalah ''bercouple.''
Ayuh, luangkan sedikit masamu untuk memahami tentangnya.InshaAllah, semoga sama-sama mendapat manfaat darinya. Ameen :)


Sahabat, sebenarnya cinta itu sangat suci. Jadi, mengapa ingin mengotorkannya? Dan sesungguhnya hati kita ini sangat tenang di bawah aturan-Nya.Jadi, mengapa memilih untuk gelisah kannya? Cinta itu lahir dari perasaan suka sama suka. Mungkin cinta itu bermula dari mata lalu turun ke hati. Awas wahai sahabat. Terkadang, mata itulah anak panah syaitan laknatullah. 

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman:

 "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya.”
(Qur’an surah an Nur ayat 30)



Sahabat, tanyakan persoalan ini kepada dirimu. Adakah setiap kali ''cinta'' insan yang kamu sukai itu hadir di dalam hatimu, dirimu merasakan ada sesuatu yang menggenggam hatimu? Adakah hatimu seringakali merasa gelisah tidak menentu? Apa pernah dirimu menangis takut kehilangan ''cinta'' mu itu? Ianya sakit bukan?



[17:32] Al Isra'
And come not near unto adultery. Lo! it is an abomination and an evil way.



Dan janganlah kamu mendekati zina, karena sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan (yang ditempuh oleh seseorang)” (QS Al Israa : 32)



Maha Suci Allah. Sahabat, fahamkah dirimu kalam Allah di atas? Allah menyuruh kita agar menjauhi zina. Iya, benar sahabat. Kalian hanya ''bercouple'' belum lagi berzina. Tapi, tahukah sahabat, Allah itu sangat menyayangi kita? Peringatan demi peringatan Dia berikan. Bukankah ''bercouple'' itu MENJURUS ke arah zina? Iya, bertemu, ke mana-mana sahaja berdua, makan bersama dan lain-lain, bukankah ianya MENDEKATI zina? Jika tidak di batasi dengan syariat-Nya, maka sesuatu yang tidak kita inginkan akan berlaku. Nauzubillahiminzalik!

Semoga Allah melindungi kita!
Kendatipun kalian tidak berjumpa, ketahuilah sahabat yang daku kasihi dunia akhirat, zina ini terbahagai juga kepada zina mata dan zina hati.
Ber-SMS, dan lain-lain juga boleh menjurus ke arah zina hati. Allahurabbi. Betapa Allah ingin menjaga hati dan diri kita bukan? Allah tahu, hati kita ini rapuh. Maka DIA ingin menjaga hati kita supaya tidak kecewa dengan cinta duniawi.  Selagi dinamakan manusia, kita mempunyai perasaan suka mengasihi dan dikasihi. Memang adat kehidupan bahawa kasih cinta didahului dengan berasa rindu, namun jangan pula rindu berlebihan.Kerinduan kepada kekasih, sering kali membekaskan duka, penyakit menyebabkan kelemahan hati.Kita sebenarnya berperang dengan perasaan. Namun, seorang Muslim akan terasa nikmat jika dapat menjauhi keluhan, kesedihan dan kerinduan ini. 


Jika rindu, Ibnu Qayyim memberikan terapi mujarab mengenai masalah rindu.


Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan. 


Sebelum itu beliau memberikan sebab mengapa rasa rindu berlebihan terjadi. Antaranya: Hati tidak terisi oleh rasa cinta, syukur, zikir dan ibadah kepada Allah sebaliknya membiarkan mata meliar. Pandangan dan renungan mata adalah jalan membawa kepada kesedihan dan keresahan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Pandangan mata itu satu daripada sekian banyak anak panah iblis."
Setiap penyakit ada ubatnya. Ubat yang terbaik adalah meneguk daripada pengajaran Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud:
"Demikianlah supaya kami memalingkan daripadanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk hamba kami yang terpilih." (Surah Yusuf, ayat ke-24)
Berikut adalah beberapa tips yang ingin dikongsikan bersama :
Ikhlas kepada Allah.
Ikhlas adalah ubat penyakit rindu. Ikhlas kepada Allah bermakna selalu berusaha berada di pintu ibadah dan memohon kesembuhan daripada Allah. Jika kita ikhlas kepada Allah, Allah akan menolong kita daripada penyakit kerinduan melalui cara tidak pernah terdetik di hati.
Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah mengatakan:
"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya.
Doa mengundang sikap, rasa fakir dan rendah diri di hadapan Allah.
Oleh itu doa adalah salah satu bentuk ibadah yang agung. Ketika kita berada dalam kesempitan, kita bersungguh-sungguh dalam berdoa, berasakan Allah amat dekat mendengarkan rayuan.
Mengurus mata dan pandangan.
Pandangan yang berulang-ulang adalah suis penting menyalakan api rindu. Orang yang memandang dengan sepintas lalu jarang berasakan hati terusik dan jatuh.
Ibnu Qayyim menyatakan:
"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."
Bernikah dan membina rumah tangga adalah langkah paling baik.
Inilah ubat rindu paling baik. Tidak semestinya bernikah dengan orang yang kita kagumi. Meskipun pernikahan itu dilangsungkan tidak dengan orang dicintai dan diidamkan.
''Renovate'' lah hati itu. Memang benar, dalam perjalana hidup ini, seringakali kita berasa kecewa. Sesuatu yang luput daripada genggaman, keinginan yang tidak tercapai, dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan. Dan sungguh sangat beruntung, andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkah menuju jalan Al-Rahman. Hidup ini umpama belantara, tempat kita mengejar segala keinginan dan impian. Dan sememangnya manusia diciptakan dengan fitrah sebegitu. Tetapi, bukan semua yang kita inginkan akan tercapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi.
Bagi mereka yang sedang dilamun cinta, fikirkanlah kembali. Adakah kamu berada di landasan yang benar? Bagi yang tidak, tahniah kepada dirimu. Semoga Allah merahmati kamu. Kamu juga wahai insan yang dilamun cinta. Semoga sama-sama beroleh hidayah-Nya. Bersabarlah wahai diri, segala-galanya sudah tercatat di syurgawi. Siapa dia, di mana dia, dan bila bakal kamu ketahui. Saat dirimu menanti, berdoalah kepada Sang Ilahi agar dijaga hatimu, akidahmu serta imanmu. Dan berdoalah juga kepada Ilahi, agar ''dia'' akan memimpinmu ke syurgawi suatu saat nanti :)

Sahabatku;Manis Senyumanmu Masih Terasa




Bunyi bising menyebabkan aku terjaga daripada lena yang dalam...

"Pukul berapa sekarang, Pok Jat?" Aku bertanya dalam keadaan mamai kepada Hafizat atau nama timangannya Pok Jat.

"Tiga pagi," Ringkas dia menjawab. Hafizat masih sibuk dengan laptopnya seakan tidak mempedulikan aku. Mukanya seakan menahan rasa sedih yang mendalam.

Abdullah Sobri atau Pok Lah kelihatan begitu resah. Aku mendengar daripada perbualan talefonnya mengatakan seseorang masih koma. Hatiku mula merasa gelisah.

"Kamu sudah tahu yang Hanafi tengah koma sekarang?"

Persoalan daripada Abdullah membuatkan aku terus segar terjaga.

"Ya Allah! Betul ke? Kenapa?" Aku begitu terkejut dengan berita yang baru aku dengar.

"Haah, kemalangan. Ni, kamu tahu yang Oyak Kayo dah meninggal?"

Sekali lagi aku terkejut besar. Aku seakan tidak percaya dengan berita yang baru didengari tersebut.

"Ya Allah. Bila?"

"Malam tadi," ringkas Abdullah menjawab.

Wajah arwah Saiful Asraf atau lebih dikenali dengan nama Oyak Kayo menggamit mindaku. Baru sahaja aku bertemu dengannya selepas solat Maghrib di Masjid Syuhada sebentar tadi. Kehilangan dirinya secara tiba-tiba memang begitu mengejutkan aku. Air mata mengalir tanpa aku sedar. Aku menarik kembali selimutku agar tidak dilihat kesedihan yang melanda jiwaku. Sebentar sahaja aku terus memasuki dunia mimpi dalam resah yang masih membaluti...


SELESAI solat Subuh di Masjid Syuhada, seperti yang diduga, para pelajar berkumpul di pintu gerbang masjid. Kematian Oyak Kayo menjadi topik perbualan. Aku merapati Khalil, sahabat paling karib dengan arwahyarham. Hayyi, seorang senior kami, merangkap Penasihat bagi PERMATA yang turut berada bersama kami mula menceritakan detik-detik akhir kematian arwahyarham,

"Malam kejadian, mereka menuju ke lapangan terbang untuk mengambil akhowat yang baru pulang daripada bercuti. Hanafi yang membawa kereta tersebut. Waktu tersebut, mereka dalam perjalanan pulang menuju ke Mu'tah. Hanafi merasa mereka sudah terlepas masuk simpang menuju ke Karak. Dia bertanya kepada Oyak. Oyak yang dalam keadaan mamai sebab tidur hanya mengiyakan dan menyambung kembali tidurnya. Merasa tidak sedap hati, Hanafi bertanya lagi kepada Oyak, perlu ke untuk membuat U-turn, Oyak yang masih dalam mamai sekali lagi mengiyakan. Lepas tu, Hanafi pun mula la buat U-turn,"

Kami yang mendengar semakin berdebar...

"Kemudian, bila Hanafi membuat U-turn, matanya silau sebab lampu tinggi daripada arah bertentangan. Hanafi tak nampak jalan, lepas itu dia terlanggar benteng jalan. Waktu tu dia mula cemas dan tertekan minyak. Selepas daripada situ, kemalangan mula berlaku. Kepala Oyak terhantuk. Dia meninggal kerana pendarahan dalaman."

"Keadaan yang lain, macam mana?" Hadi bertanya.

"Yang lain, alhamdulillah."

"Hanafi katanya koma?"

"Bukan koma, tapi trauma. Keadaan yang lain stabil, cuma luka bahagian luar sahaja," Hayyi menjelaskan. Lega aku mendengar berita kesihatan pelajar yang lain.

Kami semua terdiam selepas mendengar pencerahan daripada Fakhrul.

"Kome semua nampak tak perubahan pada Oyak kebelakangan ni? Tak ada kan?" Khalil memecah kesunyian.

"Status terakhir dia dalam facebook," mereka yang lain mula bersuara.

Status terakhir arwahyarham di facebook adalah petikan lirik daripada lagu Keinsafan nyanyian kumpulan Krabat. Lirik lagu tersebut akan aku nukilkan di penghujung penulisan ini.

Allahyarham Saiful Asraf begitu dikenali di bumi Mu'tah ini. Perwatakannya yang suka tersenyum, ramah menyapa sesiapa sahaja dan melazimi solat berjemaah di masjid membuatkan dia begitu dikenali. Jika berjumpa dengannya, pasti dia menjadi orang pertama yang menghulurkan salam dan menyedekahkan senyuman. Arwahyarham  begitu menghormati semua sahabat-sahabatnya tidak kira yang lebih tua ataupun yang lebih muda daripadanya.


Mindaku kembali semula selepas jauh menerawang...

"Oyak, sebelum dia meninggal, 2,3 hari ini, dia tak tidur malam. Bilik dia tertutup, lepas tu dia padamkan lampu. Aku pun tak tahu dia buat apa. Tapi yang pasti, dia lepas itu mesti turun pergi solat Subuh berjemaah di masjid," Khalil menceritakan hari-hari terakhir arwahyarham.

Petikan berita mengenai nahas yang meragut nyawanya


SUBUH esoknya, aku sempat menjamah sarapan bersama dengan Presiden MPPMJ, ustaz Kailani bersama dengan Afif di Mat'am Zumur. Perbualan kami masih berkisar dengan kemalangan yang meragut nyawa sahabat kami.

"Bila jenazah nak dihantar pulang?" Afif bertanya kepada Kailani.

"InsyaAllah petang ini (16hb September) jenazahnya akan dihantar pulang."

"Enta sempat tengok wajahnya?" Afif terus bertanya.

"Sempat. Memang kalau tengok wajahnya, wajah seperti syahid. Kalau  kut adat, jenazah yang sudah masuk hari kedua, mesti sudah berbau hanyir. Tetapi jenazah dia berbau wangi. Ana ingat ana je yang perasan bau tu, rupanya Syauqani dengan Ehsan Fadhli pun sama,"

Aku dan Afif masih mahu terus mendengar.

"Lagi, waktu kami tengok wajahnya, arwah dalam keadaan tersenyum. Badannya masih dalam keadaan baik, cuma luka di kepala sahaja. Lebih menghairankan, darah merah masih lagi mengalir daripada hidung seperti masih hidup. Memang seperti tanda-tanda mati syahid. MasyaAllah," Bersungguh-sungguh Kailani bercerita.

"Itu la, Allah sudah bercerita dah, kalau kita merangkak berjumpa dengannya, Allah akan berjalan menemui kita. Jika kita berjalan, Allah akan berlari," sempat Kailani memberikan taujihad.


Arwahyarham Saiful Asraf, walau dirimu tiada di sini, manis senyumanmu masih kami terasa sehingga kini.
Sedekah Al-Fatihah untuk dirimu, sahabatku...


Status facebook arwahyarham yang terakhir...




Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Kini terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah


Renung langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda, apa rahsia

Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Penyayang Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahmu...

Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

Cukup setakat ini... aku merasa
Terasing terhukuman dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini ku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian
oh...

Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan... satu pengaduan
Untukku menyudahkan kalimah
Terakhir...

~Krabat - Keinsafan~
-muhasabah diri masing2 yokk!!

Jumaat, 19 Oktober 2012

DIA sentiasa ADA




Sungguh, petang tadi entah apa yang aku rasakan. Segala-galanya seakan kosong. Ya! Diriku terasa kosong. Lalu, ku hidupkan hatiku dan jiwaku dengan zikrullah. Aku turun ke tingkat bawah, berharap apa yang aku cari akan ditemui. Lalu, umi ku menegurku.
‘’Cari apa kakak?’’
‘’Tasbih,’’
Aku tidak berupaya untuk bercakap panjang. Sungguh aku rasa bersalah dengan umi ku. Tetapi apakan daya. Lantas, dirinya mencari sesuatu. Aku memandang dengan perasaan sayu. Ya Allah, Demi Allah, aku sungguh mencintai tubuh tua itu. Seakan aku mahu berlari memeluk tubuh tua umi ku itu, namun kaki ku tidak mampu melangkah.
‘’Nih tasbihnya,’’
Umi ku memberi kalung tasbih kepadaku. Aku diam. Memandangnya kosong. Lalu, tangan kananku diraih, seuntai kalung tasbih diletakkan di dalam genggamanku. Umi ku tersenyum. Aku tidak mampu bereaksi. Sungguh, tatkala itu aku mahu menangis dan memeluk erat tubuhnya namun aku tidak berdaya. Ya Allah, kenapa dengan diriku?
‘’Kakak nampak pucat,’’
Suaranya lirih. Umi ku membelek wajahku. Rambutku disikat. Allahurabbi. Sedih, sayu. Waktu ini tiada apa yang mampu aku lakukan. Hatiku menangis. Begitu sayang dirinya terhadap diriku. Ya Allah, masukkanlah umi ku ke dalam syurga-Mu. Kasihanilah dia.
‘’Pergi naik, rehat,’’
Aku hanya mampu mengangguk. Setiap bait bicaranya terakam rapi dalam benakku. Lantas, aku berlari menuju tangga. Aku mahu cepat sampai di bilik. Sampai di bilik, ku peluk erat kalung tasbih dan surah Yaasin. Airmataku mengalir laju. Aku lemah. Aku kecundang. Entah apa yang mengganggu benak dan hatiku.
Allah, Allah, Allah.
Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah.
Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Lalu, aku keluar daripada bilik, menjenguk ke tingkat bawah. Umi ku sedang sibuk di dapur. Aku ambil kesempatan itu untuk ke luar beranda di tingkat atas. Langit waktu itu cerah. Langit baru berhenti menangis. Lantas, ku buka Al-Mathurat dan membacanya. Kalung tasbih di bilang. Mulutku terkumat-kamit mengalunkan zikir. Namun, hatiku masih lagi kosong. Allahuakbar. Sudah matikah jiwaku? Sudah matikah hatiku? Terasa seperti mahu menangis namun tiada airmata yang mampu dikeluarkan. Segalanya seperti terpendam.
Argghhhh!!! Serabut! Serabut!
Kenapa dengan diri ini Ya Allah???????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Apakah aku sudah gila??????!!!!
Aku berlari menuju bilik. Kalung tasbih masih dalam genggamanku.
Allah, Allah, Allah.
Kali ini aku memejamkan mata dan berharap DIA benar-benar hidup dalam hatiku. Dan saat itu, hembusan bayu menampar lembut pipiku. Ku pandang langit.
Ya Allah, di mana diri-Mu? Ya Allah, apa sudah jadi dengan diriku? Ya Allah, apakah aku sudah gila? Ya Allah, apakah jiwaku sudah mati? Ya Allah, aku kosong, serabut.
Lahawlawalaquwwataillabillah. Lahawlawalaquwwataillabillah.
Zikrulmaut ini ku ulang-ulang. Kalung tasbih semakin laju di bilang. Aku mampir ke jendela, merenung langit. Apakah yang kau fikir wahai diri? Senyap. Sunyi. Sepi. Tiada jawapan dari al-aqli mahupun qalbi. Zikrulmaut itu ku ulang sehinggalah aku merasakan DIA hampir kepadaku. Allah! Lantas, aku sujud. Sujud pada keEsaan-Nya. Ku ulang lagi zikrulmaut itu sehingga lidahku kering. Bajuku lencun dibasahi airmata. Langit juga turut menangis tatkala itu. Allah, seakan langit mampu memahami perasaanku. Lantas, dengan penuh kehinaan dan kudus, tanganku diangkat memohon kepada-Nya. Sungguh, tatkala itu aku rasa hampir mati. Terasa seperti dunia ini sudah tiada ertinya lagi. Tapi, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi. DIA tidak pernah meninggalkan aku sendiri. Diriku dibelai dengan kalimah-kalimah agung-Nya yang suci.
Subhanallah, Maha Suci Allah! Engkaulah Tuhanku yang tidak beranak dan tidak diberanakkan! Engkaulah Tuhanku Yang Esa tiada dua!
Ashhaduanlailahailallah, Waashhaduanna Muhammadan Rasulullah!
Aku sujud kepada-Mu Ya Allah. Tiada pergantungan lain selain daripada-Mu. Tiada kekuatan lain selain-Mu. Hanya Engkau Yang Maha Satu. Hanya Engkau Cintaku. Hanya Engkau yang aku perlu. Hujan lebat di luar, dan makin galak tangisanku di dalam. Tatkala aku sudah tersungkur, lemah, luka dan berdarah, DIA datang memautku dengan kalimah dan janji-Nya.
Maha Suci Allah,
Tautkanlah hati ini kepada-Mu. Tenangkanlah hati ini dengan zikir-Mu. Jagalah hati ini Ya Allah. Jagalah iman ini. Jagalah akidah ini.
Ya Allah.
Jagalah hati, iman dan akidah dia juga.
Jadikan dia hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa.
Permudahkanlah segala urusannya.
Berikanlah dia kekuatan untuk menghadapi ujian-Mu.
Kerana aku tahu dia juga lemah tatkala diri dan cintanya terhadap-Mu diuji.
Jagalah dia di bumi sana.
Ya Allah.
Kasihanilah orang tua kami.
Jadikanlah kami anak yang soleh dan solehah.
Kurniakanlah kejayaan kepada kami.
Izinkan aku dan dia untuk berjihad di jalan-Mu.
Izinkanlah kami untuk mencintai-Mu melebihi segala2-Nya.




Cinta. Fitrah. Ilmu. Amanah. Tawakkal.




Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Tatkala peperangan kian menghampiri, saban itu juga ujian mendekati. Tatkala jiwa sudah mula mengikat janji, saban itu juga sangsi menguasai hati. Allahurabbi. Lahawlawalaquwwataillabillah. Tiada kekuatan lain selain daripada kekuatan Allah Azza Wa Jalla. Memang sudah lumrah, CINTA itu FITRAH INSANI. Malah, sudah tercatat dalam Al-Quran NulKarim sendiri bahawa Allah menciptakan makhluknya berpasang-pasangan daripada jenis mereka sendiri. Jujur saya katakan, saya juga tidak terlepas daripada perasaan itu. Terasa untuk menyayangi dan disayangi. Tetapi, saya seringkali memujuk hati agar tidak tidak lari daripada landasan suci Ilahi. Siapa dia, di mana dan bila sudah tercatat di Luh Mahfuz. Fikiran tidak mahu melayani tetapi HATI, MashaAllah. Hati seringkali tersentuh untuk hal itu. Hati-hati dengan HATI. Jangan biarkan HATI menguasai segala-galanya. Jujur, saya pernah alami sendiri betapa sakit dan pedihnya apabila ‘’cinta’’ mula menguasai hati. Allahurabbi. Segalanya serba tidak kena. Segalanya terasa serabut belaka. Seperti ada sesuatu yang menggenggam dan bergayutan di hati ini. Walaupun sudah berkali-kali nafas ditarik untuk ketenagan diri, namun segalanya hampa. Apabila memikirkan ‘’si dia’’ yang sedang ‘’bertakhta’’ di sanubari, segala-galanya tidak diambil peduli lagi. Ilmu entah ke mana, belajar entah ke mana, makan entah ke mana, kadang-kadang yang paling menyedihkan ibadah juga sudah entah tahu apa-apa. Yang hadir hanya ‘’si dia’’. Allahurabbi. Astaghfirullah. Semoga Allah mengampuni. Saya tahu, walaupun kalian mengatakan kalian boleh bertoleransi dengan perkara itu, tapi saya yakin dan percaya, tatkala malam menjelma, sekilas, kalian teringat juga ‘’si dia’’ kan?

Wahai saudaraku yang aku kasihi.
Jika kalian masih lagi belajar, kuatkanlah hatimu. Cekalkan jiwamu. Tabahkan dirimu. Perkara ini usah dipandang remeh. Jika tersilap langkah, merana diri. Apatah lagi jika kalian bakal menghadapi peperangan ilmu tidak lama lagi seperti diri ini. Allahurabbi. ‘’Iyyakana’budu waiyya kanasta’in ..’’ – Kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami meminta pertolongan ( Al Fatihah ; 5 )
Mintalah kepada-Nya tanpa jemu. Saya tahu, kita lemah, kita kecundang apabila perasaan itu mula menguasai hati. Beristighfarlah. Dekatkanlah dirimu dengan Tuhanmu. Letakkan DIA sebelum dia.
Wahai saudaraku,
Sesungguhnya perjalanan kita masih jauh. Masih banyak mehnah ujian yang perlu ditempuh. Bagaimana umi dan abi mu? Adakah dirimu sudah membahagiakan mereka dengan kejayaanmu? Bagaimana dirimu? Sudahkah dirimu berpuas hati dengan apa yang dikecapi? Ataupun masih ada banyak impian dan janji yang belum dipateri? Yang mana lebih utama? CINTA atau ILMU? AYAH IBU atau dia? DIA atau dia?
Wahai saudaraku,
Tinta ini bukan bererti diriku mengiginkan kalian menjauhi cinta. Tidak sama sekali. Kita hidup juga atas dasar cinta. Cinta itu lah yang mendamaikan kita. Cinta Allah terhadap hamba2-Nya, cinta ibu ayah terhadap anak-anaknya, cinta Rasul terhadap umatnya, cinta saudara kepada saudaranya yang lain, cinta suami kepada isteri, cinta kamu terhadap dirinya dan begitulah sebaliknya. Namun, pabila cinta itu mula menguasai hingga menjadikan diri kita ‘’majnun’’ terhadap cinta, maka itu adalah bahaya. Majnun terhadap cinta Ilahi, Nabi-Nya dan ibu ayah tidak mengapa. Tetapi pabila cinta yang BELUM HALAL itu menguasai maka berhati-hatilah. Seakan dirimu meletakkan dia sebelum DIA. Kembali kepada-Nya. Mohonlah petunjuk-Nya. Jangan berputus asa dari rahmat-Nya. Menangislah jika itu membuat dirimu lega. Tidak mengapa. Berdoalah untuk dirinya juga. Sentuhlah hatinya dengan doamu kepada-Nya. Serahkan soal hati kepada Tuhanmu yang Maha Mengetahui.
Andai cinta itu hendak diberi, tanyalah pada iman dan hati. Tanyalah pada umi dan abi. Tanyalah pada Sang Ilahi. Ta’ruf lah antara keluarga dua hati. Cinta yang TIDAK HALAL itu tidak akan direstui Ilahi. Seandainya Allah menggerakkan hati kedua-duanya maka berterus-teranglah dengan umi dan abi. Mintalah pendapat mereka dan restu mereka agar ikatan antara kalian diredhai Ilahi. Tetapi, ada sesuatu yang kalian perlu tahu dan perhati. Cinta itu bukan mudah. Penyatuan dua jiwa dan hati itu bukan mudah. Segala-galanya perlu difikirkan. Apakah kalian sudah bersedia? Andai tidak, simpanlah perasaanmu itu. Kuatkanlah hati sepanjang kamu menyimpan rasa itu. Dan, apa yang paling penting, belajarlah dan bersedialah untuk dikecewakan SEANDAINYA dia bukan tercatat untukmu. Yakinlah, Allah adalah sebaik-baik perancang. Ini juga merupakan satu ujian. Dia tidak akan memberimu ujian ini sekiranya dirimu tidak mampu melaluinya. DOA. Itulah senjatamu. Usahlah menangis dan bersedih lagi. Damaikanlah dirimu dengan ayat-ayat cinta-Nya. Dekatkanlah hatimu kepada-Nya. Soal ‘’dia’’ serahkanlah kepada Allah. Mohon kepada Tuhan semoga Allah menjaga hatinya, imannya, akidahnya. Mohonlah kepada Allah semoga dia menjadi seorang imam dan mujahid yang soleh. Berdoalah kepada Allah semoga suatu hari dia mampu membimbing kamu ke syurga-Nya. Andai ‘’dia’’ bukan jodohmu, maka bertabahlah. Allah menyediakan seseorang yang lebih baik daripadanya dan yang terbaik untuk kamu. Sebelum waktu itu tiba, sucikanlah hatimu. Penuhilah hatimu, jiwamu dengan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya, keimanan dan ketaqwaan kepada Dia Yang Khaliq. Sebelum lafaz sakinah itu diucapkan, persiapkanlah dirimu menjadi muslimah solehah, yang akan mendamaikan diri zauj mu kelak. Sebelum saat itu tiba, tuntutlah ilmu Allah dan raihlah kejayaanmu. Hidupmu di dunia bukan sekadar untuk bercinta. Hidupnya dirimu di dunia adalah untuk memikul amanah sebagai khalifah. Menuntut ilmu-Nya, menggembirakan orang tuamu, meraih impian-Mu demi agama-Nya, dan menjadi daie.
Jadi saudaraku,
Bertabahlah dan berdoalah. Semoga diriku, dirimu dan dirinya dirahmati Allah. Dan semoga Allah menjaga hati dan iman ‘’si dia’’. Sentuhlah hati ‘’dia’’ melalui DIA.  Dan semoga juga dirimu kuat untuk menghadapi peperangan ilmu yang bakal menjelang tidak lama lagi. Menangislah dan mengadulah kepada-Nya. Hanya DIA yang mampu menolongmu saat dirimu jatuh, tersungkur dan hampir mati jiwanya.
Wallahualam.

Sabtu, 13 Oktober 2012

Nota Cinta By Doktor Ash


uissshhh.... korang ni. bila ada entry pasal "cinta" LAJU je kan.... alamak! kantoi. haa.. tak baik tekan butang "X", baca la sampai habis dulu. huhu. ok. jom baca!

assalamualaikum wrb semua!
jom! kita sama-sama mengungkapkan setinggi-tinggi kesyukuran kita pada Allah atas segala nikmat dan kurniaanya kepada kita. Alhamdulillah.... *ppssss.... termasuk nikmat CINTA tau! huhu

nota cinta


ok, balik kepada topik kita kali ni, iaitu "nota cinta". haa.... apa macam? ada berani nak melafazkan nota cinta? huhu.... bagi pasangan yang sedang bercintan-cintun ni mesti mempunyai nota-nota cinta yang best kan? mesti korang ni kreatif dan puitis orangnye. hehe. apa kate korang share? ada berani? huhu.

bagi pasangan yang sedang ber'kapel' ni, aku percaya banyak malah berbukit-bukit (mungkin sampai bergunung kot.. =P ) kata-kata puitis lagi indah mahupun nota-nota cinta yang sudah tertulis serta terucap, bukan? contoh yang paling femes,

"I love you, mmuuah 3x"
"sayang awak ketat2"
"I miss you soooo muchhh, bucuk!"
"kalau I bulan, You pula bintang"
"sayang ni bucuk la...."
"awak kalau makin marah makin comel"
"sayang rindu kat B"
"sayang umpama jantung hati abang"
"mandi tak basah, tidur tak lena,...bla..bla...."
"bla....bla...bla....."

waahhhh...! so sweet. apa makna atau maksud nota-nota cinta tersebut? ada orang kata, tu tandanya seseorang itu SAYANG akan pasangannya. rindu akan buah hatinya. mesti bahagia hidup! bayangkan orang yang kita sayang tu, mengunggkapkan kata-kata indah buat kita? memang rasa 'dunia ini aku yang punya!' itulah 'nikmat orang bercinta' *oopppsss... ye ke nikmat? persoalan tuh. huhu.


ok2. kali ni aku ingin berkongsi "nota cinta" yang aku dapat (aku rasa orang lain pun ada juga yang dapat kot). nak tahu tak? jeng jejengggg!!!



NOTA CINTA

kepada : mereka yang dahagakan cinta.


masa untuk baca nota ini : bila-bila masa.


tempat untuk baca nota ini : dimana sahaja kecuali tandas.

isi dalam nota ini : cara mendapatkan cinta suci, kisah tauladan mengenai 'cinta suci', dan banyak lagi!

faedah apabila baca nota ini : hati menjadi tenang, bertambah rasa sayang, bertambah rasa rindu dan lebih dicintai serta mencintai.

jenis nota cinta : alQuran.

daripada : Maha Pemberi Cinta.

kesimpulan daripada nota ini : Cintai Allah Untuk Mendapat Cinta

NOTA CINTA DARI ALLAH



macam mana? nak juga nota cinta tu? ayuh sahabat! kita dapatkan "nota cinta" yang Allah kurniakan kepada Nabi Muhammad untuk kita itu. itulah nota cinta yang paling agung dan paling hebat! tiada nota cinta seindah dan se'sweet' alQuran. insha Allah, inilah tanda Allah SAYANG, CINTA, dan RINDU akan hamba-Nya. tidakkah kita SAYANG, CINTA dan RINDU akan Allah? tepuk dada, tanya iman... Allahu a'alam.

ok. jumpa lagi yep! senyum sokmo!

assalamualaikum wrb.

SALAM SERIBU KALI SAYANG DARI BUMI MOSCOW!



sumber : Ashrul Affiq

Khamis, 11 Oktober 2012

Adam ; Maafkanlah


Assalamualaikum wahai Adam.
Adam,
Maafkanlah diri ini seandainya membuatmu terleka.
Maafkanlah diri ini seandainya aku pernah mengetuk pintu hatimu.
Maafkanlah aku seandainya aku pernah menyentuh hatimu.
Demi Allah Adam,
Tidak pernah terlintas di benakku dan hatiku untuk melalaikanmu.
Astaghfirullahaladzim.
Aku benar-benar memohon maaf.
Ya Allah, Ya Rahman,
Ampunilah aku.
Bukan aku sengaja menyentuh hati hamba-Mu yang satu itu.
Bukan niatku untuk mencemarkan hatinya dengan kasihku.
Ya Allah,
Engkau jagalah hatinya dan hatiku pada-Mu.
Jangan Engkau cemarkan hati kami dengan perkara yang melalaikan.
Ya Allah, Ya Rabbi,
Sesungguhnya aku amat mengasihi hamba-Mu itu.
Jagalah dia sebaik-baiknya Ya Allah.
Didiklah hatinya dan jiwanya dengan peribadi Rasul-Mu.
Jadikanlah dia seorang Imam yang bisa menuntun makmumnya kelak.
Jadikanlah dia seorang suami yang soleh.
Jadikanlah dia hamba yang sentiasa taat dan cinta kepada-Mu.
Wahai Adam,
Maafkanlah diri ini.
Sesungguhnya diri ini khilaf.
Tinggalkanlah aku barang seketika.
Pulanglah dirimu seandainya itu yang ditakdirkan untuk kita.
Wahai Adam,
Sesungguhnya aku faham.
Perginya dirimu bukan bermakna meninggalkan.
Tetapi,
Perginya dirimu untuk menjaga jarak perhubungan.
Aku tahu,
Sebagai insan,
Ada sekelumit kasih dalam hati yang penuh bunga di taman.
Maka,
Demi menjaga hati dan perasaan,
Aku merelakan.
Aku tahu Allah telah merancang,
Dan Dia juga yang menentukan.
InshaAllah,
Aku akan lebih tabah.
Jagalah dirimu wahai Adam.
Janganlah cemari hatimu dengan kecintaan yang melalaikan.
Kembalilah dirimu dengan kejayaan.
Kejayaan sebagai putera agama dalam medan jihad menentang keduniaan,
Kejayaan dalam dirimu menempuh segala mehnah ujian.
Sejauh mana jarak memisahkan kita,
InshaAllah,
Doaku sentiasa mengiringi setiap langkahmu.
Kita tetap bersatu dalam doa kepada-Nya.
Biar jarang berbicara,
Asal tetap hadir dalam doa.
Jika begitu kehendak-Nya,
Ku yakini itulah yang terbaik dari-Nya,
Buat kita sebagai hamba,
Hanya Dia yang mengetahui segalanya.
Semoga kita dipilih Allah,
Dalam barisan hamba-Nya,
Yang sentiasa berbaik sangka,
Kepada setiap Qada’ dan Qadar-Nya,
Dan mengharapkan rahmat dari-Nya.
Andai itu takdirnya,
Aku redha.
Maafkanlah diri ini.
InshaAllah,
Selagi nyawa masih ada,
Selagi itu doaku akan sentiasa mengiringi.
Semoga Allah redha.

Yang Mengasihimu,
Hawa