Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Jumaat, 28 Disember 2012

Sayangku, Hijrahlah Bersama Hati Bukan Niqab Cuma


Sedih hati ini tatkala melihat seorang gadis berniqab mengupload sekeping foto dengan aksi yang kurang 'cantik' untuk tatapan mata lelaki bukan mahram di Facebook, satu laman sosial yang cukup terkenal. Gambar perkongsian yang sederhana masih sejuk di hati memandang. Pedih kembali apabila mengingatkan diri ini yang hanya bisa menatap matanya yang galak dan bundar kerana wajahnya ditutupi itu juga tidak mempunyai jalinan 'friend', apatah lagi yang lain. Terutama kaum Adam yang mungkin tidak semua menguatkan hati agar menundukkan pandangan daripada terus menatap mata cantik itu.

Namun diri ini tetap tidak bisa menghitung niatnya. Mungkin dia masih muda. Harus ditunjuk mana jalan yang mesti diambil. Harusnya kita yang melihat mesti menegur. Bukan silap dia terus begitu. Silap kita yang tidak berpesan. Hanya mudah dengan terus 'berbunyi' di belakang.

Tolong, yang melihat jangan begitu cepat menghukum. Fahami mereka. Selami hati mereka. Dan tunjuki apa yang benar. Dengan penuh kasih terhadap saudara seakidah.
Maka dengan itu, bingkisan ini kucoretkan khusus buatmu. Muslimahku sayang, dengarkan...

Tatkala Mengambil Kata Putus Untuk Berniqab Maka "Jangan Main-Main" 

Sebetulnya, bukan untuk mereka yang berniqab sahaja. Bertudung labuh juga begitu. Berniqablah, ramai yang mahu menyokong belakang. Namun ingat, apabila kita memilih untuk memakai begini, orang-orang di sekeliling punya high expectation terhadap kita. Apa yang betul dilakukan kelihatan biasa. Namun apabila sedikit yang silap, itu yang lebih besar terlihat. Kerana memang namanya manusia, ada yang hanya memandang sekelumit kesilapan dan keaiban berbanding memperbesar kelebihan dan kebaikan.

Bukanlah bermakna kita harus mengaut segala pandangan manusia agar segalanya yang dilihat tinggi pada kita. Bukan sayang. Maksudku di sini, kita mesti berjaga-jaga terhadap diri sendiri. Kerana apabila berpakaian niqab dan tudung labuh begini, kita membawa bersama maruah Islam. Ya, maruah Islam. Take it serious, my love. Memetik kata-kata Phua Chu Kang "don't play play". Jangan main-main.

Ini bukan soal mahu terlihat hanya diri kita yang baik bersama penampilan, tetapi juga mahu dunia melihat Islam yang tinggi dan indah nilainya! Jadilah muslimah yang meninggikan Islam. Bukan makin menjatuhkan.


Akhlak mesti dijaga. Kerana itu buah amal dan iman. Juga mengelak fitnah.

Apabila hanya segelintir yang tidak begitu menjaga akhlak seperti pemakaiannya, kerana itu ada manusia yang kurang memahami mula berbunyi... 


"Saya tak bertudung. Bertudung labuh mana pun orang tu bukan baik sangat. Trust me. Saya dah pernah jumpa. Yang penting hati..."

"Apa la pompuan ni. Berniqab tapi gambar dekat Facebook dia, Masya-Allah...Wei, tak payah pakai niqab lah wei..."

"Ala, yang berniqab semua tu bukan cantik sangat pun, perasan banyak. Melebih je semua tu, dah macam ninja dah aku tengok. Ceitt. Blah la"

Bukan semua orang mahu faham kita yang begini tidak semestinya terlihat sempurna tetapi kitalah sendiri harus menjaga sedaya mungkin! Tidak boleh tidak. Mesti.

Ustaz Pahrol Mohd Juoi mengatakan bahawa tudung wanita itu terbahagi kepada empat. Tudung pada wajah yang tidak mengundang fitnah dan kecantikannya hanya khusus buat suami bukan buat lelaki ajnabi atau bukan mahram. Tudung pada mata yang tidak memandang lelaki lain selain mahramnya kerana solehah yang hakiki itu tidak dipandang dan tidak memandang. Tudung pada suara yang tidak dilunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona. Tudung pada hati yang tulus mengingati Allah dengan sentiasa berzikir.

Muslimahku sayang, apabila ini yang dijaga maka yang lain pasti turut terjaga. Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang terjaga dengan tidak melampaui batasan syariat. Anggota yang terjaga kerana peringatan sepi daripada tudung itu sendiri supaya menghindari maksiat. Hati yang terjaga daripada dicemari rasa riak dan takbur.

Sememangnya perempuan berniqab dan bertudung labuh ini baik. Baik dengan erti kata sebenarnya. Akhlak mengikut apa yang diajar Islam. Usah jadikan diri kita pemangsa kepada mereka yang begitu menjaga turut terkena tempias menjadi mangsa. Fitnah terjadi. Fitnah terhadap mereka yang berniqab dan bertudung labuh. Kasihan.

Namun tidaklah pula bermakna harus menukar meter tudung menjadi semakin pendek kerana bimbang diri hanya membawa fitnah. Malah seharusnya hati semakin nekad memperbaiki dan menjaga akhlak dan bunga iman. Begitu sayang. Apabila punya keazaman sebegitu maka diri telah pun membuka langkahan menuju kebaikan.

Sayangku, Jangan Memilih Memakai Begini Kerana Lelaki. 

Bertudunglah seperti yang diri mahu. Asal sahaja tudung itu tetap dilabuhkan menutupi dada. Tetap bertudung mengikut syariat bersama niqabmu. Namun awas pada hati sendiri, sayang. Jagalah ia selalu. Perhatikanlah ia sentiasa. Kerana dalam kegigihan kita melakukan kebaikan, syaitan itu juga tetap gigih berusaha membisik halus tanpa diri sedari.

Tiap kali melangkah keluar dari rumah, luruskan niat bahawa aku memakai begini hanya kerana Allah. Bukan untuk mendamba pujian dan hati lelaki. Bukan mahu menunjuk aku sekarang telah berubah menjadi lebih baik berbanding dahulu. Bukan mahu mengatakan "wahai Adam, lihatlah. Akulah wanita yang paling solehah. Moga sahaja kau jatuh cinta padaku".

Apabila itu yang terlintas, fikirlah apakah itu juga yang dipandang Allah? Tidak sayang! Dia hanya ingin melihat ketulusan dan keikhlasan niat hatimu untuk berhijrah kerana-Nya. Apabila hatimu terdetik berhijrah kerana yang lain, hitunglah apakah amalan ini juga terhitung di sisi-Nya. Apabila diri memilih untuk memakai begini, jagalah niat itu sentiasa. Usah biarkan amalan kebaikan hangus rentung menjadi abu hanya kerana niat yang terpesong. 

Istighfarlah sentiasa. Kerana sememangnya kita manusia yang pelupa dan berdosa.


Apabila Niat Hanya Kerana Dia Maka Yang Lain Akan Turut Terjaga.

Akan kudatangkan satu analogi terlebih dahulu. Andaikan seorang lelaki dengan niat dan keinginannya ingin mencuri. Apakah dia akan mengetuk pintu rumah orang kaya yang didatanginya dan mengatakan "Assalamualaikum. Bukalah pintu ini. Saya mahu mencuri". Tidak bukan?

Andaikan seorang lelaki lain dengan niat dan keinginannya untuk menziarahi saudara. Semestinya mengetahui adab sebagai seorang tetamu yang memberi salam dan masuk ke dalam rumah melalui pintu depan setelah dipelawa.

Apakah yang membezakan antara kedua situasi? Ya sayang. Pembezanya adalah niat.

Niat yang benar akan memandu diri melakukan perkara kebenaran. Sebaliknya yang berlaku apabila niat terpesong dari landasan asal.

Utamakan Yang Lebih Penting Daripada Yang Penting.

Sayangku, pakailah niqab andai diri mahu. Perkara baik tiada siapa menghalang. Namun ingat sayang, lihatlah yang lebih penting daripada keinginanmu untuk menutup muka bersama secebis kain indah itu. Mahu menjadi baik tidak semestinya dengan berniqab namun berniqablah andai itu benar menjadi motivasi buat diri untuk menjalani perubahan ke arah yang lebih baik.

Walau begitu, tetap diri ini suka untuk mengingatkan kita bersama agar melihat perkara yang lebih utama berbanding perkara yang menjadi isu khilaf. Lihatlah yang lebih penting.

Lihatlah solat lima waktu kita. Apakah berusaha didirikan awal waktu seperti mana usaha keinginan untuk berniqab? Apakah terhafal sudah rukun-rukun serta syarat-syarat sah solat? Apakah solat itu cuba diri hayati supaya lebih khusyuk? Apakah bacaan solat itu diri fahami maknanya? Apakah solat itu bisa membuatkan diri merasa terlalu dekat dengan Allah? 

Lihatlah hubungan yang terjalin antara manusia. Apakah ada api permusuhan yang belum terpadam? Apakah hati sering berprasangka buruk terhadap orang lain? Apakah hati dibisik iri dan dengki akan kejayaan dan kebahagiaan orang lain? Apakah diri ringan membantu tatkala sahabat memerlukan pertolongan? Apakah hati itu sentiasa diingatkan agar sering bersangka baik dengan manusia tiap ketika? 

Lihatlah akhlak dalam diri. Nilailah dan hisablah diri sehari-hari. Apakah hati sentiasa diingatkan agar sentiasa ikhlas dalam melakukan amalan? Apakah hati itu dididik untuk menyemai rasa rindu terhadap Rasulullah dengan sunnah Baginda? Apakah diri diajar untuk tekad dalam menimba ilmu daripada melayan cinta manusia? Apakah hati sentiasa ditiup bayu semangat tabah dan gigih dalam menjalani ujian daripada Allah?

Sayang, lihatlah yang ini terlebih dahulu berbanding niqab. Kerana kewajipan ini lebih dituntut. Jadilah muslimah yang bijak menentukan perkara yang paling penting dalam kehidupan. Jadilah muslimah yang bijak dengan melakukan perkara yang dirasakan penting tetapi tetap mengutamakan perkara yang lebih penting. Maka sayangku, ini lebih baik.

Mengapa mesti pandai mengutamakan hal yang lebih penting daripada yang penting? Andai kita sebenarnya mengetahui mentaati ibu bapa itu lebih dituntut daripada pemakaian niqab maka tiada yang keliru dalam permasalahan "mak ayah saya tak bagi saya berniqab". Pilih ibu bapa berbanding niqab. Kerana taat ibu bapa itu wajib dan berniqob itu hanya sebahagian isu khilaf. Jelas, sayang?

Andai kita muslimah yang berniqab maka usah dipandang rendah kepada mereka yang memakai pashmina. Andai kita memakai tudung labuh maka jangan merasa lebih baik berbanding mereka yang memakai tudung melilit. Masih sehingga kini diri tiada mengetahui bagaimana pandangan-Nya. Kerana Dia lebih arif akan hati dan niat kita lebih daripada meter tudung itu. Takutlah pada hati sendiri yang suka menilai manusia dalam diam. Sehingga wujud rasa ujub terhadap diri sendiri.

Saya punya sahabat-sahabat berniqob. Dia seorang kakak yang baik dan tabah dalam menjalani kehidupan dan mempunyai semangat juang yang tinggi! Dia seorang sahabat yang benar-benar menunjukkan perubahan setelah pemakaian niqob. Ini yang kita mahu!

Saya punya sahabat-sahabat bertudung labuh. Dia seorang kakak yang sangat lembut dalam percakapan dan raut wajahnya sentiasa mempamerkan ketenangan. Sehingga terbias kepada hati ini. Dia seorang kakak yang memakai tudung bidang 60 yang benar-benar jelas akan semangatnya dalam komitmen dakwah. Subhanallah!

Saya punya sahabat-sahabat yang memakai pashmina, tudung bawal beserta pemakaian cardigan. Terkadang mereka lebih pandai mengajar diri apa sebenarnya erti kasih sayang dan mengajar bagaimana menghargai orang lain berbanding mereka yang lebih meter kain tudungnya. Seriously. I really mean it.
See? Manusia pada mulanya tidak dapat tidak akan menilai luaran terlebih dahulu. Namun kebaikan akhirnya ternilai kepada akhlak kembali. Harus menerima hakikat itu.

Apabila benar niat kerana Allah dan tahu mengapa diri memilih memakai begini, percayalah itu yang akan memberi kekuatan berterusan. Walaupun ramai yang memandang serong. Walaupun ramai cuba menyalah anggap. Walaupun ramai melihat diri sebagai 'kamu-orang-pelik-ewww'. Kerana pemakaian hanya diniatkan kerana Allah. Sedikit pun kata-kata manusia tidak akan memberi kesan kepada hati seandainya benar ikhlas. Right? So, just go with what you did now my love!

Andai terasa lemah, renung kembali niat dalam hati. Apakah benar di jalannya. Jangan pernah putus harapan dalam memperbaiki diri dan mengejar kebaikan. Kerana itu semua tidak akan datang tanpa keinginan yang kuat dan hati yang gigih menghadapi ujian! Contohilah Ummul Mukminin. Contohi peribadi mereka dan jadikan ia semangat buat diri untuk terus melangkah dalam mendidik hati menjadi muslimah sejati. Terus kuat, sayang!

Sayangku, pakailah dan hiasi bersamanya dengan ilmu dan akhlak. 

Pakailah niqab itu. Pakailah tudung labuh itu. Pakailah pakaian yang menutup aurat mengikut garisan Islam. Andai pandai menyentuh isu kahwin tidak perlu menjadi begitu sempurna tetapi usaha itu mesti ada, begitu juga soal ini. Tidak perlu menunggu diri menjadi sempurna pada tiap sudut inci seperti meter kainnya, tetapi tekadkanlah jua dalam hati keazaman dan keinginan menjadi lebih baik. Bersama ilmu dan akhlak.

Yang kurang benar kelihatannya apabila dipakai tanpa ilmu dan keazaman pembaikan akhlak. Itu yang akhirnya mula terjadi fitnah kepada pemakai niqab dan tudung labuh.
Kerana itu niat amat dititik beratkan. Apabila niat benar, tindakan yang diambil juga benar. Apabila niat ingin memakai niqab sebagai dorongan menjadi lebih baik, maka diri akan berusaha walau bagaimana cara sekalipun untuk menjadi muslimah yang terbaik! Apabila niat asal terpesong maka itu yang dibimbangi apabila hati mula menurut nafsu. Jadikan niqab sebagai dorongan untuk menjadikan diri lebih baik. That's the best. Namun, andai diri bukan daripada kalangan niqabis, it's alright dear. Kita semua sama sahaja. Kerana tetap sahaja taqwa itu menjadi pembeza. Dan tetap sahaja yang istimewa itu buat muslimah yang menjaga auratnya.

Jaga akhlak. Jaga akhlak. Dan jaga akhlak. Kerana manusia tidak akan bertanya, "tinggi manakah ilmu yang ukhti miliki?" tetapi manusia akan mula menilai melalui peribadi. Akhlak.Yes, exactly my love. Akhlak hasil daripada ilmu yang dimiliki. Tuntutlah ilmu yang benar dan secara sendiri ia akan dimanifestasikan dalam akhlak yang juga benar. Kerana ilmu itu berperanan mewujudkan perasaan khauf atau takut kepada Allah sehingga melahirkan akhlak yang baik. Biarlah qudwah itu bersama akhlak dan tudung. 
Tidak semestinya berniqob lebih baik daripada yang memakai pashmina. Tidak semestinya yang bertudung labuh lebih baik daripada tudung melilit. Tidak semestinya yang memakai tudung melilit lebih baik daripada yang berniqab. Tidak semestinya mereka yang memakai pashmina lebih baik daripada yang bertudung labuh. Kerana? Kerana tinggalkanlah itu semua kepada rahsia penilaian Allah.
Dan kerana setiap daripada kita punya peluang berubah ke arah kebaikan selagi nafas masih terhela. Jangan persiakannya. Maka sayangku, genggamlah jemari sahabatmu yang lain dan bantu. Sebarkan kecintaan terhadap sesama muslimah. Padamkan segala prasangka andai ada ternyala.
Jadi baik itu bukan diukur pada tudung. Jadi baik itu adalah pada hati yang ikhlas. Namun tudung mengikut syariat itu tetap wajib. Jalankan walaupun ada yang terasa payah! Kerana percayalah tudung itu akan mula menjernihkan hati yang kotor. Mendorong hati dan keyakinan ke arah jalan cahaya. Believe me!
Mari kita sama-sama. Tolong ajari diri yang menulis. Kerana sungguh, diri ini juga pemakai tudung labuh yang hanya bijak berkata-kata namun masih banyak kekurangan yang mesti diperbaiki. Terlalu.

Wallahua'lam. Last word. Uhibbukunna fillah ya akhowat!
=') sayang kamu semua muslimah~! *peluk*

Maafkan diri yang hina ini andai ada hati yang terluka kerana bicara ini. Sayangku, kalam ini langsung tiada berbaur benci atau ingin melumpuhkan keinginan yang memilih jalan kebaikan. Tidak sayang! Namun, hanya ini yang mampu kulakukan sebagai tanda kasihku kepadamu. Kentallah dengan ujian dunia dalam usaha menjadi muslimah sejati pada abad moden yang penuh dengan tipu daya ini. Moga sahaja kita selamat di dunia. Dan yang paling penting, juga selamat di akhirat sana. =') Ameen. 


p/s : Maaf, diri ini memang jenis agak bercakap straight forward. Tidak mahu dan tidak suka melencong. Lebih gemar tegas dan pap, straight to the point. Bagi diri sendiri setakat ini memang memilih untuk tidak memakai niqab dan kekal bertudung labuh kerana bagi diri sendiri merasa lebih selesa dengan imej begini. Pada pegangan sendiri, kerana dengan cara pemakaian begini diri mudah mendekati 'mereka-mereka' yang tidak terbiasa dalam suasana 'tudung labuh', 'majlis ilmu agama', yang bukan daripada kalangan 'saya-tak-sokong-couple' dan lain-lain. For the sake of da'wah. Tetapi itu tidak bermakna niqabis sukar mendekati masyarakat. Tidak! Lihatlah kesesuaian dan situasi masing-masing. Flexible =)


 Walau apa pun, tanggungjawab terhadap dakwah itu tidak akan tamat sehinggalah nyawa diambil. Lihat dunia di luar sana! Wahai niqabis, wahai bertudung labuh, wahai yang berpashmina, wahai tudung melilit dan wahai muslimah. People out there need you! Do whatever you can to help them. Sebarkan kasih sayang. Cukuplah menyalakan api permusuhan. Kerana kita semuanya saudara. 

Dan khusus buat niqabis. Diri amat amat amat menghormati mereka yang memilih untuk berniqab. Bukan senang. Kagum dan bangga! and really support them! Hehe, diri tahu ramai yang teringin. Sayang, pakai if it is really good for you! But stay focus pada penghijrahan hati dan isu-isu yang lebih utama. =) ok? Moga dalam jagaan Allah selalu. Muah <3 <3 <3


"when it comes to deen principle, I can't stop myself from slowly being strict. No compromise."
-kakak sulung yang garang sporting bertempat tetapi tetap penyayang-
muehehehe~<3 =P

okeh. tak tahu kenapa asal cakap pasal perkara berkaitan ini je mulut tangan tak boleh berhenti. sampai berbelit dah isi =__= Sebab muslimah istimewa! ^_~ dan sebab diri sendiri mengambil kira banyak sudut pandang pembaca yang membaca bagaimana. 



Ini ada sedikit perkongsian tambahan.Tersentuh hati saya membaca penulisan kak Insyirah. Sehingga membuatkan diri rasa terpanggil untuk turut berbicara. Dari skop yang agak lari sudutnya dan banyak juga yang terlari-lari. Syukran kak atas artikel ini. Moga akak dan keluarga dalam rahmat Allah selalu! Love you Ummu Amir~! ^_^ dan bagi mereka yang berminat tentang niqab, ziarahlah kak Syirah. Banyak info di situ. <3





Ini perkongsian daripada Ustazah Fatimah Syarha.








(=__= tak tahulah ada ke yang sanggup baca berjela begini)

Amat saya hargai anda yang membaca menegur kesilapan saya. 

Perkongsian buat semua.
Tamparan buat diri sendiri.
Jazakumullah khairan katheera kepada yang sudi baca. 


"Ya Allah, jadikanlah bicaraku, tulisanku...adalah ibadah kepada-Mu. Ya Rahman, ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua aku lakukan. Hapuskanlah segala sifat riak, sombong, dengki, iri hati andai ada bersarang dalam hati ini. Kau tiupkanlah sifat-sifat mahmudah ke dalam hatiku. Ya Raheem, jadikanlah cinta dan rinduku kepada-Mu setinggi-tinggi dan seindah-indah cinta dan rindu dalam hati ini. Ameen Ya Rabbal 'Alameen"

by : http://www.syauqatulwardah-lavender.blogspot.com/2012/07/sayangku-hijrahlah-bersama-hati-bukan.html

Kakak kesayangan saya :')


Rabu, 26 Disember 2012

Ketika Cinta-NYA Berbisik

Ketika cinta-NYA bertasbih, cinta yang lain tidak berkalih.
Ketika cinta-NYA menghampiri, dia akui kebesaran Ilahi.
Ketika cinta-NYA berbicara, cinta yang lain terdiam tidak mampu berbahasa.
Ketika cinta-NYA menyapa, cinta yang lain tidak mampu menghembus hela.
Ketika cinta-NYA memanggil, cinta yang lain kian menggigil.
Ketika cinta-NYA berbisik, jiwa sang hamba kembali terusik.

Ya Tuhan.
Tidak ada satu pun yang mampu mendustakan cinta-Mu.
Tidak ada satu pun yang mampu menolak lamaran-Mu.
Kerana cinta-Mu begitu tulus.
Kerana cinta-Mu begitu qudus.
Engkau sering memberikan kekuatan saat aku tersungkur di mehnah ujian.
Engkau juga memberikan ketabahan saat aku berdarah dek mehnah yang mendatang.
Engkau tidak pernah meninggalkan hamba-hamba-Mu.

Sungguh. 
Saat aku merasa tidak berdaya,
Engkau mendakap aku dengan penuh cinta.
Saat aku merasa lemah,
Engkau membelaiku dengan penuh belas.

Subhanallah.
Indah berada dalam dakapan dan belaian cinta-Mu Ya Rabbi.
Aku tahu. Aku sering bertanya.
''Mengapa aku yang diberikan ujian seberat ini???! Mengapa aku??!''
Wahai diri hamba Allah yang dicintai-NYA.
Kita adalah hamba-NYA.
"Orang yang diduga dengan hebat adalah orang-orang yang disayangi Allah". 
Sejauh manakah kebenaran kata-kata itu? 
Allah sahaja Yang Maha Mengetahui. 
Namun yang pasti, siapa yang tidak mahu menjadi di kalangan orang-orang yang disayangi Allah?
''Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu.
Dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu.''-(Al-Baqarah;216)

Marilah kita teladani Nabi Muhammad saw apabila ditimpa ujian, baginda sering berkata, 
"Aku hamba Allah, Allah tidak akan mengecewakanku." 
Ini kerana baginda yakin bahawa pada setiap ujian Allah terselit hikmah yang pasti memberi kebaikan, lambat atau cepat, tersurat atau tersirat. Justeru, orang yang 'arifbilllah' (mengenal Allah) seperti Ibnu Ataillah pernah berkata, "Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya, maka itu adalah kerana pen­deknya penglihatan akal dan mata hati seseorang." Maksudnya, seberat mana pun ujian yang Allah timpakan, pasti ada kasih sayang yang mendasari dan mengiringi  ujian tersebut. Namun, akal yang matang berfikir dan hati yang tenang berzikir sahaja dapat merasai hikmah di sebalik setiap mehnah.
Ingat. Kasih sayang Allah mendahului murka-NYA.

Bimbing Aku Menuju Cinta-NYA.

Aku ingin menjadi yang teristimewa bagimu.
Duhai yang kelak menghuni sisi terbaik di hatiku.
Aku ingin menjadi makmum yang selalu menurut gerak tauhidmu.
Duhai yang kelak mengalir deras arus nadi-nadiku.
Aku akan selalu menundukkan pandangan dan menjaga kehormatanku.
Untuk lebih dekat kepada Allah.
Duhai yang kelak menjalin simpul kasih di bilik-bilik jantungku.
Aku ingin menjadi selimut tidurmu.
Yang membangunkanmu sepertiga malam untuk bermunajat kepada-NYA.
Duhai yang kelak menyatukan rusukku di tubuh indahmu.
Aku ingin menjadi ratu di singgahsana hatimu yang tiada orang lain.
Kecuali Allah dan Rasul-NYA yang engkau lebih cintai.
Duhai yang kelak mengisi rongga celah di jemari tanganku.
Dan aku ingin menjadi taman mawarmu.
Di mana kita saling mengingatkan dalam akhlak, iman, ihsan.
Sesuai tuntutan Al-Quran dan Al-Hadis.
Duhai yang kelak mengisi hembusan nafas dadaku.
Bantu aku untuk kuatkan iman.
Bimbing aku untuk sucikan fikiran.
Atur aku untuk jernihkan hati.

Ya Rabb.
Yang Maha Penentu Segala Sesuatu.
Hulurkanlah padaku sebuah rengkuh.
Yang melindungi hati.
Menyejukkan jiwa.
Mengharumkan setiap inci raga.
Berikanlah aku jodoh yang selalu mengingatkanku dalam beribadah kepada-Mu.
Amiin Ya Rabbal Alamin.

Isnin, 24 Disember 2012

Aurah;Aib;Maruah




"Awak dulu sekolah agama ye?"


"Tak."

"Awak belajar di maahad ke?"

"Tak."

"Habis tu?"

"Saya sekolah sekular. Sekolah menengah kebangsaan."

"Haaa!" Dari atas ke bawah dia pandang ana.

"Kenapa?"

Seorang ukhti di sebelah ana sudah terkebil-kebil, dia yang tadinya rancak bercerita terus terdiam.

"Sekolah biasa?!" Nadanya ada ketegasan.

"Iya kak, saya sekolah biasa." Semua mata tepat memandang ana. Serba salah dibuatnya.

Dalam hati bermonolog sendiri, "Eh, aku ada buat salah ke?"

Seorang muslimah bersuara.

"Alhamdulillah, awak mampu pakai macam ni. Akak dulu sekolah agama pun dah tak pakai tudung labuh, inikan pula nak pakai macam awak."

Dalam hati, Allah saja yang tahu. Jalan yang dilalui tidak semudah pandangan orang, jalan yang dipilih tidak dihiasi mutiara dan permata tetapi penuh dengan duri-duri tajam yang menyakitkan, tetapi ia adalah pilihanku... perjuanganku, mujahadahku.

Dua muslimah yang tadinya melipat baju kurung sehingga menampakkan lengan cepat-cepat menarik dan membetulkan bajunya.

"Pakai macammana pun tak pe kak, as long as we covered our aurat." Sengaja ana tekankan nada pada kalimah our aurat.

Nak pakai baju kurung, jubah, , t-shirt (alhamdulillah sekarang dah ada t-shirt labuh muslimah paras lutut) mahupun kebaya (fikir sendiri adakah ia menepati syara'). Ana takkan lupa satu peristiwa ummi sangat berkenan sepasang Baju Kurung Pahang. Ya, ada cutting di bahagian pinggang. Disebabkan ummi berkenan, ana menimbang tara. Antara ummi dan syara', akhirnya ana setuju asalkan baju tu jauh lebih besar dari saiz ana. Maksudnya walaupun baju ada cutting tetapi apabila ana pakai tidak nampak bentuk badan.

"Adik, saiz ni dah cukup untuk adik. Kalau ambil yang ini, besar sangat lah."

"Saya nak yang ini juga!"

Customer always right! Kita sentiasa ada jalan keluar dari masalah, insya Allah. Akhirnya kedua-duanya ana dapat. Memenuhi permintaan ummi, pakaian yang menepati syara'. Akhirnya baju elok digantung dalam almari berbulan lamanya, sehingga terasa nak pakai. Yuhuuuu! :)

"Mak oi, besaqnya baju hang...! Ni boleh pakai sampai lepas kahwin ni."

"Awat akak cakap macam tu?"

"Ye lah, kalau dah ghuper ini besornye, orang mengandung pun boleh pakai..." Hahaha...

"Akak, kenapa akak suka pakai baju macam orang mengandung?" Sepupuku, masih kecil.

Terbeliak mata ana, soalan apakah ini.

Hati-hati ibu bapa sekalian, bakal ibu bakal bapa... Anak-anak ni mencetak segala apa yang dibuat oleh ibubapa, pertuturan dan juga perbuatan. Bahkan apa saja yang dihidangkan pada mereka, itulah yang diambil sebiji-sebiji.

Pandangan si kecil itu, jubah itu baju untuk orang mengandung. Tidak salah juga si kecil itu kerana itu yang selalu dilihatnya.

"Cuba akak pakai baju kebaya, nampak seksi sikit. Baru ada orang nak mengorat."

Huh, bayangkan ni budak-budak yang bercakap dengan ana. Kecil lagi dah tahu apa itu seksi, apa itu mengorat. Eh, ana bercakap ni dengan budak-budak yang ana kira belum tahap lelaki yang bernafsu. Bayangkan! Bayangkan sejenak apa pula yang difikirkan oleh lelaki yang sudah baligh dan bernafsu. Astaghfirullah hal azhim.

Sahabat-sahabat ku sekalian, jagalah aurat dengan baik. Sebaik-baiknya! Sesungguhnya pandangan mata itu laksana anak panah beracun dari iblis. Jangan salahkan lelaki kerana memandang ke arahmu, memuja kecantikanmu, itu adalah keinginan mereka. Salahkan diri kalian yang sengaja mengundang pandangan-pandangan keji itu... Kalian bukan barang perhiasan, tetapi hiasan keindahan dari Tuhan yang dianugerahkan kepada lelaki pilihan. Iya, ku ulang sekali lagi, lelaki pilihan kerana dirimu itu terlalu mahal harganya.

Satu hari, teman ummi terkejut gorilla nampak ana.

"Ya Allah, kurusnya kamu! Sakit ye?"

Oh tolong la... Bila kurus mestikah dikaitkan dengan sakit. Ni yang tak suka nak controlmakan ni, biar tembam macam kuih apam baru orang cakap ana sihat.

"Tak lah."

"Kurusnya kamu."

Rasanya tidak berdiet. Tidak juga terasa kurus.

"Cuba pusing sikit."

Ha sudah, nak suruh jadi model pula ke. Mujur masa tu tak ada sesiapa, hanya ana, sahabat ummi dan pembantu indonesia juga anaknya yang baru umur setahun.

"Baru perasan, hari ni kamu pakai seluar patut nampak kurus. First time achik tengok kamu pakai seluar, selalu kamu pakai jubah je."

Gurlp! Kadang-kadang meterial jubah dari kain yang jarang mewajibkan ana memakai baju kurung di dalamnya. Tidak semua material jubah dari kain yang berat dan tebal. Selalunya, kain yang tebal dan berat tetapi tidak panas harganya sedikit mahal.

"Budak sekolah agama je pakai tudung labuh... Budak sekolah agama bla bla bla."

Habis semua orang bercakap. Baru ana buka mulut.

"Bukan budak sekolah agama atau budak sekolah maahad atau seumpama dengannya saja yang nak masuk syurga. Saya pun nak masuk syurga juga! Saya juga sayangkan ayah saya, abang-abang saya, adik lelaki saya dan kaum kerabat saya. Saya tidak mahu kerana mengikut hawa nafsu yang mencintai dunia akan menghumban mereka yang saya sayangi dalam neraka. Dosa seorang wanita itu dipikul oleh 4 lelaki sebab itu logiknya lelaki cepat mati sebab tak tahan tanggung dosa perempuan."

Ya muslimah, jangan dikhianati cinta lelaki. Usah dihumban dalam neraka, apinya sangat panas tak tertanggung rasanya! Balaslah kecintaan kasih sayang mereka dengan haruman kasturi syurga, kerana itu nilainya cinta sejati. Bahagia di dunia, sejahtera di akhirat.

Di saat lain, semasa mereka bertanya pendapat tentang niqab. Satu saja...

"Istikharahlah... Minta Allah berikan jalan Nya untuk kamu, moga Dia memberikan jalan terbaik untuk mendekatkan dirimu kepada Allah."

Bila kamu bertekad, bersiaplah menghadapi tribulasi dan ujian untuk menguji kesungguhanmu. Sesuatu yang sukar diperolehi itu akan selalu disayangi, dijaga dan dipelihara sebaiknya. Dan semua muslimah berhak mempertahankan maruah dirinya tidak kira dia sekolah agama, maahad atau sekular.

Wallahua'lam.

Ayuh semua para mujahid
Ayuh semua para mujahidah
Mari bersama kita nyalakan
Bara perjuangan di dalam diri
Agar tertegak kalimah Ilahi

Sumber ; http://www.facebook.com/photo.php?fbid=249061551867155&set=pb.100002899352852.-2207520000.1356357059&type=3&src=http%3A%2F%2Fsphotos-h.ak.fbcdn.net%2Fhphotos-ak-ash3%2F601191_249061551867155_2048383247_n.jpg&size=99%2C210

Kisah Cinta Salman Al-Farisi


Pernah dengar nama Salman al-Farisi?? 
Salah seorang sahabat Rasulullah. Mengembara dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk mencari agama yang benar, agama Islam. Sebagaimana kisah beliau dalam mencari kebenaran dalam agama, kesungguhan dan ketabahan beliau, sehinggalah menemukan agama Islam sebagai agama benar. Begitu jugalah hebatnya kisah cinta Salman al-Farisi.
Inilah kisah cinta Salman al-Farisi.
Kisahnya begini, di saat dia merasakan sudah layak baginya untuk menyempurnakan separuh daripada agama. Dia sudah siap untuk melamar seorang gadis solehah dari kaum Ansar, yang selalu meniti di bibir para pemuda di Kota Madinah. Memperolehi cinta wanita solehah itu ibarat membelai cinta para bidadari di Syurga. Wanita solehah itu telah menambat hatinya untuk menuntun karya-karya indah bak lakaran pelangi. Penuh warna dan cinta.
Beliau menjemput sahabat karibnya, Abu Darda’ sebagai teman bicaranya ketika bertemu keluarga wanita solehah itu.
“Subhanallah. Alhamdulillah..” 
Terpancul kata-kata dari mulut Abu Darda’, tanda ta’ajub dan syukur di atas niat suci temannya itu. Dia begitu teruja kerana dapat membantu temannya dalam hal baik sebegini.
Maka menujulah mereka ke rumah wanita solehah yang menjadi buah mulut para pemuda gagah perkasa di Kota Madinah.
“Saya adalah Abu Darda’ dan ini adalah saudara saya Salman al-Farisi. Allah Taala telah memuliakannya dengan Islam, dan dia juga telah memuliakan Islam dengan amal dan jihadnya. Dia memiliki kedudukan yang utama di sisi Rasulullah s.a.w, hingga Rasulullah menyebut beliau sebagai sebahagian daripada ahli bait-nya. Saya datang untuk mewakili saudara saya ini melamar puteri kalian untuk dipersuntingnya..” Berkata Abu Darda’ kepada keluarga wanita tersebut. Susunan bahasanya cukup berlapik dan indah.
“Menerima kalian berdua sebagai tetamu, sahabat Rasulullah yang mulia sudah menjadi penghormatan terbesar buat kami. Dan adalah kehormatan lebih besar bagi keluarga kami bermenantukan seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang utama. Akan tetapi hak untuk memberi kata putus tetap sepenuhnya berada di tangan anakanda puteri saya. Saya serahkan kepada puteri kami untuk memperhitungkannya” wali wanita solehah memberi isyarat ke arah hijab, di belakangnya sang puteri menanti dengan segala debar hati.
“Silakan tuan...” balas Abu Darda’.
Selepas beberapa minit berlalu, datanglah walinya memberi kata pemutus daripada sang puteri kesayangannya.
“Maafkan kami di atas apa yang saya akan katakan”
“Kerana kalian tetamu terhormat kami, sahabat baginda s.a.w yang amat dicintainya. Kami hanya mengharap redha Allah bersama kita semua. Sebenarnya puteri saya telah menolak pinangan Salman. Namun jika Abu Darda’ mempunyai hajat yang sama, puteri kami senang menerima pinangannya dengan penuh syukur.” kata-kata wali wanita solehah itu tidak sedikit pun mengejutkan Salman al-Farisi malah menyambutnya dengan alunan tahmid yang tidak putus-putus.
Subhanallah. Jelaslah wanita solehah itu hanya memilih Abu Darda’ sebagai pasangan hidupnya berbanding hajat asal datang daripada Salman al-Farisi. Bayangkan andai kita berada di posisi Salman al-Farisi, mungkin kita telah menyalahkan diri kerana telah tersilap membawa pendamping, teman bicara. Namun lain pula jawapan Salman al-Farisi;
“Allahu Akbar... Maha Suci Allah telah memilih teman baik saya sebagai pengganti” dengan penuh rasa kebesaran Tuhan menyelinap roh cinta-Nya memenuhi jiwanya yang kerdil.
“Semua mahar dan nafkah yang telah ku persiapkan ini akan aku serahkan pada Abu Darda’, teman baik ku dunia akhirat. Dan aku akan menjadi saksi pernikahan bersejarah kalian!” air mata kasih dan syukur membening suasana redup di suatu petang itu.
Begitulah jawapan Salman al-Farisi. Subhanallah, begitu kagum dan ta'ajubnya saya ketika membaca kisah cinta beliau. Reaksinya yang begitu bersahaja sudah menunjukkan yg beliau adalah pencinta sejati. Akur akan ketentuan Allah swt. Sejatinya bkn kerana beliau adalah sahabat Rasulullah, tetapi rahmat dan kasih sayang Ilahi yg sentiasa menemani sekeping hatinya untuk terus MEMBERI. Teringat saya akan satu ayat ini. MEMBERI itu tidak bererti mengurangi apa yang ada, tapi bersyukur dengan apa yang dimiliki, tidak haloba dengan apa yang tiada.
Salman al-Farisi yang begitu setia dan utama disisi Rasulullah juga diuji sedemikian hebat apabila cintanya ditolak oleh gadis solehah idamannnya. Dan yang lebih mengejutkan lagi, sahabat baiknya yang pada mulanya dijadikan 'teman bicara' utk meminang pula yg menjadi pilihan si gadis solehah.
Dan bagaimana pula reaksi jika kita meletakkan diri kita ditempat dan situasi Salman al-Farisi? Mampukah kita memberi dan membenarkan segalanya dengan keikhlasan?? Sudah pasti akan timbul sedikit rasa marah pada mulanya dan diikuti rasa terkilan. Tapi berbezanya dengan Salman al-Farisi. Beliau begitu kuat menerima setiap ketentuan Illahi dengan penuh rasa syukur dan redha. Baginya, satu pekerjaan yang besar lagi mulia adalah dgn MEMBERI.
Kisah beliau mengajar kita bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.
Yang Maha mngetahui tentang sesuatu yg tidak kita ketahui.

sumber ; http://bukansekadarkhayalan.blogspot.com/2011/06/kisah-cinta-salman-al-farisi.html

Ahad, 23 Disember 2012

Jika Benar Cintakan DIA Dan Rasul-NYA, Apa buktinya?

Ya. Jika benar cintakan DIA dan Rasul-NYA, apa buktinya? Bibir sering mengungkapkan ''aku rindu pada Rasul-NYA, aku cintakan DIA" namun, dihati? Masih ada lagi rindu yang bertandang di hati? Masih sibuk memikirkan 'jodoh' yang tidak pasti? Oh. Bukan ingin menakutkan diri, namun ini hanya peringatan yang lahir dari hati. 'Jodoh' yang pasti kita 'kahwini' adalah KEMATIAN. Kita tahu mati itu pasti. Jodoh manusia? Pasti ke tidak? Namun, cinta Allah itu tidak pernah mengecewakan. Bukankah DIA sering membelai kita dengan cinta-NYA? Bukti? Selama ini kita hidup, siapa yang bagi nyawa? Selama ini kita makan siapa yang beri rezeki? Nikmat Allah yang manakah yang ingin kamu dustakan? Apa yang terucap pada bibir harus seiring dengan hati. Mengucapkan kata rindu dan cinta pada DIA dan Rasul-NYA sedangkan di hati masih ada 'virus' yang tidak halal sering bertandang dan bertamu di sanubari. Sering menungkapkan rasa rindu dan cinta pada DIA dan Rasul-NYA sedangkan diri masih lagi bergelumang dengan maksiat dan dosa yang sudah nyata haram hukumnya. Aku bukan mahu memprovok diri kalian atau sesiapa. Bahkan hanya mahu mengigatkan diri sendiri juga orang lain. Tepuk dada, tanya iman. Ikhlaskah kita mengucapkan kata rindu dan cinta itu? Sungguh. Aku tidak mampu menebak atau meneka apa yang ada dalam hatimu. Kerana aku hanyalah hamba. Yang tahu, hanya kamu dan DIA. Muhasabah diri. Andai benar cintakan DIA dan Rasul-NYA, apa buktinya? Sekali lagi, biarkan imanmu berbicara. Bisukan nafsumu buat seketika, bahkan kalau mampu, buat selama-lamanya.

Khamis, 20 Disember 2012

AKU DEKAT, KAU DEKAT. AKU JAUH, KAU TETAP DEKAT.

"Semakin jauh ku dari-Mu,
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku.
Oh Tuhan Yang Maha Pengasih.
Siapalah diriku di pandangan-Mu.
Semakin cuba ku dekati,
Semakin kuat pula Kau mendugai aku.
Oh Tuhan Yang Maha Sempurna.
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu."
Pernah dengar bait-bait lirik lagu nih? Benar kan? Makin jauh kita dari-NYA, makin dekat DIA hampiri kita. Mengapa? Sebab DIA sayangkan kita. Sayang sangat-sangat. Ujian demi ujian yang diberikan, memberikan pengajaran yang berterusan. Pengajaran yang akan membawa kesejahteraan dalam kehidupan seseorang insan. Ujian itu tarbiyah diri. Untuk menyedarkan diri daripada terus hanyut dalam lakonan duniawi. Baik kan Allah? DIA lah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. DIA tidak pernah menjauh dari kita. Bahkan, DIA berada terlalu hampir dengan kita. Lebih hampir dari urat nadi dan halkum kita. Betapa sayangnya Allah pada kita. Jadi, mengapa terus-terusan menjauh dari-NYA? Mengapa terlalu angkuh pada-NYA? Siapa kita? Kita hanyalah hamba. Seorang hamba yang lemah dan tidak punya apa-apa. Kalau kamu kata kamu hebat dan kuat, aku sama sekali tidak percaya. Mengapa? Kerana aku tahu, kita pasti mati. Diuji dengan perpisahan cinta manusia saja kau sudah menangis teresak-esak dan mengadu-domba. Itu kah yang dinamakan hebat dan kuat? Muhasabah diri. Kalau tahu diri ini lemah, sudah lah. Kembali pada-NYA. Kepada DIA yang berhak. Sebenarnya kita hanya mampu MENGEMIS secebis cinta-NYA. Kerana apa? Kerana kita ini terlalu banyak dosa dan noda. Kita tidak layak untuk cinta-NYA. Namun, harus di ingat. Allah itu Maha Pengampun. Selagi ajal tidak menjemput roh dan jasad, selagi itulah kita mampu bertaubat. Kembali pada-NYA. Cari sinar hidayah-NYA. Bukan tunggu. Aku tahu dirimu bukanlah jahil tentang ilmu. Aku tahu, dirimu sebenarnya sedar akan hakikat hukum menutup aurat, 'couple' dan sebagainya. Tidak mengapa. Ambil masa untuk muhasabah diri masing-masing. Jika sudah nampak jalan kembali pada-NYA, teruskanlah melangkah walaupun langkahmu tempang dan dirimu menerima cacian serta hinaan. Pedulikan mereka yang berkata lantang! Yang penting dirimu kini sedang menuju ke arah cinta Al-Rahman. Jangan gentar pada pandangan manusia. Tapi, gentarlah pada pandangan Allah. Aku tahu.
"Semakin cuba kita dekati-NYA,
Semakin kuat DIA mendugai kita."
Mengapa? Kerana DIA juga sayangkan kita. DIA sengaja mahu mengangkat darjat kita di sisi-NYA.
"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman."-(Ali-Imran;139)
Wahai ikhwan dan akhowat.
Memang. Bila kita 'berhijrah', banyak mulut yang akan mengeluarkan bicara. Biarkan mereka. Bukan semua mencemuhmu. Ingat. Bila mana kita mahu kembali pada jalan-NYA, Allah akan hantarkan orang yang soleh dan solehah untuk menemani kita dalam perjalanan menuju-NYA. Sabarlah. Memang manusia tidak akan pernah lari daripada hakikat suka mengkritik.
La ta'issu min rowhillah.
Jangan berputus asa dari rahmat Allah. Teruskan berdoa pada-NYA. Tauhid pada-NYA. Hanya DIA yang mampu memberi kamu kekuatan. Kekuatan hati. Kekuatan jiwa. Kekuatan iman. Biarkan mereka mencaci. Berdoalah semoga suatu hari nanti, dia juga mendapat hidayah dari Ilahi. Menemani kamu dalam perjalanan yang hakiki.
Wahai saudaraku yang ku kasihi.
Aku tahu ada soleh dan solehah dalam dirimu. Kuatlah. Kuatlah demi cinta-NYA. Lawan nafsumu yang melata!
Andai cinta-NYA sudah mampir, bukakanlah pintu hatimu untuk cinta-NYA. Terimalah lamaran cinta-NYA. Suatu hari, dirimu akan mengerti betapa nikmatnya cinta-NYA. Semoga kuat melawan godaan dunia. Moga istiqomah dalam berjuang kerana-NYA.

Rabu, 19 Disember 2012

Kisah Penghijrahan Seorang Hamba

Bismillahirrahmanirrahim. 
Hamba Allah ini punya nama, namun biarlah ia menjadi rahsia antara dia dan DIA. Andai dirimu mengenali dia, tidak mengapa. Ini kisah penghijrahannya. Kisah yang penuh dengan ranjau dan duri berbisa. Semoga sama-sama beroleh manfaatnya. 


Dulu dirinya sopan. Malu itulah perisai dirinya. Namun, lantaran dia tidak betah dengan godaan dunia, akhirnya dia tewas. Tewas dalam arus yang menghanyutkan. Hampir sahaja dia lemas. Ya. Hampir. Dia sebenarnya tahu hukum hakam agama. Dia faham. Dia arif. Namun, demi keseronokan yang sementara, dia sanggup membutakan matanya. Mentulikan telinganya dari segala hukum agama. Berkali-kali dinasihatkan, namun dia buat tidak endah. Berapa ramai yang cuba menegurnya. Berapa ramai yang cuba menasihatinya. Namun, apa yang mereka dapat? Hanya jelingan maut dan kata-kata yang kesat. Sehinggalah suatu saat, sedang dia leka dengan keseronokan dunia yang sementara, Allah mengujinya. Dia jatuh sakit. Sakit yang berpanjangan. Sakit yang tiada berkesudahan. Berulang-alik ke hospital mencari penawar. Apa yang dia peroleh? Tiada apa. Malah, doktor juga hampir berputus asa. Penyakitnya tidak dapat diketahui puncanya. 

Bukan itu sahaja. Dia juga diuji dengan fitnah yang mendatang. Fitnah yang disebarkan hingga akhirnya dia akui keagungan dan kekuasaan Al-Rahman. Dia akui dia tewas. Dia akui dia lemah. Di mana kawan-kawannya yang mengatakan mereka begitu setia dengannya dahulu? Di mana? Tidak ada! Bahkan yang dikatakan 'kawan' itulah yang mengkhianatinya. Dia tidak punya sesiapa waktu itu. Mujur sahaja ibu bapanya ada bersamanya. Waktu itu, dia merasakan dia begitu berdosa terhadap orang tuanya. Mana tidaknya? Dek kerana 'kawan', dia menjadi kurang ajar terhadap orang tuanya. Sanggup membelakangkan nasihat orang tuanya demi kawan yang menjadi penemannya. Waktu itu, dia cuba mengenali siapa Rabb nya. Ibu ayahnya tidak pernah berhenti daripada memberikan sokongan padanya. Dia akur pada kebesaran Ilahi. Dia tahu apa maknanya cinta sejati. Saat dia hampir mati, tiba-tiba Tuhan memberi nyawanya kembali. Sungguh! Dia bersyukur pada Ilahi! Bagaimana tidak? Saat kematian menghampiri, Allah memberikannya peluang untuk kembali bernafas di bumi! Waktu itu, dia berjanji. Tidak akan mempersiakan 'peluang kedua' yang diperoleh dari Rabbi. Namun, lumrah manusia. Janji hanya tinggal janji. Dia tidak pernah cuba untuk menepati.
Saat 'kawan-kawannya' kembali di sisi, dia alpa lagi. Dia leka lagi. Dia tewas lagi. 
Kali ini, dia cuba untuk bercinta. Ya. Bercinta dengan manusia yang cintanya tidak pasti. Sungguh. Waktu itu indah sekali. Bermesej. Ungkap kata-kata cinta. Terasa bahagia. Sering tersenyum. Ke mana-mana handphone setia di sisi. Dia solat. Dia baca Al-Quran. Namun, dia tidak bersedia untuk meninggalkan. Meninggalkan apa yang dia akui haram di sisi Islam. Ya. Dia tahu, hakikatnya 'couple' itu haram. Dia tahu, walaupun dia sering nasihat-menasihati bab agama, ia tetap salah! Mana ada istilah 'couple islamic'! Semua itu sebenarnya karut! Namun, imannya menidakkan! Nafsunya mengiyakan! Apa yang haram di halalkan! Waktu itu dia tidak kisah semua itu! Yang dia tahu, dia sayang lelaki itu. Sangat sayang. Kerana dia sedar, lelaki itu terlalu baik untuknya. Namun, hidayah Allah itu terus-terusan menyapa. Makin lama dia 'bercouple' makin dia rasakan, ada sesuatu yang tidak kena. Bagai ada sesuatu yang mencengkam hati dan jiwanya. Bagai ada sesuatu yang merotan qalbu dan atmanya. Dia tahu itu dosa! Dia tahu! Namun, dia tetap cuba membutakan matanya! Mentulikan telinganya! Arghhh! Dia tidak peduli semua itu! Tapi, Allah itu tetap sayangkan dirinya. Cinta-NYA terus-terusan menyapa hingga dirinya akur. Dia tidak mampu menolak cinta Ilahi yang mampir dalam hati dan jiwanya. Cinta Ilahi terus-terusan mengasaknya hingga dia tersungkur di sejadah cinta. Ya. Benar. Dia memang sayangkan lelaki itu. Namun, dia lagi sayangkan agamanya. Maruahnya. Rasulnya. Keluarganya. Dan yang lebih utama Illah nya. Dia sedar, dia tidak mampu menolak lamaran Tuhannya. Lamarannya begitu telus. Begitu tulus hingga dia terbuai-buai dalam dakapan cinta-NYA. Demi cinta-NYA pada Ilahi, dia sanggup melepaskan si lelaki itu pergi. Biarlah. Memang. Sakit hatinya saat perpisahan itu berlaku. Bagai disiat-siat dengan sesuatu. Sesuatu yang amat tajam, hingga hatinya dirobek dengan kejam. Namun, dia cuba. Cuba untuk mendamaikan hatinya dengan pujukan-pujukan dari-NYA. Berkali-kali dia tersungkur rebah. Berkali-kali dia luka berdarah. Hingga dia akhirnya lemah dan menyerah. Namun, Tuhannya memujuknya dengan kalimah ; La tai'ssu min rowhillah!
Lantas dia sedar! Dia punya Allah! Terus-terusan dia memujuk hatinya. Sudah banyak mana airmata yang mengalir di pipinya. Dia lemah. Sungguh lemah. Hingga akhirnya dia kembali sakit. Ibu ayahnya menangis dek melihat dirinya yang terlantar kesakitan. Sudah banyak mana doktor yang dicari, namun tiada penawar yang ditemui. Pelajarannya juga merosot sama sekali. Dia menangis sendiri dek melihat airmata ibu ayahnya berjuraian lagi. Dia cuba bangkit. Bangkit daripada terus menjadi hamba kepada cinta yang tidak pasti! Arghh! Kekecewaan ini perlu diubati! Andai rebah kerana cinta manusia, bangkitlah demi cinta Allah! Terkadang, cinta manusia itu menyakitkan! Namun, cinta Allah itu tidak pernah mengecewakan, malah mengasyikkan. Sedikit demi sedikit, dia cuba untuk bangkit berdiri. Mula-mula dia tersungkur lagi. Namun Allah itu Maha Mengasihi dan Maha Menyayangi. DIA membantunya untuk berdiri. Didakap dirinya dalam cinta-NYA. Dibelai jiwanya dengan ayat-ayat cinta-NYA. Diusap dirinya dengan pujukan-pujukan dari-NYA. Akhirnya dia harus akui. Cinta-NYA memang mengasyikkan. Perlahan-lahan, dia menerima hidayah dan cinta Ilahi dengan dada yang lapang. Dia cuba mencari. Mencari dirinya yang telah lama hilang. Akhirnya dia bermuhasabah diri. Untuk apa sebenarnya dia diciptakan di bumi ini? Apa tanggungjawabnya di sini? Mengapa dia diberikan ujian yang tidak pernah berkesudahan dan tidak pernah menyepi? Akhirnya dia temui jawapan. Jawapan yang sangat pasti dari DIA Sang Ilahi.

''Dan tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku..''-(Adz Dzriyat;56)

Firman Allah SWT:
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَة[3]ً
Maksudnya:
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".

Firman Allah SWT dalam ayat yang lain:

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَكُمْ خَلاَئِفَ الأَرْضِ وَرَفَعَ بَعْضَكُمْ فَوْقَ بَعْضٍ دَرَجَاتٍ لِّيَبْلُوَكُمْ فِي مَا آتَاكُمْ إِنَّ رَبَّكَ سَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ[4]
Maksudnya:
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

"Adakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan saja  mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."  ( al-Ankabut: 2 - 3)

Mengalir airmatanya tatkala pujukan demi pujukan Ilahi meyapa dirinya. Betapa berdosanya dia selama ini. Betapa alpanya dirinya selama ini. Betapa jahilnya dirinya selama ini. Akhirnya dia sedar. Kali ini dia nekad! Dia tidak mahu kembali ke masa lalu! Dengan kalimah Allah S.W.T, dia melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Melangkah dan terus melangkah. Kadangkala, langkahnya hampir tersungkur jua dek ujian yang terus-terusan melanda dan menguji keimanan serta cintanya terhadap Tuhannya. Namun, demi meraih cinta-NYA dia rela! Dia rela menempuhi segala mehnah ujian yang penuh ranjau dan onak berduri. Dia memujuk hatinya dengan cinta Ilahi. Tidak mahu dia akui tewas. Biar menggunung badai menghempas. Tidak mahu dia terus-terusan menangis. Lantaran pujukan-NYA terlalu manis.

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang yang beriman."-(Ali-Imran;139)


Langkah demi langkah cuba dia atur. Berkali-kali dia tersungkur. Langkahnya juga tempang.

Namun, dia cuba untuk tidak mengalah demi meraih cinta Al-Rahman!
Kini dari seorang yang jahil, dia cuba mencari ilmu hanya kerana-NYA. Dia cuba mencari DIA melalui ayat-ayat cinta-NYA. Apa? Itulah dia Al-Quran Nul-Karim. Dia kini bercita-cita untuk mejadi Hamilatul Quran. Dia sedar. Amanah itu payah. Susah. Nama pun amanah. Amanah apa yang tidak susah? Amanah apa yang tidak payah? Namun, demi meraih cinta-NYA, apa pun sanggup dihadapinya. Kini, daripada seorang perempuan, dia cuba untuk menjadi muslimah. Kalau dahulu, bajunya ketat, kini dia longgarkan demi syariat. Kalau dahulu tudungnya singkat, kini dia cuba untuk berniqab. Kalau dahulu, dia selalu keluar rumah tanpa arah, kini hidupnya hanya sujud kepada Allah. Dia tidak punya apa-apa lagi. Segala-galanya sudah dia tinggalkan. Hidupnya dulu penuh kepalsuan. Penuh dengan lakonan. Penuh dengan sandiwara yang tiada berkesudahan. Namun, setelah lamaran cinta-NYA dia terima, Subhanallah, hanya DIA Yang Maha Mengetahui betapa dirinya bersyukur dan sujud pada Ilahi. Indah saat cinta-NYA menyapa diri. Dia tidak perlukan cinta manusiawi. Cukuplah cinta-NYA yang sudah subur dalam diri. Kalau dulu airmatanya jatuh kerana cinta yang tidak pasti, kini airmatanya jatuh kerana dia menginsafi diri. Kalau dulu dirinya memikirkan jodoh yang akan ke mari, kini dirinya resah memikirkan kematian yang semakin menghampiri. Kalau dahulu dia tidak ambil peduli tentang dosa yang membelenggu diri, kini dia menangis di sejadah demi meraih keampunan Ilahi. Cukuplah! Dia sudah tidak mahu hidup jauh dari-NYA. Dia sudah tidak mahu bergelumang dengan dosa. Dosanya yang dulu sudah cukup banyak! Tidak tertanggung rasanya. 
Dia sedar kini. Dia akan mati. Dunia itu hanya persinggahan. Yang kekal abadi hanyalah Hari Kemudian. Ya. Dia akan mati dan akan dibangkitkan. Dia akan dihisab dan diberi ganjaran. Ke mana akhirnya arah tujuannya? Syurga? Atau neraka? Dia tidak tahu. Sungguh dia tidak tahu. Yang dia tahu kini dia hanya mampu mengemis secebis kasih dari Ilahi. Dia hanya mampu sujud dan menangis di sejadah cinta Al-Rahim. Dia hanya mampu berdoa agar dia istiqomah dalam perjuangan ini. Perjuangan dalam menentang nafsu dalam dunia yang penuh lakonan dan ranjau berduri. Andai goyah imannya, maka lemaslah dia dalam dakapan dunia. Andai dia berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah -NYA, Insya-Allah dia akan selamat.
Dia perlu dibimbing. Dan bimbingan yang hakiki adalah DIA, Rabbi.


Cuba renung dalam diri. Apakah dirimu sudah cukup bersedia untuk mati? Apakah dirimu sudah cukup mencintai Ilahi? Aku tahu. Sakit rasanya berpisah dengan kekasih. Namun, yakinlah. Lagi sakit sekiranya cinta-NYA tidak kau peroleh. Yang mana satu pilihanmu? Mahu kehilangan dia atau mahu kehilangan DIA?

Mahu tinggalkan dunia, atau mahu timbanganmu diakhirat diberatkan-NYA? Tepuk dada. Pejamkan mata. Biarkan imanmu berkata-kata. Biarkan kesoleh dan kesolehanmu berbicara. Aku tahu. Cinta itu fitrah. Dunia itu indah. Tapi, yakinlah. Cinta-NYA itu juga fitrah. Fitrah yang sangat indah. Dan syurga itu sudah pastinya indah. Sangat indah hingga suatu saat nanti, dirimu akan menyesal di atas apa yang telah kau lakukan. Aku tidak mampu untuk membuat pilihan untukmu. Hanya mampu menyeru dan berdoa. Selebihnya itu hakmu. Biarkan imanmu berbicara. Bisukan nafsumu buat seketika. Aku hanyalah hamba. DIA Yang Maha Kuasa. 
Moga kisah penghijrahan dia, mampu memberikan dirimu sedikit rasa. Rasa untuk mengenali siapa DIA Yang Maha Berkuasa. Semoga aku, kamu, dia dan mereka sentiasa dalam rahmat dan cinta-NYA.
Jika cinta-NYA menyapa, aku mohon, jangan menolak lamaran-NYA. Kerana sesungguhnya begitu indah berada dalam pelukan cinta-NYA.