Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Ahad, 17 Februari 2013

Pendosa? Maghfirah Allah Sentiasa Ada.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh:)
Apa khabar jiwa-jiwa hamba yang sentiasa dalam rahmat-NYA?
Apa khabar wahai hati-hati yang sentiasa merindui-NYA?
Asiff jiddan. Minta maaf pada yang sudi jenguk blog saya yang tak seberapa, yang dah banyak kali tanya bila saya mahu menulis lagi:') 
Agak sibuk dengan kerja-kerja lain sebenarnya dan masih memerhati beberapa perkara. Entry kali ini saya mahu sentuh tentang MAGHFIRAH ALLAH. 
Apa itu MAGHFIRAH? 
MAGHFIRAH itu merupakan keampunan dari Pencipta sekalian alam Allah Azza Wajalla.
Pernah sahabat-sahabat yang saya kasihi, adik2 yang saya sayangi bertanya.
''Kalau kita sering melakukan dosa, kita minta ampun, Allah ampunkan tak? Kalau banyak kali buat dosa besar macam mana? Si penzina? Perogol? Pembunuh? Macam mana? Allah pandang lagi ke pendosa macam saya nih? Saya rasa saya tahu mana tempat saya kalau saya mati.''
Hmmmm. Saya kira persoalan2 sebegini sangat menarik. Apalagi ditanya oleh anak2 muda. Mabrook kepada yang bertanya kerana Allah sebenarnya telah membuka jendela hati kamu (^_^)
Alhamdulillah:')

Wahai jiwa-jiwa dan hati-hati yang berada dalam genggaman-NYA.
Jika kamu ingin berhubung dengan Allah, maka tiada perantaraan antara seorang hamba dengan Pencipta iaitu Allah. Siapa pun kamu, keturunan apa pun kamu, sejahat mana pun kamu, sehina mana pun diri kamu, jika kamu ingin berhubung dengan Allah dan memohon keampunan-NYA maka tiada siapa pun yang mampu menghalang kamu. TIADA! Tidak perlukan perantaraan, hanya perlu sujud memohon keampunan.
DIA AL-RAHMAN. Maha Mengasihi.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.''-[Az-Zumar:53]

Setinggi mana pun dosa kamu, hatta jika menembusi langit ketujuh sekalipun, jika kamu merendahkan lututmu, sujud tanda menyerahkan diri sepenuhnya kepada-NYA, mengakui DIA lah Tuhan yang berhak disembah, maka Insya-Allah dosa-dosa yang telah kita lakukan akan diampunkan. Selagi diri masih bernafas dalam jiwa hamba, selagi itu lah pintu keampunan, pintu taubat akan terbuka seluas-luasnya. 

Hadis riwayat Abu Hurairah ra:
Dari Nabi S.A.W bersabda: Seorang hamba melakukan satu perbuatan dosa lalu berdoa:“Ya Allah, ampunilah dosaku”. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau akan menghukum kerana dosa itu. Kemudian orang itu mengulangi perbuatan dosa, lalu berdoa lagi: Wahai Tuhan-ku, ampunilah dosaku. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menyiksa kerana dosa itu. Kemudian orang itu melakukan dosa lagi, lalu berdoa:Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menghukum kerana dosa itu serta berbuatlah sesukamu, kerana Aku benar-benar telah mengampunimu.



Istighfarlah selalu. Jangan berputus asa dari rahmat-NYA. 
Allahuakbar. DIA sangat-sangat mencintai hamba2-NYA.
Sentiasa ada. Dekat. Sangat dekat. Bahkan lebih dekat daripada urat leher kita.
Setiap helaan nafas, setiap degupan jantung, DIA ada.

"Dan apabila hamba2-Ku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."-(Al-Baqarah;186)

Iblis yang sesat itu pun Allah perkenankan permohonannya apabila dia memohon dipanjangkan umurnya, apatah lagi kita, hamba-NYA yang DIA kasihi. 
Khalid Al-Walid, yang dulunya penentang Muhammad S.A.W pun diampunkan dosanya. Insya-Allah, Allah akan mengampuni dosa-dosa kita juga.

Jadi, kuatlah wahai sahabat fillah! Allah itu Maha Pengampun!
Mulakan langkah! Mohon keampunan Allah!
Insya-Allah. Semoga sahaja aku bisa melihat kalian tersenyum bahagia di syurga sana:')
Ketemu di jannah-NYA ya! (^_^)
Brakalllahufikum:')