Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Jumaat, 13 Disember 2013

HATI; Usah MATI.

Dulu, aku pernah minta hati baru. Aku rasa aku dah takda daya nak jaga hati yang Allah amanahkan untuk aku. Waktu tuh, aku dah tak rasa apa-apa. Langsung tak rasa apa-apa. Sedih, kecewa, luka, suka, gembira, TIADA. Aku rasa, hatiku mati. MATI. 

Dan entah kenapa, aku tanya pada seorang hamba, 
cuba untuk minta tolong dari dia dan aku masih ingat kata-katanya. 

''Berdoalah. Kita meminta, Allah memberi.''

Jeda.

Aku rasa, jantungku berhenti berdegup. 
Aku rasa seluruh dunia berhenti berputar.
Aku rasa waktu berhenti.
Hanya 'aku' yang 'hidup'.
Hanya 'aku' dan 'DIA'.

Tiba-tiba, mataku 'berpeluh'. 
Aku ulang katanya,
''Berdoalah. Kita meminta, Allah memberi'.


Entah kenapa, aku rasa Allah ingin aku faham sesuatu. 
Iya. Allah ingin aku 'bergantung' harap hanya pada-NYA. 
Sebenarnya, Allah rindu aku.

Aku muhasabah.

GILA!

Terlalu banyak dosaku pada-NYA. Pantas saja hatiku tidak rasa apa-apa.

GILA!

Aku rasa akulah yang paling berdosa. 
Aku rasa aku tak sempat nak buat apa-apa sebelum aku 'jumpa' DIA.

KOSONG.

Aku hampir putus asa.
Hampir.

Lagi sekali kalimah itu bergema.

''Berdoalah. Kita meminta, Allah memberi".

Entah kenapa, aku rasa DIA terlalu hampir, dekat.
Tak pernah tubuhku menggeletar sebegitu rupa.
Al-Quran ku buka, nahh! Tepat mengena!

''Dan apabila hamba2-Ku bertanya tentang-Ku, maka sesungguhnya Aku dekat.
Aku kabulkan permohonan mereka yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku.
Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku,
agar mereka memperoleh kebenaran."
(Al-Baqarah:186)

1.
2.
3.

Akhirnya, airmata itu tumpah jua.

''Rabbi, kalau pun aku minta hati yang baru, 
apa aku mampu jaga hati yang kau beri itu sekali lagi?
Rabbi, kalau pun aku minta hati yang baru, 
apa aku bisa berjanji pada-Mu aku tidak akan menzalimi hati ini?
Rabbi, kalau pun aku minta hati yang baru, 
apakah aku terus dekat pada-Mu atau makin menjauhi?"

DIAM.
SUNYI.
SEPI.

''Ain".

"Iya".

"Masih di sana?"

"Masih di sini".

"Sudah minta hati baru?"

"Tidak".

"Kenapa?"

"Sebab tak yakin mampu jaga. Sebab tak yakin hati ini akan terus dekat dan tertaut pada-NYA. 
Sebab sebenarnya hati ini belum lagi mati, buktinya diri masih lagi sempat muhasabah, mencari RABBI".

SENYUM.

''Berdoalah. Kita meminta, Allah memberi".


Tuhan, aku tahu Kau dekat.
Sangat dekat. 




Isnin, 9 Disember 2013

KAU TIDAK BOLEH MENGALAH!

''Aku rebah.''

''Bangunlah.''

''Aku kecundang.''

''Terus saja bertahan demi Tuhan.''

''Aku luka.''

''Tuhan sedang merawatnya dengan tarbiyah cinta.''

''Aku berdarah.''

''Tuhan sedang mengajarmu erti kuat melalui mehnah.''

''Aku sudah tidak mampu berdiri.''

''Kau perlu kuat. Lakukan demi RABBI.''

''Apa Tuhan sedang mengujiku?''

''Tidak. Tuhan sedang melatih dirimu.''

''Maksudmu?''

''Maksudku, kau yang terpilih. Terpilih untuk berada dalam dakapan cinta-NYA.''

''Apa DIA mencintaiku?''

''DIA terlalu mencintaimu.''

''Tapi, kakiku sudah goyah. Tidak mampu berjalan lagi. Langkahku sudah tempang.''

''Bangkit. Kau tidak boleh mengalah. Biarkan saja langkahmu tempang. 
Asalkan kau terus berjalan dan melangkah demi DIA, AL-RAHMAN.''

Ahad, 8 Disember 2013

CINTA ALLAH vs CINTA HAMBA

Bila manusia terlalu asyik dibuai dengan keindahan cinta dunia, cinta manusia, hukum DIA dicampak entah ke mana-mana. Bila 'cinta' yang selama ini dipertahankan bertahun-tahun lamanya, terputus di tengah jalan, mulalah hati rasa kecewa, merana, putus asa. Kadangkala, tidur tak lena. Makan tak rasa apa-apa. Segalanya hambar, kosong, tidak terdaya. Ibaratnya, hidup sudah tiada makna. 

KAMU. Iya, kamu. Kamu yang sedang patah hati kerana 'cinta manusia'. 

''Bila CINTAMU kenal ILAHI, jadilah CINTAMU BERSTATUS TINGGI.''- Ustazah Fatimah Syarha.

''Apa-apa yang membawa ke SYURGA, itulah CINTA.''- Hilal Asyraf.

Aku mahu tanya. Adakah ini 'cinta' yang kita agung-agungkan? 
Cinta yang membuat kita futur dari Tuhan?
Cinta yang membuat kita berputus asa dari AL-RAHMAN?
TIDAK SAMA SEKALI. Ini bukan cinta. Ini malapetaka.

KAMU. Iya, kamu. 
Kamu yang sedang MENZALIMI HATI YANG ALLAH AMANAHKAN UNTUKMU. 
Sedarkah bahawa kita sedang menzalimi hati kita dengan cinta manusia?
Aku mengerti. Aku mengerti akan tuntutan fitrah yang satu itu. 
Aku juga manusia. Manusia biasa yang punya hati dan perasaan, sama seperti kalian. 
Aku bukan robot, yang hatinya tidak pernah wujud. 
Kita sama-sama punya 'rasa cinta',tapi cara kita MENGURUSKAN CINTA itu berbeda.

Aku tidak kata, aku arif menguruskan fitrah cinta. TIDAK.
Tapi, InsyaAllah. Mari, aku khabarkan apa yang aku tahu tentang CINTA.

Buat sahabatku yang sedang patah hati dan kecewa kerana cinta manusia.
Subhanallah, MashaAllah. Sedarkah kalian sebenarnya Allah mencintai kalian?
Iya. Mungkin kau fikir Allah itu kejam kerna DIA ambil orang yang kau sayang.
Tapi, ayuhlah. Buka mata hatimu, lihat hikmah yang terbentang luas di hadapanmu.
Sedarkah bahawa Allah ingin mengisi hatimu dengan cinta yang tiada belah bahagi pada-NYA?

Subhanallah. MashaAllah. Tabarakallah.
Aku tahu. Perit rasanya 'cinta' yang selama ini kau pertahankan, akhirnya putus di tengah jalan.
Setiap apa yang kalian janjikan, kini hanya tinggal angan-angan.
Bertabahlah. Allah itu tidak pernah kejam.
Malah, DIA sebenarnya ingin nyatakan DIA SAYANG AKU, MEREKA DAN KALIAN.

Kamu tahu? Seharusnya yang bertakhta di hati manusia itu cuma DIA dan Rasul-NYA.
Kalau benar dia cintakan kamu, dia tidak akan sesekali mengajakmu
MENDEKATI JALAN NERAKA.
Iya. MENDEKATI JALAN NERAKA. 

Sahabat. CINTA itu tidak salah. Tapi, cinta yang bagaimana?
CINTA itu untuk siapa? Milik siapa? Untuk apa? Bagaimana? Kapan tiba?
- CINTA itu milik DIA. Untuk DIA. Untuk dapatkan redha-NYA bukan murka-NYA.
Dengan mengikuti segala apa yang telah ditetapkan-NYA.
Bila-bila masa dan di mana saja kita berada. 

Seperti yang aku katakan tadi. Cinta itu tidak salah. Kau mahu bercinta? Silakan. Tiada yang menghalang kalian. Tapi, cinta yang bagaimana? Cinta yang berpaksikan Allah semata. Cinta yang mengharapkan redha-NYA. Cinta yang makin mendekatkan kamu pada-NYA. Yang membuat kamu semakin bersemangat untuk bercinta dan mengenal DIA dan Rasul-NYA. Cinta yang membuat kamu menjadi manusia yang hebat di mata Allah dan seluruh penduduk langit khususnya. Lalu bagaimana untuk mendapatkan cinta sebegitu? Dengan mengisi nama-NYA semata-mata. Kamu tahu? Ada bedanya
'KERANA ALLAH, AKU MENCINTAIMU' 
dengan 
'KERANAMU AKU MENCINTAI ALLAH.'
Apa bedanya? Bedanya pada siapa yang kau aulakan cintanya.
CINTA ALLAH, atau cinta manusia? 

MAAF. Aku memang tidak arif bersastera, berbicara soal cinta. Tapi, aku mahu kalian dan aku sendiri membuka mata hati yang selama ini sengaja buta menilai cinta-NYA dan Rasul-NYA. Aku tidak kata menyimpan nama orang lain dalam hatimu itu satu dosa. TIDAK. Allahu'alam. Aku tidak tahu. Sungguh, yang namanya DOSA dan PAHALA itu hanya ALLAH yang berhak menilainya.Tapi, nasihatku untukmu juga untukku, simpan saja 'dia' dalam DOA kita, bukan dalam hati kita. Kerana apa? Kerana hati itu bolak-balik sifatnya. Kalau DOA itu, InsyaAllah, sampai kepada-NYA. 

Kamu tahu? Bercinta dalam diam itu sungguh indah rasanya.
Kerana apa? Kerana cinta itu tidak disandarkan pada manusia.
Hanya disandarkan pada Allah semata. Bagaimana?
Katanya cendekiawan,
''kalau mahu lihat apa manusia itu penting dalam hidupnya berbanding yang lainnya, 
lihatlah berapa kerap dia menyebut namanya dan menyimpan namanya 
dalam doa dan sujudmu pada-NYA.''
Benar sekali katanya, tiada dusta!

Kata Nabi, orang yang 'jatuh cinta', cenderung untuk selalu mengingati
dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu).
Kata Nabi, manusia juga bisa 'diperbudak' kerana cintanya (man ahabba syai'an fa huwa 'abduhu). 

Persoalannya; APA PANTAS MANUSIA ITU LEBIH DIINGATI BERBANDING PENCIPTA?
Persoalannya; APA PANTAS MANUSIA ITU LEBIH DISEBUT BERBANDING ASMA'-NYA?

Cinta yang mana yang kita sedang dustakan? Cinta yang mana yang kita sudah agungkan?

Tanya; CINTAKAH KITA PADA TUHAN?
Tanya; CINTAKAH KITA KEPADA NABI MUHAMMAD SAW?

Jadi, cinta yang mana harus kita utamakan? Apa pernah kita berdoa khusus meminta cinta Tuhan? 
Apa pernah kita berdoa khusus agar kita lebih mencintai Muhammad
solla llahu 'alaihi wasallam berbanding manusia yang lainnya?
Apa pernah kita berdoa khusus untuk ibu dan ayah kita?
Atau kita hanya berdoa khusus agar DIA menjaga 'dia' sebaik-baik jagaan-NYA?

Cinta yang mana yang kita dambakan? Cinta yang sementara atau cinta berpaksi DIA semata?
Cinta yang mana yang kita utamakan? Cinta kepada si 'dia' atau cinta kepada-NYA?

Ayuh, muhasabah diri.
Selama ini, kita tidak 'bercinta.'
Tapi, kita hanya berpura-pura.
Yang namanya 'cinta' itu sangat suci.
Usahlah kita nodai dengan racun-racun yang membuat kita jauh dan futur dari RABBI.

KAMU. Iya, kamu.
Tidak apa jika tiada manusia di hati.
Asal ada RABBI.
Aku mahu cintamu berstatus tinggi.
Aku mahu cintamu kenal ILAHI.
Kerana pada hakikatnya, cinta itu punya sebabnya sendiri.
'Cinta akan lenyap bersama lenyapnya sebab.'
ALLAH itu tidak akan pernah lenyap.
Jadi, niatkan kerana-NYA.
Aku mahu kau mencintai-NYA dan Rasul-NYA lebih daripada segala-galanya.
Aku mahu kau ke syurga, bukan neraka.
Aku mahu kau usaha untuk mujahadah seperti mana aku sedang cuba.
Aku mahu kita sama-sama jadi yang terbaik pada pandangan-NYA.
Aku mahu kita cari DIA. Hanya DIA semata.

Yuk! ISTIGHFAR.
Yuk! BERCINTA DENGAN-NYA!
Yuk! BERCINTA DENGAN RASUL-NYA!
Yuk! BERCINTA DENGAN ILMU-NYA!
Yuk! SALING MENCINTAI KERANA-NYA HINGGA KE SYURGA!

p/s: Tuhan; ALLAH telah membentangkan jalan penuh hikmah; nikah.
Kenapa perlu memilih jalan mudarat, jalan penuh maksiat?
Kalau masih tidak mampu untuk menikah, maka mujahadahlah.
InsyaAllah, ada ganjaran di sisi-NYA.
Hidup ini bukanlah untuk diisi dengan kecintaan terhadap manusia semata.

Semoga saudaraku yang berada di Gaza, Syria, Mesir dan lainnya baik-baik saja.
Semoga 'cintaku' sampai kepada mereka.
Malunya aku pada adik-adikku di sana yang masih kecil.
Tiada masa untuk fikir soal cinta manusia.
Yang mereka tahu adalah;
HIDUP DAN MATIKU HANYA KERANA-NYA.

Kau dengan cinta 'dia'.
Aku dengan cinta DIA.
Cinta kita berbeda.

Maka, siapa lebih bahagia?


Jumaat, 6 Disember 2013

IZRAIL : ''Sudikah kau ku 'lamar' untuk pulang kepada Tuhanku dan Tuhanmu?

''Wahai Si Fulan bin/binti Si Fulan.
Sudikah kau ku 'lamar' untuk pulang kepada Tuhanku dan Tuhanmu, Allah?''

Andai saja malaikat maut itu bertanya begini, tapi hakikatnya, TIDAK. Tiada siapa tahu, bagaimana, bila, di mana dia akan 'pergi'. Tidak aku, tidak kamu, tidak dia, tidak mereka, tidak sesiapa. Lalu bagaimana? 

''Tiap-tiap umat mempunyai ajal. Maka apabila datangnya ajal, mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat pula mencepatkannya.'' 
(Al-Aaraf:34)

Sepertimana setiap apa yang tercipta itu ada permulaannya, begitu juga setiap permulaan itu ada pengakhirannya. Usia muda, dia dijemput Ilahi. Siapa tahu itu adalah kali terakhirnya bersama keluarga? Kali terakhirnya bercanda dengan sahabat sefikrahnya? Memang, tiada siapa yang tahu. Yang namanya IZRAIL itu seringkali menjengah diri, untuk menarik kembali 'roh' yang berada dalam jasad untuk ketemu Ilahi. 

Allahurabbi. Bagaimana agaknya pengakhiranku nanti? Jujur, kadang-kadang bukan neraka yang kita takuti. Sebenarnya, yang kita takuti, adakah kita 'diterima' dan 'diredhai' Ilahi? Memang, tidak dinafikan, gerun, sangat gerun 'membaca' soal neraka. Terasa sesak nafas, seakan tiada ruang untuk bernafas. Soal syurga atau neraka itu, terserah pada-NYA. Yang aku tahu, aku perlu gapai redha-NYA. 

RINDU. Iya. Rindu. Sangat rindu. Rindu pada dia yang sudah tiada di sisi. Yang sudah tidak kelihatan di mata ini. Seakan mahu peluk saja bayangan yang muncul dalam benak fikiran. Rindu atuk. Rindu maklong. Rindu abang. Rindu adik. Yang paling haru, rindu Rasulullah. Lelaki yang banyak menangis dan berkorban untukku lebih daripada ayahku. Iya, Rasulullah, Nabiku, cinta hatiku. Aku bukan seorang umat yang baik, apa lagi solehah. Jauh sekali untuk mukminah. Aku tidak mahu jadi pendusta. Kalau cinta, harus benar-benar cinta. Harus buktikan yang aku cinta! Salam dan selawat ke atas junjungan besar Muhammad Rasulullah, Allahumma solli'ala saiyyidina Muhammad. Wa'ala aliy Muhammad. 

Aku tahu perit dan pedih rasanya bila orang yang kita cinta, diambil tanpa bicara. Ada satu hal yang perlu kita tahu, nanti-nanti kita akan ketemu. Biiznillah. Ketemu di 'negeri abadi.' Sebagaimana keluarga si mati perlu redha melepaskan dan menyerahkan si dia 'kembali' kepada Tuhannya, sebegitulah aku, kamu, dia dan mereka perlu redha melepaskan segala-galanya 'kembali' kepada DIA. 

Sebetulnya, yang dibilang 'sudah mati' itu sebenarnya 'masih hidup'. Iya, 'masih hidup'. 'Hidup' di sisi Tuhan kita; ALLAH. 'Hidup' dalam doa kita kepada-NYA untuk mereka. Hidup sehidup-hidupnya. Selagi mana kita masih mengirim doa untuk mereka, selagi itulah ia akan 'hidup.' 

CINTA. Iya. Cinta. Cinta berpaksikan Tuhan semata. Indah kan? Meskipun jasad sudah ditelan bumi, masih ada hati yang ikhlas menadah tangan untuk berdoa kepada RABBI untuk si mati. Indah bukan? Semoga saja ada insan yang sudi mengirim doa untukku. Andai aku 'pergi', aku mati, izinkanlah aku untuk terus 'hidup' dalam setiap doamu untukku. 

Moga kita bisa ketemu di 'sana', syurga-NYA. Biiznillah.
Moga matiku, matimu, mati mereka, baik-baik saja.
Husnul khotimah. INSYAALLAH.

Mereka 'hidup' dalam hati dan doaku kerana-NYA.

Sehidimiz Ammar. Entah kenapa, setiap kali baca post pasal almarhum, ada airmata yang tumpah. Sungguh, kalau diizinkan Allah, aku ingin sekali ketemu Rasulku dan dirinya. Ingin sekali aku tanya padanya, apa Rasulullah menjadi idolanya? Pasti, keluarganya terlalu merinduinya. Telah mereka serahkan Ammar kepada Tuhannya seperti mana aku menyerahkan segala-galanya hanya kepada-NYA. Rupa-rupanya AJAL itu sering menjenguk diri. Moga aku bersedia untuk menghadapi. Entah bagaimana pengakhiranku nanti. Apa neraka atau syurgawi? Sebenarnya bukan itu yang aku khuatiri. Tapi, apa sebenarnya Tuhan mahu terima dan ketemu diri yang faqir ini? Allahu Allah. Semoga saja.


Biiznillah.

Kerana Tuhanku dan Tuhanmu Terlalu CINTA ; PART2

''Nur, apesal muka sedih semacam? Susah sangat ke paper tadi?'' Belum sempat dia duduk, Haura terlebih dahulu mendekati dirinya. Dia mengambil beg yang disandang Nur lalu menyandangnya. Begitulah Haura, sangat kasih pada sahabatnya.

Dia senyum. Dibiarkan saja Haura dengan karenahnya. Hampir dua tahun di sini, dia rasa seperti dia punya keluarga di sini, di sekolah ini, di bumi tarbiyah Ilahi. Ingatannya kembali ke sekolah lamanya. Ada rindu yang bertamu di hati. Bumi wakafan yang penuh dengan iklim DINI. Dia rindu saat-saat hati dan jiwanya dibelai dengan alunan Al-Quran dan selawat.

''Nur..'' Suara lembut Haura menghentikan lamunannya. Dia memandang kasih sahabatnya. Suasana dalam dewan begitu gamat. Dia melihat para pelajar sangat riang menyambut Hari Raya Aidilfitri di sekolah. Macam-macam ragam, macam-macam gaya. Dia hanya mampu tersenyum, tapi entah kenapa dia dapat rasakan yang senyumannya itu palsu, plastik. Dia mengeluh. Haura memegang tangannya, erat.

''Nur. Kenapa? Soalan tadi susah eh? Tapi Nur kan hebat BI? Mesti kacang je kan jawab tadi?'' Entah kenapa soalan daripada Haura membuat empangan airmatanya pecah. Sebetulnya dia masih 'terasa' dengan gurunya. Dia faham, mungkin gurunya tidak berniat sedemikian. Maklumlah, dia tahu persis bagaimana seorang guru mahu menguruskan para pelajar yang nakal dan tidak berakhlak dengan akhlak yang sebetulnya. Namun, entah kenapa dia tidak dapat terima cara gurunya. Terlalu kasar! Atau mungkin hatinya terlalu sensitif. Entah. Akhirnya, dia teresak-esak di bahu Haura.

''Eh? Nur! Kenapa nih??'' Haura kaget. Dia mula gelabah.

''Tak ada apa-apa.'' Terasa malu pula menangis di hadapan Haura. Mujurlah, masing-masing sedang sibuk menguruskan persiapan untuk menyambut hari raya.

''Iye lah tuh. Eh, Nur! Teman saya pergi tandas boleh tak?'' Haura sengih. Dia senyum.

''Jom!''

*****

''Nur, tandas dewan tak bukak lah. Tandas blok depan rosak. Alaaa, dah tak tahan nih.'' Muka Haura seakan mahu menangis. Dia tahu persis karenah sahabatnya itu. Kalau ada apa-apa, laju saja airmatanya tumpah.

''Tak apa, kita pergi tandas blok belakang.'' Dia cuba untuk menenangkan hati sahabatnya.

''Tak apa ke? Jauh awak nak berjalan nih.'' Haura serba salah.

''Tak apa. Daripada awak terkencing kat sini. Malulah saya. Hehehe.'' Dia mengenyitkan mata kepada Haura. Haura hanya mampu gelak. Mereka jalan beriringan ke blok belakang.

''Nur, kenapa nangis tadi?'' Belum sempat Nur menjawab, dia terserempak dengan tiga orang guru disiplinnya. Tiba-tiba sahaja hatinya kembali sakit. Wajah garang guru yang memegang rotan dipandangnya kosong. Tidak takut, tidak gentar, tidak suka, tidak benci. Entah, kosong sekosong-kosongnya.

''Nak kemana?'' Gurunya bertanya.

''Tandas cikgu.'' Dia memberanikan diri menjawab.

''Heh.Tandas ke nak jumpa jantan?'' Berdesing telinganya mendengar kata-kata gurunya. Dia beristighfar dalam hati. Haura yang dari tadi mendiamkan diri,bersuara.

''Cikgu, saya dengan dia nak ke tandas. Tandas dewan tak bukak.'' Gurunya mencebik.

''Banyak alasan kau kan? Kalau tadi aku jumpa kau kat kelas, aku tanya kau mana kau sorok jantan tuh kau tak nak mengaku. Sekarang kau buat alasan nak ke tandas pulak. Padahal kau nak jumpa jantan kan? Kenapa? Dah seronok sangat tidur ngan jantan? Dah seronok sangat kena raba kena pegang? Tuh, perut tuh dah ke depan dah! Kau mengandung kan? Dah berapa bulan? Jantan mana yang kau tidur???? Kau tak payah nak sorok dari aku lah! Berjubah kononnya, pakai tudung besar-besar sebab nak tutup dosa kau kan? Kau bagitau aku sekarang dengan jantan mana kau buat!'' Serasa seluruh dunia berhenti berputar. Segalanya jeda. Waktu seakan kaku, tidak mahu beredar.

''Ini fitnah!'' Lantang saja suaranya bersuara mempertahankan maruahnya, maruah ibu ayahnya! Turun naik nafasnya menahan amarah yang kembali beraja dalam jiwa. Empangan airmatanya hanya tunggu masa untuk pecah! Diciptakan sabar dengan istighfar. Dia cuba tenangkan hatinya dengan selawat yang tidak putus-putus. Memang dia akui, jubahnya sedikit besar. Dia tidak suka pakai 'jubah maksiat.' Memang, dia akui dia nampak gemuk dan besar bila berjubah tapi dia tidak mengandung!

''Rabbi! Bantu aku!'' Hatinya merintih, pilu.

Guru yang berada di hadapannya memandangnya jelek. Bengis sekali wajahnya. Haura sudah mula menunduk dan bersembunyi di belakangnya. Terketar-ketar Haura mendengar suara lantang gurunya memarahi sahabatnya. Dia mengenggam erat tangan sahabatnya, tidak mahu dilepaskan.

''Fitnah kau kata? Mata aku belum buta! Tadi aku nampak kau yang pegang-pegang, raba-raba dengan jantan kat blok belakang! Berjubah warna sama! Kau tak payah nak tipu aku lah! Tak ada maruah langsung! Mak bapak kau tak ajar kau ke hah??'' Suara garau gurunya seakan halilintar yang membelah hati dan atmanya.

Pedih.Sakit. Perit. Terketar-ketar dirinya menahan nafsu amarah.

''Allah. Allah. Allah. Ataghfirullah. Astaghfirullah. La hawla wala quwwata illa billah. Hasbunallah wanikmal wakeel. Nikmal maula wanikmannaseer.'' Dia mengalunkan kalimah-kalimah agung Allah dalam hati.

Dia rasa maruahnya sudah robek. Sudah tercalar!

''Cikgu, mak ayah saya masih tahu macam mana cara nak ajar anak dia. Kalau saya buat onar, conteng arang kat muka diorang, ayah orang pertama yang saya akan suruh untuk bunuh saya!'' Agak keras suaranya, tapi dia cuba untuk tidak meninggikan suaranya. Dia masih tahu batas. Dia sedar, dia hanya pelajar, yang 'dilawannya' itu, gurunya!

Kali ini, dia tidak dapat menahan airmatanya. Akhirnya, dia tewas jua. Haura juga sama. Sakit hatinya mendengar ucapan gurunya. Dia tahu, Nur tidak salah. Dia kenal Nur bagaimana. Tapi, dia juga tahu. Gurunya itu hanya menjalankan amanah. Mungkin saja caranya yang tidak kena. Biasalah, pelajar sekolah biasa kadang-kadang tak termakan dek kelembutan. Bila guna kekerasan, barulah nampak impaknya.

Gurunya hanya mencebik. Haura dan Nur teresak-esak. Nur mengesat airmatanya. Dia mengangkat wajahnya nak memandang tepat ke dalam mata cikgunya. Waktu itu, dia sudah lupa, dia seharusnya menundukkan pandangan. Dia sudah tidak mampu. Maruahnya, maruah ibu ayahnya sudah robek!

''Saya boleh buktikan pada cikgu saya perempuan suci.'' Mendatar sahaja suaranya. Semangatnya sudah terbang, tidak tahu hilang ke mana. Guru-gurunya kelihatan kaget.

''Kau diam. Sekali lagi kau bersuara, aku heret kau ke bilik disiplin. Dah! Aku cuma nak jaga kau! Tak faham lah aku dengan budak-budak sekarang! Seronok sangat agaknya buat maksiat, bagi jantan sentuh, raba situ sini. Bila dah uweekkk uweekkkk mengandung, susahkan aku, susahkan sekolah, susahkan mak ayah! Mula lah anak tuh nak dibuangnya merata-rata! Dibunuhnya! Bunuh diri pun ada! Daripada buat satu dosa dah berganda dosanya!'' Dia hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya tanda dia bukan perempuan yang gurunya fikirkan!

''Kau pergi masuk dewan sekarang!'' Suara lantang gurunya mengejutkan dirinya. Haura sudah pucat mukanya. Tangannya sejuk.Nur dapat rasakan tubuh Haura bergetar hebat! Allah! Dia hampir lupa! Haura paranoid! Dia tidak boleh mendengar suara-suara lantang! Dia akan rasakan suara itu akan 'membunuh'nya dalam diam. Nur memeluk erat tubuh Haura. Dia memapah Haura kembali ke dewan. Pucat lesi muka Haura. Berpeluh-peluh dirinya seakan menahan kesakitan yang amat dalam!

Sampai sahaja di dewan, Nur menghulurkan air kepada Haura.

''Apesal nih????'' Ruqayyah menghampiri dirinya dan Haura. Tiba-tiba sahaja dia menangis. Setiap kata-kata hinaan seakan bergema dalam dirinya dan mengejek-ejek dirinya. Ruqayyah kaget. Kebetulan teacher ada di situ.

''What is going on here? Ya Allah, Nur! Kenapa nih? Kenapa nangis? Apa dah jadi???'' Bertubi-tibi soalan daripada teacher nya. Dia sudah tidak mampu menanggung semua ini sendiri. Dicerita satu-persatu dari A-Z apa yang terjadi. Bermula insiden dalam kelas hinggalah ke insiden tadi. Teresak-esak dirinya menahan sendu.

Tiba-tiba sahaja teacher nya memeluk dirinya dan menangis. Waktu itu, dia sudah tidak berdaya melakukan apa-apa hatta menangis sekalipun. Airmatanya sudah kering. Hatinya juga kering.

''Maafkan teacher. Teacher yang salah.'' Erat dia memeluk pelajarnya. Nur hanya mendiamkan diri. Hanya mampu membatukan diri. Saat ini, dia sudah tidak rasa apa-apa.

''Tuhan, kenapa kau uji aku?'' Hatinya bermonolog sendiri.

Hari itu, dia pulang awal ke rumah. Tidak sempat untuk menyambut hari raya bersama sahabat-sahabat dan guru-gurunya lebih lama. Jiwa dan hatinya sudah kosong, tidak rasa apa-apa. Cerita tentang dirinya sudah tersebar. Ramai guru yang mengamuk marah. Iyalah, kebanyakan guru kenal siapa dia, bagaimana dirinya dan keluarganya. Tidak mungkin rasanya dia akan melakukan hal-hal sebegitu! Dia adalah salah seorang tokoh dan murid harapan sekolah! Gambar wajahnya dan sahabatnya saja dimana-mana di sekolahnya.

Di rumah, dia hanya mendiamkan diri, hanya mampu termenung. Kata-kata itu masih bergema, terngiang-ngiang di halwa telinganya.

''Kak, kenapa nih?'' Ibunya mendekati dirinya. Dia tidak berpaling mahupun berganjak. Dia masih lagi termenung. Si ibu tahu, anaknya dalam masalah, masalah besar!

''Kak...'' Seorang ibu takkan pernah putus asa. Sewaktu ibunya memeluk dirinya, entah kenapa airmatanya tumpah lagi.

''Mak.... Kak tak salah. Kak tak pernah buat benda-benda tuh. Mak percayakan kak kan?'' Dia memegang erat tangan ibunya. Wajah dan matanya ibunya direnung dalam. Ibunya merenung ke dalam anak matanya, cuba untuk menyelami isi hati si anak, namun dia tidak mengerti.

''Mak percayakan anak mak. Tapi, apa dah jadi?'' Tanpa berfikir panjang, Nur menceritakan segala-galanya. Kadang-kadang, hampir tersasul dirinya kerana terlalu asyik menangis. Si ibu hanya mampu beristighfar mendengar cerita anaknya.

''Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Kuatnya Engkau menguji anakku Ya Allah.'' Menitis airmata si ibu saat mendengar keseluruhan cerita si anak. Dipeluk, dicium anaknya itu. Dia cuba untuk memberikan kekuatannya kepada si anak. Terkilan hati seorang ibu bila anaknya dituduh berzina, mengandung dan sebagainya. Hebat sungguh mulut manusia! Mampu 'membunuh' jiwa-jiwa dengan racun air liur yang berbisa!

Tanpa berfikir panjang, si ibu menelefon si ayah yang berada di tempat kerja. Waktu itu si ayah sedang rehat. Letih benar rasanya menjadi seorang buruh. Tapi, apakan daya, isteri dan anak-anak itu amanah Allah kepadanya. Dia wajib menjaga amanah dari-NYA dengan sebaik-baiknya. Tubuh si ayah itu sudah tua. Tapi, digagahkan jua demi melihat anak-anaknya menjadi seorang manusia yang berguna untuk agama. Biar miskin harta, asal kaya agama. Di ajar anak-anaknya dengan akhlak Baginda Rasulullah, beramal dengan Al-Quran dan sunnahnya. Si ayah sangat berharap anak-anaknya mampu jadi orang yang berguna di mata Allah, terutama anak sulungnya, satu-satunya anak perempuannya. Nur, harapan keluarga, harapan adik-adik. Didiknya Nur dengan sebaik-baiknya. Tidak pernah dia menengking atau menghukum Nur. Lagipun, Nur tidak pernah melakukan hal-hal yang membuat hatinya terluka. Dia benar-benar 'menyerahkan' Nur kepada Tuhannya.

''Kenapa menangis nih?'' Si ayah bertanya lembut.

''Abang..Anak kita, kak...''

''Kenapa dengan kak???'' Si ayah cepat-cepat bertanya. Soal anak perempuannya, dia tidak mampu berdiam diri. Laju sahaja percakapan si isteri dipotongnya. Si ibu menceritakan segala-galanya kepada si ayah. Si ayah hanya mampu mendiamkan diri dan beristighfar.

''Mana kak?'' Waktu itu Nur mendengar segala perbualan ayah dan ibunya. Sengaja dia menyuruh ibunya membuat 'loud speaker.' Dia mendekati ibunya.

''Ayah....'' Sayu dia memanggil ayahnya. Dia berharap ayahnya pulang dengan segera. Tapi, apakan daya! Dia tahu ayahnya perlu bekerja. Mereka bukannya orang kaya.

''Kak.Dengar cakap ayah. Ujian yang hebat untuk orang-orang yang hebat. Allah uji sebab Allah sayang. Sangat sayang. Ada hikmah di sebalik setiap ujian. Percaya ayah, percaya Allah.'' Laju sahaja ayahnya memulakan bicara.

Nur hanya mampu menangis. Si ibu memeluk erat anaknya.

''InsyaAllah, kak faham.'' Akhirnya, dia akur juga.

Petang itu, seorang guru perempuan datang bertandang ke rumahnya. Gurunya itu sudah tahu segala-galanya.

''Nur, cikgu mintak maaf.'' Digenggam tangan Nur seerat-eratnya. Nur hanya mampu tersenyum. Cikgunya itu tiada mengena. Jadi, tiada sebab untuk dia marah atau bermasam muka. Kalau ada pun, dia sedar, dia pelajar, dan itu guru.

''Cikgu tak salah. Tak ada apa pun yang perlu saya maafkan.'' Dia cuba untuk menguatkan dirinya. Dia cuba untuk tersenyum. Gurunya hanya memandangnya sayu.

''Hebatnya ujian awak, Nur. Sabarlah, cikgu-cikgu semua dah berpakat tadi. InsyaAllah, cikgu akan bersihkan nama awak. Cikgu-cikgu kebanyakannya kenal siapa awak.'' Dia hanya mampu mengangguk. Dia akui, di sekolah barunya, kebanyakan cikgu kenal dirinya. Mungkin kerana dia dari sekolah agama, mungkin kerana prestasi akademik dan kokonya. Allahu'alam. Yang dia tahu, dia terasa seperti semua yang berada di sekolah itu keluarganya, terutama makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang selalu menyapu kawasan sekolahnya. Entah kenapa, dia suka bersembang dengan mereka. Seolah-olah Tuhan sedang ingin mengajarnya untuk menghormati semua orang, tidak kira siapa dan pangkat apa.

Malam itu, dia menangis semahu-mahunya. Dia tahu, Allah sedang mentarbiyah dirinya. Dia tahu, Allah terlalu cintakan dirinya, rindukan dirinya. Malam itu, sakit lututnya, lenguh kakinya bersolat. Dia pegang firman Allah, ''Dan mintalah pertolongan dari Allah dengan sabar dan solat.''(Al-Baqarah:45)
Serasa sudah kering airmatanya menangis. Dia cuba bermuhasabah diri. Kalau dulu, 2 tahun yang lepas, dia bodoh kerana menyalahkan takdir dan Tuhannya. Hampir saja dia tidak percaya pada Tuhannya. Hampir saja. Tapi, syukur alhamdulillah. Guru kaunselingnya banyak membantu dirinya. Apa lagi waktu itu dia bersekolah di sekolah agama. Hati dan jiwanya 'dibasuh' dengan ayat Al-Quran dan selawat tidak putus-putus ke atas Baginda. Dia memandang mushaf Al-Quran miliknya. Dipeluk, dicium mushaf itu sepuas-puasnya. Tiba-tiba matanya tertancap pada satu surah mulia.
''Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu beriman.''(Ali-Imran:139)

''Mungkin Allah ingin menghapuskan dosa-dosaku dahulu dengan cara ini. Siapa tahu. Ya Allah, berikanlah aku sedikit kekuatan. Mungkin ini caranya agar aku lebih dekat pada DIA. Ya Allah, apa saja dari-Mu, aku terima. Cuma, aku mohon, redhakanlah hatiku, kuatkanlah jiwaku dan lembutkanlah hati guruku.'' Malam itu, lenanya berteman airmata dan mushaf mulia.

Keesokan harinya dia tidak ke sekolah. Mungkin kerana terlalu melayan perasaan, dia demam. Sayu hati seorang ibu melihat keadaan anaknya. Kadang-kadang dia terfikir, entah bagaimana agaknya dirinya seandainya dia yang dituduh berzina dan mengandung! Pasti dia tidak kuat seperti anaknya!

''Rabbi, berikan kekuatan kepada anakku untuk menjalani ujian-Mu.'' Dia berdoa dalam hati.

*****

Keesokan harinya dia menggagahkan diri untuk ke sekolah. SPM sudah tidak lama. Dia perlu kuat. Dia perlu bangkit. Andai rebah kerana manusia, bangkitlah dengan nama Allah.

''Nur, semalam cikgu cari awak.''

''Cikgu mana?''

''Cikgu disiplin kita.''

Dia diam.

''Kenapa?''

''Entah.Saya bagitau cikgu awak tak datang sekolah. Cikgu tanya kenapa? Terasa? Orang bersalah memang macam tuh.'' Terasa panas hatinya dan telinganya. Dia beristighfar. Cuba untuk tenangkan hatinya.

''Woii Nur! Kau mengandung eh? Patut la pakai jilbab besar-besar. Kau nak tutup perut kau eh? HAHA! Tak sangka kononnya baik, tapi cehhh, teruk pada aku!'' Dia hanya menelan kata-kata hinaan sahabatnya. Dia tahu sahabatnya itu memang tidak sukakan dia sejak mula-mula dia menjadi 'tumpuan' guru-guru di sekolahnya.

Hari itu, waktu rehat, dia sengaja minta keluar ke klinik dengan alasan dia sakit. Sebenarnya dia ke klinik untuk buat checkup, untuk mengesahkan yang dia tidak pernah tidur dengan mana-mana lelaki, tidak pernah berzina dan tidak pernah mengandung apatah lagi melahirkan anak! Dia masih punya harga diri. Dia masih tahu batas-batas. Dia muslimah! Dia seorang Islam! Masakan dia akan melakukan sesuatu di luar batasan?? Selagi belum nikah, dia takkan benarkan mana-mana lelaki menyentuh apatah lagi 'merosakkan' dirinya. Dia tahu batas agama, dia masih waras! Yang dia tahu, dia perlu bersihkan namanya. Itu fitnah, kasihan ibu ayahnya kalau hal ini tersebar ke mana-mana!

Keputusan UPT kini di tangannya. Hasilnya, negatif. Dia tidak mengandung. Dalam diam, dia menangis. Mujur saja doktor itu faham keadaannya dan memberi kata-kata semangat kepada dirinya. Berbekalkan kekuatan yang masih bersisa, dia menggahkan diri untuk berjumpa dengan gurunya dan membersihkan namanya. Hasil UPT digenggamnya erat. Laju saja dia menuju ke bilik disiplin.

''Nak apa?'' Gurunya enggan melihat dirinya.

Nur menarik nafas panjang.

''Saya ke sini untuk bersihkan nama saya. Itu hasil ujian, negatif. Saya tak mengandung dan untuk pengetahuan cikgu, saya seorang muslim, seorang muslimah, seorang Islam. Saya faham kalau cikgu stress hadapi budak-budak nakal, yang akhlaknya kurang bermoral, tapi cikgu, saya mohon satu perkara. Sebelum cikgu berkata apa-apa, tolonglah fikirkan sedalam-dalamnya. Cikgu dah menfitnah saya. Menuduh saya berzina, mengandung dan sebagainya. Mak dan ayah saya mungkin bukan orang berada, bukan ustaz, ustazah, bukan tok imam atau tok bilal, tapi mak dan ayah saya masih tahu cara untuk mengajar saya dan adik-adik saya. Kami Islam, kami masih tahu batas-batas dalam agama. Saya mintak maaf kalau tindakan dan kata-kata saya lancang, tapi cikgu yang paksa saya untuk bersikap kurang ajar. Terima kasih cikgu dan saya harap cikgu takkan buat perkara yang saya pada pelajar lain. Jangan sebab tekanan yang cikgu hadapi, orang lain jadi mangsa. Assalamu'alaikum.'' Dihambur segala kata-kata yang sudah lama membengkak dalam hatinya tanpa memberi peluang sedikitpun kepada gurunya untuk berkata-kata. Hasil ujian diletakkan di atas meja gurunya. Biarlah dia digelar derhaka oleh gurunya. Biarlah apa orang nak kata. Maruahnya sudah pun dirobek. Ditebalkan mukanya masuk ke klinik ibu-ibu mengandung dengan berpakaian sekolah. Maruahnya sudah tercalar, sahabat-sahabat yang tidak suka kepadanya mengejek-ejek dirinya. Sudah tiada apa lagi yang tinggal. Tiada yang tahu, tiada yang memberi semangat kepadanya. Semua seakan lari daripadanya, kecuali DIA. Iya, DIA; ALLAH.

 Dia meninggalkan bilik disiplin dengan hati yang lapang dan tenang. Direnungnya ke dada langit.

''Tuhan, aku tahu kau bersamaku.'' Hatinya bermonolog sendiri.

*****

''Nur.''

''Iya ustazah?'' Dia mendekati guru kelasnya.

''Ada apa-apa yang ustazah nak saya tolong ke?'' Ustazah menggeleng. Dia kehairanan.

''Tahniah.'' Ustazah memegang erat tangannya.

''Tahniah kenapa?'' Dia mengerutkan dahinya.

''Tahniah kerana mampu merendahkan ego seorang guru. Tahniah kerana mampu menghadapi ujian Allah. Tahniah untuk segala-galanya. InsyaAllah, ustazah yakin, ujian yang awak dapat nih permulaan awak untuk menghadapi ancaman dunia luar. Terus berusaha dan yakin pada-NYA. Allah itu ada, dekat. Cikgu disiplin awak dah akui kesilapan dia. Kami semua dah explain kat dia siapa awak sebenarnya. Awak benar-benar hamba yang hebat.'' Ustazah memeluk dirinya.

''Syukur alhamdulillah, Ya Rabbi. Iyyaka na'budu wa iyyaka nastaeen. Engkau sajalah yang berhak di sembah dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan, Ya Allah.'' Untuk kesekian kalinya, airmatanya menitis jua.

Sungguh nikmat tarbiyah dan hikmah yang Allah beri kepada hamba2-NYA. Kini, dia semakin kuat untuk menghadapi setiap tomahan, hinaan, cacian, fitnah dari manusia. Selagi dia yakin pada Allah, selagi itu tiada apa yang perlu dia khuatirkan. Sungguh, Allah itu dekat.

''Dan apabila hamba2-Ku bertanya tentang-Ku, katakanlah, sesungguhnya Aku dekat. Aku perkenankan permohonan mereka apabila mereka berdoa kepada-Ku. Maka, hendaklah mereka menyahut seruanku, dengan mematuhi perintah-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul.''(Al-Baqarah:186)

Sungguh, tiada suatu apa pun yang sia-sia. Andai diuji, yakinlah dan berdoalah kepada Rabbi. Muhasabahlah, mungkin saja ada silap kita di mana-mana. Siapa tahu, Allah ingin menghapuskan dosa kita dan ingin mengangkat darjat kita? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Siapa tahu, sebenarnya setiap tarbiyah dan mehnah yang Allah beri kepada kita, itu adalah 'latihan' untuk kita lebih kuat dalam medan perjuangan Islam. InsyaAllah, moga lebih kuat untuk hadapi karenah dan ragam manusia. Positif saja. Ujian buat guru lain caranya, ujian buat pelajar lain gayanya. Apa saja, tarbiyah Allah untuk kita mungkin berbeza, tapi kita tetap menuju destinasi yang sama; DIA. Kadangkala, kita suka salahkan takdir tanpa kita fikir dan sedar, sebenarnya yang salah itu kita, bukan DIA. Bersyukurlah, dan terus jadi hamba-NYA, sebenar-benar hamba-NYA. Kalau kita rasa, ujian kita berat, percayalah, ada yang lagi berat ujiannya. Ikhlaskan diri. Hadapi dengan RABBI.

Terus kuat demi-NYA kerana Tuhanku dan Tuhanmu; ALLAH terlalu cinta!

- TAMAT -

Maaf segala silap salah. Semoga ia menjadi ibrah untuk semua. Jangan salahkan sesiapa, tapi muhasabah diri dan yakin, ALLAH itu ada, terlalu dekat dengan kita. Sungguh, setiap tarbiyah yang dirasakan 'susah', 'payah' sudah pun kita lalui dengan jayanya. Alhamdulillah. Syukur kepada-NYA. Kerana-NYA, kita kuat!

Kerana Tuhanku dan Tuhanmu Terlalu CINTA; PART1

''Mana kau sorok lelaki tuh??'' Terkejut dirinya apabila sebatang rotan hinggap di mejanya. Tersentak dirinya ditegur begitu. Terpinga-pinga dirinya, tidak tahu apa-apa. Dia beristighfar. Kelihatan empat orang guru disiplin mengelilinginya. Tiga lelaki, seorang perempuan.

''Lelaki apa cikgu? Saya tak faham.'' Sungguh dia tidak mengerti. Yang dia tahu, dia sedang menjawab kertas soalan Bahasa Inggeris. Sepatutnya dia menduduki peperiksaan percubaan SPM untuk kertas Bahasa Inggeris itu seminggu yang lepas. Tapi, disebabkan dia sakit, dia terpaksa menjawab kertas itu hari ini, sendiri, di sini, di kelasnya.

''Kau jangan buat tak tahu pulak apa yang aku cakap. Kau sorok kat mana lelaki tuh??'' Lantang suara guru disiplinnya membuat hatinya beristighfar keras. Dia tidak tahu apa-apa. Lelaki apa? Lelaki mana? Yang dia tahu, dia sendiri di sini.

''Cikgu, saya betul-betul minta maaf. Tapi, saya tak faham apa yang cikgu cakapkan. Saya sendiri kat sini. Orang lain semua ke dewan, ada majlis sambutan hari raya. Saya terpaksa jawab kertas peperiksaan sendiri kat sini. Teacher takde. Teacher ada kerja kat luar. Sebab tuh saya diarah untuk jawab kertas soalan kat sini. Saya tak faham apa yang cikgu cakapkan.'' Dia cuba membela diri. Habis terbang segala idea untuk essay kertas BI nya.

Empat orang guru disiplin berpandangan sesama sendiri. Dia hanya memerhati. Tidak berniat untuk masuk campur atau bercakap. Dia masih lagi terkejut.

''Awak dah habis jawab kertas soalan?'' Guru disiplin perempuan bersuara. Jelas kelihatan pada raut wajahnya, sebenarnya dia percaya akan pelajar di hadapannya. Nur memandang gurunya. Entah kenapa, dia dapat rasakan yang gurunya itu percaya padanya.

''Belum cikgu.'' Dia menunduk. Dia tidak berani untuk berlawan mata dengan tiga orang guru lelaki yang sedang memandangnya seperti seorang pesalah besar!

''Bahaya awak duduk kat sini sorang-sorang. Orang lain semua ke dewan. Blok awak nih blok belakang. Blok yang 'bahaya' kalau duk sorang-sorang. Ramai lelaki yang lepak kat sini.'' Guru disiplin perempuan meluahkan kebimbangan. Tekun dia mendengar setiap ucapan yang keluar daripada mulut gurunya. Dia mengangguk-angguk, tanda faham.

Dia tahu, sekolahnya sekolah harian biasa. Berbeza daripada sekolah agamanya dahulu. Sedikit 'terbuka' dan sosial. Sudah hampir dua tahun dia di sini. Memang, dia tidak nafikan ada sesetengah pelajar lelaki begitu nakal. Tapi, setakat ini, tiada yang berani mengusiknya apatah lagi menganggu dirinya. Mungkin kerana mereka tahu dia dari sekolah agama atau mungkin sekali penampilannya yang berjilbab labuh dan besar ala-ala ustazah. Allahu'alam. Daripada sudut pandangannya, dia lihat pelajar lelaki sekolah barunya itu nakal-nakal biasa saja. Masih tahu batas-batas norma. Entahlah, kadang-kadang nama saja sekolah agama, di luar tidak terjaga. Kadang-kadang, nama saja sekolah biasa, tapi masih tahu batas-batasnya. Sebenarnya, sekolah apa-apa, mana-mana, tiada bedanya. Yang salah dan yang betul itu akhlak pelajarnya, bukan pada nama sekolah. Dia bersyukur, dia pernah bersekolah agama dan dia sangat bersyukur dipilih untuk ke sekolah 'biasa', di mana para pelajar di sekolahnya ini memang 'dilabel' tidak berguna, tidak berakhlak, baik lelaki mahupun perempuan. Tapi hakikatnya, dia dapat rasakan pelajar di sini sangat dahagakan iklim DINI, iklim Islam. Mungkin kerana 'desakan' dan tomahan masyarakat luar membuat mereka berputus asa. Tiada yang mahu membantu, apa lagi menegur silap mereka. Dia lihat para guru di sini berusaha hebat untuk 'membetulkan' akhlak pelajar. Dia sangat-sangat menghormati dan menghargai usaha guru-gurunya. Ternyata, pelajar-pelajar dan guru-guru di sini lebih mujahadah!

Tiba-tiba ingatannya terfokus pada perbualannya dengan seorang 'sahabat baru' di sekolahnya ini.Sahabatnya itu dari kelas belakang, kelas tercorot dalam Tingkatan 5. Dia masih ingat setiap butir perbualannya dengan sahabatnya.

''Untung kan awak sekolah agama?''

''Apa yang untungnya?''

''Iya lah. Sekolah agama, terjaga. Yang lelakinya tak nakal. Yang perempuannya terjaga, solehah. Saya teringin untuk jadi macam diorang. Tapi, saya tak boleh. Orang luar selalu cakap budak sekolah biasa teruk.''

Dia hanya mampu diam. Dia tahu, semua orang menyanjungi 'pelajar sekolah agama.' Tapi, tiada yang tahu, ada sesetengah pelajar akhlaknya tidak seperti sekolah agama. Dia perhatikan sahabatnya. Bertudung bawah paras dada, bawah paras bahu, hampir ke siku dan memakai handsock. Dia hanya senyum. Ditenung wajah sahabatnya. Tenang. Dia mungkin pelajar sekolah biasa, mungkin pelajar dari kelas tercorot, tapi penampilannya, akhlaknya, MashaAllah!

''Budak sekolah biasa pun ada yang soleh solehah.''

''Maksud awak?''

Dia menarik tangan sahabatnya itu ke tandas. Dibawa sahabatnya itu ke hadapan cermin. Sebuah cermin memantulkan dua figura di dalamnya. Satu bertudung labuh 'bekas' 'budak sekolah agama', dan satu lagi bertudung labuh, 'budak sekolah biasa.'

''Awak ada nampak perbezaan kita?''

Dia menggeleng. Nur tersenyum.

''Wardah, pelajar sekolah agama atau biasa, itu bukan soalnya. Soalnya adalah kita. Kita yang memilih untuk menajdi manusia berguna atau menjadi hamba dunia. InsyaAllah awak lagi solehah daripada mereka yang bersekolah agama. Awak lebih mujahadah. InsyaAllah, saya akan bantu apa yang saya mampu. Kita sama-sama usaha untuk jadi solehah.''

''Pannnnnnngggggggggggg!!!!!!'' Bunyi rotan yang hinggap di mejanya menghentikan lamunannya.


''Alaaaa. Kalau dah perempuan sundal tuh, sundal lah jugak!'' Guru disiplin yang memegang rotan bersuara. Kali ini dia mengangkat wajahnya. Merah padam mukanya. Dia mencerlung tajam ke arah gurunya. Lantang sungguh gurunya berbicara!

Kali ini, dia berlawan empat mata dengan guru disiplinnya. Tiada takut, tiada gentar. Hanya amarah yang menguasai jiwanya, tapi hatinya cepat-cepat beristighfar. Dia kenal persis dirinya. Dirinya pantang dicabar, amarahnya pantang diusik!

''Saya bukan perempuan yang ada dalam fikiran cikgu.'' Suaranya mendatar, keras. Turun naik nafasnya menahan amarah yang beraja dalam jiwa. Gurunya mencebik.

''Kau nak ajar aku pulak?'' Dia menghentak rotannya di atas meja. Guru-guru lain memejamkan mata tanda terkejut tapi tidak bagi Nur. Dia masih merenung tajam ke arah gurunya. Bukan mahu kurang ajar, tapi gurunya itu sudah melampau!

''Aku tanya kau kali terakhir. Mana kau sorok jantan tuh????'' Lantang gurunya bersuara. Gema suaranya seakan mampu didengar kelas sebelah. Nur masih lagi diam. Dia tidak henti-henti beristighfar dalam hati. Seakan mahu menangis pula rasanya. Dia dapat rasakan maruah dirinya diinjak-injak!

''Cikgu, jantan yang cikgu maksudkan tuh tak ada! Tak wujud!'' Kali ini suaranya sedikit meninggi. Dia hairan. Apa gurunya itu buta? Dia sendiri dalam kelas!

Gurunya mencerlung dirinya. Seakan mahu ditelan saja pelajar yang berjubah di hadapannya.

''Baik, kalau kau tak nak bagitau, aku cari sendiri!'' Guru tadi membuka satu rak besar dalam kelasnya. Kalau ikut logik akal, memang rak tersebut mampu memuatkan seorang manusia. Tiada! Nur tenang di tempat duduknya. Guru-guru lain saling berpandangan. Gurunya masih tidak berpuas hati. Dicarinya pula di tempat duduk guru di hadapan kelasnya. Pun tiada! Merah padam muka gurunya.

''Kali nih kau terlepas.'' Keras dan kasar sekali ucapan itu pada pendengarannya. Dia hanya mampu memandang lesu ketiga-tiga orang guru lelakinya pergi. Nur terduduk. Diciptakan sabar dengan istighfar. Entah apa dan dimana silapnya. Guru disiplin perempuan masih di situ, menemaninya.

''Sudahlah. Bahaya awak duduk sini. Pergi dewan sana. Kertas nih biar saya pegang. Nanti saya maklumkan pada teacher awak.'' Dia hanya mendengar saja ucapan gurunya tanpa bereaksi apa-apa. Kertas BI direnungnya kosong. Fikirannya bercelaru. Kalau dia teruskan, memang dia takkan mampu untuk menjawab kertas soalan dalam keadaan begitu. Akhirnya dia hanya berlalu begitu saja tanpa menghiraukan apa-apa.

*BERSAMBUNG*

Khamis, 5 Disember 2013

Rindu.



''Rindu.''

''Rindu? Rindu siapa?''

''Rindu dia.''

''Dia? Dia siapa?''

''Dia yang sudah tiada di sini. Dia yang sudah ketemu Ilahi.''

''Sehidimiz Ammar?''

DIAM. GELENG. ANGGUK.

''Yang mana? Geleng atau angguk?''

''Aku rindu dia.''

''Iya. Itu aku tahu. Tapi dia siapa?''

''Dia, Muhammad Rasulullah.''


Pergilah, Larilah; Jangan lupa untuk 'kembali.'


''Aku mahu lari.''

''Lari?''

''Iya. Lari.''

''Lari yang bagaimana?''

''Lari dari semua. Lari dari manusia.''

''Kenapa?''

''Untuk dekat pada Ilahi.''

''Kau mahu lari atau mahu pergi?''

DIAM.

''Aku.............''

''Kau mahu pergi, bukan lari.''

''Apa ada bedanya?''

''Ada. Banyak bedanya.''

''Apa?''

''Apa kau sebenarnya kecewa dengan manusia? Atau kau putus asa dengan DIA?''

DIAM LAGI.

''Aku............''

''Shhhhhhh. Tidak apa-apalah. Kau tahu apa bedanya pergi dan lari?''

''Tidak. Kau saja yang khabarkan padaku artinya.''

''Kalau kau pergi, kemungkinan kau tidak akan kembali lagi ke 'sini.' Kalau kau lari, kau pasti akan penat, mungkin bisa ketemu Rabbi, mungkin juga kau bakal berhenti.''

''Berhenti?''

''Iya, berhenti.''

''Kenapa?''

''Kerana waktu itu mungkin sekali kau akan sedar ada manusia yang mencintaimu tulus kerana-NYA.''

''Lalu bagaimana?''

SENYUM.

''Pergilah. Larilah. Pergi dan lari, tuju Ilahi. Tapi, jangan lupa untuk kembali ke sini. Andai kau rapuh, kau penat, usah khuatir, doaku bersamamu. Biiznillah. Tidak apa-apalah sedikit terluka. Bahagia itu bila kita mengenal DIA. Jadi, aku mahu kau bahagia sama. Pergi, lari, kembali.''

- TAMAT-

p/s: Pergilah. Larilah. Tidak apa-apa kalau itu yang buat kau bahagia. 
Pergilah. Larilah ke arah Tuhan kita.
Pergilah. Larilah. Adukan segalanya hanya pada-NYA.
Pergilah. Larilah. Dan jangan lupa untuk kembali.
Kerana hakikatnya, pasti ada yang merindui.


KEMATIAN YANG MENGHIDUPKAN.







.
Langit dunia makin cerah.
Bumi seakan makin menelan airnya.

Langit makin berhenti daripada mencurah isinya.

Jeda.

Ingatannya kembali pada satu figura yang tidak pernah dia kenali.
Apa lagi bersua muka, berdialog empat mata.

Serasa ada airmata yang mengalir laju di pipinya. 

Sehidimiz Ahmad Ammar bin Ahmad Azzam Ab Rahman.
Kematiannya begitu menghidupkan. Mengejutkan dirinya yang sedang lena panjang.

Satu jasad berjiwa khalifah, berhati hamba. 
20tahun usianya, dia dipanggil Ilahi.

Sehidimiz Ammar.
Si syahid kita; Ammar.

Sebak dadanya melihat foto-foto lama milik Sehidimiz Ammar. 
Senyumnya, ketawanya. Siapa sangka, siapa duga, Allah lebih cinta padanya?
Di ambil Ammar dengan mulia.

Sehidimiz Ammar.
Moga ketemu di syurga.
Biiznillah.



HIJRAH; BERUBAH, HATI MANUSIA; PARAH.

''Akak, susah kan nak berubah?''

Angguk.

''Kenapa bila kita mula nak berubah rasa payah sangat?''

''Sebab berubah perlukan mujahadah, diri perlu qowiy, qowiyah.''

''Maksud akak?''

''Kekuatan, pengorbanan.''

''Hmmmm. Akak, kenapa manusia suka sangat ungkit kisah lama kita? Kadang-kadang benda tuh semua buat saya rasa 'down'. Saya rasa macam tak berguna. Rasa macam biarlah  terus macam nih. Tak layak nak jadi soleh solehah.''

''Sebab ada sesetengah manusia yang hatinya 'sakit'.Tidak suka melihat orang lain bahagia dengan Tuhannya. Hanya tahu mengata, bila diri terkena, mula mahu melenting entah apa-apa.''

''Hmmm. Payah kan kak? Mungkin saya ada buat silap dengan dia.''

''Sudah minta maaf?''

''Sudah. Secara umumnya.''

''Lalu bagaimana?''

''Entah. Masih ada yang tak kena.''

''Hati bermasalah.''

''Maksud akak?''

''Hati yang tidak ingin keampunan Tuhan, sukar untuk memaafkan.''

''Akak. Saya tanya boleh?''

Angguk.

''Akak maafkan orang yang sakiti hati akak? Yang ungkit kisah lama akak, yang mengata dan membuka aib akak? Akak maafkan diorang?''

Angguk.

''Kenapa kak?''

''Sebab setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Setiap apa yang berlaku ada ibrahnya. Setiap apa yang berlaku itu dalam aturan-NYA. Setiap apa yang berlaku buat akak makin dekat pada Tuhan. Makin kuat dan betah dengan setiap ujian. Dalam medan dakwah, islah dan tarbiyah, kekuatan dalaman sangat penting. Akak yakin, ini semua 'training' dari Allah untuk akak.''

''Kenapa akak kuat sangat? Kenapa akak boleh biarkan orang yang dah bukak aib akak macam tuh je?''

''Sebab akak kesian dekat dia. Susah dia nanti dekat akhirat sana. Terpaksa merangkak cari akak untuk minta maaf. Senang cerita, maafkan saja. Macam akak kasitau tadi. Semua tuh ada hikmahnya. Buktinya, alhamdulillah akak makin kental. Kita pun pendosa. Jangan lupa tuh. Iman itu aman. Iman itu memaafkan. Jadi hamba yang 'luar biasa.'

- END-

p/s: Abaikan kata-kata manusia yang menjauhkan kita dari Tuhan, yang membuat kita futur dari Tuhan. Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Kita hidup untuk Allah, bukan manusia. Jadi, sabar saja. Ada hikmahnya. Percaya Allah? Maka, teruskan berdoa, kuatkan hati dan terus jadi baik.

GOODLUCK. 

Mahukah kalian mendengar tawaran dari Tuhan?


"Aku putus asa!"



"Putus asa kenapa?"

"Putus asa apa-apa! Dengan segala benda! Perjuangan! Hijrah! Manusia! Bahkan Tuhan! Semua! Argh! Aku sebenarnya kecewa! Kecewa dengan diri sendiri!"

"Kau percaya Tuhan?"

"Percaya, tapi aku rasa aku hampir tidak percaya. Bukan tidak percaya DIA, tidak percaya diri aku sendiri."

"Berdoalah. Kita meminta, Allah memberi."

"Mahukan Allah mendengar doaku? Aku pecandu dosa. Aku pelaku maksiat! DIA takkan pandang manusia jijik sepertiku!"

"Mahukan kau mendengar tawaran dari Tuhanku dan Tuhanmu?"

"Apa?"

"Dan katakanlah(wahai Muhammad), "Wahai hamba2-Ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri(dengan perbuatan maksiat)! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani."(Az-Zumar:53)

"Aku tidak yakin."

"Mahukah kau mendengar lagi tawaran Tuhanku dan Tuhanmu?"

"Mahu."

"Ud'uuni astajiblakum. Berdoalah kepada-Ku. Nescaya Aku akan perkenankan doamu."(Ghafir:60) 

"Dan apabila hamba2-Ku bertanya tentang-Ku, katakanlah sesungguhnya Aku dekat. Aku perkenankan permohonan mereka apabila mereka berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka mematuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi benar."(Al-Baqarah:186) 

Berdoalah.
Kita meminta Allah memberi.

Allah berfirman,
"Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Maka bersangkalah tentang-Ku apa sahaja yang kamu ingini."

Dari Salman Al-Farisi bahawa Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya Rabbmu(Allah), malu terhadap hamba2-NYA yang berdoa dengan mengangkat kedua2 belah tangannya dan kemudian dia menolaknya dengan tangan kosong."

Mintalah apa saja, Allah tentu bagi. Cuma, bila dan bagaimana DIA mengabulkan doa, itu terserah pada-NYA. Yakinlah, apa yang datang dari-NYA, itulah yang terbaik untuk kita. 

Yuk. Istighfar dan selawat.
Allahumma solli'ala saiyyidina Muhammad. Wa'ala aliy Muhammad.

AKU BUKAN RABIAH AL-ADAWIYAH




Dia merenung ke dada langit. Bayu yang semilir menampar lembut pipi mulusnya. Dia memejamkan mata, cuba untuk merasai bayu ciptaan Tuhan. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Hembusan bayu di pantai itu sungguh mendamaikan qalbu. Apatah lagi qalbu yang kini sedang menyepi. Matanya terarah ke hadapan. Laut membiru terbentang luas di hadapannya. Deruan ombak yang beralun mengusik hati dan jiwanya. Jiwanya bergolak. Akalanya berselirat. Hatinya berkecamuk. Banyak persoalan yang bermain di mindanya. Ada sesuatu yang membelenggu hati dan fikirannya. Dia berjalan ke arah laut yang terbentang luas. Tidak menghiraukan andai sarung kaki miliknya basah dek terkena air laut yang masin itu. Jubah miliknya diangkat sedikit. Sejuk. Itu yang dia rasakan. Tatkala ini tiba-tiba sahaja pipinya hangat. Ya, hangat dek airmata yang membasahi pipinya. Dia membiarkan. Dia melihat keadaan sekeliling. Masing-masing sibuk dengan diri masing-masing. Ada yang bergelak ketawa. Ada juga yang sedang melayani jiwa sepertinya. Anak-anak kecil sibuk berlari ke sana ke mari. Dia tersenyum. Tersenyum dalam tangisan yang menghibakan. 
''Mereka masih kecil,'' bisik hatinya.
''Mereka masih belum tahu erti hidup. Masih belum mengerti bagaimana untuk bernafas dalam jiwa hamba,'' hatinya bermonolog lagi. 
Untuk kesekian kali, dia memejamkan matanya lagi. Kali ini airmata yang mengalir di tubir matanya makin laju mengalir. Mengalir tanpa henti. 
''Ya Allah, berdosakah aku merindui hamba-Mu itu?''
Kali ini airmata miliknya jatuh ke dalam air laut yang masin, bergabung menjadikan lautan itu seakan sebati dengan dirinya yang kian berduka lara.

****
''Wardah, kamu ke mana?''
Umi bertanya lembut. Dia cuba tersenyum untuk uminya. Dia mendekati uminya yang sibuk menyimpan buku-buku miliknya. Uminya ini rajin sungguh. Padahal, bukannya dia tidak boleh melakukan itu semua sendiri. 
''Umi, tak payah lah simpan. Nanti Wardah simpan,''
Dia menarik uminya lembut. Uminya tersenyum. Namun, senyumannya serta-merta mati. Dibelek wajah satu-satunya puterinya itu. Naluri ibu mengatakan, ada sesuatu yang tidak kena. 
''Wardah, kamu menangis?''
Uminya menyentuh pipi mulusnya. Dia menggeleng. Berusaha untuk menidakkan. 
''Eh? Mana ada umi. Tadi kan Wardah pergi pantai. Lepas tuh, biasalah ada angin kan. Tuh yang pasir masuk tuh,''
Menangis hatinya kerana 'terpaksa' menipu uminya. Jika dia tidak lakukan begini, uminya akan susah hati. 
Tiba-tiba sahaja uminya memeluk dirinya. Kini, dia tidak dapat menahan lagi benteng airmatanya. Entah mengapa, sejak akhir-akhir ini dia begitu sensitif. Sangat-sangat sensitif. 
''Umi tahu puteri umi sedang berduka. Umi tahu puteri umi sedang mencipta alasan. Moga Allah memberimu kekuatan nak,''
Itu doa seorang ibu dalam hatinya.

****
Malam itu, dia berkesempatan untuk menunaikan solat Isyak berjemaah bersama orang ramai di kampungnya. Maklumlah, sejak dia diterima belajar di Universiti Islam Antarabangsa(UIA) dia tidak berkesempatan untuk solat berjemaah bersama orang di kampungnya.

Dia menggeliatkan tubuhnya. Usai menghafaz surah Al-Mulk, dia mengulang-ulang bacaannya. Dia impikan dirinya menjadi 'Hamilatul Quran' sesuai dengan keinginan walid dan uminya. Usai mengulang-ulang. Dia berpuas hati dengan bacaan dan hafazannya. Esok dia harus tasmik dengan abang sepupu yang dikasihinya. Maklulmah, dia hafaz sendiri-sendiri. Dia juga sedang cuba mengusahakan seorang guru di universitinya. Tahun depan, entah dengan siapa dia mahu tasmik. Abang sepupu yang dikasihinya itu sudah mahu 'terbang' ke Mesir. Tempat di mana dia ingin pergi suatu hari nanti.

Dia membuka 'lappy' kesayangannya. Pemberian walidnya waktu dia mendapat 5A dalam UPSR. Kini usianya sudah 19 tahun.  Sudah 7 tahun usia 'lappy' nya itu. Dengan lafaz bismillah dia membuka harta kesayangannya. Entah mengapa, malam ini dia mahu berkarya. Biasalah, bila dia dirundung keresahan, dia akan terus solat dan baca Al-Quran. Setelah itu, dia akan 'menulis'. Menghuraikan dan menyimpulkan maksud di jiwa melalui tintanya di blog. Dia masih ingat pesan umi sewaktu dia mula-mula menulis.
''Wardah, menulis harus dengan hati. Dengan iman. Bukan sekadar bisunya bicara kalam. Harus ada 'roh'. Perlu ada 'cinta'. Barulah dapat menyentuh hati dan jiwa seseorang. Tidak ramai yang tahu menulis dengan hati dengan iman. Tajdid niat sentiasa. Menulis kerana-NYA.''
Itulah bait-bait kalimah dari seorang umi yang sangat-sangat dia kasihi sewaktu dia memberitahu dia ingin menjadi seorang penulis. Dia ingin memberi manfaat kepada orang lain. Sebenarnya, dia menulis untuk menegur dirinya sendiri pada asalnya. Namun apabila membaca satu hadis, segalanya berubah.
Daripada Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda maksudnya ;
''Sebaik-baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain,''
(Riwayat Al-Baihaqi)

Kini dia lebih terdorong untuk menulis. Menulis untuk memberi peringatan pada dirinya dan juga pada orang lain. Setakat ini, dia masih tidak mampu untuk menyeru secara lisan, sebab itu dia cuba memberi dan menyeru secara penulisan. Menulis sedikit sebanyak membantunya mencari kelemahan dan kekuatan. Menulis juga banyak membantunya dalam melakukan perubahan secara perlahan-lahan.
Jari-jemarinya mula rancak menari di atas papan kekunci. Anak matanya bergerak-gerak. Dahinya kadang-kadang dikerutkan tanda dia sedang berfikir. Akhirnya, perkongsian dari hati itu selamat diterbitkan. 
''Alhamdulillah,''
Ada senyuman yang terukir di bibirnya. 
Usai menulis, dia bergerak ke arah beranda di biliknya. Bintang-bintang di langit mencerahkan keadaan di bumi. Dia tersenyum sendiri. Namun, senyumannya tidak lama. Tiba-tiba sahaja senyumannya mati. Perasaannya berperang lagi. Ingatannya kembali pada seseorang yang sering mengusik hatinya. Puas dia menidakkan. Puas juga dia menghalang. Namun, hati dan akalnya sering mengiyakan. Dia tidak dapat menafikan, kadangkala sedang dia bersendirian, rindu itu bertamu juga di hatinya. Dia bimbang, bimbang hatinya dimasuki virus dari syaitan. Dia beristighfar. Tidak mahu melayani perasaan. Bukan dia cuba menidakkan fitrah Allah kurniakan, namun dia tidak mahu terus-terusan hanyut dalam perasaan. Banyak lagi yang perlu dia fikirkan. Hamparan perjalanannya masih panjang, bahkan terlalu panjang. Banyak impian yang dia hajatkan. Dia tahu selama-lamanya dia tidak akan mampu menjadi seperti serikandi Islam yang bergelar Rabiatul Adawiyah itu. Cinta-NYA pada Rabbi begitu tulus dan telus! Sedangkan dirinya??!!
Dia menangis lagi. Kali ini teresak-esak dia menangis. Dia juga ingin menjadi seperti Rabiatul Adawiyah yang cintanya terhadap Illahnya tidak pernah berbelah bahagi dan terbagi. Dia ingin mencintai Tuhannya sehingga tiada ruang untuk dia mencintai dunia. Namun, dia seringkali tersungkur. Dia masih bertatih untuk menjadi seorang muslimah yang solehah dan mukminah. Dia juga baru berhijrah. Baru mengenal erti dan cara bagaimana untuk bernafas dalam jiwa hamba. Sungguh! Dia tidak mahu kembali ke masa lalu. Wardatul Jannah yang dulu sudah mati! Yang tinggal kini adalah Wardatul Jannah yang baru. Wardatul Jannah yang sudah mula mengenali siapa Tuhannya, siapa rasulnya dan untuk apa dia diciptakan. Wardatul Jannah yang hidup kini adalah Wardatul Jannah yang ingin menjadi Khairatun Hisan di syurga gelak. Kendatipun dia tahu, dia sungguh tidak layak untuk cinta-NYA apatah lagi jannah-NYA! Terduduk dirinya menangisi setiap dosa dan noda yang telah dia lakukan untuk masa silamnya. Berkali-kali dia beristighfar memohon kemapunan Ilahi. Saat seluruh alam mencemuhnya, DIA memujuknya dengan ayat-ayat cinta-NYA. Dia tahu. Dia bakal berhadapan dengan pelbagai cemuhan di dunia ini. Sama ada dia baik atau tidak, manusia akan terus-terusan menilainya. Dia tahu dan dia sedar! Namun, dia seringkali memujuk hatinya. Kalau ingin berubah kerana-NYA, untuk apa gentar pada manusia? Kau siapa? Aku siapa? Dia siapa? Mereka siapa? Argh! Kita semua sama! Kita hanyalah hamba-NYA! Hamba yang lemah dan tidak akan lepas daripada melakukan dosa dan noda! Kita bukan Nabi! Kita bukan Malaikat! Kita hanyalah hamba! Yang diciptakan untuk beribadah kepada-NYA! Kita kotor! Kita hina! Kita jijik! Asal penciptaan kita hanya dari setitis air mani yang hanyir. Itulah hakikatnya. Itulah kita. Lalu, mengapa kita seringkali berbalah dengan-NYA? Berbalah dengan hukum-NYA? DIA sudah mengatur cantik kehidupan kita. Mengapa kita serngkali memusuhi-NYA? 
Allah. Allah. Allah.
Dia menekan-nekan dadanya yang sakit. Sakit berperang dengan iman dan nafsu. Inilah jihad yang sebenar-benarnya. Jihad menentang hawa nafsu!
Dalam hadis Jabir, sekumpulan sahabat pulang dari satu peperangan, lalu Rasulullah S.A.W bersabda ;
Kamu pulang dari jihad kecil kepada jihad yg lebih besar, iaitu: Mujahadah seseorang hamba terhadap nafsunya.(HR: Dailami)


 Nabi SAW bersabda:
 “Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya” 
HR Tirmizi (no: 1621). Katanya: Hadis Hasan Sahih.

Dia tekad. Dia harus melawan dan menepis segala rasa rindu yang bertamu di hatinya. Rindu itu tidak halal baginya. Biarlah rindunya kepada kepada Yang Haq. Biarlah rindunya itu hanya kepada Allah, Rasul-NYA, dan keluarganya. Dia tidak mahu hanya kerana secebis rindu yang bertamu dalam hatinya, segala-galanya berantakan. Hafazan entah kemana, pelajaran entah kemana, hati entah kemana. Dia sedar, seandainya dia terlalu terbuai akan rindu yang bertamu, akan ada noda hitam di hatinya. Bagai ada sesuatu yang memegang erat hatinya. Argh! Biarkanlah yang fitrah itu bermujahadah dahulu! Yang penting amanah! Dia tidak mahu yang fitrah itu menjadi fitnah! Dia tidak mahu yang amanah itu akhirnya menjadi sampah! Tidak! Dia harus bangkit berjuang! Antara iman dan nafsu, dia berjuang untuk meraih mahkota cinta dari syurga. 
Sabarlah wahai hati. Seandainya dia jodohmu, pasti Allah akan mendekatkan hatinya dengan hatimu. Andainya tidak, Allah menyediakan seseorang yang lebih baik dan lebih layak untukmu. 


 Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa’: 32)
Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui,  saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redha-NYA atau hanya mengundang murka-NYA.
Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH.
” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )
Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah. Berdoalah. Berpuasalah.
” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )
Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya, tetapi menjaga kesucinnya. Bukan kerana menghindari dunia tetapi meraih syurga-NYA. Bukan kerana lemah untuk menghadapinya, tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup sanubarinya.
Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirnya tiada kan mampu menjauhkan dirinya dari ujian. Kerana hadirnya hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan. Kerana mungkin saja ia akan  membawa kelalaian.
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan. Menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan.
Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.  Tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi?
Pilihan Allah itu yang terbaik.
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )
Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan.
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan. Mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan.
Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan. Serahkan rasa yang tiada sanggup mengenepikan cinta Tuhan itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.  Biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya.

” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)
Aku memang bukan Rabiatul Adawiyah!
Namun,
Aku akan cuba setia dengan cinta Illah!

*Monolog diri dan hati yang masih mencari cinta Ilahi,

cinta yang hakiki
sumber ; 
iluvislam