SAYYID QUTB: Satu peluru hanya mampu menembusi satu kepala, namun satu tulisan mampu menembusi ribuan malah jutaan kepala. Aku berbagi apa yang aku tahu. Moga saja kalian dan aku sendiri lebih mencintai Rabbi dan Rasul. Moga saja 'bicara bisu' picisanku ini membantu. Biiznillah.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)
Selasa, 22 Januari 2013
Pergilah Duhai Keresahan
Ahad, 20 Januari 2013
Airmata Keinsafan
"Ya Allah. Suatu hari dia akan mati. Suatu hari dunia ini akan musnah. Ya Allah, terlalu banyak dosanya. Terlalu banyak! Tidak mampu dia hitung. Dia selalu mendustakan janjinya pada Tuhannya!"
Mengalir lagi airmatanya. Hembusan bayu tidak mampu mendamaikan pilu di hatinya. Dia merenung lagi ke dada langit. Cuba mengingati dosa-dosa lalu. Sakit. Pedih. Perit. Itu yang dia rasakan. Betapa jahilnya dia! Betapa berdosanya dia! Dalam kepiluan, dia cuba mengukir senyuman. Allah tidak kejam. Saat dia terumbang-ambing mencari jalan, DIA datang menghulurkan pertolongan.
"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."-(Al-Baqarah;214)
"Dan apabila hamba2-Ku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."-(Al-Baqarah;186)
Dia menangis lagi. Kali ini langit juga menangis. Tangisan dan esakannya tenggelam bersama tangisan awan. Dia menadah tangan, memohon dengan penuh jiwa penghambaan dan dia menyerahkan segala aturan dan takdir kepada Al-Rahman.
Pergilah;Jangan Kembali Lagi.
( At-Taubah: 129)
( al-Baqarah: 45)
( Yusuf : 12)
Jumaat, 18 Januari 2013
Ya Allah;Lembutkan hati hamba-MU
Khamis, 17 Januari 2013
Hati Dirobek.
Sakit hati? Disakiti?
Selasa, 15 Januari 2013
Dengarlah Bakal Jenazah ini Berbicara:')
Senyum:')
Kawan saya selalu cakap.
"Ain. Kalau bulu mata kanan kita jatuh, bermakna ada orang rindu kita. Bulu mata Ain selalu jatuh. Mesti ada yang rindu."
*Tersenyum dalam tangisan*
"Kalau daun di pohon syurga yang jatuh tuh nama Ain, Ain akan mati kan?:') "
Ya. Aku akan mati. Akan mati tak lama lagi. Semua orang marahkan aku. Mengapa selalu menyebut soal mati? Ain sakit ke?
Hanya mampu tersenyum:')
Sahabat fillah.
Maafkanlah diri ini. Terlalu banyak salahku pada kalian. Seandainya aku ditakdirkan pergi, maafkanlah aku. Relakan pemergianku. Doakanlah aku. Hanya doa kalian yang mampu meringankan azabku:')
Moga Allah mendengar doa kalian untuk si pendosa tanpa noktah ini.
Moga Allah juga mengampuni daku.
Seandainya aku punya hutang dengan kalian, beritahu aku. Jika aku tidak sempat bertemu kalian, beritahu keluargaku:')
Jangan diam. Aku mahu kembali kepada-NYA dalam keadaan aman.
Aku malu berjumpa dengan-NYA sebenarnya. Kerana diriku terlalu banyak terpalit dosa dan noda. Tapi, aku mahu berjumpa dengan-NYA. Mahu sekali:') Aku juga mahu bersama Rasulku:') Aku tahu aku tidak layak ke syurga. Tidak layak berjumpa Rasulku apatahlagi DIA.
Moga Allah memberi aku peluang:')
Maafkan aku ya sahabat fillah?:')
Doakanlah aku di sana.
Bagi kalian yang akan terus bernafas dalam jiwa hamba, kuatkanlah hati. Cintailah DIA:')
Yang akan pergi,
-Hurun Ain-
Kenang daku dalam doa kalian:')
Wahai Pendosa! Bertaubatlah!
"Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Al-Zumar;53)
Khamis, 10 Januari 2013
Noda Sang Huffaz
Kita, DIA & Dinding
Rabu, 9 Januari 2013
Kisah ALI Menanti FATIMAH
Penciptaan JIBRAIL
Dalam surah Ar-Rahman sebanyak 31 kali Allah bertanya kepada manusia dan makhluknya dengan pertanyaan, “Maka nikmat Tuhanmu yang mana satukah yang kamu dustakan?”
Sabtu, 5 Januari 2013
Aku Pendosa Tanpa Noktah.
Masihkah Ada Ruang Untukku Meraih Cinta-Mu?
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).
“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).
“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamu-Mu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).
“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).
Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
Istighfarlah selalu kerana sebagai manusia kita memang tidak dapat lari daripada hakikat melakukan dosa. Ya. Kita bukan Nabi. Bukan juga malaikat. Kita tidak maksum. Kita hanyalah hamba-NYA yang lemah dan perlu diingatkan setiap masa dan setiap ketika. Kita adalah pendosa. Pendosa tanpa noktah. Jangan berputus asa wahai hati yang DIA sapa dengan cinta-NYA. Lawan nafsumu. Sentiasa berwaspada dengan bisikan syaitan durjana. Allah sayang kita. Sayang sangat-sangat. Sebesar apa pun dosa kita, setinggi mana pun dosa kita, jika kita terus-terusan meminta ampun dari-NYA, Insya-Allah, DIA akan mengampuni kita. Kuatlah wahai hati. Bermujahadahlah wahai diri. Moga Allah mengampuni setiap kelemahan diri. Sujudlah pada-NYA. Merintihlah pada-NYA. Menangislah pada-NYA. Mengadulah pada-NYA. Suatu masa dirimu akan sedar dan tahu betapa bernilainya airmata keinsafanmu.“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
La ta'issu min rowhillah. Jangan berputus asa dari rahmat Allah.
Inni akhafullah. Sesungguhnya aku takut kepada Allah.
Jumaat, 4 Januari 2013
Bukan Aku
Sebak hati tatkala terbayang bilakah WAKTU TERAKHIRKU?
Di manakah TEMPAT TERAKHIRKU?
Siapakah ORANG YANG TERAKHIR berada denganku?
Dengan CARA APAKAH aku mengakhiri cerita hidupku?