Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Khamis, 27 September 2012

DIA Tak Sama!

Jiwaku kekadang diracuni, 
Adakah Kau yang kudambakan hanyalah sekadar ilusi?
Mindaku kekadang cuba menerokai,
Adakah wajah-Mu, tangan-Mu menyerupai sesuatu unsur di bumi?
Aku bisa jadi gila dengan persoalan ini,
Kalam-Mu memujukku, 
DIA TAK SAMA!
Rasul-Mu pula membelai, 
Jangan berfikir tentang zat Allah, 
Berfikirlah tentang ciptaan Ilahi. 
Mindaku belayar lagi.
Rupa-rupanya terlalu jelas bahawa Kau memang ada sebagai Ilah dan Rabbi.
Yang Maha Tinggi! 
Oh, 
Aku yang jahil selama ini.

Ahad, 23 September 2012

Ku Tinggalkan dia kerana DIA









''Assalamualaikum. Ammar, maafkan saya. Saya rasa sampai di sini saja hubungan kita. Saya tak dapat teruskan hubungan kita. Jaga diri baik2 Ammar. Semoga Allah selalu merahmati awak. Jaga hati, jaga iman, jaga diri, jaga akidah. Semoga awak menjadi seorang muslim yang hebat. Maafkan saya Ammar. Maafkan saya. '' 

Gugur jua airmatanya tatkala butang melihat perkataan ''message sent'' di skrin handphonenya. Kini segala-galanya telah berakhir. Hubungannya dengan Ammar sudah berakhir. Ya. Sakit hatinya apabila mengingati hakikat itu. Tapi, jalan itu jualah yang dia pilih. 
'' Ya Allah, Ya Tuhanku. Kuatkanlah diriku. Jalan ini yang ku pilih. Dan jalan ini jua adalah bimbingan dari-Mu. Ya Allah, peliharalah hati ini daripada kekecewaan Ya Allah. Ampunilah segala dosaku Ya Allah. Kuatkanlah hatiku.'' 
Airmatanya tidak tertahan lagi. Murah sungguh airmatanya malam itu. Dia mengalihkan pandangannya ke luar jendela. Hujan di luar turun dengan lebatnya. Seakan mengerti tentang perasaannya. Dia mengeluh. Bajunya sudah basah dek airmata. Perit sungguh hatinya. Kini, segala-galanya sudah musnah. Segala-galanya sudah hancur. Berkecai. Deraian demi deraian airmatanya membasahi pipi. 


'' Assalamualaikum. Eh? Arwa tak tido lagi? '' 

Humaira terkejut melihat sekujur tubuh yang asyik merenung ke luar jendela. Humaira turut memandang le luar jendela. Tidak ada apa-apa yang menarik di sana. Tiada bintang mahupun bulan. Hanya hujan yang menjadi teman malam. 
'' Arwa, awak sihat tak? ''
Humaira memegang bahu sahabat yang dikasihinya. 
Arwa Solehah. Seorang gadis cantik dan sopan bertudung litup yang menjadi idaman setiap idaman lelaki. Parasnya yang elok dan sikapnya yang sopan menggamit naluri sesiapa sahaja untuk mengenalinya. 
Arwa berpaling. Kaget tatkala merasa bahunya di sentuh lembut. Humaira kehairanan. Ada airmata yang mengalir di wajah sahabatnya.
'' Menangiskah dia? ''
Persoalan Humaira hanya mampu dilontarkan di dalam hati. 
Arwa kembali berpaling merenung jendela. Dia tidak mampu berhadapan dengan sahabatnya.
'' Arwa, kenapa nih? Kenapa menangis? Apa yang dah jadi? Arwa, pandang saya. ''
Sungguh Humaira tidak akan membiarkan sahabat baiknya itu menanggung kesakitan seorang diri. Dia sedih melihat Arwa sebegitu. Belum pernah dia melihat gadis periang itu sesugul dan sesedih itu! Pasti sesuatu yang buruk terjadi. 
'' Arwa sayang. Pandang Humaira. Kenapa nih? Arwa sakit ke? Nak Humaira carikan obat? ''
Humaira masih lagi memujuk. Arwa berpaling. Dia merenung ke dalam mata sahabatnya. Cuba menyampaikan huraian di jiwa. Akhirnya dia tewas jua. Dia merangkul erat tubuh sahabatnya. Cuba meraih kekuatan. Humaira membalas erat rangkulan sahabatnya. Cuba menyalurkan sedikit kekuatan. Hujan yang turun tidak mampu mengalahkan esakan Arwa yang kian rancak berlagu pilu. Sayu sungguh hati Humaira mendengarnya. Luluh jiwanya melihat gadis sekental Arwa menangis dalam dakapannya. Dia membelai sahabatnya persis seorang ibu memujuk anaknya. Hidup di perantauan hanya bergantung kepada teman seperjuangan. Keluarga sudah pasti berada jauh dari pandangan. Demi ilmu Allah yang tiada batasan, mereka sanggup berjuang habisan-habisan, meraih setitik ilmu yang luas nan lautan, agar suatu hari, jika diizinkan Tuhan, mereka dapat berbakti kepada Islam.
Humaira melepaskan rangkulan. Dia mengesat airmata yang jatuh di pipi sahabatnya. Menggenggam erat jari-jemari sahabatnya. Menyalurkan ketabahan. 
'' Arwa. Sabar. Cuba cerita pada Humaira. Apa yang berlaku? ''
Arwa memandang kasih sahabatnya. Ya. Humaira Zahra. Sahabat yang dia kasihi. Teman seperjuangannya di bumi Soviet ini. Dia tahu Humaira seorang sahabat yang baik. Terlalu baik. Humaira selalu berada di sisinya tatkala dia memerlukan seseorang. Tapi, bersediakah dia untuk menceritakan segala-galanya? Hatinya merintih. Tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaannya sekarang. Terlalu asing bagi dirinya. Dia menarik nafas dalam. Cuba mencari kekuatan, namun esakannya kembali kedengaran.
Ya Allah! Lemah sungguh dirinya tatkala itu. Perasaan apakah ini Ya Allah? Mengapa begini Ya Allah?


Humaira kembali merangkul sahabatnya. Tidak sanggup melihat sahabatnya terus-terusan menangis. Biarlah tudungnya basah deka airmata sahabat yang dia kasihi dunia akhirat. Dia rela. 

'' Humaira. Tolong Arwa. Arwa tak kuat, Humaira. Arwa tak kuat. ''
Tersengguk-sengguk dirinya menahan sendu.
'' Shhhhhh. Kenapa nih sayang? Apa yang dah jadi? Beritahu pada Humaira. InshaAllah, kalau Humaira boleh tolong, Humaira akan tolong, ''
Demi kasihnya pada Arwa, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk sahabatnya itu. Inilah yang dia ingin capai. Itsar. Puncak tertinggi dalam ukhwah fillah. 
'' Arwa dah putuskan hubungan kami. Kami dah takde pape ikatan lagi. ''
Airmatanya mengalir lagi. Kini, Humaira mula mengerti. Arwa jadi begini kerana cinta seorang insani bergelar lelaki. Ahh.. Cinta itu kan fitrah insani? Tiada sesiapa mampu menghalang kehadirannya dalam hati. Akan tetapi, diri juga harus berhat-hati, jangan kerana cinta insani, diri melupakan kasih Ilahi. 
'' Kenapa? ''
Pendek tutur bicara Humaira meminta penjelasan. Arwa mengangkat kepalanya dari pangkuan Humaira. Dia tunduk. Malu berhadapan dengan sahabatnya. Dia hanya mendiamkan diri. Mulutnya terkunci.
'' Kenapa? ''
Humaira masih lagi dengan pertanyaannya. Tidak berputus asa daripada mencari penjelasan sahabatnya. Arwa menarik nafas dalam. Menghembuskannya perlahan-lahan. Ada wap yang keluar daripada bibirnya yang petah berbicara. 
'' Arwa rasa ini yang terbaik untuk kami. Dia memang seorang lelaki yang baik. Belum pernah Arwa menemukan lelaki sebaik dirinya. Tapi, Arwa tahu. Niat tidak menghalalkan cara. Kami salah. Arwa tidak sepatutnya membiarkan diri kami terus hanyut dan leka dengan cinta duniawi. Masih banyak lagi yang perlu dikecapi. ''
Sebak dadanya menuturkan kata-kata itu. Dia menyayangi Ammar. Ammar Rifqi. Jejaka tampan yang mencuri perhatian dan hatinya. Seorang jejaka yang selalu mengingatkan dirinya tentang keagungan Ilahi, tentang kehidupan ini. Namun, seperti mana yang dia bicarakan, niat tidak menghalalkan cara. Disebabkan dirinya terlalu menyayangi dan mengasihi Ammar Rifqi dia tidak akan terus membuat mereka leka dan hanyut dengan permainan duniawi. Biarlah cinta mereka berkubur di sini.


Humaira mengangguk. Tanda memahami. 

'' Arwa menyesal? ''
Ada senyuman yang terukir di bibir itu. Arwa mengeluh. Mengeluh bukan bererti dia menyesal tetapi mengeluh untuk membuang kegusaran di hati. 
'' InshaAllah, tak. Arwa yang pilih jalan nih. Allah dah buka mata Arwa. Arwa dah nampak di mana silap Arwa. Ternyata khilaf sungguh diri ini. ''
Humaira melemparkan senyuman. Dia meraih tangan sahabatnya. Memberi kekuatan. Arwa membiarkan. Dia tahu Humaira sedang mencuba untuk menyalurkan sedikit kekuatan padanya.
'' Arwa tahu tak? Arwa kena bersyukur sebab Allah sayangkan Arwa. Allah buka pintu hati Arwa untuk mengenali Dia dengan lebih dekat. Dugaan yang hebat untuk orang yang hebat. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya bukan? Allah lebih tahu apa yang kita tidak ketahui. Sabar Arwa. Kasih sayang Allah itu Maha Luas. Kuatkan hati. Redha dengan ketetapannya. InshaAllah, Allah akan permudahkan segala-galanya. Tentang Ammar, biarkanlah ia berlalu. Allah kasihkan Arwa. Allah kasihkan Ammar. Dia mahu melihat kedua-dua hamba-Nya merintih dan mengadu pada-Nya. Dia ingin meyalurkan kekuatan kepada hamba-hambaNya yang redha dengan ketentuan-Nya. Arwa, lebih baik kehilangan sesuatu kerana Allah daripada kehilangan Allah kerana sesuatu. Humaira tahu, perit apabila terpaksa melepaskan sesuatu yang kita sayang, yang kita kasih pergi dari kehidupan kita. Tapi, kita tidak berdaya. Hati ini mutlak milik-Nya. Seluruh alam milik-Nya. Dia lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Sebab itulah pujangga ada berkata , genggamlah dunia di tanganmu, bukan di hatimu. Bila mana kita letakkan Allah paling atas, InshaAllah tiada apa-apa yang perlu kita risaukan. Sujudlah Arwa. Berdoalah kepada-Nya agar diberi kekuatan. Jangan lemah. Humaira tahu Arwa kuat. Damaikan hati dengan berzikir kepada-Nya. Hidup mesti diteruskan. Allah tidak akan menguji seseorang hamba-Nya melebihi kesanggupan hamba-Nya. Arwa, bilamana Allah memutuskan ikatan antara Arwa dan Ammar itu bererti Allah ingin menjaga Arwa. Allah ingin memelihara hati Arwa daripada kecewa lebih dalam. Allah ingin menjaga hati Arwa dan membawa Arwa mengenal cinta-Nya dengan lebih dekat. Arwa, yakinlah. Cinta Allah melebihi segala-galanya. Dia tidak pernah sekalipun meninggalkan kita. Kuatkanlah dirimu wahai sahabat. ''
Panjang lebar tutur bicara Humaira memampan pendengaran Arwa Solehah. Sedikit demi sedikit bait-bait bicara sahabatnya meresap ke dalam jiwanya. Hatinya menangis lagi. Sungguh! Dia merasakan dirinya begitu kerdil. Dia tidak punya apa-apa. Segala-galanya milik Allah. Dia bersyukur dan dia tahu. Sejauh mana pun dia mencuba berlari untuk melarikan diri daripada Allah, semakin Allah menghampirinya. Hebat kasih sayang Allah bukan? 
Kini, dia merasakan sedikit kekuatan. Mana mungkin dia menolak Cinta Ilahi yang menyapa dirinya. Biarlah dia kehilangan cinta insani, namun takkan sesekali dia menolak Cinta Ilahi. Dia meraup wajahnya. Bibirnya mengukirkan senyuman menampakkan lesung pipit yang menghiasi wajahnya. 


'' Humaira, terima kasih. Terima kasih untuk segala-galanya. ''

Dia memeluk sahabatnya. Erat. Humaira membalas rangkulan. Kasihnya tertumpah di situ. 
'' Takde papelah Arwa. La Tahzan. InnallahaMa'ana .. ''
Malam itu menyaksikan kasih sayang antara mereka berdua.
'' Arwa dah okay kan? Sekarang pergi tidur. Jangan fikir sangat. ''
Humaira mengesat airmata yang mula mengering di pipi mulus sahabatnya. Arwa membiarkan. Dia hanya mampu tersenyum. Di bumi Soviet ini, Humaira bagaikan ibu kepadanya. Menjaga segala-galanya tentangnya. Dia bersyukur. walaupun takdir menentukan dia terdampar jauh di bumi Soviet, Allah masih mengurniakan dia seorang sahabat yang sanggup bersamanya dalam apa jua keadaan. 


'' Spokoynoy nochi, selamat malam sahabat. ''

Arwa memberikan ciuman di kedua-dua belah pipi sahabatnya. 
'' Spokoynoy nochi Arwa.. ''


Jam menunjukkan 3 pagi di bumi Russia. 

Kedengaran satu tangisan pilu di halwa telinganya.
'' Bermimpikah aku? ''
Terpisat-pisat dia menahan kantuk di mata. Dia megamati suara itu. Pilu hatinya.
Dia melihat sekujur tubuh sedang sujud. Elok dalam persalinan kain solat. Dalam diam, dia mengamati perbuatan insan dikasihinya.


Usai memberi salam, dia menadah tangan, memohon kekuatan daripada Sang Tuhan, Pencipta Alam.



'' Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. 

Aku datang kepada-Mu Ya Allah. 
Aku serahkan seluruh hidup dan hatiku kepada-Mu Ya Allah. 
Ya Allah, sungguh aku tidak punya kekuatan. Pimpinlah tanganku kejalan yang Engkau redhai. 
Ya Allah, sungguh aku tidak berdaya menolak cinta-Mu. 
Berikanlah aku ketabahan untuk menghadapi setiap cubaan dan dugaan yang Engkau berikan. 
Ya Allah, peliharalah hati kami daripada kekecewaan. 
Jagalah hati kami kepada-Mu Ya Allah. 
Ya Allah, jika dia benar untukku, dekatkanlah hatinya dengan hatiku. 
Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuan-Mu. 
Ya Allah, jika aku jatuh hati, tautkanlah hatiku pada seseorang yang melabukan cinta-Nya padamu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu. 
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak melebihi cintaku pada-Mu. 
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari-Mu. 
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid dijalan-Mu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.
Ya Allah Engaku mengetahui bahwa hati-hati ini telah berhimpun dalam cinta pada-Mu, telah berjumpa pada taat pada-Mu, telah bersatu dalam dakwah pada-Mu, telah berpadu dalam membela syariat-Mu. Kukuhkanlah ikatan antara kami. Kekalkanlah cintanya. Tunjukilah jalan-jalannya. Penuhilah hati-hati ini dengan nur-Mu yang tidak pernah pudar. Lapangkanlah dada-dada kami dengna limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu. 

Hanya kepada-Mu aku berserah diri Ya Allah.
Aku redha di atas segala ketentuan-Mu.
Tunjukkanlah aku jalan yang Engkau redhai.
Rabbana aatina fiddunya hasanah, wafil aakhiroti hasanah, waqina azabannar.
Ameen Ya Rabbal'Alamin.. ''
Basah telekung solatnya dek airmata. 
Arwa menangis lagi. Kali ini, dia betul-betul memerlukan kekuatan dan hanya kepada Allah jualah dia berserah diri. Nun tidak jauh dari sudut kamar, ada sepasang mata yang memerhati gerak-gerinya. Ada airmata yang mengalir di situ. Hujan masih lagi membasahi bumi Soviet. Seakan memahami perasaan anak perantau itu. Tanda kasih Ilahi kian bersemi. 
'' Ya Allah, kurniakanlah dia kekuatan. Tetapkanlah hatinya kepadamu. ''
Doa Humaira dalam hati. 

Berpasakkan zikrullah '' Hasbee Rabbi Jallallah, MafiiQalbi Ghairullah '' langkah demi langkah dia hayunkan moga berhenti di suatu persimpangan yang membawa diri dekat kepada Tuhan.


Semoga cinta bersatu dalam doa kepada-Nya.

Lalu dia redha dengan takdir-Nya. Allah Maha Mengetahui segala-galanya.
Dia menarik nafas dalam.
'' Ku tinggalkan dia kerana DIA .. ''
Hatinya berbisik, tiada keraguan.








Hijrah. Kuatkah?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Adik2 yang kaka sayangi :)

Apa khabar iman di hati?
Masihkah ianya penuh dengan Cinta Ilahi?
Ataupun sebaliknya yang terjadi?
Jika ya, ayuh adik2 yang kakak kasihi,
Sama-sama kita sucikan hati,
Dengan berzikir pada Ilahi :)


Hah!(^_^) See, again dah berjiwang dan merapu .. (^_^)

Adik2, nampak tak tajuk entry kita? HIJRAH. Apa makna hijrah ye? Hijrah bermaksud perpindahan atau perubahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Sekarang nih, kita cerita konteks hijrah berkenaan diri.
Seorang sahabat datang mengadu. Masih terngiang-ngiang bicaranya.


''Kak, saya nak berhijrah. Saya nak berubah. Tapi, semua orang menilai dan menghukum saya. Lagipun, bukan senang nak lakukan semua tuh. Hati mahu, tapi diri belum bertindak..''

Tersenyum diri ini tatkala seorang adik yang saya sangat kasihi membuka bicara di hati.
Ya, saya akui. Bukan mudah untuk berhijrah. Apalagi jika masa lalu kita tidak seindah yang disangka. Namun, semua itu pasti ada hikmahnya. Segala-galanya adalah rencana-Nya. Siapa yang mampu melawan kehendak-Nya? Justeru, bersyukurlah. Niat di hati itu tandanya kasih Ilahi masih lagi bersemi di jiwa. 


Sahabat, benar bicaramu. Tiada apa yang senang dalam dunia ini. Tapi, yakin satu hal sahabat. Tiada apa juga yang mustahil bagi Ilahi. ''KunFaYakun'' . Bilamana Tuhan menginginkan sesuatu itu terjadi, maka terjadilah. Sahabat, usah bersedih tatkala seluruh dunia membencimu. Yakinlah, masih ada kasih Ilahi menyapa dirimu. DIA tidak akan pernah meninggalkan dirimu. Sahabat, perubahan ini memerlukan pengorbanan. Ya. Pengorbanan yang mungkin akan menyakiti dirimu sendiri. Tapi, yakinlah. Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Biarlah kita kehilangan sesuatu kerana Allah, jangan kita kehilangan Allah kerana sesuatu.

Niat di hati sudah ada, namun tiada tindakan yang mengiringinya. Tanyalah pada diri, 
'' Adakah aku benar-benar bersedia ? ''
Ikhlaskan hati. Sahabat, hiraukan kata-kata dusta mereka. Percaya dan yakin kepada-Nya. Bilamana kita melakukan sesuatu LillahiTa'ala, InshaAllah Allah akan permudahkan segala-galanya. Dunia ini memang penuh dengan pancaroba. Bertabahlah. Itulah namanya kehidupan. Tinggalkanlah masa lalumu. Mulakanlah hidup yang baru. Tidak mengapa jika mereka membenci dan mencacimu. Bukan kepada mereka dirimu bergantung harap, tapi kepada Allah. Maka, abaikanlah bisikan-bisikan yang melemahkan dirimu. Ayuh! Bangkitlah sahabat. Jangan takut menghadapi dugaan. Imam Ahmad bin Hanbal sendiri seorang insan yang kuat. Jadikanlah dirinya sebagai contoh. Dia tidak pernah menghiraukan celaan mahupun kebencian insan terhadapnya. Mengapa? Kerana Allah itu sentiasa hidup dalam hatinya. Tiada apa yang perlu ditakutkan. Tiada apa yang perlu digentarkan. Jadikan Mushaf AlQuran sebagai panduanmu. Kuatkan hati, kuatkan iman. Sujud dan berdoalah kepada-Nya. Usah ragu lagi sahabat. Jika rasa lemah, ingatlah bahawa Allah itu sentiasa ada. Berpeganglah pada talinya. 


Sahabat, diri ini tidak punya apa-apa untuk diberikan. Malah, tatkala dirimu mampir meminta panduan, hati ini resah tidak keruan. Bukan kerana tidak mahu menghulurkan pertolongan, tetapi diri ini masih lagi kehijauan dalam medan perjuangan. Namun, demi ukhuwah yang kita jalinkan, peganglah tanganku sahabat. Semoga genggaman ini membawa kita ke jalan Tuhan.

Teruskan perjuangan :)


Sabtu, 22 September 2012

Mari! Aku khabarkan tentang Cinta!

Bismillahiraahmanirrahim.
Dengan Nama-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.


Alhamdulillah, jari-jemari kian rancak menari. Ilham Allah mula merasuk ke dalam diri. Semoga diri ini akan terus mengenal Cinta Hakiki, AllahuRabbi :)


Masih segar dalam ingatan tatkala seorang sahabat merangkul erat tubuhku dan menangis teresak-esak. Sungguh, belum pernah aku melihat dirinya selemah itu. Dia seorang serikandi yang kuat! Seorang sahabat yang selalu berusaha membahagiakan sahabat-sahabatnya yang lain dengan tutur bicaranya. Melihat dirinya sebegitu lemah, aku membalas erat rangkulannya. Menyalurkan sedikit kekuatan yang aku miliki. Berharap agar dia dapat merasai bahawa dia tidak keseorangan. Diri ini masih setia di sisinya saat dia memerlukan. Aku melepaskan rangkulanku. Mengesat air jernih yang mengalir di tubir matanya. 


'' Limaza ya ukhty? '' aku meraih jari-jemarinya yang runcing. Menggenggam erat tangannya. Menyalurkan kekuatan. Dia membalas genggamanku. Erat. Seperti tidak mahu dilepaskan. Mata bertemu mata. Hati kami mula berbicara. Aku tahu, ada sesuatu yang tidak kena pada sahabatku. Aku tersenyum. Berharap agar senyuman ikhlasku ini bisa memberinya ketenangan. Ameen. Dia turut tersenyum tapi sebagai seorang sahabat, aku tahu hatinya masih lagi menangis. Untuk kesekian kalinya aku bertanya.

'' Limaza ya ukhty? Qollalya' .. '' 
Aku berusaha untuk memujuknya. Sekali lagi dia merangkul erat tubuhku. Ya Allah, mengapa dengan sahabatku?


''Ain, dia dah kahwin. Dia dah kahwin. '' 

rintih dirinya memberitahu. Aku tersentap! Kahwin? Usia muda begitu? 18 tahun? Allah! Aku tahu persis bagaimana peritnya dan hancurnya perasaan sahabatku tika itu. Matanya kembali berair. Aku merangkul erat tubuhnya. Tersengguk-sengguk dirinya menahan sendu. Mujur tika itu kami bersendirian di kelas. Sahabat-sahabat lain tidak ada. 
'' Hati saya sakit Ain. Saya tak kuat Ain. Tolonglah saya Ain. Saya tak kuat, ''. 
Diri ini hanya mampu menahan sebak. Aku kasihkan dia. Manakan tidak, dia sahabatku. Sahabat yang aku sayang sampai syurga!
 '' Sabar ukhty. Ain paham. Kuatkan hati. Kuatkan diri. Mana Nurain yang selama ini Ain kenal? Nurain, kuat! Jangan disebabkan cinta Nurain lemah macam nih. Ain ada. Allah ada. ''
 kali ini benteng tubir mataku pecah! Aku tidak sanggup melihat sahabatku menangis dan lemah begitu. Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan. Peliharalah hati-hati kami daripada kekecewaan. Esakannya semakin kuat. Sebagai sahabat, aku marah pada diri sendiri. Tidak dapat menenangkan hatinya walaupun sedikit. Lalu, ku raih dirinya. Memeluk erat dirinya.

'' Nurain, hati kita milik Allah. Diri kita milik Allah. Seluruh alam ini milik Allah. Tiada satu pun milik kita. Bertabahlah ukhty. Itu jodohnya. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Semuanya sudah tercatat di Luh Mahfuz. Akhi bukan milik Nurain. Dia milik orang lain. Sabarlah.''
 kalimah demi kalimah ku bisikkan ke telinganya. Berharap dia sedar tentang hakikat itu. Makin erat rangkulannya di tubuhku. 
'' Nurain, mengucap. Mengucap. Ingat Allah. Jangan camni,'' 
alunan demi alunan zikir ku bisikkan ke telinganya. Detik demi detik berlalu, dia mula tenang. Sendu masih lagi kedengaran. Aku melepaskan rangkulan. Mengesat air mata yang sudah mula kering di pipinya.


Ya! Nurain. Nama yang indah seindah rupa dan juga hatinya. Nama yang ditakdirkan Tuhan sama denganku.   '' Kenapa mesti saya yang dapat ujian nih Ain? Kenapa saya? '' 

esakannya masih lagi kedengaran. Aku menarik nafas. Dalam sekali. Cuba mencari dan menyusun kata-kata. Aku renung ke dalam anak matanya. Sinar kasih terpancar di situ. Seketika, aku melemparkan pandanganku ke luar jendela. Mencari kekuatan dan kata-kata yang terbaik untuk sahabatku.
'' Ukhty, bukankah Allah sendiri sudah mengatakan bahawa Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kesanggupan dan kekuatannya? Nurain. Ain tahu ukhty seorang yang kuat. Ukhty seorang yang kuat. Ujian yang hebat untuk orang-orang yang hebat. Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu ukhty seorang yang kuat. Berdoalah pada-Nya. Allah merindui rintihan ukhty. '' 
Sungguh. Aku bukanlah seorang pakar dalam hal-hal sebegini. Aku tidak mampu dan tidak layak untuk memberi nasihat. Masih banyak yang perlu aku pelajari. Tapi, atas dasar nama seorang sahabat, mana mungkin aku membiarkan sahabatku terus hanyut dengan dunianya. 


Ya. Aku tahu. Remuk hati apabila mengetahui orang yang kita sayang, kita cinta walaupun dalam diam akan berkahwin tak lama lagi. Sungguh! Aku rasa, pasti aku akan menjadi gila! Mungkin! Sebab itulah Allah memberikan ujian ini kepada Nurain bukan kepada Nur Ain. Sebabnya Allah Maha Mengetahui Nurain akan lebih tabah menghadapi ujian sesukar ini berbanding Nur Ain. Hebat bukan rencana Allah? 

Dialah pemilik hati ini. Dialah yang memiliki segala-galanya. Dialah yang Maha Megetahui. Tidak ada satu pun yang dapat menghalangi-Nya. Tidak ada satu pun yang dapat menandingi-Nya. Semua yang ada di dunia ini, mahupun di langit atau di bumi semuanya adalah milik-Nya. 


Dia menangis lagi. Sekali lagi aku memujuk. Tiada istilah bosan dalam bersahabat. 

'' Sabar ukhty. Ukhty kuat. Ain tahu uhty kuat! Dugaan hebat untuk insan yang hebat! La Tahzan Ya Ukhty! Innalahha Ma'ana! Jangan berhenti berdoa, jangan berhenti mengharapkan cinta-Nya. Lepaskanlah dirinya pergi. Dia bukan milik ukhty. Perkenalan ukhty dengannya hanyalah satu persinggahan dan takdir yang Allah kurniakan agar ukhty menjadi insan yang lebih kuat dan hebat. Redhalah dengan takdir-Nya. Allah itu Maha Mendengar. Sujudlah. InshaAllah, Nurain akan jadi lebih tenang. Jika perlu menangis, maka menangislah. Tapi jangan terlalu lama. Pintu kebahagiaan sedang menunggu di hujung sana.''
Bait demi bait ku tuturkan kalimah-kalimah itu. Dia membisu. Masih menahan sendu. Aku tahu bukan mudah menerima ujian itu. Bukan mudah untuk terus redha dengan apa yang berlaku. Hati masih lagi pilu, membuahkan sendu. Namun, sebagai sahabat, tidak sesekali aku menyerah. Sahabatku perlu dibantu! Ya Allah, ku harap Kau kurniakan kekuatan padanya. 


'' Alangkah indahnya kalau kami xpernah kenal Ain. Saya tak kuat,'' 

dia masih lagi dengan fikirannya. 
'' Ukhty, tidak baik menyesali apa yang berlaku. Tuhan sudah janjikan. Dia sendiri sudah berkata-kata dalam mushaf-Nya, DIA TIDAK AKAN PERNAH MUNGKIR JANJI! Sudahlah, jangan ditangisi lagi apa yang bukan milikmu. Satu hari, bila ukhty sedar, ukhty pasti bersyukur di beri ujian sebegini. Masih banyak yang perlu kita pelajari dalam dunia ini Nurain. Terlalu banyak sehinggakan kita sendiri tidak perasan akan hal itu. Ikhlaskan hati. Berdoalah. Allah itu sentiasa ada. Dia tahu segala-galanya. Jadi, usah bersedih lagi. Kekuatan seorang mukmin adalah dengan berdoa kepada-Nya. Sahabat, alihkan pandanganmu kelaut, lihatlah airnya membiru penuh ketenangan. Tetapi, hanya Allah Yang Maha Mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang , ketawa tetapi hanya Allah Yang Maha Mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Jika rasa sedih, alihkanlah pandanganmu ke langit, sedarlah dan ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama-Mu. Hasbee Rabbi Jallallah, Maafiqalbi Ghairullah. Dia sentiasa hidup dalam hati-Mu.''
Entah dari mana kekuatan untuk berbicara itu mampir. Sungguh, aku bukanlah sasterawati yang mampu menukilkan picisan-picisan kalimah yang berbunga. Ilham itu datangnya dari Allah. Lalu ku persembahkan dalam bentuk bicaraku padanya. Dia menatap wajahku. Aku tersenyum. Menggenggam jari-jemarinya.
'' Allah ada. '' 
kini aku yakin dengan bicaraku. Dia tertunduk. 
'' Allah ada.'' 
ku dengar kalimah itu diulang beberapa kali. Ya Allah, kasihanilah sahabatku. Akhirnya, empangan airmataku pecah. 


'' Sahabat, selagi nyawa masih dikandung badan, selagi itulah diri ini akan tetap mejadi sahabatmu dunia akhirat. Demi Allah, diri ini takkan pernah sesekali meninggalkanmu. InshaAllah. '' aku merangkul dirinya. Kasihku terhadapnya tertumpah di situ. Sedetik, kami melepaskan rangkulan. Sama-sama berbalas senyuman. 



'' Terima kasih Ya Hurin Ain, '' 

kata-katanya menampar gegendang telingaku. 
'' Allah. Jangan bercanda ya ukhty! Tidak layak diri ini bergelar Hurin Ain. Hurin Ain tuh bidadari syurga. Saya insan biasa. '' 
malu dipanggil sebegitu. Ustaz dan ustazah selalu saja memanggilku sedemikian. Aku malu. Diri ini kerdil. Tidak layak digelar begitu.


'' Sahabat ana wanita solehah, perhiasan duniawi. Dia mawar berduri. Dialah serikandi, bidadari duniawi,'' kini dia boleh tersenyum. Aku turut tersenyum. Indah kata-katanya. Memang kami selalu begini. Berjiwang bersama-sama.



''InshaAllah, begitu juga sahabat ana yang bernama Nurain! Nur Ain akan selalu membawa Nurain bersama-samanya. InshaAllah. '' 

kami tersenyum. 
'' Ain, syukran jazilan ya ukhty. Uhibbukifillah. Jiddan. ''
'' Naam ya ukhty. Uhibbukifillah. ''
Senyuman berbalas senyuman. Hati-hati kami kini kukuh bertaut pada-Nya.




Alhamdulillah. Akhi itu sudah pun berkahwin. 3 tahun rasanya. Semoga dia berbahagia bersama zaujahnya. Ameen. Nurain juga semakin tabah. Kini, kami terpisah. Dia masih di SMKATJ dan aku berpindah ke SMKM. Namun, segala memori indah yang kami cipta tidak pernah luput dalam ingatan. Semoga dirinya lebih kuat menghadapi dugaan. Semoga dirinya sentiasa menjadi pilihan Tuhan. Semoga dia dekat dalam jagaan, jauh dari pandangan. 

Kini, aku mengerti. Tiada yang lebih indah apabila semuanya bergantung kepada Tuhan.
Tiada kekecewaan mahupun kesakitan. Semuanya indah. Hatiku kini dipateri kukuh oleh-Nya. Hatiku kini disentuh oleh-Nya. Ya Rabb, jagalah hati ini. Inilah Cinta yang aku cari. 
Cinta Ilahi.




Khamis, 20 September 2012

Aku Redha Dengan Segala Takdir-Mu


Ikut kata hati mati, ikut kata rasa binasa".

Seringkali kita mendengar peribahasa ini dan menjadi sesuatu kebiasaan bagi kita yang bergelar manusia. Hidup umpama roda, kadangkala kita diatas dan adakalanya kita dibawah. Sudah menjadi intipati dalam menghadapi pelbagai ujian dan dugaan hidup. Namun, setiap manusia sentiasa diuji dengan pelbagai cara dan situasi.

Sebagai hamba Allah yang hidup di dunia ini, kita harus pasrah dan redha dengan ketentuan Illahi. Sesungguhnya, terdapat segala hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku. Namun, tanpa kekuatan yang diberikan olehNya, kita mungkin tidak dapat mengharunginya dengan mudah. Semuanya sudah diatur oleh Allah SWT untuk melihat sejauhmana keimanan kita terhadapNya.
Kekuatan terletak pada hati.
"Kekuatan manusia itu pada hatinya, hati manusia itu milik Tuhannya. Ada Tuhan dihatinya, maka segala kekuatan itu ada pada kita".
Ya, sesungguhnya apa yang ada pada kita semuanya milik Allah, betapa hebatnya Allah menciptakan hati sehinggakan kita dapat memahami perasaan orang lain. Oleh sebab itu, kita perlu menjaga lidah dalam berbicara supaya tiada yang terasa hati dengan kata-kata yang diucapkan. Sudah menjadi adat kita yang mengutamakan sikap berbudi bahasa antara satu sama lain.
Hati yang bersih akan sentiasa menuturkan kata-kata yang baik, manis serta cantik susunan bahasa. Manusia yang hatinya kotor, dirinya sentiasa dikuasai syaitan. Syaitan lebih suka mendekati manusia-manusia yang hatinya penuh dengan sifat mazmumah. Oleh kerana itu, tidak ada ketenteraman hidup yang ada pada dirinya.
Kata hati atau bisikan syaitan?.
Saya akui kita sentiasa menurut kata hati kerana kita tahu ia adalah benar. Tetapi kesahihan dalam menurut kata hati itu perlu melihat kepada konteks yang bersesuaian dengan situasi. Bukannya "membabi buta" seperti yang dilakukan oleh sebahagian manusia sekarang yang hanya memenuhi kehendak hawa nafsu.
Seperti kita melihat didada akhbar, sepasang kekasih tidak mendapat restu dari kedua orang tua untuk berkahwin, mereka mengambil keputusan untuk bertindak diluar kawalan dengan membunuh diri. Jadi, dimanakah nilai kemanusiaan yang ada pada diri ketika itu, adakah ini dikatakan menurut kata hati atau terpedaya dengan bisikan syaitan sehingga mempengaruhi hati dan perbuatan kita untuk bertindak sedemikian rupa.
Dimanakah nilai spiritual kita ketika itu? Mungkin ketika itu, kita rasakan kalau mati sekalipun ia sudah mencapai segala yang dihajati sehingga syurga dan neraka diletak ke tepi. Lihat, betapa hebatnya, pengaruh syaitan sehingga hati kita mati dan kehidupan kita binasa. Keimanan dan ketaqwaan yang kita pelihara sejak kita mengenali Allah SWT, semuanya hancur dek kerana cinta yang tidak kesampaian.
Kebergantungan pada Allah SWT.
Sekiranya keadaan sedemikian berlaku pada diri kita maka kita berbalik kepada Allah SWT. Ketika itu apabila kita ingat kepadaNya, secara automatik segala kejahatan yang hendak kita lakukan akan hilang begitu saja. Serahkan segala urusan kita kepada Allah SWT, sesungguhnya kita hanya merancang dan yang menentukan hanyalah Allah SWT.
Ketika berhadapan dengan situasi sebegini fikiran kita mula membuat anggapan yang Allah tidak sayangkan kita. Tidak, sebenarnya Allah sayangkan kita dan oleh kerana itulah kita diberikan ujian. Besar atau kecil ujian tersebut, bergantung kepada kemampuan hamba-hambanya. Jadi, apabila berada di jalan yang salah Allah akan perbetulkan dengan membimbing hamba-hambanya kembali ke pangkal jalan.
Kita tidak akan keseorangan kerana Allah sentiasa bersama kita. Biarlah kita rasa kecewa sedikit dengan dunia yang sementara ini, kerana diakhirat nanti nikmat kehidupan disana adalah kekal. Tiada sesiapun yang boleh menghalang kebahagiaan kita kecuali Allah SWT.
Hati kata redha.
Berdasarkan pengalaman hidup, saya banyak menghadapi situasi-situasi yang kadang-kadang rasa ketidakadilan pada diri saya. Saya juga pernah berhadapan dengan keadaan yang menyedihkan, saat-saat yang mencemaskan tetapi apabila saya mengajar hati saya berkata "Ya Allah, aku redha dengan segala takdirku", dan ketika itu segala rasa yang mencengkam didada hilang seperti air yang mengalir tenang.
Ketika itu tiada raungan dan esakan, hanya linangan air mata mengalir "redha" tanda kita serahkan segalanya kepada Allah SWT. Secara langsung kita tahu Allah menyayangi dan mengawal hati kita dari melakukan perkara-perkara yang mungkar.
Oleh itu, jagalah hati, kerana siapa kita adalah bergantung bagaimana kita mendidik hati untuk menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT.
"Tiada Allah dalam hati, kehidupan kita tiada makna".

Biodata Penulis

Aina Hafiza Hamzah merupakan pelajar jurusan komunikasi di Universiti Utara Malaysia (Pengajian Luar Kampus). Meminati bidang penulsian kerana dengannya dapat meluahkan rasa empati dalam diri serta menginterpretasikan dalam kehidupan seharian seterusnya dapat dikongsikan bersama dengan para pembaca.