Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Ahad, 31 Mac 2013

Makan Hati. Jaga Hati.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, saya masih bernafas untuk meneruskan perjuangan sebagai hamba-NYA sekaligus khalifah-NYA di bumi Allah ini walaupun hati dan jiwa masih rapuh:') Allahu. Cuba tersenyum. Cuba untuk kuat dan bangkit biar beribu kali bahkan berjuta kali rebah dan sakit. Cuba untuk tabah meskipun luka di hati masih berdarah. Ya Rabb, sesungguhnya hanya kepada-Mu aku bergantung harap dan meminta kekuatan. 
HATI-HATI dengan HATI. Berulang kali diberi peringatan. Tapi? Tapi, semua itu juga tidak mampu menghalang. Bukan mahu menidakkan FITRAH. Cuma, cukuplah. Cukup sampai di sini. Sudahlah. Berhenti daripada berharap pada sesuatu yang tidak pasti. Sakitnya Ya Allah. Perit! Susah kan untuk menjaga hati? Apa lagi untuk menjaga ikhtilat antara ajnabi. Hmmm, saya akui. Kadang-kadang saya tergelincir. Cepat lupa. Bila tersedar, Allahu, Astaghfirullah :'( Saya sangat menyesalinya! Sangat! Sedih bila dibuai perasaan sendiri. Lagho. Kadang-kadang saya membenci apa yang telah saya lakukan. Jujur, semua itu tidak mudah. Ya, tidak mudah kerana itulah mujahadah. Syurga itu indah bukan? Mardhotillah-NYA mahal bukan?
Untuk itu saya perlu kuat! PERLU! Tidak boleh menyerah kalah dan mengaku kalah. TIDAK! Hati itu sentiasa perlu dijaga dan dipelihara. Sentiasa perlu dibaja dengan cinta, ketaqwaan dan keimanan hanya pada-NYA. Cinta dan harapan itu seharusnya disandarkan pada DIA Yang Maha Kuasa bukan manusia yang tidak punya apa-apa. Hampir tersedak diri ketika menyedari akan hakikat bahawa saya sudah terlalu jauh dari redha-NYA. Allah. Allah. Allah :'(
Ampunilah hamba-Mu yang terleka dan alpa ini Ya Rabb.
Alhamdulillah. Makin hari, makin saya sedar. Ini hanya ujian. Tatkala diri masih mencari sinar hidayah dan cinta-NYA, DIA sengaja menguji ketulusan iman. Alhamdulillah. Hati sudah mampu untuk redha dan menerima takdir-NYA secara perlahan-lahan. Silap diri sendiri juga kerana salah membuat perhitungan.
Sahabat fillah. Saya akui, susah untuk menjaga hati. Apa lagi ikhtilat. Kita perlu kuat. Tidak mengapa. Kekuatan itu perlu dicari dan dipohon dari-NYA. Jangan risau.
''La yukallifullahu nafsan illa wus'aha.''
Allah tidak akan menguji hamba-NYA melebihi kesanggupannya. Memang, cinta dan perasaan itu fitrah. Tapi, jangan biarkan yang fitrah itu bertukar jadi fitnah. Pergaulan harus sentiasa dijaga. Allahu :'(
Sungguh, saya sangat takut untuk menulis entry ini kerana kadang-kadang saya terleka juga. Ayuhlah, sama-sama perbaiki diri dan menegur. Terutamanya akhowat. Sudah tentu kita tidak mahu dipandang serong dan dicop ''murahan'' bukan? Allah. Allah. Nauzubillah! Saya akui saya lemah. Sebab itu, saya perlukan DIA. Cukuplah DIA, Allah, sebaik-baik penolong dan pelindung. Bila difikirkan balik, hanya mampu tersenyum sendiri. Allah, betapa manusia lemah tanpa-Mu Ya Allah. Betapa manusia tidak dapat hidup tanpa cinta dan rahmat-Mu. Dijentik dengan ujian kecil sahaja sudah jatuh tersungkur. Bagaimana untuk aku dan mereka menghadapi musuh-musuh-Mu diluar sana? Lemah! Bangkit! Bangkit! Islam membutuhkan umat yang kuat! Bukan cengeng! Bukan lemah! Yang tidak gentar! Yang tidak kecundang dengan perasaan dan jerat syaitan! TIDAK! Andai hati itu sakit dek cinta atau kasih manusia, sabar:')
Allah itu kan ada? DIA tidak akan pernah mengecewakan hamba-hamba-NYA. Sudahlah. Jangan sedih. Kembali pada-NYA. Buka hati untuk terima cinta DIA okay? :')

Semoga kalian kuat. Jaga hati. Jaga iman.
Jangan biarkan nyamuk-nyamuk ikhtilat menggigit perasaan dan hati kita.
Hati kita cuma ada satu. Serahkan pada-NYA. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.
Teruskan berdoa!


Sabtu, 9 Mac 2013

Aku Cinta Allah.

Mungkin pada zahirnya dia kelihatan tiada berperasaan.  Aku tahu, jauh di sudut hati, ada sesuatu yang kau sembunyikan. Kau sembunyikan rasa kasih dan cintamu pada Ilahi kerana kau fikir kau tidak layak untuk cinta-NYA bukan? 
Kamu:)
Ya. Kamu yang sedang membaca dan meneliti bait-bait tinta ini.
Apa khabar imanmu?
Sudahkah nafsumu membisu?
Atau ia masih terus berlagu?
Apa khabar hati dan jiwamu?
Apakah ia masih sakit dan berduka lara?
Akhowat. Pejamkan matamu. Rasakan kehadiran cinta Ilahi, cinta Nabi dan kasihku serta rinduku terhadap dirimu.
Ikhwan. Pejamkan matamu. Rasakan cinta Ilahi dan kasih Nabi yang tulus buat dirimu.
Sudahlah.
La tahzan:)
Usah menangis lagi. Ingat. Jangan ditangisi apa yang bukan milikmu.
Allah itu selalu ada. Bahkan DIA terlalu dekat denganmu. Terlalu.
Pejamkan mata. Tarik dan hembus nafasmu. Berzikir di setiap helaan nafasmu.
DIA ada di setiap helaan nafasmu. DIA selalu membisikkan rasa cinta dan rindu padamu.
Mengapa perlu kau dustakan cinta-NYA?
Mengapa perlu kau butakan matamu daripada melihat kasih-NYA?
Buka mata. Buka hati:)
Sambutlah cinta Allah:')

Ahad, 3 Mac 2013

Layarkan Aku Ke Arah Cinta-Mu.

Kadang-kadang, apa yang terzahir di mata tidak seperti yang kita sangka. Jatuh bangun seseorang tiada siapa yang dapat menyangka mahupun meneka. Kita mungkin mampu berkata-kata atau pun mampu mengata tapi yang merasa? Hanya dia. Dia dan Illahnya tahu segala-galanya. Tiada yang tahu apa yang terbuku dan tersimpan di sanubarinya. Segala-galanya tersisip dan tersimpan kemas dalam hatinya. Kadangkala, rahsia hati itu tetap perlu disimpan dan tidak perlu diluahkan. Biarlah ia terus menjadi rahsia antara dia dan Illahnya. Kadang-kadang, luka di hati mahupun atmanya begitu susah untuk dirawat. Zahirnya, mungkin dia mampu tersenyum dan mampu menyenangkan orang lain. Lahirnya? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Tangisan dia, hanya dia dan Tuhannya yang tahu. Dia akui, dia lemah. Sujudnya ke tikar sejadah memohon maghfirah Illah. Masihkah ada ruang untuk si pendosa tanpa noktah sepertinya? Ada masa dia kecundang jua. Hampir sahaja dia berputus asa. HAMPIR. Dia tidak tahu harus bagaimana lagi. Dia tidak tahu ke mana lagi dia harus labuhkan nakhodanya. Nakhodanya sudah rosak. Tinggal masa untuk karam. Masihkah ada peluang untuk dia sampai ke pelabuhan cinta Tuhan? 
Oh Tuhan. Layarkanlah aku ke arah cinta-Mu.
Di bawah rimbunan ku berteduh mencari ketenangan dan keredhaan.
Biar Engkau yang menjadi saksi, tulus tangis hamba-Mu itu kala dinihari.
Kesempatan yang Engkau berikan, semoga sempat untukku mencari bekalan untuk perjalanan panjang.
Akhirat pasti.