Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Jumaat, 16 Ogos 2013

Puisi Cinta Untuk 'Rabi'ah.'


Medan Rabi'ah itu kembali berdarah. 
Kembali mengulang sejarah mencatat luka ummah.
Jiwa terkorban, darah ditumpahkan.
Saat umat Islam bergembira meraikan Syawal tanda kemenangan,
Bumi Anbiya' luka di medan peperangan.
Sungai Nil seakan bergolak hebat berteriak mahu membantu perjuangan sebenar-benar Islam.
Debu-debu sahrawi mengepuk menjerit kecil memberi semangat untuk sang juang.
Sunni lawan Sunni!
Argh! As-Sissi!
Kau ibarat syaitan bertopengkan manusia!
Hatimu mati melihat DIA!
Darah Sunni haram ditumpahkan!
Mungkin saja aku tidak mengerti untuk apa peperangan itu dicetuskan.
Tapi aku masih mampu mengerti dan melihat pemimpin mana yang harus aku cintakan!
Bertahanlah Mesir.
Bertahanlah demi Tuhanmu.
Kau diuji dengan peperangan.
Aku diuji dengan noda kemaksiatan.
Kau menempah syurga.
Sedang aku? Hanya Allah Yang Tahu.
Perjuanganmu di medan peperangan senjata.
Menuntut hak, menegakkan yang benar.
Perjuanganku di medan peperangan ilmu.
Membantu ummah, menegakkan risalah dari langit; ISLAM.
Di mana pun kita, perjuangan kita adalah sama.
Tujuan kita adalah sama.
ISLAM itu perjuangan.
MARDHATILLAH itu tujuan.
Ayyuha syabab!
Hayya bil jihad!
Wahai anak muda!
Usah hanya pandai berbicara!
Usah juga berdusta!
Ayuh!
Bangkitlah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan!
Tembaklah doa yang padu, tidak putus-putus!
Allah tidak kejam!
Kemenangan itu milik-NYA!
Maka, pinta lah usah sombong!
Bangkitlah!
Ambil cakna tentang saudaramu!
Bangkitlah!
Kerana engkau khalifatullah!
Bangkitlah!
Kerana engkau pemuda Islam!
Bangkitlah! Bangkitlah! Bangkitlah!
Usah gentar! 
Kau dilahirkan untuk Islam.
Maka untuk Islam jugalah kau dimatikan.
Kita sama.
Datang dari DIA.
Kepada-NYA juga kita kembali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan