Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Ahad, 3 Mac 2013

Layarkan Aku Ke Arah Cinta-Mu.

Kadang-kadang, apa yang terzahir di mata tidak seperti yang kita sangka. Jatuh bangun seseorang tiada siapa yang dapat menyangka mahupun meneka. Kita mungkin mampu berkata-kata atau pun mampu mengata tapi yang merasa? Hanya dia. Dia dan Illahnya tahu segala-galanya. Tiada yang tahu apa yang terbuku dan tersimpan di sanubarinya. Segala-galanya tersisip dan tersimpan kemas dalam hatinya. Kadangkala, rahsia hati itu tetap perlu disimpan dan tidak perlu diluahkan. Biarlah ia terus menjadi rahsia antara dia dan Illahnya. Kadang-kadang, luka di hati mahupun atmanya begitu susah untuk dirawat. Zahirnya, mungkin dia mampu tersenyum dan mampu menyenangkan orang lain. Lahirnya? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Tangisan dia, hanya dia dan Tuhannya yang tahu. Dia akui, dia lemah. Sujudnya ke tikar sejadah memohon maghfirah Illah. Masihkah ada ruang untuk si pendosa tanpa noktah sepertinya? Ada masa dia kecundang jua. Hampir sahaja dia berputus asa. HAMPIR. Dia tidak tahu harus bagaimana lagi. Dia tidak tahu ke mana lagi dia harus labuhkan nakhodanya. Nakhodanya sudah rosak. Tinggal masa untuk karam. Masihkah ada peluang untuk dia sampai ke pelabuhan cinta Tuhan? 
Oh Tuhan. Layarkanlah aku ke arah cinta-Mu.
Di bawah rimbunan ku berteduh mencari ketenangan dan keredhaan.
Biar Engkau yang menjadi saksi, tulus tangis hamba-Mu itu kala dinihari.
Kesempatan yang Engkau berikan, semoga sempat untukku mencari bekalan untuk perjalanan panjang.
Akhirat pasti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan