Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Ahad, 21 April 2013

Aku Tahu Engkau Mencintaiku!

Bismillah:')
Dengan nama Allah. Aku cuba untuk kuat. Kuat untuk menulis entry ini meskipun jari-jemariku menggeletar. Sakit yang Allah kurniakan tanda DIA mencintai diriku. Allah. Allah. Alhamdulillah. Segala Puji Bagi-Mu Ya Allah untuk nikmat sihatku. Aku tahu sakitnya diriku ini tidak ada apa-apanya jika ingin dibandingkan dengan sakitnya kena bom. Pujuk hati untuk terus bersabar menerima teguran Allah dengan ingat pada saudaraku di Gaza. Sakit lagi ditembak dan dibom berbanding "sakit"nya diriku saat ini. Ya Rabb, terima kasih. Sekurang-kurangnya aku masih mampu ingat pada-Mu dan saudaraku. Kesakitan ini tidak akan mematahkan semangat aku untuk terus bangkit berjuang demi Islam. Selagi nyawaku masih ada, selagi itu aku akan berusaha. Sakit tidak menghalang aku untuk terus asa. Biar mati demi-NYA. Ummi Sumaiyyah:')
Wanita pertama yang mati jihad fisabilillah. Penguat semangatku tika aku rebah. Biar rebah. Biar berdarah. Biar luka. Biar parah! Semangatku tetap hidup. Aku milik Allah. Selagi mampu, selagi itu aku pertahankan. Kalau terus manjakan diri melayan rasa sakit, sampai bila-bila pun aku tidak akan bangkit! Aku tidak mahu jadi cengeng! Aku tidak mahu dikatakan lemah! Aku serikandi Muhammad! Tidak akan pernah menyerah! TIDAK AKAN PERNAH! Terima kasih buat allahyarhamah Kak Siti Hajar bt Ahmad Sabir. Kesabaran allahyarhamah dalam menghadapi ujian Allah menguatkan semangat dan diri ini. Aku pewaris Nabi, penyambung risalah dari langit. Kamu juga! Kita hamba-NYA! Juga khalifah di bumi! Allah tidak menciptakan aku dan kamu secara sia-sia! Kamu mahu terus lemah? Silakan.
Aku pilih untuk BANGKIT. Aku tidak suka "KALAH." Apa lagi digelar PENGECUT. Tidak akan pernah wujud kalimah "KALAH" dalam kamus hidupku untuk-NYA. Aku hanya kenal erti "SERAH."
MENYERAH DIRI HANYA PADA-NYA. HANYA DIA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan