Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Isnin, 1 April 2013

Tarbiyyah Cinta Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Terasa lega sikit lepas dah deactive acc fb ngan twitter.
Ya Allah. Aku dah makin jauh dari-NYA.
Biarlah. Biar. Rela meninggalkan semua itu. Biar sakit rasa di hati, asalkan cinta-NYA mampu ku miliki. Cukuplah. Aku hanyalah hamba-NYA. Aku hanya perlukan DIA. 
Tuhan, layarkan aku ke arah cinta-Mu. Jangan lalaikan aku dengan cinta duniawi. Sungguh, aku tidak sanggup hidup jauh dari rahmat-Mu. Aku tidak sanggup hidup dalam murka-Mu Ya Allah. Bimbinglah aku. Berkali-kali memujuk diri.
''Kekuatan itu perlu dicari. Harapan itu seharusnya disandarkan pada-NYA.''
Tapi, Allahurabbi. Degil sungguh hati ini. Tidak mahu terus terbuai dalam wahan. Mahu bangkit dan terus berjuang. Kelemahan mengajar aku erti kekuatan. Kelemahan mengajar aku erti penghambaan.
Lemah. Ternyata aku tidak mampu hidup tanpa-NYA. Tidak mampu bernafas tanpa cinta-NYA.
Diri sendiri yang menjerat hati ke lembah hina. Jadi, diri sendiri jugak perlu bangkit dan mencari jalan keluarnya. Biar sakit. Biar pedih. Biar luka. Biar berdarah. Biar tenat sekalipun, cinta-NYA takkan pernah menyepi. Takkan. Aku sendiri yang menjauhkan diriku dari-NYA. Jadi, aku sendiri yang perlu bangkit mencari cinta-NYA. Ku tahu cinta-NYA menunggu. Ku tahu DIA sedia menerimaku tanpa syarat walaupun aku sudah jauh lari dari-NYA.
Ya Rabb.
Begitu tulus cinta-Mu terhadap hamba-hamba-Mu.
Bila aku jauh, Engkau mengujiku tanda Engkau terlalu mencintaiku.
Memang, jujur ku akui, terasa bahang cinta-NYA. 
Jika ini tarbiyyah untuk diriku, aku redha.
DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-NYA.
Hanya mampu memohon keampunan-NYA.
Cukuplah DIA meredhai aku sebagai hamba-NYA.
Cukuplah dengan cinta-NYA.
Cukup.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum,
    Nama saya Husna. Tertarik dengan penulisan anda. Mungkin juga sebab saya juga di dalam perjalanan kembali kepadaNya. Kadang-kadang terpesong, kadang-kadang tersedar. Moga Istiqamah. Teruskanlah usaha penulisan ini. Ia nya boleh memberi manfaat dan dorongan hambaNya seperti saya. :) Mohon diberikan tunjuk ajar.

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah ats setiap dugaan yg dtitipkan oleh Allah pd kte...kte sndri yg menolak dri ke lmbh hina..maka kte sndri perlu mnrik dri dkt pdNya...sungguh mndlm mksd...smoga Allah sllu brsme kte...kuatla shbt!

    BalasPadam