Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Sabtu, 22 September 2012

Mari! Aku khabarkan tentang Cinta!

Bismillahiraahmanirrahim.
Dengan Nama-Mu Ya Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.


Alhamdulillah, jari-jemari kian rancak menari. Ilham Allah mula merasuk ke dalam diri. Semoga diri ini akan terus mengenal Cinta Hakiki, AllahuRabbi :)


Masih segar dalam ingatan tatkala seorang sahabat merangkul erat tubuhku dan menangis teresak-esak. Sungguh, belum pernah aku melihat dirinya selemah itu. Dia seorang serikandi yang kuat! Seorang sahabat yang selalu berusaha membahagiakan sahabat-sahabatnya yang lain dengan tutur bicaranya. Melihat dirinya sebegitu lemah, aku membalas erat rangkulannya. Menyalurkan sedikit kekuatan yang aku miliki. Berharap agar dia dapat merasai bahawa dia tidak keseorangan. Diri ini masih setia di sisinya saat dia memerlukan. Aku melepaskan rangkulanku. Mengesat air jernih yang mengalir di tubir matanya. 


'' Limaza ya ukhty? '' aku meraih jari-jemarinya yang runcing. Menggenggam erat tangannya. Menyalurkan kekuatan. Dia membalas genggamanku. Erat. Seperti tidak mahu dilepaskan. Mata bertemu mata. Hati kami mula berbicara. Aku tahu, ada sesuatu yang tidak kena pada sahabatku. Aku tersenyum. Berharap agar senyuman ikhlasku ini bisa memberinya ketenangan. Ameen. Dia turut tersenyum tapi sebagai seorang sahabat, aku tahu hatinya masih lagi menangis. Untuk kesekian kalinya aku bertanya.

'' Limaza ya ukhty? Qollalya' .. '' 
Aku berusaha untuk memujuknya. Sekali lagi dia merangkul erat tubuhku. Ya Allah, mengapa dengan sahabatku?


''Ain, dia dah kahwin. Dia dah kahwin. '' 

rintih dirinya memberitahu. Aku tersentap! Kahwin? Usia muda begitu? 18 tahun? Allah! Aku tahu persis bagaimana peritnya dan hancurnya perasaan sahabatku tika itu. Matanya kembali berair. Aku merangkul erat tubuhnya. Tersengguk-sengguk dirinya menahan sendu. Mujur tika itu kami bersendirian di kelas. Sahabat-sahabat lain tidak ada. 
'' Hati saya sakit Ain. Saya tak kuat Ain. Tolonglah saya Ain. Saya tak kuat, ''. 
Diri ini hanya mampu menahan sebak. Aku kasihkan dia. Manakan tidak, dia sahabatku. Sahabat yang aku sayang sampai syurga!
 '' Sabar ukhty. Ain paham. Kuatkan hati. Kuatkan diri. Mana Nurain yang selama ini Ain kenal? Nurain, kuat! Jangan disebabkan cinta Nurain lemah macam nih. Ain ada. Allah ada. ''
 kali ini benteng tubir mataku pecah! Aku tidak sanggup melihat sahabatku menangis dan lemah begitu. Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan. Peliharalah hati-hati kami daripada kekecewaan. Esakannya semakin kuat. Sebagai sahabat, aku marah pada diri sendiri. Tidak dapat menenangkan hatinya walaupun sedikit. Lalu, ku raih dirinya. Memeluk erat dirinya.

'' Nurain, hati kita milik Allah. Diri kita milik Allah. Seluruh alam ini milik Allah. Tiada satu pun milik kita. Bertabahlah ukhty. Itu jodohnya. Setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Semuanya sudah tercatat di Luh Mahfuz. Akhi bukan milik Nurain. Dia milik orang lain. Sabarlah.''
 kalimah demi kalimah ku bisikkan ke telinganya. Berharap dia sedar tentang hakikat itu. Makin erat rangkulannya di tubuhku. 
'' Nurain, mengucap. Mengucap. Ingat Allah. Jangan camni,'' 
alunan demi alunan zikir ku bisikkan ke telinganya. Detik demi detik berlalu, dia mula tenang. Sendu masih lagi kedengaran. Aku melepaskan rangkulan. Mengesat air mata yang sudah mula kering di pipinya.


Ya! Nurain. Nama yang indah seindah rupa dan juga hatinya. Nama yang ditakdirkan Tuhan sama denganku.   '' Kenapa mesti saya yang dapat ujian nih Ain? Kenapa saya? '' 

esakannya masih lagi kedengaran. Aku menarik nafas. Dalam sekali. Cuba mencari dan menyusun kata-kata. Aku renung ke dalam anak matanya. Sinar kasih terpancar di situ. Seketika, aku melemparkan pandanganku ke luar jendela. Mencari kekuatan dan kata-kata yang terbaik untuk sahabatku.
'' Ukhty, bukankah Allah sendiri sudah mengatakan bahawa Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kesanggupan dan kekuatannya? Nurain. Ain tahu ukhty seorang yang kuat. Ukhty seorang yang kuat. Ujian yang hebat untuk orang-orang yang hebat. Allah itu Maha Mengetahui. Dia tahu ukhty seorang yang kuat. Berdoalah pada-Nya. Allah merindui rintihan ukhty. '' 
Sungguh. Aku bukanlah seorang pakar dalam hal-hal sebegini. Aku tidak mampu dan tidak layak untuk memberi nasihat. Masih banyak yang perlu aku pelajari. Tapi, atas dasar nama seorang sahabat, mana mungkin aku membiarkan sahabatku terus hanyut dengan dunianya. 


Ya. Aku tahu. Remuk hati apabila mengetahui orang yang kita sayang, kita cinta walaupun dalam diam akan berkahwin tak lama lagi. Sungguh! Aku rasa, pasti aku akan menjadi gila! Mungkin! Sebab itulah Allah memberikan ujian ini kepada Nurain bukan kepada Nur Ain. Sebabnya Allah Maha Mengetahui Nurain akan lebih tabah menghadapi ujian sesukar ini berbanding Nur Ain. Hebat bukan rencana Allah? 

Dialah pemilik hati ini. Dialah yang memiliki segala-galanya. Dialah yang Maha Megetahui. Tidak ada satu pun yang dapat menghalangi-Nya. Tidak ada satu pun yang dapat menandingi-Nya. Semua yang ada di dunia ini, mahupun di langit atau di bumi semuanya adalah milik-Nya. 


Dia menangis lagi. Sekali lagi aku memujuk. Tiada istilah bosan dalam bersahabat. 

'' Sabar ukhty. Ukhty kuat. Ain tahu uhty kuat! Dugaan hebat untuk insan yang hebat! La Tahzan Ya Ukhty! Innalahha Ma'ana! Jangan berhenti berdoa, jangan berhenti mengharapkan cinta-Nya. Lepaskanlah dirinya pergi. Dia bukan milik ukhty. Perkenalan ukhty dengannya hanyalah satu persinggahan dan takdir yang Allah kurniakan agar ukhty menjadi insan yang lebih kuat dan hebat. Redhalah dengan takdir-Nya. Allah itu Maha Mendengar. Sujudlah. InshaAllah, Nurain akan jadi lebih tenang. Jika perlu menangis, maka menangislah. Tapi jangan terlalu lama. Pintu kebahagiaan sedang menunggu di hujung sana.''
Bait demi bait ku tuturkan kalimah-kalimah itu. Dia membisu. Masih menahan sendu. Aku tahu bukan mudah menerima ujian itu. Bukan mudah untuk terus redha dengan apa yang berlaku. Hati masih lagi pilu, membuahkan sendu. Namun, sebagai sahabat, tidak sesekali aku menyerah. Sahabatku perlu dibantu! Ya Allah, ku harap Kau kurniakan kekuatan padanya. 


'' Alangkah indahnya kalau kami xpernah kenal Ain. Saya tak kuat,'' 

dia masih lagi dengan fikirannya. 
'' Ukhty, tidak baik menyesali apa yang berlaku. Tuhan sudah janjikan. Dia sendiri sudah berkata-kata dalam mushaf-Nya, DIA TIDAK AKAN PERNAH MUNGKIR JANJI! Sudahlah, jangan ditangisi lagi apa yang bukan milikmu. Satu hari, bila ukhty sedar, ukhty pasti bersyukur di beri ujian sebegini. Masih banyak yang perlu kita pelajari dalam dunia ini Nurain. Terlalu banyak sehinggakan kita sendiri tidak perasan akan hal itu. Ikhlaskan hati. Berdoalah. Allah itu sentiasa ada. Dia tahu segala-galanya. Jadi, usah bersedih lagi. Kekuatan seorang mukmin adalah dengan berdoa kepada-Nya. Sahabat, alihkan pandanganmu kelaut, lihatlah airnya membiru penuh ketenangan. Tetapi, hanya Allah Yang Maha Mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang , ketawa tetapi hanya Allah Yang Maha Mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke sungai, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Jika rasa sedih, alihkanlah pandanganmu ke langit, sedarlah dan ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama-Mu. Hasbee Rabbi Jallallah, Maafiqalbi Ghairullah. Dia sentiasa hidup dalam hati-Mu.''
Entah dari mana kekuatan untuk berbicara itu mampir. Sungguh, aku bukanlah sasterawati yang mampu menukilkan picisan-picisan kalimah yang berbunga. Ilham itu datangnya dari Allah. Lalu ku persembahkan dalam bentuk bicaraku padanya. Dia menatap wajahku. Aku tersenyum. Menggenggam jari-jemarinya.
'' Allah ada. '' 
kini aku yakin dengan bicaraku. Dia tertunduk. 
'' Allah ada.'' 
ku dengar kalimah itu diulang beberapa kali. Ya Allah, kasihanilah sahabatku. Akhirnya, empangan airmataku pecah. 


'' Sahabat, selagi nyawa masih dikandung badan, selagi itulah diri ini akan tetap mejadi sahabatmu dunia akhirat. Demi Allah, diri ini takkan pernah sesekali meninggalkanmu. InshaAllah. '' aku merangkul dirinya. Kasihku terhadapnya tertumpah di situ. Sedetik, kami melepaskan rangkulan. Sama-sama berbalas senyuman. 



'' Terima kasih Ya Hurin Ain, '' 

kata-katanya menampar gegendang telingaku. 
'' Allah. Jangan bercanda ya ukhty! Tidak layak diri ini bergelar Hurin Ain. Hurin Ain tuh bidadari syurga. Saya insan biasa. '' 
malu dipanggil sebegitu. Ustaz dan ustazah selalu saja memanggilku sedemikian. Aku malu. Diri ini kerdil. Tidak layak digelar begitu.


'' Sahabat ana wanita solehah, perhiasan duniawi. Dia mawar berduri. Dialah serikandi, bidadari duniawi,'' kini dia boleh tersenyum. Aku turut tersenyum. Indah kata-katanya. Memang kami selalu begini. Berjiwang bersama-sama.



''InshaAllah, begitu juga sahabat ana yang bernama Nurain! Nur Ain akan selalu membawa Nurain bersama-samanya. InshaAllah. '' 

kami tersenyum. 
'' Ain, syukran jazilan ya ukhty. Uhibbukifillah. Jiddan. ''
'' Naam ya ukhty. Uhibbukifillah. ''
Senyuman berbalas senyuman. Hati-hati kami kini kukuh bertaut pada-Nya.




Alhamdulillah. Akhi itu sudah pun berkahwin. 3 tahun rasanya. Semoga dia berbahagia bersama zaujahnya. Ameen. Nurain juga semakin tabah. Kini, kami terpisah. Dia masih di SMKATJ dan aku berpindah ke SMKM. Namun, segala memori indah yang kami cipta tidak pernah luput dalam ingatan. Semoga dirinya lebih kuat menghadapi dugaan. Semoga dirinya sentiasa menjadi pilihan Tuhan. Semoga dia dekat dalam jagaan, jauh dari pandangan. 

Kini, aku mengerti. Tiada yang lebih indah apabila semuanya bergantung kepada Tuhan.
Tiada kekecewaan mahupun kesakitan. Semuanya indah. Hatiku kini dipateri kukuh oleh-Nya. Hatiku kini disentuh oleh-Nya. Ya Rabb, jagalah hati ini. Inilah Cinta yang aku cari. 
Cinta Ilahi.