Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Khamis, 27 September 2012

DIA Tak Sama!

Jiwaku kekadang diracuni, 
Adakah Kau yang kudambakan hanyalah sekadar ilusi?
Mindaku kekadang cuba menerokai,
Adakah wajah-Mu, tangan-Mu menyerupai sesuatu unsur di bumi?
Aku bisa jadi gila dengan persoalan ini,
Kalam-Mu memujukku, 
DIA TAK SAMA!
Rasul-Mu pula membelai, 
Jangan berfikir tentang zat Allah, 
Berfikirlah tentang ciptaan Ilahi. 
Mindaku belayar lagi.
Rupa-rupanya terlalu jelas bahawa Kau memang ada sebagai Ilah dan Rabbi.
Yang Maha Tinggi! 
Oh, 
Aku yang jahil selama ini.