Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Ahad, 23 September 2012

Hijrah. Kuatkah?

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Adik2 yang kaka sayangi :)

Apa khabar iman di hati?
Masihkah ianya penuh dengan Cinta Ilahi?
Ataupun sebaliknya yang terjadi?
Jika ya, ayuh adik2 yang kakak kasihi,
Sama-sama kita sucikan hati,
Dengan berzikir pada Ilahi :)


Hah!(^_^) See, again dah berjiwang dan merapu .. (^_^)

Adik2, nampak tak tajuk entry kita? HIJRAH. Apa makna hijrah ye? Hijrah bermaksud perpindahan atau perubahan dari satu tempat ke tempat yang lain. Sekarang nih, kita cerita konteks hijrah berkenaan diri.
Seorang sahabat datang mengadu. Masih terngiang-ngiang bicaranya.


''Kak, saya nak berhijrah. Saya nak berubah. Tapi, semua orang menilai dan menghukum saya. Lagipun, bukan senang nak lakukan semua tuh. Hati mahu, tapi diri belum bertindak..''

Tersenyum diri ini tatkala seorang adik yang saya sangat kasihi membuka bicara di hati.
Ya, saya akui. Bukan mudah untuk berhijrah. Apalagi jika masa lalu kita tidak seindah yang disangka. Namun, semua itu pasti ada hikmahnya. Segala-galanya adalah rencana-Nya. Siapa yang mampu melawan kehendak-Nya? Justeru, bersyukurlah. Niat di hati itu tandanya kasih Ilahi masih lagi bersemi di jiwa. 


Sahabat, benar bicaramu. Tiada apa yang senang dalam dunia ini. Tapi, yakin satu hal sahabat. Tiada apa juga yang mustahil bagi Ilahi. ''KunFaYakun'' . Bilamana Tuhan menginginkan sesuatu itu terjadi, maka terjadilah. Sahabat, usah bersedih tatkala seluruh dunia membencimu. Yakinlah, masih ada kasih Ilahi menyapa dirimu. DIA tidak akan pernah meninggalkan dirimu. Sahabat, perubahan ini memerlukan pengorbanan. Ya. Pengorbanan yang mungkin akan menyakiti dirimu sendiri. Tapi, yakinlah. Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Biarlah kita kehilangan sesuatu kerana Allah, jangan kita kehilangan Allah kerana sesuatu.

Niat di hati sudah ada, namun tiada tindakan yang mengiringinya. Tanyalah pada diri, 
'' Adakah aku benar-benar bersedia ? ''
Ikhlaskan hati. Sahabat, hiraukan kata-kata dusta mereka. Percaya dan yakin kepada-Nya. Bilamana kita melakukan sesuatu LillahiTa'ala, InshaAllah Allah akan permudahkan segala-galanya. Dunia ini memang penuh dengan pancaroba. Bertabahlah. Itulah namanya kehidupan. Tinggalkanlah masa lalumu. Mulakanlah hidup yang baru. Tidak mengapa jika mereka membenci dan mencacimu. Bukan kepada mereka dirimu bergantung harap, tapi kepada Allah. Maka, abaikanlah bisikan-bisikan yang melemahkan dirimu. Ayuh! Bangkitlah sahabat. Jangan takut menghadapi dugaan. Imam Ahmad bin Hanbal sendiri seorang insan yang kuat. Jadikanlah dirinya sebagai contoh. Dia tidak pernah menghiraukan celaan mahupun kebencian insan terhadapnya. Mengapa? Kerana Allah itu sentiasa hidup dalam hatinya. Tiada apa yang perlu ditakutkan. Tiada apa yang perlu digentarkan. Jadikan Mushaf AlQuran sebagai panduanmu. Kuatkan hati, kuatkan iman. Sujud dan berdoalah kepada-Nya. Usah ragu lagi sahabat. Jika rasa lemah, ingatlah bahawa Allah itu sentiasa ada. Berpeganglah pada talinya. 


Sahabat, diri ini tidak punya apa-apa untuk diberikan. Malah, tatkala dirimu mampir meminta panduan, hati ini resah tidak keruan. Bukan kerana tidak mahu menghulurkan pertolongan, tetapi diri ini masih lagi kehijauan dalam medan perjuangan. Namun, demi ukhuwah yang kita jalinkan, peganglah tanganku sahabat. Semoga genggaman ini membawa kita ke jalan Tuhan.

Teruskan perjuangan :)