Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Ahad, 20 Januari 2013

Airmata Keinsafan

Merenung ke dada langit. Cerah. Indah. Dia tersenyum. Subhanallah. Indah ciptaan-NYA. Daun-daun meliuk-lintuk mematuhi aturan angin ciptaan-NYA. Namun, tiba-tiba senyuman miliknya mati.
"Ya Allah. Suatu hari dia akan mati. Suatu hari dunia ini akan musnah. Ya Allah, terlalu banyak dosanya. Terlalu banyak! Tidak mampu dia hitung. Dia selalu mendustakan janjinya pada Tuhannya!"
Mengalir lagi airmatanya. Hembusan bayu tidak mampu mendamaikan pilu di hatinya. Dia merenung lagi ke dada langit. Cuba mengingati dosa-dosa lalu. Sakit. Pedih. Perit. Itu yang dia rasakan. Betapa jahilnya dia! Betapa berdosanya dia! Dalam kepiluan, dia cuba mengukir senyuman. Allah tidak kejam. Saat dia terumbang-ambing mencari jalan, DIA datang menghulurkan pertolongan.

"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."-(Al-Baqarah;214)

"Dan apabila hamba2-Ku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."-(Al-Baqarah;186)

Dia menangis lagi. Kali ini langit juga menangis. Tangisan dan esakannya tenggelam bersama tangisan awan. Dia menadah tangan, memohon dengan penuh jiwa penghambaan dan dia menyerahkan segala aturan dan takdir kepada Al-Rahman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan