Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Selasa, 22 Januari 2013

Pergilah Duhai Keresahan

Resah hatinya memikirkan hal yang satu itu.
Pasrah bibirnya meratib asma yang Esa bagi meleraikan kekusutan di jiwa.
Ya Rahman.
Qudus kasih-Mu. Dia istighfar lagi. 
Mengapa wahai diri? Kenapa wahai hati? Apa yang tidak kena?
Bercucuran lagi airmatanya. 
Resah dan gelisah dirinya tatkala ini.
Berat hatinya. Sakit kepalanya.
Sudah dia pujuk hatinya agar tidak memikirkan hal-hal itu.
Namun, otak dan hatinya berpakat berdegil.
Soal ilmu, dia memang kehausan ilmu.
Sangat-sangat!
Dia dahagakan ilmu Allah. Dia ingin meneroka ilmu Allah.
Soal keluarga, dia sangat-sangat mencintai keluarganya.
Dia mahu menjaga ibu ayahnya. Dia mahu menjaga adik-adiknya.
Dia ingin membawa mereka menuju redha-NYA.
Soal kejayaan, dia terlalu inginkannya!
Terlalu!
Soal impiannya mahu ke Bumi Anbiya dan Bumi Barakah, dia sangat-sangat mengimpikannya.
Semoga sahaja Allah mengabulkan doanya.
Soal hati? Ini. Ini yang meresahkan dirinya.
Dia tidak mahu bermain hati. 
Sekurang-kurangnya bukan sekarang.
Amanah di atas saja masih belum dilaksanakannya.
Tapi, kadang-kadang, hati ini selalu sahaja menyakat dan mengusik dirinya.
Tidak mahu menolak fitrah, dia akur.
Ini anugerah Allah untuknya.
Namun, dia harus waspada. Syaitan itu juga licik. Dia mahu memelihara hatinya.
Sudahlah wahai hati. Masih banyak yang perlu kamu teliti.
Pergilah duhai keresahan. Kamu tidak diperlukan di hati seorang insan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan