Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Jumaat, 4 Januari 2013

Bukan Aku

Mereka sering menganggap diriku SOLEHAH kerana aku sering menyampaikan artikel-artikel dan peringatan islamik juga ilmiah. Mereka tidak tahu betapa aku ingin MERAUNG DAN MENANGIS SEKUAT HATI kerana MUJAHADAH ITU PAYAH! Aku sedang BERTARUNG dengan NAFSU dan DIRIKU sendiri, TAK MUDAH! ALLAH sahaja yang tahu apa yang terbuku dihati. Aku masih berada di dalam LAUTAN KEKURANGAN. Kadangkala aku TERGELINCIR DAN TERHUMBAN kerana jalan hidupku penuh dengan KENIKMATAN. Maafkan aku kerana kadangkala aku KHILAF. Terlupa ke mana arah tujuanku. 
Sebak hati tatkala terbayang bilakah WAKTU TERAKHIRKU?
Di manakah TEMPAT TERAKHIRKU?
Siapakah ORANG YANG TERAKHIR berada denganku?
Dengan CARA APAKAH aku mengakhiri cerita hidupku?

2 ulasan:

  1. benar, amat sukar menjadi yg terbaik...spt yg semua ingini...jika org kata kita tunjuk2 baik..tak mengapa...aminkann saja....tiap kata itu doa...mmg sukar mnjadi baik dan bererusan utk baik...kita mnusia...punya hati yg boleh berubah sekelip mata...bagi sy...terkadang sy rase malu....malu sama kamu...insan yg selalu mencuba berikan yg trbaik...tp sy hanyalah spt debunga lalang...trbg ke segenap ruang dimana angin menghembus... :'( membaca soal bicara dan kata2 insan spt kamu adakalanya membuat diri ini malu...dan terus malu...sy belum mghayati apa itu cinta Allah...doakan agar redha Allah sentisa ade buat kita insan yg lemah...

    BalasPadam
  2. Allahurabbi :') Saya juga masih bertatih. Insya-Allah, bilamana kita bersabar dan ingat dari mana kita datang, kita akn sedar tentang hakikat kita nih hamba-NYA. Barakallahufik. Moga Allah merahmati dalam setiap apa yang kamu perjuangkan :')

    BalasPadam