Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Sabtu, 17 Ogos 2013

Aku mencari 'AKU.'

Dua hari lamanya aku memendam rasa. Bagai ada sesuatu yang tidak kena. Ingatanku pada saudaraku nun jauh di Bumi Anbiya' membuat hati gundah gulana. Aku masih di sini. Masih tidak mampu melakukan apa-apa kecuali 'menembak' doa yang padu pada Yang Esa agar mereka tertolong. Sakit. Perit. Pedih hatiku melihat saudara seaqidahku diperlakukan sedemikian rupa. Argh! Dunia! Kau sudah tua! Sudah tenat! Manusia durjana kembali menjadi syaitan. Aku penat dengan sandiwara dunia. Aku letih dengan permainan manusia. Hampir saja aku futur. Tapi, Rabbi ku tidak izinkan aku untuk terus lemah dan kecewa! Wahyu-NYA berbicara! 
''Ud'uuni astajiblakum!''
Mintalah apa saja! 
Ingatanku terarah pada seorang hamba.
''Kita meminta. Allah memberi.''
Rabbi. Aku sempat lupa Kau Maha Pemurah.
Mujur saja ada yang mengingatkan aku tentang hakikat Al-Rahman -Mu.
Aku merenung ke dalam diri. Mencari 'As-Syahidah Hurun 'Ain.'
Aku menyelam ke dalam nafsi wa qalbi. Mencari 'Al-Mujahidah Hurun 'Ain.'
Tapi, dua-dua kaku membisu! Argh! 
Bangkitlah. Bangkit demi Tuhanmu dan agamamu.
Ummah perlukanmu.
Sudahlah.
Bukan masanya untuk dirimu terus futur.
Hidup untuk Yang Maha Hidup.
''Dan ingatlah Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku.''
(Adz-Dzariyat:56)


Jumaat, 16 Ogos 2013

Puisi Cinta Untuk 'Rabi'ah.'


Medan Rabi'ah itu kembali berdarah. 
Kembali mengulang sejarah mencatat luka ummah.
Jiwa terkorban, darah ditumpahkan.
Saat umat Islam bergembira meraikan Syawal tanda kemenangan,
Bumi Anbiya' luka di medan peperangan.
Sungai Nil seakan bergolak hebat berteriak mahu membantu perjuangan sebenar-benar Islam.
Debu-debu sahrawi mengepuk menjerit kecil memberi semangat untuk sang juang.
Sunni lawan Sunni!
Argh! As-Sissi!
Kau ibarat syaitan bertopengkan manusia!
Hatimu mati melihat DIA!
Darah Sunni haram ditumpahkan!
Mungkin saja aku tidak mengerti untuk apa peperangan itu dicetuskan.
Tapi aku masih mampu mengerti dan melihat pemimpin mana yang harus aku cintakan!
Bertahanlah Mesir.
Bertahanlah demi Tuhanmu.
Kau diuji dengan peperangan.
Aku diuji dengan noda kemaksiatan.
Kau menempah syurga.
Sedang aku? Hanya Allah Yang Tahu.
Perjuanganmu di medan peperangan senjata.
Menuntut hak, menegakkan yang benar.
Perjuanganku di medan peperangan ilmu.
Membantu ummah, menegakkan risalah dari langit; ISLAM.
Di mana pun kita, perjuangan kita adalah sama.
Tujuan kita adalah sama.
ISLAM itu perjuangan.
MARDHATILLAH itu tujuan.
Ayyuha syabab!
Hayya bil jihad!
Wahai anak muda!
Usah hanya pandai berbicara!
Usah juga berdusta!
Ayuh!
Bangkitlah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan!
Tembaklah doa yang padu, tidak putus-putus!
Allah tidak kejam!
Kemenangan itu milik-NYA!
Maka, pinta lah usah sombong!
Bangkitlah!
Ambil cakna tentang saudaramu!
Bangkitlah!
Kerana engkau khalifatullah!
Bangkitlah!
Kerana engkau pemuda Islam!
Bangkitlah! Bangkitlah! Bangkitlah!
Usah gentar! 
Kau dilahirkan untuk Islam.
Maka untuk Islam jugalah kau dimatikan.
Kita sama.
Datang dari DIA.
Kepada-NYA juga kita kembali.

Isnin, 5 Ogos 2013

Ramadhan.

Alhamdulillah. Setelah sekian lama menyepikan diri dari 'dunia blog', akhirnya jari-jemari berhasrat untuk menulis lagi. InsyaAllah demi-NYA. Syukur alhamdulillah. Akhirnya berjaya menamatkan pengajian peringkat pradip di Kolej Islam Sains Dan Teknologi, Terengganu. InsyaAllah bakal menyambung pengajian peringkat diploma pula. Ramadhan. Ya. Bulan ini bulan Ramadhan. Bulan mulia. Bulan yang dirindui. Allahu. Sarat hati dengan rindu dan cinta untuk mempersembahkan ibadah yang terbaik pada Tuhan Semesta Alam. Kaki dan tangan syaitan dirantai rapi. Pintu neraka ditutup. Seksa kubur dihentikan. Pintu maghfirah terbuka luas. Al-Qadr. Malam penuh barakah yang lebih baik daripada 1000 malam. Sungguh, umat Islam itu beruntung! Hari nih 28 Ramadhan. Tak terasa ianya semakin meninggalkan diri yang masih mengintai peluang. Allah. Celakalah aku jika aku masih tidak mendapat maghfirah(keampunan) dari-NYA. Celakalah diriku andai aku masih tidak mampu mendidik nafsuku. Rabbi. Kuatkanlah diri ini. Moga Ramadhan kali ini bererti. Ramadhan, moga jumpa lagi. InsyaAllah.

Selasa, 23 April 2013

Demi DIA. Lakukanlah:')

Bismillahirrahmanirrahim:)


Assalamualaikum.
Apa khabar wahai hati? Apa khabar wahai khabar wahai jiwa? Apa khabar wahai iman?
Kecewa? Kecewa kenapa?
Ujian hati?
Allah:')
Sudahlah:')
Jangan menangis lagi. Jangan sedih lagi.
Tersenyumlah wahai hati dan jiwa hamba Ilahi.
Bahagiamu sedang menanti:')
Aku tahu itu fitrah. Aku tahu. Aku tahu. Aku tahu dan aku tahu:')
Benar kata ibuku. Manusia, jika ia melibatkan soal hati, perkara lain turut terkena tempiasnya.
Benar kata ayahku. Hati, kalau sekali ia disakiti, susah untuk merawatnya kembali.
Maka dengan itu aku mengambil langkah untuk terus MENJAGA:')
Sudah terlanjur mengasihi? Tidak mengapa. Ia bukan satu dosa. Itu anugerah. Cuma, bagaimana kita mengawal rasa fitrah itu supaya tidak menjadi fitnah. Bagaimana kita mengawal rasa fitrah itu supaya tidak melebihi cinta kita pada-NYA. 
Untuk kamu.
Ya, kamu:')
Maafkanlah diri ini. Bukan aku tak sudi. Apa lagi menolak fitrah yang ada dalam hati.
Cuma aku memilih untuk sendiri. Cintaku pada Ilahi masih belum dipenuhi. Masih terumbang-ambing.
Maafkan diriku sekali lagi. Kerana aku memilih untuk mengabaikan rasa itu. Bukan kerana dirimu tidak baik, tapi kerana kamu terlalu baik. Maka atas asbab itu, aku memilih untuk membiarkan. Serahkan saja pada Tuhan. Kamu punya potensi untuk menjadi syabab agama, pejuang agama. Atas sebab itu juga aku memilih untuk diam. Tidak berniat untuk mengusik hati dengan perkara yang masih belum pasti. Aku juga punya cita-cita yang tinggi. Aku juga ingin menjadi pejuang agama Ilahi. Maka dengan itu, aku perlu persiapkan diriku dengan ilmu-NYA. Aku bercita-cita menjadi serikandi. Aku bukan tidak ambil kisah soal hati. Tapi, aku lagi kisah soal saudaraku yang sedang berjuang, berjihad mati-matian di Gaza, Syria dan lain-lain. Aku juga ingin membahagiakan orang tuaku. Daripada terus-terusan memelihara perasaan, lebih baik KITA persiapkan diri dengan perkara yang akan membawa kita kepada-NYA. MATI ITU PASTI:')
Aku bahkan kamu juga tidak tahu BILA AJAL menjemput. Jadi, simpan dulu rasa itu.
Tidak perlu berhubung. Cukuplah berbalas doa. 
KITA punya AMANAH.
Impianku tinggi dan besar. Kalau kamu benar kasih, simpan fitrahmu itu. Doakan aku.
Kadang-kadang kita perlu PENTINGKAN PERKARA YANG LEBIH PENTING DARIPADA PERKARA PENTING SEBAB KADANGKALA PERKARA YANG LEBIH PENTING ITU LEBIH PENTING DARIPADA PERKARA YANG PENTING.
Perjalanan hidup masih panjang. Masih banyak yang perlu kita tempuhi. Langkah tetap perlu diatur demi DIA, Sang Ilahi. Semoga sahaja kamu mengerti. Semoga sahaja kamu sudi maafkan diri ini.
Aku tahu kamu kuat. Pergilah:')
Jadi kuat. Jadi soleh! Jadi pejuang agama-NYA.
Aku yakin dan aku pasti.
Ibu ayah pasti berbangga denganmu.
Bawa mereka ke syurga-NYA.
Andai berjodoh, pasti akan bersatu demi-NYA juga.
Cukup berbalas doa. Cintai DIA dan Rasul-NYA:')
Semoga sahaja DIA terus memeluk hatimu, hatiku dan hati mereka untuk mencintai-NYA.

Kalau tidak di dunia, mungkin di syurga:')

Ya Rabb. Aku bahagia dengan cinta-Mu.
Terus peluk hatiku dengan cinta-Mu dan Rasul-Mu.
Cukuplah cinta-Mu, cinta Rasul-Mu dan cinta ibu ayahku buat diriku.
Aku sudah lebih daripada bahagia:')
Alhamdulillah. Alhamdulillah:')


YA RABB.
CUKUPLAH ENGKAU BAGIKU. 

Ahad, 21 April 2013

Aku Tahu Engkau Mencintaiku!

Bismillah:')
Dengan nama Allah. Aku cuba untuk kuat. Kuat untuk menulis entry ini meskipun jari-jemariku menggeletar. Sakit yang Allah kurniakan tanda DIA mencintai diriku. Allah. Allah. Alhamdulillah. Segala Puji Bagi-Mu Ya Allah untuk nikmat sihatku. Aku tahu sakitnya diriku ini tidak ada apa-apanya jika ingin dibandingkan dengan sakitnya kena bom. Pujuk hati untuk terus bersabar menerima teguran Allah dengan ingat pada saudaraku di Gaza. Sakit lagi ditembak dan dibom berbanding "sakit"nya diriku saat ini. Ya Rabb, terima kasih. Sekurang-kurangnya aku masih mampu ingat pada-Mu dan saudaraku. Kesakitan ini tidak akan mematahkan semangat aku untuk terus bangkit berjuang demi Islam. Selagi nyawaku masih ada, selagi itu aku akan berusaha. Sakit tidak menghalang aku untuk terus asa. Biar mati demi-NYA. Ummi Sumaiyyah:')
Wanita pertama yang mati jihad fisabilillah. Penguat semangatku tika aku rebah. Biar rebah. Biar berdarah. Biar luka. Biar parah! Semangatku tetap hidup. Aku milik Allah. Selagi mampu, selagi itu aku pertahankan. Kalau terus manjakan diri melayan rasa sakit, sampai bila-bila pun aku tidak akan bangkit! Aku tidak mahu jadi cengeng! Aku tidak mahu dikatakan lemah! Aku serikandi Muhammad! Tidak akan pernah menyerah! TIDAK AKAN PERNAH! Terima kasih buat allahyarhamah Kak Siti Hajar bt Ahmad Sabir. Kesabaran allahyarhamah dalam menghadapi ujian Allah menguatkan semangat dan diri ini. Aku pewaris Nabi, penyambung risalah dari langit. Kamu juga! Kita hamba-NYA! Juga khalifah di bumi! Allah tidak menciptakan aku dan kamu secara sia-sia! Kamu mahu terus lemah? Silakan.
Aku pilih untuk BANGKIT. Aku tidak suka "KALAH." Apa lagi digelar PENGECUT. Tidak akan pernah wujud kalimah "KALAH" dalam kamus hidupku untuk-NYA. Aku hanya kenal erti "SERAH."
MENYERAH DIRI HANYA PADA-NYA. HANYA DIA!

Sabtu, 20 April 2013

JATUH? BANGKIT DENGAN NAMA ALLAH!


Bismillahirrahmanirrahim.
''Andai jatuh kerana manusia, bangkitlah kerana Allah.''
2,3 hari nih saya hanya menjadi pemerhati. Adik2 juga banyak bertanya saya. Semuanya soal hati dan amanah. Hmmmm. Dah namanya remaja bukan? Baiklah. Nampak apa yang saya tulis kat atas?
Saya ulang :)
''Andai jatuh kerana manusia, bangkitlah kerana Allah.''
Saya tahu. Sebagai remaja, memang tidak akan pernah lepas daripada perasaan itu. 
Saya jugak tidak pernah terlepas:)
Hari tuh, saya meng'usyar' blog seorang sahabat yang sudah saya anggap seperti adik beradik saya sendiri dan ternyata saya tertarik dengan kata-kata sahabat saya. Apa katanya? Ini katanya:)

''Suka, minat, jangan kotorkan istilahnya dengan perasaan yang tidak berfaedah dan tidak mendatangkan kesan yang positif kepada kita. Tak ada manfaat dalam membangun hidup! Suka seadanya saja, bukan tergila-gila sehingga merana. Orang begini tidak akan mampu maju dalam hidup. Hal ini kerana, hidupnya sibuk memikirkan 'kegilaanya' saja!''

Hebat bukan?
Terasa seperti tersedak, tersadung, tercekik dan terkena diri sendiri!
Saya pernah jatuh. Dan kali ini saya memilih untuk tidak JATUH buat kali kedua.
Cukuplah. Saya tahu bukan mudah untuk bangkit dan melawan perasaan sendiri. Perasaan itu tidak salah. Cuma di sini, IMAN memainkan peranan. Bagaimana caranya untuk kita mengawal perasaan agar tidak menjadi terlalu OBSES. Bagaimana untuk kita mengawal rasa yang mampir di hati agar tidak mengganggu ibadah dan sebagainya. Oh, kalau kamu rasakan perasaan itu semakin membuat dada kamu sesak dan kamu semakin jauh dari-NYA, HENTIKAN. Saya ulang, HENTIKAN.
Pilihlah yang terbaik. Saya hanya mampu memberi panduan. Yang akan membuat keputusan itu adalah KAMU. Biarkan IMANMU berbicara. Bisukan NAFSUMU buat seketika. Tatkala perlu memilih, pilihlah yang mendekatkan diri kamu pada Allah. Bagi saya, saya lebih suka berpegang pada prinsip ini.
''LEBIH BAIK MENCEGAH DARIPADA MENGUBATI.''
Bukan bermakna menolak fitrah. TIDAK SAMA SEKALI. Tapi, ingatlah adik-adik dan sahabat fillah sekalian. Kita ada AMANAH. Kalau usiamu masih muda dan masih di BANGKU SEKOLAH, tolong, saya mohon laksanakan amanah kamu sebagai seorang PELAJAR. Mak dan ayah susah payah hantar kita ke sekolah untuk ILMU. Timbalah ilmu Allah itu. Masa yang ada di usia yang muda, jangan sia-siakan dengan sesuatu yang lagho. Kita tidak tahu bila kita akan kembali pada-NYA. 
MATI ITU PASTI. BILA-BILA MASA SAHAJA.

"Apabila sampai ajal maut seseorang itu ia tidak dapat ditunda atau dipercepat, walau sesaat pun."
[Al-Aaraf:34]

Allahu Allah. 
Antara perkara yang akan ditanya oleh Allah adalah usia muda kita.
Saya tidak mahu menjawab:
''AKU SIBUK BERCINTA YA ALLAH. AKU SIBUK DENGAN CINTA DUNIA.''
Nauzubillah. Minta dijauhkan. Allah. Allah.
Cukuplah. Usia yang muda ini, persiapkanlah dengan ilmu Allah yang luas. Timbalah ilmu-NYA. Cintailah DIA. Kadang-kadang, Allah sengaja menjentik perasaan kita untuk melihat sejauh mana kita meletakkan DIA di hati kita sebelum ''dia.''
Usia kita masih muda. Belum tiba masanya. Kalau cinta, kalau sayang, beri peluang dan ruang untuk diri masing-masing perbaiki diri dan mengenal cinta Tuhan. Bukannya terus-terusan ber''ILOVEYOU, IMISSYOU'' dan sebagainya. Maaf kalau saya lancang. Tapi, inilah hakikat yang perlu ditelan. Cubalah belajar daripada kesalahan. Sudahlah. Jangan ditangisi apa yang bukan milikmu. Jangan terlalu meratapi kekecewaan hati. Sampai bila perlu LEMBIK? Sampai bila?
Saya bukan mahu ambil cakna atau kisah atau pun sibuk hal KAMU.
Tapi, saya SANGAT KISAH apabila melihat seorang ISLAM jatuh hanya kerana JENTIKAN CINTA MANUSIA yang tidak punya apa-apa!
Saya SANGAT KISAH bila melihat saudara saya JATUH TERDUDUK seperti tidak punya HARAPAN!
Wahai jiwa-jiwa dan hati-hati yang berada dalam genggaman Allah!
Bangkit dengan nama Tuhanmu yang menciptakan!
Jangan mengaku diri seorang pejuang Islam dan seorang yang beriman andai dijentik dengan perasaan sebegitu sahaja sudah lelah dan lemah! Kalau lemah sekalipun, kita punya TUHAN! Kita ada ALLAH yang menciptakan! Minta kekuatan dari-NYA! Jangan lemah!

''Janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, 
padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya.''
[Ali-Imran:139]


Gunakan waktu yang ada untuk kita sama-sama cari redha Allah. Sama-sama kenal cinta Allah. Buka mata. Buka hati, terima cinta DIA.
Istighfar. Selalu ingat DIA. Nak menangis? Menangis lah:')
Temui kekuatan di setiap sujudmu pada-NYA.

''Ketahuilah. Hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang.''
[Ar-Ra'd:28]

Pernah saya bertanya pada guru saya. Cikgu saya non-muslim. Tapi, dia arif soal Islam.
Katanya, orang yang hidupnya serabut, penuh masalah, terumbang-ambing, biasanya dia kurang kebergantungan dan harapan terhadap Allah. Lihat balik hubungan kita dengan DIA.
Lihat balik SOLAT kita.
Allahu Allah. Saya tersentap! Memang! Saya sendiri akui.
Saat diri berasa tertekan, saya tahu saya kurang bergantung pada-NYA.
Faghfirli Ya Rabb. Saya tidak redha pada takdir-NYA.
Astaghfirullah. Astaghfirullah. Saya cuba belajar daripada kesilapan. Saya cuba bangkit walaupun pada hakikatnya memang perit dan sakit. Tapi, saya sedar. Saya milik-NYA. Selama-lamanya milik-NYA.
Sedikit demi sedikit saya cuba bangkit dan redha dengan ketentuan-NYA.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” 
[Al-Baqarah: 216]

DIA tidak pernah mendustakan kata-katanya. Setiap apa yang berlaku, ada hikmahnya. Ambil ibrah. Jangan terus lembik dan lemah. Kita ada pilihan. Pilih yang terbaik untuk kita. 
Kuatlah wahai jiwa-jiwa yang DIA cintai:')

KITA HANYA HAMBA:')

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”
[al-Baqarah: 45]
[At-Taubah: 129]
"Dan apabila hamba2-Ku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."
TAKDIR MENGUJI. ALLAH DI HATI, QURAN DI SISI.

“Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.”

"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
[Al-Baqarah;214]
[Al-Baqarah;186]

Jangan dustakan CINTA-NYA padamu:')

''Ingatlah Aku. Aku akan ingat padamu.''
[Al-Baqarah:152]

Kita tidak akan tahu betapa KUATNYA diri kita melainkan KUAT adalah satu-satunya PILIHAN yang kita ada. Jadi, pilihlah untuk KUAT.
KUAT DEMI ALLAH.
KUAT DEMI ISLAM.
KUAT DEMI RASULULLAH.
KUAT DEMI IBU DAN AYAH YANG MENCINTAIMU.





Khamis, 18 April 2013

KERANA C.I.N.T.A :)

''Cinta itu cahaya sanubari. Kurniaan Tuhan, fitrah insani.
Dan di mana terciptanya cinta. Di situ rindu bermula.''
- Kerana Cinta: IN TEAM ft MESTICA-



Cinta itu hadir tanpa dipinta. Cinta itu fitrah. Cinta itu anugerah. Dan kadang-kadang perasaan cinta yang hadir dalam diri itu datang sebagai ujian untuk melihat sejauh mana kita meletakkan cinta-NYA dalam hati dan diri kita. Untuk melihat setinggi mana kita mengutamakan DIA sebelum ''dia.''
Kerana terlalu mengejar dan menunggu cinta manusia, cinta Yang Esa terabai. Amanah terhadap diri sendiri, ibu bapa dan agama entah ke mana. Kita lalai. Memang, manusia sifatnya lupa. Lupa dan tidak sempurna. Perlu dikejutkan iman yang sedang tidur. Memang, saya sendiri tidak pernah menyalahkan cinta. Cinta itu suci. Aku pernah merasakan ''cinta'' itu. Ya, cinta Allah terhadap diriku sebagai hamba-NYA. Walaupun berulang kali aku menjauhinya-NYA, DIA tidak pernah meninggalkan aku keseorangan. Malah, semakin hari, semakin dekat.

"Dan apabila hamba2-Ku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."-(Al-Baqarah;186)

Cinta Muhammad Rasulullah terhadap diri dan umat baginda. Setiap malam baginda Muhammad S.A.W menangis memohon keampunan dari Al-Rahman untuk mengampuni dosa-dosa umatnya. Sebagaimana diceritakan.
"Kamu gembira, wahai Aisyah?"
Aisyah menjawab :
"Pastinya, ya Rasulullah. Engkau telah mendoakan 
agar aku diampunkan seumur hidupku."
Rasulullah kemudian berkata :
"Itu adalah doaku untuk umatku setiap malam."
Allah. Allah. Allah T_T
Allahumma sholli'ala saiyyidina Muhammad.
Wa'ala aliy Muhammad.
 Cinta mak dan ayah yang tidak pernah berkurang terhadap aku dan adik-adik. Ketawa bersama, menangis bersama. Semoga sahaja diri ini mampu memimpin tangan mereka kejannah-NYA bersama. Allahumma amiiinn.
Orang yang meletakkan cinta Allah dan Allah dalam hatinya, sebenarnya dia telah memiliki segala-galanya. Cinta antara LELAKI dan PEREMPUAN memang kadang-kadang buat kita gagal menggunakan akal logik dalam memahami perasaan. Cinta sebegini mampu membuatkan kita hilang KEWARASAN. Berlainan pula dengan cinta kepada ALLAH, yang lebih berdasarkan kepada kepercayaan dan pegangan seseorang. Lebih mendalam cinta kita kepada ALLAH, lebih teguh IMAN kita. Insya-Allah.Cinta yang agung adalah cinta kepada ALLAH, tetapi manusia tetap akan tertarik dengan cinta sesama manusia. Justeru itu, jika kita mempunyai masalah cinta sesama manusia, pulanglah kepada cinta ALLAH. Di situlah, kita akan berjumpa dengan ketenangan yang hakiki.
Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman.
Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan.
Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis mengenangkan dosa-dosa semalam. 
Semoga Allah redha:') ♥


Di hadapan Aisyah, Rasulullah berdoa agar Aisyah diampunkan dosa-dosanya yang lepas dan juga yang akan datang. Mendengar doa tersebut, Aisyah berasa amat gembira. Lalu Rasulullah bertanya kepada Aisyah :

 Lalu, nikmat CINTA ALLAH yang mana satukah yang ingin aku dustakan?
Cuma manusia sahaja yang BUTA tidak pandai menilai cinta-NYA. Terlalu asyik dengan cinta dan permainan dunia, hingga leka dan membutakan mata, mentulikan telinga, menutup pintu hati daripada melihat, mendengar dan merasai cinta-NYA. Terlalu asyik mengenangkan si dia sehingga dalam ibadah sekalipun terbayang-bayang mukanya. Allahurabbi. Minta dijauhkan daripada semua ini. Nak bercinta? Boleh. Tapi, letakkanlah dalam landasan syari'e. Bagaimana? Jika sudah bersedia dan mampu, bernikahlah. Masih muda? Usia bukan penghalang. Tapi, kalau tidak mampu dan merasakan MASIH BANYAK AMANAH YANG PERLU DILAKSANAKAN, maka BERUSAHALAH MENCARI CINTA-NYA DAN MENGAWAL RASA CINTA PADA MANUSIA.
"Wahai, para pemuda! Barangsiapa diantara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, karena nikah itu lebih menundukkan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa (shaum), karena shaum itu dapat membentengi dirinya". (Mutafaq’alaih)

Cinta bukan hanya kata-kata bermadah, tetapi cinta adalah amanah dari Allah. Sesungguhnya cinta itu indah kerana ia adalah kurniaan daripada Allah Yang Maha Indah. Justeru, jagalah kesucian dan keindahan cinta itu dengan berkata kepada si dia yang halal buatmu :
''AKU CINTA KEPADAMU KERANA ALLAH.''

Andai kecewa, bertabahlah. Hati manusia itu milik Allah. Mohon pada-NYA semoga kita mendapat yang terbaik. Buat masa sekarang, fikirkanlah tentang AMANAH terlebih dahulu. Yang FITRAH itu, cinta pada-NYA dan Rasul-NYA juga fitrah. Dalam hidup, kita memiliki dua pilihan iaitu MEMILIH dan DIPILIH . Dan tatkala perlu memilih, pilihlah yang mendekatkan diri kita pada-NYA. Dan jika dipilih, jadilah yang terbaik buatnya demi-NYA.

Semoga mendapat apa yang dicari.
Cintai DIA, DIA akan mengurniakan seseorang yang mencintai dirimu kerana-NYA.
Tidak perlu dicari, kerana ia akan datang sendiri. Yang perlu dipelihara adalah IMAN dan HATI.
Semoga Allah redha:')

p/s: Sering bertanya pada diri apakah selama ini aku sudah melakukan yang terbaik untuk Islam, untuk ibu dan ayahku? Ternyata jawapanku bisu. Jadi, ku pilih AMANAH sebelum FITRAH. Kerana aku percaya ALLAH punya pilihan yang terbaik. Tidak perlu aku mencari lagi. Cukuplah DIA di hati dan AL QURAN di sisi. Cukuplah MUHAMMAD S.A.W sebagai KEKASIH HATI.
ALLAHU ALLAH:')

''Ahabbakallazi ahbab tanyillah.''
Semoga Allah mencintaimu dan DIA yang telah membuat engkau mencintaiku kerana-NYA.

Adik-adik! ;D
Kuat okey? (^_^)
Insya-Allah. Allah sentiasa ada.
''Ingatlah Aku. Aku akan ingat padamu.''-[AlBaqarah:152]

Jom cari cinta-NYA! ;D
Cinta Allah adalah tujuan. Cinta manusia hanya sandaran :)

Jika mereka lebih cintakan manusia, biarlah kita cintakan Tuhan. 
Jika mereka dambakan dunia, biarlah kita dambakan akhirat.


Isnin, 1 April 2013

Tarbiyyah Cinta Ilahi

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Terasa lega sikit lepas dah deactive acc fb ngan twitter.
Ya Allah. Aku dah makin jauh dari-NYA.
Biarlah. Biar. Rela meninggalkan semua itu. Biar sakit rasa di hati, asalkan cinta-NYA mampu ku miliki. Cukuplah. Aku hanyalah hamba-NYA. Aku hanya perlukan DIA. 
Tuhan, layarkan aku ke arah cinta-Mu. Jangan lalaikan aku dengan cinta duniawi. Sungguh, aku tidak sanggup hidup jauh dari rahmat-Mu. Aku tidak sanggup hidup dalam murka-Mu Ya Allah. Bimbinglah aku. Berkali-kali memujuk diri.
''Kekuatan itu perlu dicari. Harapan itu seharusnya disandarkan pada-NYA.''
Tapi, Allahurabbi. Degil sungguh hati ini. Tidak mahu terus terbuai dalam wahan. Mahu bangkit dan terus berjuang. Kelemahan mengajar aku erti kekuatan. Kelemahan mengajar aku erti penghambaan.
Lemah. Ternyata aku tidak mampu hidup tanpa-NYA. Tidak mampu bernafas tanpa cinta-NYA.
Diri sendiri yang menjerat hati ke lembah hina. Jadi, diri sendiri jugak perlu bangkit dan mencari jalan keluarnya. Biar sakit. Biar pedih. Biar luka. Biar berdarah. Biar tenat sekalipun, cinta-NYA takkan pernah menyepi. Takkan. Aku sendiri yang menjauhkan diriku dari-NYA. Jadi, aku sendiri yang perlu bangkit mencari cinta-NYA. Ku tahu cinta-NYA menunggu. Ku tahu DIA sedia menerimaku tanpa syarat walaupun aku sudah jauh lari dari-NYA.
Ya Rabb.
Begitu tulus cinta-Mu terhadap hamba-hamba-Mu.
Bila aku jauh, Engkau mengujiku tanda Engkau terlalu mencintaiku.
Memang, jujur ku akui, terasa bahang cinta-NYA. 
Jika ini tarbiyyah untuk diriku, aku redha.
DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-NYA.
Hanya mampu memohon keampunan-NYA.
Cukuplah DIA meredhai aku sebagai hamba-NYA.
Cukuplah dengan cinta-NYA.
Cukup.

Tuhan Layarkan Aku Ke Arah Cinta-Mu.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Semakin jauh ku dari-NYA, semakin dekat DIA menghampiri daku.
DIA Maha Pengasih. Entah siapa aku di pandangan-NYA.
Semakin cuba ku dekati, semakin kuat pula DIA mendugai aku.
DIA Maha Sempurna, kerdilnya aku di hadapan-NYA. 
Bagaimana agaknya untuk aku berhadapan dengan-NYA.
Sudikah DIA menerima hamba-NYA yang hina ini?
Ya Allah. Engkau Maha Pengasih dan Maha Pengampun.
Semakin hari dapat ku rasakan, aku semakin jauh dari-NYA. 
Kematian semakin menghampiri, tapi aku? Aku makin jauh daripada gapaian redha Ilahi.
Allah. Allah. Allah. Sakitnya rasa hati. Lemahnya diri. 
Hati dan jiwa inginkan redha-NYA, tapi apa yang aku lakukan?
Malah leka dan terus lagho, hanyut dalam permainan duniawi. 
Kalah dengan perasaan sendiri. Makin dilayan, makin menggila.
Ku tahu ini ujian. Ujian untuk menguji kekuatan dan kecekalan hati dan iman. 
SAYA TIDAK AKAN MENYERAH.
Apa pun berlaku, saya tidak akan menyerah.
Serikandi Muhammad hanya kenal erti LA TA'ISSU MIN ROWHILLAH.
Bukan erti MENGAKU ATAU MENYERAH KALAH.
Bangkit. Semaikan sifat Umar Al-Farouq yang tegas!
Semaikan cinta kepada-NYA sehebat cinta Rabiah Al-Adawiyah terhadap Illahnya!
Hati yang kotor itu Insya-Allah mampu dirawat. Bagaimana?
Zikrullah. Selawat. Al-Quran.
Bangun sepertiga malam, solat tahajjud. Orang yang stress atau hatinya kusut, biasanya dia kurang pergantungan terhadap Allah. Check balik hati kita, hubungan kita dengan Allah dengan mak dan ayah. Dengan manusia. Yakin dengan takdir dan rencana Allah untuk kita. Jangan pernah mempersoalkan mengapa dan kenapa. Kita hamba-NYA. DIA sentiasa ada. Jadi manusia yang bersyukur. Kuat!
Semoga mendapat kekuatan:')
Semoga iman sentiasa subur dalam hati. 

Ahad, 31 Mac 2013

Makan Hati. Jaga Hati.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, saya masih bernafas untuk meneruskan perjuangan sebagai hamba-NYA sekaligus khalifah-NYA di bumi Allah ini walaupun hati dan jiwa masih rapuh:') Allahu. Cuba tersenyum. Cuba untuk kuat dan bangkit biar beribu kali bahkan berjuta kali rebah dan sakit. Cuba untuk tabah meskipun luka di hati masih berdarah. Ya Rabb, sesungguhnya hanya kepada-Mu aku bergantung harap dan meminta kekuatan. 
HATI-HATI dengan HATI. Berulang kali diberi peringatan. Tapi? Tapi, semua itu juga tidak mampu menghalang. Bukan mahu menidakkan FITRAH. Cuma, cukuplah. Cukup sampai di sini. Sudahlah. Berhenti daripada berharap pada sesuatu yang tidak pasti. Sakitnya Ya Allah. Perit! Susah kan untuk menjaga hati? Apa lagi untuk menjaga ikhtilat antara ajnabi. Hmmm, saya akui. Kadang-kadang saya tergelincir. Cepat lupa. Bila tersedar, Allahu, Astaghfirullah :'( Saya sangat menyesalinya! Sangat! Sedih bila dibuai perasaan sendiri. Lagho. Kadang-kadang saya membenci apa yang telah saya lakukan. Jujur, semua itu tidak mudah. Ya, tidak mudah kerana itulah mujahadah. Syurga itu indah bukan? Mardhotillah-NYA mahal bukan?
Untuk itu saya perlu kuat! PERLU! Tidak boleh menyerah kalah dan mengaku kalah. TIDAK! Hati itu sentiasa perlu dijaga dan dipelihara. Sentiasa perlu dibaja dengan cinta, ketaqwaan dan keimanan hanya pada-NYA. Cinta dan harapan itu seharusnya disandarkan pada DIA Yang Maha Kuasa bukan manusia yang tidak punya apa-apa. Hampir tersedak diri ketika menyedari akan hakikat bahawa saya sudah terlalu jauh dari redha-NYA. Allah. Allah. Allah :'(
Ampunilah hamba-Mu yang terleka dan alpa ini Ya Rabb.
Alhamdulillah. Makin hari, makin saya sedar. Ini hanya ujian. Tatkala diri masih mencari sinar hidayah dan cinta-NYA, DIA sengaja menguji ketulusan iman. Alhamdulillah. Hati sudah mampu untuk redha dan menerima takdir-NYA secara perlahan-lahan. Silap diri sendiri juga kerana salah membuat perhitungan.
Sahabat fillah. Saya akui, susah untuk menjaga hati. Apa lagi ikhtilat. Kita perlu kuat. Tidak mengapa. Kekuatan itu perlu dicari dan dipohon dari-NYA. Jangan risau.
''La yukallifullahu nafsan illa wus'aha.''
Allah tidak akan menguji hamba-NYA melebihi kesanggupannya. Memang, cinta dan perasaan itu fitrah. Tapi, jangan biarkan yang fitrah itu bertukar jadi fitnah. Pergaulan harus sentiasa dijaga. Allahu :'(
Sungguh, saya sangat takut untuk menulis entry ini kerana kadang-kadang saya terleka juga. Ayuhlah, sama-sama perbaiki diri dan menegur. Terutamanya akhowat. Sudah tentu kita tidak mahu dipandang serong dan dicop ''murahan'' bukan? Allah. Allah. Nauzubillah! Saya akui saya lemah. Sebab itu, saya perlukan DIA. Cukuplah DIA, Allah, sebaik-baik penolong dan pelindung. Bila difikirkan balik, hanya mampu tersenyum sendiri. Allah, betapa manusia lemah tanpa-Mu Ya Allah. Betapa manusia tidak dapat hidup tanpa cinta dan rahmat-Mu. Dijentik dengan ujian kecil sahaja sudah jatuh tersungkur. Bagaimana untuk aku dan mereka menghadapi musuh-musuh-Mu diluar sana? Lemah! Bangkit! Bangkit! Islam membutuhkan umat yang kuat! Bukan cengeng! Bukan lemah! Yang tidak gentar! Yang tidak kecundang dengan perasaan dan jerat syaitan! TIDAK! Andai hati itu sakit dek cinta atau kasih manusia, sabar:')
Allah itu kan ada? DIA tidak akan pernah mengecewakan hamba-hamba-NYA. Sudahlah. Jangan sedih. Kembali pada-NYA. Buka hati untuk terima cinta DIA okay? :')

Semoga kalian kuat. Jaga hati. Jaga iman.
Jangan biarkan nyamuk-nyamuk ikhtilat menggigit perasaan dan hati kita.
Hati kita cuma ada satu. Serahkan pada-NYA. DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.
Teruskan berdoa!


Sabtu, 9 Mac 2013

Aku Cinta Allah.

Mungkin pada zahirnya dia kelihatan tiada berperasaan.  Aku tahu, jauh di sudut hati, ada sesuatu yang kau sembunyikan. Kau sembunyikan rasa kasih dan cintamu pada Ilahi kerana kau fikir kau tidak layak untuk cinta-NYA bukan? 
Kamu:)
Ya. Kamu yang sedang membaca dan meneliti bait-bait tinta ini.
Apa khabar imanmu?
Sudahkah nafsumu membisu?
Atau ia masih terus berlagu?
Apa khabar hati dan jiwamu?
Apakah ia masih sakit dan berduka lara?
Akhowat. Pejamkan matamu. Rasakan kehadiran cinta Ilahi, cinta Nabi dan kasihku serta rinduku terhadap dirimu.
Ikhwan. Pejamkan matamu. Rasakan cinta Ilahi dan kasih Nabi yang tulus buat dirimu.
Sudahlah.
La tahzan:)
Usah menangis lagi. Ingat. Jangan ditangisi apa yang bukan milikmu.
Allah itu selalu ada. Bahkan DIA terlalu dekat denganmu. Terlalu.
Pejamkan mata. Tarik dan hembus nafasmu. Berzikir di setiap helaan nafasmu.
DIA ada di setiap helaan nafasmu. DIA selalu membisikkan rasa cinta dan rindu padamu.
Mengapa perlu kau dustakan cinta-NYA?
Mengapa perlu kau butakan matamu daripada melihat kasih-NYA?
Buka mata. Buka hati:)
Sambutlah cinta Allah:')

Ahad, 3 Mac 2013

Layarkan Aku Ke Arah Cinta-Mu.

Kadang-kadang, apa yang terzahir di mata tidak seperti yang kita sangka. Jatuh bangun seseorang tiada siapa yang dapat menyangka mahupun meneka. Kita mungkin mampu berkata-kata atau pun mampu mengata tapi yang merasa? Hanya dia. Dia dan Illahnya tahu segala-galanya. Tiada yang tahu apa yang terbuku dan tersimpan di sanubarinya. Segala-galanya tersisip dan tersimpan kemas dalam hatinya. Kadangkala, rahsia hati itu tetap perlu disimpan dan tidak perlu diluahkan. Biarlah ia terus menjadi rahsia antara dia dan Illahnya. Kadang-kadang, luka di hati mahupun atmanya begitu susah untuk dirawat. Zahirnya, mungkin dia mampu tersenyum dan mampu menyenangkan orang lain. Lahirnya? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Tangisan dia, hanya dia dan Tuhannya yang tahu. Dia akui, dia lemah. Sujudnya ke tikar sejadah memohon maghfirah Illah. Masihkah ada ruang untuk si pendosa tanpa noktah sepertinya? Ada masa dia kecundang jua. Hampir sahaja dia berputus asa. HAMPIR. Dia tidak tahu harus bagaimana lagi. Dia tidak tahu ke mana lagi dia harus labuhkan nakhodanya. Nakhodanya sudah rosak. Tinggal masa untuk karam. Masihkah ada peluang untuk dia sampai ke pelabuhan cinta Tuhan? 
Oh Tuhan. Layarkanlah aku ke arah cinta-Mu.
Di bawah rimbunan ku berteduh mencari ketenangan dan keredhaan.
Biar Engkau yang menjadi saksi, tulus tangis hamba-Mu itu kala dinihari.
Kesempatan yang Engkau berikan, semoga sempat untukku mencari bekalan untuk perjalanan panjang.
Akhirat pasti.

Ahad, 17 Februari 2013

Pendosa? Maghfirah Allah Sentiasa Ada.

Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh:)
Apa khabar jiwa-jiwa hamba yang sentiasa dalam rahmat-NYA?
Apa khabar wahai hati-hati yang sentiasa merindui-NYA?
Asiff jiddan. Minta maaf pada yang sudi jenguk blog saya yang tak seberapa, yang dah banyak kali tanya bila saya mahu menulis lagi:') 
Agak sibuk dengan kerja-kerja lain sebenarnya dan masih memerhati beberapa perkara. Entry kali ini saya mahu sentuh tentang MAGHFIRAH ALLAH. 
Apa itu MAGHFIRAH? 
MAGHFIRAH itu merupakan keampunan dari Pencipta sekalian alam Allah Azza Wajalla.
Pernah sahabat-sahabat yang saya kasihi, adik2 yang saya sayangi bertanya.
''Kalau kita sering melakukan dosa, kita minta ampun, Allah ampunkan tak? Kalau banyak kali buat dosa besar macam mana? Si penzina? Perogol? Pembunuh? Macam mana? Allah pandang lagi ke pendosa macam saya nih? Saya rasa saya tahu mana tempat saya kalau saya mati.''
Hmmmm. Saya kira persoalan2 sebegini sangat menarik. Apalagi ditanya oleh anak2 muda. Mabrook kepada yang bertanya kerana Allah sebenarnya telah membuka jendela hati kamu (^_^)
Alhamdulillah:')

Wahai jiwa-jiwa dan hati-hati yang berada dalam genggaman-NYA.
Jika kamu ingin berhubung dengan Allah, maka tiada perantaraan antara seorang hamba dengan Pencipta iaitu Allah. Siapa pun kamu, keturunan apa pun kamu, sejahat mana pun kamu, sehina mana pun diri kamu, jika kamu ingin berhubung dengan Allah dan memohon keampunan-NYA maka tiada siapa pun yang mampu menghalang kamu. TIADA! Tidak perlukan perantaraan, hanya perlu sujud memohon keampunan.
DIA AL-RAHMAN. Maha Mengasihi.

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.''-[Az-Zumar:53]

Setinggi mana pun dosa kamu, hatta jika menembusi langit ketujuh sekalipun, jika kamu merendahkan lututmu, sujud tanda menyerahkan diri sepenuhnya kepada-NYA, mengakui DIA lah Tuhan yang berhak disembah, maka Insya-Allah dosa-dosa yang telah kita lakukan akan diampunkan. Selagi diri masih bernafas dalam jiwa hamba, selagi itu lah pintu keampunan, pintu taubat akan terbuka seluas-luasnya. 

Hadis riwayat Abu Hurairah ra:
Dari Nabi S.A.W bersabda: Seorang hamba melakukan satu perbuatan dosa lalu berdoa:“Ya Allah, ampunilah dosaku”. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau akan menghukum kerana dosa itu. Kemudian orang itu mengulangi perbuatan dosa, lalu berdoa lagi: Wahai Tuhan-ku, ampunilah dosaku. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menyiksa kerana dosa itu. Kemudian orang itu melakukan dosa lagi, lalu berdoa:Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku. Allah Taala berfirman: Hamba-Ku telah berbuat dosa dan dia mengetahui bahwa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dosa atau menghukum kerana dosa itu serta berbuatlah sesukamu, kerana Aku benar-benar telah mengampunimu.



Istighfarlah selalu. Jangan berputus asa dari rahmat-NYA. 
Allahuakbar. DIA sangat-sangat mencintai hamba2-NYA.
Sentiasa ada. Dekat. Sangat dekat. Bahkan lebih dekat daripada urat leher kita.
Setiap helaan nafas, setiap degupan jantung, DIA ada.

"Dan apabila hamba2-Ku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."-(Al-Baqarah;186)

Iblis yang sesat itu pun Allah perkenankan permohonannya apabila dia memohon dipanjangkan umurnya, apatah lagi kita, hamba-NYA yang DIA kasihi. 
Khalid Al-Walid, yang dulunya penentang Muhammad S.A.W pun diampunkan dosanya. Insya-Allah, Allah akan mengampuni dosa-dosa kita juga.

Jadi, kuatlah wahai sahabat fillah! Allah itu Maha Pengampun!
Mulakan langkah! Mohon keampunan Allah!
Insya-Allah. Semoga sahaja aku bisa melihat kalian tersenyum bahagia di syurga sana:')
Ketemu di jannah-NYA ya! (^_^)
Brakalllahufikum:')


Selasa, 22 Januari 2013

Pergilah Duhai Keresahan

Resah hatinya memikirkan hal yang satu itu.
Pasrah bibirnya meratib asma yang Esa bagi meleraikan kekusutan di jiwa.
Ya Rahman.
Qudus kasih-Mu. Dia istighfar lagi. 
Mengapa wahai diri? Kenapa wahai hati? Apa yang tidak kena?
Bercucuran lagi airmatanya. 
Resah dan gelisah dirinya tatkala ini.
Berat hatinya. Sakit kepalanya.
Sudah dia pujuk hatinya agar tidak memikirkan hal-hal itu.
Namun, otak dan hatinya berpakat berdegil.
Soal ilmu, dia memang kehausan ilmu.
Sangat-sangat!
Dia dahagakan ilmu Allah. Dia ingin meneroka ilmu Allah.
Soal keluarga, dia sangat-sangat mencintai keluarganya.
Dia mahu menjaga ibu ayahnya. Dia mahu menjaga adik-adiknya.
Dia ingin membawa mereka menuju redha-NYA.
Soal kejayaan, dia terlalu inginkannya!
Terlalu!
Soal impiannya mahu ke Bumi Anbiya dan Bumi Barakah, dia sangat-sangat mengimpikannya.
Semoga sahaja Allah mengabulkan doanya.
Soal hati? Ini. Ini yang meresahkan dirinya.
Dia tidak mahu bermain hati. 
Sekurang-kurangnya bukan sekarang.
Amanah di atas saja masih belum dilaksanakannya.
Tapi, kadang-kadang, hati ini selalu sahaja menyakat dan mengusik dirinya.
Tidak mahu menolak fitrah, dia akur.
Ini anugerah Allah untuknya.
Namun, dia harus waspada. Syaitan itu juga licik. Dia mahu memelihara hatinya.
Sudahlah wahai hati. Masih banyak yang perlu kamu teliti.
Pergilah duhai keresahan. Kamu tidak diperlukan di hati seorang insan.

Ahad, 20 Januari 2013

Airmata Keinsafan

Merenung ke dada langit. Cerah. Indah. Dia tersenyum. Subhanallah. Indah ciptaan-NYA. Daun-daun meliuk-lintuk mematuhi aturan angin ciptaan-NYA. Namun, tiba-tiba senyuman miliknya mati.
"Ya Allah. Suatu hari dia akan mati. Suatu hari dunia ini akan musnah. Ya Allah, terlalu banyak dosanya. Terlalu banyak! Tidak mampu dia hitung. Dia selalu mendustakan janjinya pada Tuhannya!"
Mengalir lagi airmatanya. Hembusan bayu tidak mampu mendamaikan pilu di hatinya. Dia merenung lagi ke dada langit. Cuba mengingati dosa-dosa lalu. Sakit. Pedih. Perit. Itu yang dia rasakan. Betapa jahilnya dia! Betapa berdosanya dia! Dalam kepiluan, dia cuba mengukir senyuman. Allah tidak kejam. Saat dia terumbang-ambing mencari jalan, DIA datang menghulurkan pertolongan.

"Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."-(Al-Baqarah;214)

"Dan apabila hamba2-Ku bertanya kepadamu(Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran."-(Al-Baqarah;186)

Dia menangis lagi. Kali ini langit juga menangis. Tangisan dan esakannya tenggelam bersama tangisan awan. Dia menadah tangan, memohon dengan penuh jiwa penghambaan dan dia menyerahkan segala aturan dan takdir kepada Al-Rahman.

Pergilah;Jangan Kembali Lagi.

Dia diam. Tidak berani berkata apa-apa. Memang hatinya sakit. Tapi, dia lebih yakin dan percaya pada aturan takdir Allah untuknya. Siapa dia untuk melawan takdir? Siapa? Dia hidup di atas dunia ini juga kerana belas kasih Allah terhadap dirinya. Dia perlu bersyukur. Walau apa sekali pun dia wajib bersyukur!

Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Segala puji tertentu bagi Allah (yang melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung), Ia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan jelas nyata)" dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan.-(Al-Naml;93)

Dalam Surah Al-Rahman saja 31 kali Allah menyebut :

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang hendak kamu dustakan?"

Tiada. 

Firman Allah SWT :"Iaitu orang-orang yang  apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan: Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya-lah kami kembali.  Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk" [Al Baqarah: 156-157]

"Tidak ada suatu musibahpun yang menimpa diri seseorang kecuali dengan izin Allah dan barang siapa yang beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya" [HR Muslim]

Airmatanya mengalir lagi. Oh! Tolonglah wahai diri! Baru diuji sedikit sudah mahu mengalah? Bangun! Bangkit! Pejuang agama dan serikandi baginda tidak cepat menyerah! Heh. Jangan kata diri beriman sekiranya tidak tahan diuji. Keimanan diri hanya Allah yang layak menilai. Bukan diri.
Sabarlah wahai hati. Tenanglah wahai jiwa.
Usah ditangisi apa yang bukan milikmu.
Bergema pujukan dari Allah dalam sanubarinya.

“Cukuplah Allah bagiku. Tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal.
( At-Taubah: 129)

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan yang sabar dan dengan mengerjakan solat; dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”
( al-Baqarah: 45)

“ …dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”
( Yusuf : 12)

Dan akhir sekali, terngiang-ngiang kalimah suci Allah dalam dirinya.
Untuk kesekian kali dia pasrah. Dia redha. Dia hanya hamba.
Airmata mengalir lagi.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” – (al-Baqarah: 216)

Pergilah wahai segala kesedihan. Usah kembali lagi. 
Tidak mahu diakui tewas, lantaran pujukan-NYA terlalu manis.
Kuatlah wahai hamba Allah. 
Allah lebih tahu.
Usah ditangisi lagi.
Dia dan itu bukan takdirmu.

Jumaat, 18 Januari 2013

Ya Allah;Lembutkan hati hamba-MU



Tuhan.
Tolong lembutkan hati hamba.
Untuk mencintai-Mu selamanya.
Kerana ku tak sanggup.
Kerana ku tak mampu menghadapi siksa nerakamu.
Tuhan aku tahu banyak dosaku.
Hanya ingat Kamu kala dukaku.
Namun hanya Kamu yang mampu membuka pintu hatiku untuk cinta-Mu.
Allah.
Ampunkanlah hamba-Mu.
Yang selalu dustakan janjiku.
Agar kelak ku takkan disiksa kerana dosa-dosa masa lalu.
Allah.
Jatuh airmataku yang terus mengalir mengiring doaku.
Allah.
Yang mengampuni segala dosa-dosa hamba yang meminta.
Hanya mampu berdoa.
Moga maghfirah tiba nanti.



Khamis, 17 Januari 2013

Hati Dirobek.




Sakit hati? Disakiti?
Pedih bukan?
Sakit bukan?
Sabarlah wahai hati-hati yang dipilih oleh-NYA :')
Kalian insan terpilih. Terpilih untuk diuji.
Hmmm. Orang tak pernah nak jaga hati kita?
Sabar lagi:')
Allah ada. Allah ada. Allah ada.
Allah akan jaga hati kita. 
Biarkan mereka berbicara. Biarkan. Biarkan mereka memalukan kita di khalayak semua.
Jangan melawan. Jangan simpan dendam. Sebaliknya, doakanlah yang baik-baik.
Terus menghormati mereka sebagai insan. Ya. Kita bukan malaikat. Bukan juga Nabi. Kita manusia biasa. Jadi, jangan biarkan syaitan menguasai kita. Istighfar. Istighfar. Zikir. Selawat. Bukan sebab kita terlalu baik. Tapi, inilah akhlak Rasulullah S.AW. 
Berkata baik. Atau diam. Memang puas hati bila kita mampu membalas dan membidas kata-kata mereka. Tapi, cuba fikit balik. Bukankah kita akan sama seperti mereka? Nilai kita dengan mereka akan sama.
Sudahlah. Kalau hati dirobek, berdoalah.
Alirkanlah rasa sakit itu di sejadah cinta-NYA.
Allah Maha Mendengar. Moga kita kuat:')
Moga Allah lembutkan hati mereka.
Insya-Allah. Amiin.

Selasa, 15 Januari 2013

Dengarlah Bakal Jenazah ini Berbicara:')

Senyum:')
Kawan saya selalu cakap.
"Ain. Kalau bulu mata kanan kita jatuh, bermakna ada orang rindu kita. Bulu mata Ain selalu jatuh. Mesti ada yang rindu."

*Tersenyum dalam tangisan*

"Kalau daun di pohon syurga yang jatuh tuh nama Ain, Ain akan mati kan?:') "

Ya. Aku akan mati. Akan mati tak lama lagi. Semua orang marahkan aku. Mengapa selalu menyebut soal mati? Ain sakit ke?
Hanya mampu tersenyum:')

Sahabat fillah.
Maafkanlah diri ini. Terlalu banyak salahku pada kalian. Seandainya aku ditakdirkan pergi, maafkanlah aku. Relakan pemergianku. Doakanlah aku. Hanya doa kalian yang mampu meringankan azabku:')
Moga Allah mendengar doa kalian untuk si pendosa tanpa noktah ini.
Moga Allah juga mengampuni daku.
Seandainya aku punya hutang dengan kalian, beritahu aku. Jika aku tidak sempat bertemu kalian, beritahu keluargaku:')
Jangan diam. Aku mahu kembali kepada-NYA dalam keadaan aman.
Aku malu berjumpa dengan-NYA sebenarnya. Kerana diriku terlalu banyak terpalit dosa dan noda. Tapi, aku mahu berjumpa dengan-NYA. Mahu sekali:') Aku juga mahu bersama Rasulku:') Aku tahu aku tidak layak ke syurga. Tidak layak berjumpa Rasulku apatahlagi DIA.
Moga Allah memberi aku peluang:')
Maafkan aku ya sahabat fillah?:')
Doakanlah aku di sana.
Bagi kalian yang akan terus bernafas dalam jiwa hamba, kuatkanlah hati. Cintailah DIA:')

Yang akan pergi,
-Hurun Ain-

Kenang daku dalam doa kalian:')