Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Khamis, 11 Oktober 2012

Adam ; Maafkanlah


Assalamualaikum wahai Adam.
Adam,
Maafkanlah diri ini seandainya membuatmu terleka.
Maafkanlah diri ini seandainya aku pernah mengetuk pintu hatimu.
Maafkanlah aku seandainya aku pernah menyentuh hatimu.
Demi Allah Adam,
Tidak pernah terlintas di benakku dan hatiku untuk melalaikanmu.
Astaghfirullahaladzim.
Aku benar-benar memohon maaf.
Ya Allah, Ya Rahman,
Ampunilah aku.
Bukan aku sengaja menyentuh hati hamba-Mu yang satu itu.
Bukan niatku untuk mencemarkan hatinya dengan kasihku.
Ya Allah,
Engkau jagalah hatinya dan hatiku pada-Mu.
Jangan Engkau cemarkan hati kami dengan perkara yang melalaikan.
Ya Allah, Ya Rabbi,
Sesungguhnya aku amat mengasihi hamba-Mu itu.
Jagalah dia sebaik-baiknya Ya Allah.
Didiklah hatinya dan jiwanya dengan peribadi Rasul-Mu.
Jadikanlah dia seorang Imam yang bisa menuntun makmumnya kelak.
Jadikanlah dia seorang suami yang soleh.
Jadikanlah dia hamba yang sentiasa taat dan cinta kepada-Mu.
Wahai Adam,
Maafkanlah diri ini.
Sesungguhnya diri ini khilaf.
Tinggalkanlah aku barang seketika.
Pulanglah dirimu seandainya itu yang ditakdirkan untuk kita.
Wahai Adam,
Sesungguhnya aku faham.
Perginya dirimu bukan bermakna meninggalkan.
Tetapi,
Perginya dirimu untuk menjaga jarak perhubungan.
Aku tahu,
Sebagai insan,
Ada sekelumit kasih dalam hati yang penuh bunga di taman.
Maka,
Demi menjaga hati dan perasaan,
Aku merelakan.
Aku tahu Allah telah merancang,
Dan Dia juga yang menentukan.
InshaAllah,
Aku akan lebih tabah.
Jagalah dirimu wahai Adam.
Janganlah cemari hatimu dengan kecintaan yang melalaikan.
Kembalilah dirimu dengan kejayaan.
Kejayaan sebagai putera agama dalam medan jihad menentang keduniaan,
Kejayaan dalam dirimu menempuh segala mehnah ujian.
Sejauh mana jarak memisahkan kita,
InshaAllah,
Doaku sentiasa mengiringi setiap langkahmu.
Kita tetap bersatu dalam doa kepada-Nya.
Biar jarang berbicara,
Asal tetap hadir dalam doa.
Jika begitu kehendak-Nya,
Ku yakini itulah yang terbaik dari-Nya,
Buat kita sebagai hamba,
Hanya Dia yang mengetahui segalanya.
Semoga kita dipilih Allah,
Dalam barisan hamba-Nya,
Yang sentiasa berbaik sangka,
Kepada setiap Qada’ dan Qadar-Nya,
Dan mengharapkan rahmat dari-Nya.
Andai itu takdirnya,
Aku redha.
Maafkanlah diri ini.
InshaAllah,
Selagi nyawa masih ada,
Selagi itu doaku akan sentiasa mengiringi.
Semoga Allah redha.

Yang Mengasihimu,
Hawa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan