Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Sabtu, 27 Oktober 2012

Kejayaanmu ; Doa Mereka



Apa khabar wahai hati? Apakah ia mencintai-NYA? Tatkala bersendirian, benak ini banyak memikirkan. Berfikir tentang keagungan Tuhan. Berfikir tentang harapan dan impian. Harapan ibu dan ayah yang ingin melihat kejayaan satu-satunya anak perempuan mereka. Ya Allah, apakah aku mampu? Segala pergantungan hanyalah kepada-Mu. Gementar rasanya diri ini tatkala sedar bahawa peperiksaan SPM sudah semakin hampir. Alhamdulillah, setakat ini Allah masih mengurniakan kekuatan dan ketenangan. Tapi, tatkala memikirkan harapan ibu dan ayah, tiba-tiba sahaja hati ini rasa sayu. Apakah aku mampu untuk menggembirakan hati mereka dengan kejayaanku? Jawapan itu tiada padaku. InshaAllah, aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menggembirakan hati mereka. Wahai adik-adik, ingatlah orang tuamu. Janganlah hampakan hati mereka dengan kedegilanmu. Sebenarnya, apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah, sentiasalah hormati kedua-dua orang tuamu. Gembirakanlah hati mereka dengan kesolehanmu. Seorang ibu dan ayah akan bergembira jika anak-anak mereka sangat-sangat menghormati mereka, tidak melawan kata-kata mereka. Ingat adik-adik, redha Ilahi terletak pada redha ibu bapa. Selagi permintaan mereka tidak bertentangan dengan syariat-NYA, ikutlah. Biarlah hatimu terluka, jangan hati mereka yang terluka. Mana ada orang tua yang ingin melihat kegagalan dan dukacita anak mereka dalam hidup. Mana ada ibu bapa yang ingin anak mereka dicampak ke dalam An-Nar(Neraka) disebabkan ketidaktaatan mereka kepada orang tua. Jadi wahai adik-adik yang dikasihi sekalian, jaga maruahmu demi ibu bapamu. Terutama dirimu wahai adik-adik muslimatku. Jagalah auratmu. Jagalah pergaulanmu. Wanita itu fitnah dunia. Hendakkah dirimu campakkan orang tuamu ke neraka dek kedegilanmu? Sesungguhnya, kasihanilah mereka. Ingatlah pengorbanan mereka. Terlalu banyak jasa mereka kepadamu. Untuk adik-adik ikhwanku, persiapkanlah dirimu untuk menjadi mujahid-NYA, berjuang demi agama-NYA. Usia kita masih muda. Ayuh, sama-sama berjuang menuntut ilmu-NYA. Harapan orang tua kita terlalu besar wahai adik-adik sekalian. Biarkan mereka mengalirkan airmata dek melihat kejayaanmu. Jangan biarkan mereka menangis dek kerana kedegilanmu dan kegagalanmu. Wahai adik-adikku sayang, perjalanan kita masih jauh. Perjuangan kita masih panjang. Janganlah berputus asa andai diri rebah dan terluka semasa berjuang. Untuk mendapat sesuatu yang besar, kita perlu korbankan hal-hal yang kecil. Wahai adik-adik yang dikasihi, kuatkanlah dirimu. Bertabahlah wahai adik-adikku sayang. Kuatkan dirimu menuntut ilmu. Apa yang penting, jangan tinggal solat, terus yakin pada-NYA. Dan apa yang penting, hormatilah kedua-dua orang tuamu. Pohonlah doa daripada mereka. Sesungguhnya doa orang tuamu akan dimakbulkan Tuhan. Semoga berjaya dalam hidup wahai saudara-saudaraku sekalian. Semoga Allah merahmati kalian.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan