Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Sabtu, 20 Oktober 2012

Sudah, Jangan bersedih lagi. Gapai Tanganku.

Masihkah dirimu menangis? Kenapa wahai ukhty yang ana kasihi? 
''Dia'' mengecewakanmu lagi?
Rasa sakit dan kecewa itu masih berbekas di hati?
Bersabarlah wahai ukhty yang ana kasihi.
Usahlah bersedih lagi.
Cinta DIA sentiasa bersamamu.
DIA sentiasa menantimu.
Tabahkanlah hatimu wahai ukhty.
Hapuskanlah airmatamu itu.
Terlalu mahal harganya bagiku.
Ukhty,
Sesungguhnya perjalanan hidup ini memang sukar dijangka.
Apapun yang menjengah kita,
Biar apa dan bagaimana bentuknya,
Qalbu yang sentiasa dibelai dengan keimanan terhadap-NYA,
Pasti sentiasa tenang dan damai.
Lumrah kehidupan juga,
Bukan semua yang kita ingini akan tercapai.
Andai semuanya dapat,
Kita akan takabbur.
Kadangkala,
Sekuat mana kita usaha,
Andai DIA tidak mengizinkan ianya terjadi,
Ianya tidak akan terjadi.
Maka,jika perlu menangis,
Menagislah.
Tapi,
Usah terlalu lama wahai ukhty.
Kerana pintu kebahagiaan yang baru sedang menantimu di sana.
Yakinlah wahai ukhty,
Ketentuan-NYA telah sedia tersimpan,
Jauh terlebih dahulu daripada kewujudan kita.
Kita hanyalah makhluk penyempurna apa-apa yang telah ditentukan-NYA.
Belailah qalbu dan damaikanlah hati.
Moga rahmat dan redha-NYA akan sentiasa memayungi hidup kita.
Sudah,
Usah bersedih dan menangis lagi.
Ayuh,
Hulurkan tanganmu dan genggamlah tanganku.
Semoga kita sama-sama memperoleh redha-NYA dan menuju syurga-NYA.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan