Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Sabtu, 27 Oktober 2012

♥ Bahagia Dengan-NYA ♥


ALHAMDULILLAH! ;D
Sujud syukur hanya pada-NYA. Terasa bahagia sangat diri nih. Entah kenapa. Indah hidup bertuhankan DIA Yang Maha Esa bukan? Sesiapa yang percaya pada takdir-NYA, InshaAllah akan merasai kenikmatan iman dan taqwa. Indah dunia bercinta dengan-NYA. Tidak kecewa walaupun sedikit. Bercinta dengan-NYA sebenarnya tak perlu risau apa-apa. Walaupun DIA ''bercinta'' dengan ramai hamba-NYA tetapi cinta-NYA melebihi apa yang aku perlukan. Segala-galanya lebih. Harapan yang diberikan akan dilaksanakan. Maha Suci Allah, DIAlah Tuhan Yang Maha Satu, Allah Azza Wajalla. Saat menemui-NYA dalam sujud, seakan tidak mahu bangun darinya. Tangisanku pada-NYA bukan bererti aku kecewa. Tapi tangisanku pada-NYA aku benar-benar bersyukur dengan limpahan kasih sayang yang DIA curahkan untukku. Hanya DIA yang mengerti. Hanya DIA yang Mengetahui. Belum sempat aku memberitahu, DIA terlebih dahulu tahu. Ujian yang datang melanda mebuat aku lebih kuat menghadapi perjalanan hidupku. Ada hikmahnya di situ. Redhalah dengan dugaan-NYA. DIA ingin menguji kekuatan cinta. Biar apa mereka kata, berdiam diri sahajalah. Allah tahu segala-galanya. Terus percaya pada-NYA. Suatu saat nanti, Allah akan memberikan kebahagiaan yang tidak pernah dirimu bayangkan selama ini. Bertabahlah. Teruskan mencintai-NYA. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan