Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Jumaat, 19 Oktober 2012

DIA sentiasa ADA




Sungguh, petang tadi entah apa yang aku rasakan. Segala-galanya seakan kosong. Ya! Diriku terasa kosong. Lalu, ku hidupkan hatiku dan jiwaku dengan zikrullah. Aku turun ke tingkat bawah, berharap apa yang aku cari akan ditemui. Lalu, umi ku menegurku.
‘’Cari apa kakak?’’
‘’Tasbih,’’
Aku tidak berupaya untuk bercakap panjang. Sungguh aku rasa bersalah dengan umi ku. Tetapi apakan daya. Lantas, dirinya mencari sesuatu. Aku memandang dengan perasaan sayu. Ya Allah, Demi Allah, aku sungguh mencintai tubuh tua itu. Seakan aku mahu berlari memeluk tubuh tua umi ku itu, namun kaki ku tidak mampu melangkah.
‘’Nih tasbihnya,’’
Umi ku memberi kalung tasbih kepadaku. Aku diam. Memandangnya kosong. Lalu, tangan kananku diraih, seuntai kalung tasbih diletakkan di dalam genggamanku. Umi ku tersenyum. Aku tidak mampu bereaksi. Sungguh, tatkala itu aku mahu menangis dan memeluk erat tubuhnya namun aku tidak berdaya. Ya Allah, kenapa dengan diriku?
‘’Kakak nampak pucat,’’
Suaranya lirih. Umi ku membelek wajahku. Rambutku disikat. Allahurabbi. Sedih, sayu. Waktu ini tiada apa yang mampu aku lakukan. Hatiku menangis. Begitu sayang dirinya terhadap diriku. Ya Allah, masukkanlah umi ku ke dalam syurga-Mu. Kasihanilah dia.
‘’Pergi naik, rehat,’’
Aku hanya mampu mengangguk. Setiap bait bicaranya terakam rapi dalam benakku. Lantas, aku berlari menuju tangga. Aku mahu cepat sampai di bilik. Sampai di bilik, ku peluk erat kalung tasbih dan surah Yaasin. Airmataku mengalir laju. Aku lemah. Aku kecundang. Entah apa yang mengganggu benak dan hatiku.
Allah, Allah, Allah.
Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah.
Hanya itu yang mampu aku ucapkan. Lalu, aku keluar daripada bilik, menjenguk ke tingkat bawah. Umi ku sedang sibuk di dapur. Aku ambil kesempatan itu untuk ke luar beranda di tingkat atas. Langit waktu itu cerah. Langit baru berhenti menangis. Lantas, ku buka Al-Mathurat dan membacanya. Kalung tasbih di bilang. Mulutku terkumat-kamit mengalunkan zikir. Namun, hatiku masih lagi kosong. Allahuakbar. Sudah matikah jiwaku? Sudah matikah hatiku? Terasa seperti mahu menangis namun tiada airmata yang mampu dikeluarkan. Segalanya seperti terpendam.
Argghhhh!!! Serabut! Serabut!
Kenapa dengan diri ini Ya Allah???????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Apakah aku sudah gila??????!!!!
Aku berlari menuju bilik. Kalung tasbih masih dalam genggamanku.
Allah, Allah, Allah.
Kali ini aku memejamkan mata dan berharap DIA benar-benar hidup dalam hatiku. Dan saat itu, hembusan bayu menampar lembut pipiku. Ku pandang langit.
Ya Allah, di mana diri-Mu? Ya Allah, apa sudah jadi dengan diriku? Ya Allah, apakah aku sudah gila? Ya Allah, apakah jiwaku sudah mati? Ya Allah, aku kosong, serabut.
Lahawlawalaquwwataillabillah. Lahawlawalaquwwataillabillah.
Zikrulmaut ini ku ulang-ulang. Kalung tasbih semakin laju di bilang. Aku mampir ke jendela, merenung langit. Apakah yang kau fikir wahai diri? Senyap. Sunyi. Sepi. Tiada jawapan dari al-aqli mahupun qalbi. Zikrulmaut itu ku ulang sehinggalah aku merasakan DIA hampir kepadaku. Allah! Lantas, aku sujud. Sujud pada keEsaan-Nya. Ku ulang lagi zikrulmaut itu sehingga lidahku kering. Bajuku lencun dibasahi airmata. Langit juga turut menangis tatkala itu. Allah, seakan langit mampu memahami perasaanku. Lantas, dengan penuh kehinaan dan kudus, tanganku diangkat memohon kepada-Nya. Sungguh, tatkala itu aku rasa hampir mati. Terasa seperti dunia ini sudah tiada ertinya lagi. Tapi, Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi. DIA tidak pernah meninggalkan aku sendiri. Diriku dibelai dengan kalimah-kalimah agung-Nya yang suci.
Subhanallah, Maha Suci Allah! Engkaulah Tuhanku yang tidak beranak dan tidak diberanakkan! Engkaulah Tuhanku Yang Esa tiada dua!
Ashhaduanlailahailallah, Waashhaduanna Muhammadan Rasulullah!
Aku sujud kepada-Mu Ya Allah. Tiada pergantungan lain selain daripada-Mu. Tiada kekuatan lain selain-Mu. Hanya Engkau Yang Maha Satu. Hanya Engkau Cintaku. Hanya Engkau yang aku perlu. Hujan lebat di luar, dan makin galak tangisanku di dalam. Tatkala aku sudah tersungkur, lemah, luka dan berdarah, DIA datang memautku dengan kalimah dan janji-Nya.
Maha Suci Allah,
Tautkanlah hati ini kepada-Mu. Tenangkanlah hati ini dengan zikir-Mu. Jagalah hati ini Ya Allah. Jagalah iman ini. Jagalah akidah ini.
Ya Allah.
Jagalah hati, iman dan akidah dia juga.
Jadikan dia hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa.
Permudahkanlah segala urusannya.
Berikanlah dia kekuatan untuk menghadapi ujian-Mu.
Kerana aku tahu dia juga lemah tatkala diri dan cintanya terhadap-Mu diuji.
Jagalah dia di bumi sana.
Ya Allah.
Kasihanilah orang tua kami.
Jadikanlah kami anak yang soleh dan solehah.
Kurniakanlah kejayaan kepada kami.
Izinkan aku dan dia untuk berjihad di jalan-Mu.
Izinkanlah kami untuk mencintai-Mu melebihi segala2-Nya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan