Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Sabtu, 27 Oktober 2012

Terlalu Banyak Dosaku


Sudah tiba masanya untuk bermuhasabah diri. Ya, muhasabah diri. Diriku terlalu jahil suatu ketika dahulu. Kini, aku nekad. Nekad untuk meninggalkan zaman jahiliyyah ku. Ini jalan yang ku pilih dan aku tidak akan sesekali berpaling darinya. Dan aku juga takkan mengalah walaupun aku kecundang dan berdarah. Aku rela demi-NYA. InshaAllah! Seandainya aku mati, apakah aku bersedia menemui-NYA? Ya Allah, terlalu banyak dosaku hinggakan gunung juga tidak mampu bertahan dengan bebanan dosaku Ya Allah. Ampunilah aku Ya Allah. Aku hamba-Mu yang hina. Apakah Engkau menerima taubatku Ya Allah? Sesungguhnya aku takut. Takut pada azab siksaan neraka-Mu. Tapi, aku tahu Ya Allah, aku juga tidak layak ke syurga-Mu. Aku hanyalah manusia biasa yang memerlukan-Mu tiap masa, tiap ketika. Tanpa-Mu, aku mati Ya Allah. Tanpa-Mu, aku tiada pengharapan. Ya Allah, ampunilah hamba-Mu ini. Sesungguhnya aku sujud kepada keEsaan-Mu. Tiada yang mampu menandingi-Mu. Jangan pernah tinggalkan aku sendiri Ya Allah. Sakit rasanya aku tanpa-Mu. Pautkanlah aku pada-Mu. Jangan pernah lepaskan aku sendiri tanpa-Mu. Aku sanggup melakukan apa sahaja untuk-Mu Ya Allah. Cuma satu pintaku, tautkanlah hati ini pada-Mu. Ya Allah, seandainya aku mati, aku mohon, jagalah mereka untukku. Jadikanlah mereka hamba-Mu yang taat akan perintah-Mu. Jangan biarkan mereka terus leka dari-Mu Ya Allah. 
''Kun fayakun..''
Seandainya Izrail mencabut nyawa dari jasadku, aku mohon. Ringankanlah seksaanku di sana. Terlalu banyak dosaku sehingga mengalahkan seluruh isi semesta alam. Ampuni aku Ya Allah. Ampuni aku. Hanya kepada-Mu aku kembali.
''Lailahailla anta. Subhanakainni kuntuminadzzolimin..''


Tiada ulasan:

Catat Ulasan