Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Isnin, 29 Oktober 2012

Doa ; Penghubung Rindu




Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Saat rindu itu bermula
Hati mula merasakan cinta.
Lalu diri ini cepat-cepat beristighfar kepada-Mu.
Bimbang rindu itu tidak halal bagiku.
Ya Allah Ya RabbulIzzati
Apa yang harus aku lakukan?
Ampunilah diri ini sekiranya terdetik di ingatanku
bahawa aku rindu akan dia.
Ya Allah Ya Bari'
Jagalah hati ini pada-Mu.
Sesungguhnya aku tidak mahu jauh dari-Mu.
Peganglah hati ini Ya Allah.

Ya Allah,
Tanamkan kecintaanku hanya pada-Mu.
Ya Allah,
Hanya doa yang mampu ku utuskan buatnya di sana.
Jagalah dia.
Jadikanlah dia putera agama yang akan berjuang di jalan-Mu.

Ya Rabbi,
Damaikanlah hati ini.
Kurniakan kesudahan yang baik bagi kami.
Sesungguhnya ku tahu
Ini sebahagian ujian-Mu buatku.
Ku pasrah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan