Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Sabtu, 27 Oktober 2012

Ilmu Itu Penting

Assalamualaikum wbt.
Pagi-pagi lagi dah berblogging. Tapi kali nih via blogger-droid. Tak sempat nak bukak lappy bagai. Kali nih nak kongsi something yang agak penting. Bukan agak. Tapi memang penting. Khas untuk adik-adik yang masih lagi belajar dan bertatih, berjuang dalam mencari identiti dan matlamat hidup.
*p/s : senior2 pun takpe jugak*
Tadi pergi jalan-jalan. Actually, bukan jalan-jalan sangat, pergi cari barang kt Mydin n Giant dan ternampak ramai budak-budak muda terutama ''budak sekolah'' yang macam saya nih dekat sana. Ke hulu ke hilir dengan pakwe masing-masing. Nak kata tunang, agak tidak logik rasanya budak sekolah sekecik tuh dah ada tunang. Kan? Tiba-tiba teringat suatu ketika dahulu. Waktu masih jahil dan tak tahu apa-apa. Oh, bukan tak tahu, tapi menidakkan apa yang saya tahu. Saya menghalalkan apa yang haram. Allaburabbi. Semoga Allah mengampuni. Dulu, selalu aja hangout dengan kawan-kawan. Biasanya mula-mula pergi ke Perpustakaan Awam Negeri. Tapi, kebiasaannya jugak, tak sampai sejam pun duduk kat sana. Masih ingat, waktu tuh sorang kawan nak jumpa dengab boyfie dia. Masa tuh saya agak hairan. Bukankah matlamat kita pergi ke perpustakaan untuk mencari ilmu? Macam mana boleh terbabas pulak? Bila dengar sahaja dia nak date dengan boyfie dia kat perpustakaan, terus hati saya terasa kecil. Bukan apa, saya bagitau ibu dan ayah bahawa saya ke sana untuk belajar. Tentu dia juga begitu. Cubalah bagitau mak atau ayah nak pergi ke perpustakaan nak dating. Agak-agak ibu dan ayah kita bagi tak? Tentu tak kan? Lalu, saya katakan padanya saya ke sana untuk belajar. Tapi, dia terus desak untuk teman dia. Waktu tuh, saya tidak tahu bagaimana hendak menolak dan tidak mampu menolak. Saya iyakan jua. Terasa berdosa benar dengan mak dan ayah. Mak dan ayah kita berharap pada kita. Percaya pada kita. Mereka ingat kita betul-betul pergi tuntut ilmu. Tapi, "ilmu" lain pula yang kita cari. Tidak kasihankah pada mereka?
Adik-adik sayang,
Usia mu masih mentah. Usiaku juga masih muda. Tahukah dirimu apa tanggungjawab kita? Belajarkah kita? Kejarkah kita akan ilmu-NYA? Atau kita diciptakan hanya untuk melayani perasaan "cinta" yang entah di mana pengakhirannya.
Iya, betul. Tak salah bercinta.
"Cinta itu kan fitrah.."
Kakak tahu, kalau kakak cakap macam tuh, adik-adik akan jawab ;
"cinta itu fitrah.."
Tapi bagaimana dengan belajar?
Ketahuilah sesungguhnya ;
"Menuntut ilmu adalah amanah dan wajib kepada setiap insan.."
Belajar itu amanah!
Adik-adik, kasihanilah kedua-dua orang tuamu. Siang malam menjaga dirimu. Susah, senang, mereka sentiasa di sisimu. Tika kamu sakit, mereka bersusah payah mencari penawar untukmu. Memang benar, mereka tidak pernah meminta jasa mereka untuk dibalas. Memang itu kerja mereka bukan? Menjaga dan merawat kita. Kita kan amanah mereka? Jadi, memang wajar mereka melaksanakan tugas mereka. Kan?
Tapi, wahai adik-adikku sayang. Kita sebagai anak juga punya tanggungjawab terhadap mereka. Tanggungjawab kita sebagai seorang anak adalah untuk menggembirakan hati mereka. Mereka sudah tua sayang. Hanya satu pinta mereka. Hanya satu yang mereka inginkan. Mereka ingin melihat kejayaanmu. Mereka inginkan dirimu menjadi anak yang soleh dan solehah. Melihat dirimu menjadi seorang hamba yang tauhidnya tidak goyah pada Yang Esa! Subhanallah. Tidak banyak yang mereka pinta bukan? Tidak mampukah kamu untuk itu? Tidak mampukah kamu untuk terlebih dahulu menggembirakan mereka? Ilmu itu penting. Ilmu lah yang akan menyuluh kehidupanmu kelak. Cuba bayangkan perasaan orang tuamu apabila seseorang memberitahu mereka,
"Aku nampak anak kau keluar dengan lelaki mana entah tadi.."
*yg lelaki pun sama*
Tidakkah hancur hati mereka? Mereka telah DITIPU oleh anak-anak yang mereka kasihi. Nauzubillah, semoga kita terhindar. Jadi, adik-adik sayang. Belajarlah dahulu baru fikir soal cinta. Masa depan kita masih samar. Perjalanan kita masih jauh. Jika ingin bercinta sekalipun, tunggulah sampai habis sekolah. Waktu sekolah, tumpukan perhatianmu kepada pelajaran. Ingat orang tuamu. Selepas habis sekolah, pilihlah jalanmu. Jika ingin bercinta, carilah lelaki yang ingin mendampingimu sampai ke syurga. Yang membimbingmu ke jalan-NYA. Mintalah dia untuk berjumpa dengan orang tuamu. Jika dia menolak, itu bererti dia belun bersedia. Jadi, mengapa memilih untuk bercinta jika belum bersedia bukan? Apa yang penting, letakkan pengharapanmu kepada-NYA. Biar DIA aturkan jalan hidupmu. Kembalilah kepada-NYA. Jangan disia-siakan usia mudamu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan