Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Isnin, 29 Oktober 2012

Harapan Bonda Dan Ayahanda


Sayu hati tatkala melihat ibu dan ayah bersusah-payah membesarkan kami adik-beradik. Sedih melihat tubuh tua ayah masih lagi membanting tulang empat keratnya untuk menyara kami. Pilu melihat ibu yang bersusah-payah menyediakan makan minum kami. Allahuakbar, Ya Allah. Kasihanilah orang tuaku. Berikanlah mereka kekuatan Ya Allah. Ayah,mak. Kakak tahu kakak bukan anak yang baik. Selama hidup kakak 17 tahun, kakak selalu lawan mak dan ayah. Kakak minta ampun. Tapi, ketahuilah. Sesungguhnya mak dan ayah lah nyawa kakak. Kakak sayang, kasih, cinta mak dan ayah sangat-sangat. InshaAllah, kakak kini bukan kakak yang dulu. Yang selalu membantah apabila mak dan ayah hulurkan nasihat. Yang selalu melatah apabila ditegur. Mak,ayah. InshaAllah,kakak dah besar sekarang. Kakak tahu kakak dah banyak buat silap. Kakak cuba menjadi anak yang solehah, yang sentiasa gembirakan hati mak dan ayah. Kakak cuba menjadi hamba-NYA dalam erti kata sebenar. Kakak cuba untuk menjadi muslimah yang lebih baik. Mak,ayah. Sesungguhnya kakak perlukan doa dan restu kalian. Redha Allah terletak pada redha kalian. Kakak tahu,sebagai anak sulong dan satu-satunya anak perempuan,mak dan ayah menaruh harapan yang cukup tinggi pada kakak. InshaAllah, kakak akan cuba yang terbaik. Hanya Allah sebaik-baik penolong. Terima kasih kerana sanggup mengorbankan diri demi anak-anakmu. Maafkanlah kami seandainya kami mengecewakanmu. InshaAllah, kami cuba menjadi anak yang soleh dan solehah. Hanya satu pinta kami. Doakanlah kami. Redhai kami. 
Kami sayang mak dan ayah!
Kalian anugerah terindah Ilahi.
Untuk bonda dan ayahanda kalian,
Daku titipkan doa yang sama. Semoga Allah merahmati bonda dan ayahanda kalian. 
Ingat, jangan pernah kecewakan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan