Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.-(Az-Zumar;53)

Jumaat, 26 Oktober 2012

Cinta Tersulam Redha




Alhamdulillah, 2 hari di kampung halaman bonda tercinta. Tak sempat nak snap gambar sebab terlalu sibuk dengan kelas tambahan. Tumpang kelas kat sekolah sepupu tercinta aje sebab kat sekolah sendiri takde kelas. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Terima kasih untuk cikgu Maziah(FIZIK) dan teacher BI. Kesudian kalian berdua membenarkan saya untuk menumpang kelas sangat2 dihargai. Untuk cikgu Maziah, terima kasih sebab belikan nasi untuk saya. Waktu kami sepupu-sepapa berkumpul beramai-ramai, ada persoalan dilontarkan. Apa lagi kalau bukan soal hati. Anak muda. Takkan lari daripada soal ini bukan?

''Takpe ke jatuh cinta?''

Tersenyum diri ini tatkala persoalan itu dilontarkan. Sebenarnya jatuh cinta itu tak salah. Cinta itu sendiri merupakan suatu perasaan yang sangat suci. Bahagia bukan jika punya cinta dalam hati? Apatah lagi jika cinta itu sudah pun halal. Tiada lagi rindu yang terpendam. Ungkapan yang dilafazkan pula terasa suci. Terasa dunia indah benar. Apatah lagi jika cinta itu dilandaskan pada syariat-NYA. 

''Dahtu, camne kalau kita tak kapel, tapi kan hati kita suka kat dia.Cinta mungkin.Bagaimana?''

Subhanallah, Maha Suci Allah yang Maha Membolak-balikkan hati. Sesungguhnya hati kita milik-NYA. DIA yang menjaga hati kita. Tapi, awas. Hati-hati dengan hati. Jangan sampai ia memakan diri. Sebenarnya perasaan itu tak salah. Ia juga merupaka satu ujian sebenarnya. Berdoalah kepada-NYA agar kita tidak melebihkan cinta kepada dia berbanding cinta kepada-NYA. Istighfar, dekatkan diri dan hati pada-NYA. Satu hal yang perlu kita tahu, takdir kita sudah wujud terlebih dahulu daripada kewujudan kita. Maka, jodoh itu juga sudah ditakdirkan oleh-NYA. Jadi, berdoalah. Jangan berhenti berdoa agar DIA tidak mengujimu dengan cinta manusia. Jagalah hati dengan sebaik mungkin. Hati kita cuma ada satu. Jangan biarkan ia terluka. Serahkan hati kita pada Yang Haq.

''Kalau tiba-tiba dia ada kekasih ke ape camne?Camne kalau kita kecewa?''

Kecewa. Sakit bukan? Bila kita kecewa serasa seperti seluruh tubuh kita lemah, rebah menyembam ke bumi. ''Lahawlawalaquwwataillabillah..'' - Tiada kekuatan lain selain kekuatan-NYA. Ingatlah, DIA sentiasa ada. Jangan salahkan takdir-NYA seandainya dia bukan takdirmu. Allah sedang mengujimu. Mungkin sahaja DIA punya rencana lain untukmu. Letakkan tauhidmu kepada-NYA tanpa ragu. Percaya dan yakinlah pada-NYA. Andai dirimu kecewa, menangislah dan mengadulah pada-NYA. Mohonlah pada-NYA agar DIA memberimu kekuatan. Kamu kuat. Percayalah. Seandainya kamu terus percaya pada-NYA, InshaALLAH, DIA akan sentiasa hidup dalam hati itu. ''Hasbee Rabbi Jalallah, Mafee Qalbi Ghairullah..''
Pujuklah hatimu dengan kalam cinta-NYA. Berzikirlah pada-NYA. Bertaqarrublah pada-NYA. Hanya itu penawar kepada penyakit hati.

''Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?''

 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah menakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita. Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita. sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita akan kekurangan diri kita sendiri. '' Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati..''- dipetik dari kata-kata hikmah Arab. Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah. Kita takkan pernah kita bertemu dengan orang yang salah. Semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan, untuk kita belajar sesuatu darinya.
 Bersabar, dan teruslah berdoa. Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin pada-NYA. 

''Bagaimana jika kita berharap padanya dan putus harapan pada-NYA?''

 "Dialah Tuhan yang menurunkan ketenangan ke dalam hati orang yang beriman, supaya keimanan mereka makin bertambah daripada keimanan yang telah ada. Kepunyaan Allah tentang langit dan bumi, dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana." (Surah Al-Fath: 4)

Mana mungkin kita mengelakkan daripada diuji kerana itu adalah takdir Allah SWT. Yang mampu kita buat hanyalah meningkatkan tahap kebergantungan kita kepada Allah di samping berusaha sedaya upaya menyelesaikan masalah itu. 
Ungkapan yang terkenal: We can't direct the wind but we can adjust our sail – kita tidak mampu mengawal arah tiupan angin, kita hanya mampu mengawal kemudi pelayaran kita.
Kemudi dalam pelayaran kehidupan kita adalah hati. Hati yang bersifat bolak-balik (terutamanya bila diuji) hanya akan tenang bila kita beriman kepada Allah – yakin kepada kasih-sayang, keampunan dan sifat pemurah-Nya. Dalam apa jua takdir yang ditimpakan-Nya ke atas kita adalah bermaksud baik sekalipun kelihatan negatif. Baik dan buruk hanya pada pandangan kita yang terbatas, namun pada pandangan-Nya yang Maha luas, semua yang ditakdirkan ke atas hamba-Nya pasti bermaksud baik.

 "Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya." (Surah Al-Baqarah : 216)

Seorang ahli hikmah, Ibn Atoillah menjelaskan hakikat ini menerusi katanya,
 "Barang siapa yang menyangka sifat kasih sayang Allah terpisah dalam takdir-Nya,maka itu adalah kerana pendeknya penglihatan akal dan mata hati seseorang."

Percayalah, di mana ada masalah, di situ jua ada Allah. Masalah itu diciptakan supaya kau sedar bahawa kau hanyalah hamba, perlu lebih mendamba. Agar haus tikar sembahyangmu kerana sujud yang begitu asyik.

Allah SWT berfirman:
"Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." - [Surah Az-Zumar: 53]

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan, kedudukan, mahupun cinta pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

''Bagaimana untuk redha?''

"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi..." (Surah Al-Baqarah: 284)

"...Kepunyaan Allah-lah perbendaharaan langit dan bumi..." (Surah Al-Munaafiquun:7)

Merasa bahawa kita memiliki sesuatu secara mutlak akan mengundang kesengsaraan jiwa kerana apa yang ada pada kita itu boleh hilang pada bila-bila masa sahaja. Justeru, kita tidak akan redha atau berpuas hati dengan sebuah kehilangan, dan akan menjadi tertipu dengan sebuah pemilikan yang sementara.
Kita tidak memiliki apa-apa dan kita juga bukan milik siapa-siapa selain DIA. Allah lah yang memiliki jiwa-jiwa kita dan segala yang ada di langit dan di bumi. Sedarlah bahawa kita akan kembali, kerana pemilikan DIA adalah sebuah pemilikan tunggal, hakiki dan abadi. Tidak ada sesuatu pun yang berada di atas muka bumi ini yang terlepas daripada pemilikan Allah. Semuanya adalah kepunyaan-Nya secara mutlak, dan hanya DIA yang berhak menentukan dan mengizinkan sesuatu itu berlaku terhadap segala isi bumi. DIA adalah pemilik mutlak yang tunggal, yang mengatur segala perjalanan dunia ini.

"Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah yang mempunyai 'Arsy daripada apa yang mereka sifatkan." ( Surah Al-Anbiyaa':22)

Atas kesedaran bahawa kita adalah milik Allah, kita harus mengembalikan segala urusan kepada Allah. Hanya DIA yang berkuasa memberikan keputusan terhadap diri kita. Hanya DIA yang tahu apa terbaik untuk kita lalu memerintahkannya, dan apa yang buruk untuk kita lalu melarangnya.
Apabila DIA memiliki kita, adakah kita punya hak untuk menentang? Setelah seorang tuan memiliki seorang hamba, tugas seorang hamba adalah ikut dan tunduk patuh kepada Tuhan dengan ketaatan yang tiada berbelah bahagi.
Segalanya yang kita miliki adalah milik mutlak Allah. Sekalipun kita merasa teramat sayang terhadapnya, ia tetap akan kembali kepada Allah. Cinta dan dia pada seseorang adalah anugerah Allah. Kita memilikinya hanya untuk sementara dalam melayari perjalanan di atas muka bumi. Bila-bila masa sahaja Allah boleh mengambilnya daripada kita tanpa perlu meminta persetujuan atau kebenaran kita, kerana sememangnya itu adalah miliknya. 

 "Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi.." (Surah al-Baqarah: 284)

Jika kita adalah pemilik mutlak kepada sesuatu, maka semestinya kita boleh menghalang ia hilang daripada kita. Kita pasti tidak akan pernah mampu berbuat demikian. Kita mungkin boleh berbicara dengan yakin, bahawa kita memiliki sesuatu secara pasti, namun kita akan tersadung apabila takdir Allah mendahului kehendak kita.
Hilang, lenyap, luput, mati, tamat, semuanya akan berlaku dan kita sedikit pun tidak dapat menghalangnya. Takut kehilangan dan berusaha untuk terus memiliki sesuatu adalah tanda yang jelas bahawa kita tidak memiliki sesuatu tersebut. Jika kita memilikinya, kita takkan pernah bimbang dan takut.
Dalam memahami pemilikan hakiki ini, Islam mengajar kita untuk bersikap sederhana dalam segala sesuatu. Apabila kita mencintai, janganlah sehingga melampaui batas dan ingin mendahului ketentuan Allah. Apabila kita memiliki sesuatu harta (yang hakikatnya adalah pinjaman), janganlah terlalu bakhil untuk menginfak di jalan Allah. Islam tidak melarang kita daripada berusaha untuk mendapatkan kurnia daripada Allah, kerana DIA memberi apabila DIA berkenan.
Apa yang paling penting adalah menyerap makna pemilikan hakiki oleh DIA dan tidak merasakan bahawa kita adalah pemilik mutlak kepada segala sesuatu. DIA adalah pemilik dan kita adalah peminjam, kitalah yang berhajat kepada apa yang menjadi milik-Nya, dan DIA sama sekali tidak rugi dengan apa yang diberikan-Nya kepada kita.

"Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji." (Al-Fathir: 15)

Kita selalu merasa ingin memiliki sesuatu. Apabila kita telah memilikinya, kita selalu ingin agar ia tidak luput daripada kita. Kita selalu lupa bahawa ia adalah pinjaman yang pasti diambil kembali. Hai jiwa yang sering tidak puas dengan apa yang ada, dan sentiasa mengejar sesuatu yang bukan milik kita, sedarlah bahawa DIA adalah pemilik hakiki segala yang ada di langit dan segala yang ada di bumi. Apabila engkau meminta, mintalah kepada DIA. Apabila engkau ingin memberi, berilah kerana DIA.

Wahai hati dan jiwa,
Seandainya dia bukan milikmu, seandainya kamu kecewa, jangan berputus asa dari-NYA kerana DIA Maha Mengetahui Segala-galanya. Ingatlah, kita masih punya DIA. Sujudlah, hanya dengan sujud pada-NYA kamu akan beroleh ketenangan.

Untuk kamu yang masih belajar, kuatkan hatimu. Berjuanglah untuk ilmu-NYA. Jika kecewa dengan cinta yang tidak kesampaian, bertabahlah. Carilah DIA. Jangan disia-siakan usia mudamu. Seandainya kamu benar-benar cinta dia kerana DIA,walaupun usiamu masih muda yakni ada soleh dan solehah dalam dirinya dan kamu memilih dia kerana agama yang ada padanya, maka segeralah mengikat hati. Ikatlah hati dan perasaanmu dalam ikatan yang suci lagi halal. Cinta yang berlandaskan syariat-NYA pasti mendapat redha-NYA. Tetapi, pelajaranmu usah dilupa. Cinta adalah cinta. Ilmu adalah ilmu. Jangan campur adukkannya. Mintalah restu orang tuamu terlebih dahulu. Istikharahlah. Apa yang penting adalah redha-NYA. 
Bagi kamu yang sedang kecewa, sudahlah. Jangan menangis lagi. 
DIA ada begitu hampir denganmu. Dengarkanlah seruan cinta-NYA padamu.
Kuatkan dirimu untuk berjuang demi cinta dan demi CITA-CITA!
Bertabahlah! :)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan